PT rasa begitu sekali bimbang dengan cerita-cerita kedua-dua belah pihak tentang cara berkempen. Keghairahan untuk menang menyebabkan kita terlupa atau sengaja buat-buat lupa. Jika benar apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak, PT bimbang pemuda UMNO BP tidak boleh disatukan kembali selepas pemilihan nanti. Semalam PT sempat bertanya kepada 'orang kuat' kepada seorang calon, bolehkah pemuda kembali bersatu selepas pemilihan nanti? Beliau hanya berdiam, dari wajah mukanya dan sebek mulutnya sudah PT faham.
PT sangat berharap para perwakilan pemuda lebih matang dan bijak menilai dan membuat pilihan. Jangan begitu emosional tapi gunakan akal fikiran yang diberikan Allah secara yang rasional. Mudah-mudahan pemuda UMNO Balik Pulau dapat suburkan amalan demokrasi secara yang lebih beradab dan bersifat kesederhanaan. Berilah peluang calon-calon KP kita berjumpa dengan semua perwakilan di setiap cawangan supaya semua perwakilan pemuda tahu, dan yang tidak tahu akan tahu tentang kelebihan dan kekuatan setiap calon KP kita.
Dalam suatu majlis baru-baru ini, PT sempat berjumpa dan bercakap pasal kempen pemuda dengan Ketua Bahagian Balik Pulau. Sebenarnya beliau tahu apa yang sedang berlaku namun beliau bertegas tidak akan masuk campur dalam urusan pemuda. Selaku Ketua Bahagian kata beliau lagi, beliau mahu pemuda bersatu (tidak berpecah) dan kuat selepas pemilihan ini bagi menghadapi PRU14. Pendirian Ketua Bahagian dalam isu ini amat jelas dan mudah difahami. Erti kata lain, beliau boleh menerima siapa sahaja yang bakal dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Mungkin pengalaman lalu sedikit sebanyak telah membantu beliau menyatakan pendirian yang sesuai dan selari dengan usaha memantapkan perpaduan dalam UMNO terlebih dahulu.
Manakala Presiden UMNO, DS Najib dalam suatu majlis penyerahan watikah dan wakalah lembu korban sempena Aidiladha kepada
surau dan masjid di kawasan Parlimen Pekan, Perdana Menteri mengingatkan kita ahli-ahli UMNO katanya, hanya menerusi perpaduan, Umno akan terus
berjaya dalam perjuangannya bagi membela bangsa, agama dan negara. “Jaga perpaduan dalam pemilihan Umno…kalau kita bersatu, kita akan
berjaya dalam perjuangan kita”.
Beliau berkata calon yang bertanding perlulah menjaga kepentingan
parti dan tidak mengutamakan kepentingan diri atau kebendaan semata-mata
dalam perjuangan mereka. Dengan mengambil iktibar daripada peristiwa korban dalam Islam, Najib
berkata prinsip perjuangan Umno perlulah berlandaskan kepada dua
perkara iaitu ketaatan kepada Tuhan dan sanggup melakukan pergorbanan
demi perjuangan kepada bangsa dan negara.
Satu pesanan PT berkempenlah secara yang sederhana dan beradab. Kita bimbang "Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu". Semua orang khususnya parti UMNO, Melayu dan Islam yang akhirnya akan rugi.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHehehe lawak ros tak layak sebab teknikal. Apa sebab teknikalnya kwlau watikah dah siap print. Dah ada tandatangan. Yang teknikalnya Shahidan guna ku nan dengan raop tsk mau cerita ka? 2 jam bawa kereta penang kl tipu sangat. Kami pun ada kawan kat air port. Kami tau. Jangan ingat kami orang balik pulau lekeh sangat. Kami pun tak heran duit dia banyak. Dia boleh taboq pada orang dia macam yg dok ikut keluaq kawasan dok ada. Takyah dok pertahan ann che din. Kami semua tau dia kempen ketua cwgan pun bawak shahidan. Takpalah. Moga berbahagia. Tapi jgn ingat kami perwakilan bodo sampai nak suruh ambik gambaq bukti sokong chaq. Kami ada maruah! maruah lagi penting dari peruntukan yg shadidan dengan chaq dok ugut tak mau bagi tu
ReplyDeleteGILA KUASA.
ReplyDeleteDah tau guna ku nan awar ros tak guna ku nan? Tak semua kita boleh guna pun so tak payahlah nak cerita siapa guna siapa. Kalau dah siap watikah guna saja lah watikat tu . Dengaq cerita sampai siap habaq satu bahagian dpt watikah tapi apa pasai wstikah tu tak laku??? Pelil tu
DeleteNasib baiklah Allah bagi laluan kat Shah lawan di Dun Telok bahang , kalau bagi Ros comform Bungkus satu Dun diBakil Pulau.Siapa yang rugi??? orang balik pulau juga yang rugi.
ReplyDeleteSetakat dapat watikah tapi tak laku nak buat apa. Lebih baik tak dapat tak ada siapa nak kata apa. Riuh sekampung tapi habuk pun tak ada.
Pi lah jaga KB tu elok-elok kemudian kalau tak dapat buat-buat menangis keluaq ayak mata barulah KB kesian dan bagi apa yg dihajati tapi nak bagij jadi calun DUN KB tak dapat nak tolong. Tapi heran juga ya , kata KB baik sgt dengan Najib takkan lah tak boleh bagi laluan???? Tak baik sgtlah tu mcm lah orang lain juga semua kenai Najib tapi Najib belum tentulah kenai kita. Ada faham.....
Jawapan yg membuktikan shahidan guna cara jahat rampas watikah pelantikan yg telah keluar. Ros dan hilmi takda duit nak tabur pada raop ngan ku nan. Itu hakikat punca tak dapat pertahankan watikah ros. Jangan bongkak sangat. Allah takdirkan ros tak dapat atas usaha shahidan curi rezeki orang. Perompak pun Allah yg takdirkan. Jahat atau dak gantung diri sendiri.
ReplyDeleteOrang shah yg ckp perivite jet yg antr watikah. Rezeki dpn mulut orng dia ramas dgn kejam..
ReplyDeletenie pun satu lagi awta siang hari , sat kat tau dari kawan diairport sat kata orang shah , mana satu yang betui pun tak tau. Lain kali kalau tak pasti dan tak ada fakta jangan cakap , maka sebab itulah Ros tak layak jadi calun DUN sebab bercakap tak guna fakta dan mengikut emosi. Mana ada orang boleh curi rezeki orang lain dah kalau Allah tentukan rezeki seseorang? Kena beristifal banyak banyak sebab bukan manusia yang beri rezeki atau tentukan rezeki seseorang tapi Allah yang maha esa yang menentukannya .Jika rezeki dah ditulis maka tiada siapa yang boleh menidakkannya.
ReplyDeleteDuduk dirumah dan berbanyak banyak istiqamah ,inshaallah kita boleh terima semua kententuan dengan reda dan hati yang terbuka tanpa menyalahkan orang lain. Kalaulah semua Shah boleh buat awai awai lagi tempat Ketua bahagian dia dan rampas tapi tak boleh sebab bukan kuasa dia nak boleh buat macam tu. Ini semua dah ditentukan dan telah tersurat dek non oooi. Ambil faham apa yang ditulis supaya menjadi renungan dan iktibar dikemudian hari , inshaallah. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang baik datangnya dari kelemahan sipenulis sendiri, walllahhualam.
Wallahualam. Tapi kita tau dia rampas pelantikan yg dah dimaklumkan oleh dato non. Kesian ros, sebab orang gila kuasa, dia jadi mangsa. Moga shahidan insaf. Harini dia curi reseki orang, esok dia pula akan kena. Pemilihan pemuda dah nampak bayang-bayangnya.
ReplyDeletemanusia hipokrit... sama la dgn geng2 dia... ckp x serupa bikin.. tungu le 1 hari Allah akan balas.
ReplyDeleteByk 2 la istighfar sahabatku dan saudaraku semua...
ReplyDeleteAgong berjalan malam..... berjaga2 para perwakilan....sekelian.. tradisi sapa sendiri mau ingat.
ReplyDeleteAdakah benar Kp BP ada pertandingan disebabkan tidak ada kepercayaan terhadap chak@hisham jika memimpin Pemuda akan berlaku korupsi dlm agihan peruntukan program Pemuda???kerana KB tidak mahu peruntukan tidak akan sampai pd Pemuda caw..mgkn sampai ke caw. terpilih dan sebulu shj.Kerana chak dan bob meniagakan program Pemuda.Jika ada penjelasan sila beri pencerahan.
ReplyDeleteMai mesyuarat bw geng mcm gengster..apa ingat hebat ka calon mai bw geng ramai2.
ReplyDeleteIngat apa kita ni bodoh sangat nk pilih calon macam ni..piiraahh..xtau menang ka apa dh nk tunjuk belang,esok nk jd pemimpin apa benda mai mesyuarat pun takuuuttt.!!