Rizal Hassan @ Jan, Ketua Pemuda UMNO Sungai Korok turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja kebajikan dan bersikap tawadduk. Beliau tidak mudah 'terbakar' bila dikritik. Jika ditakdirkan dirinya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, beliau sudah ada perancangannya untuk memperkasakan pemuda UMNO Balik Pulau.
Sebenarnya beliau banyak melibatkan diri dengan NGOs dari 'grass root' lagi. Bermula sebagai Ketua Pemuda Qaryah Bagan Air Itam beberapa tahun dan kemudian menjadi YDP PIBG SK Sungai Korok. Pernah melibatkan diri dengan masyarakat nelayan Kuala Jalan Baru sebagai Naib Ketua Unit Nelayan. Akhirnya beliau juga merupakan AJK Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang.
Kini beliau adalah Pengerusi Kelab Sukan Bagan Air Itam dan selaku Ketua Pemuda UMNO Sungai Korok, beliau merasakan perlu menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Beliau juga berhasrat mahu Pemuda UMNO lebih kuat bagi menghadapi PRU14 yang amat mencabar.
Secara jujur katanya beliau mahukan kempen Pemuda UMNO kali ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa gangguan mana-mana pihak serta tidak menyentuh hal peribadi sesiapa pun. "Kita berusaha tapi Allah jua yang menentukan" katanya lagi.
Kini beliau adalah Pengerusi Kelab Sukan Bagan Air Itam dan selaku Ketua Pemuda UMNO Sungai Korok, beliau merasakan perlu menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Beliau juga berhasrat mahu Pemuda UMNO lebih kuat bagi menghadapi PRU14 yang amat mencabar.
Secara jujur katanya beliau mahukan kempen Pemuda UMNO kali ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa gangguan mana-mana pihak serta tidak menyentuh hal peribadi sesiapa pun. "Kita berusaha tapi Allah jua yang menentukan" katanya lagi.
PakTam dh mula kempen nampak..
ReplyDeleteTidak salah jika saya berkempen utk kedua2 calon pemuda UMNO yang bertanding. UMNO Balik Pulau akan jadi semakin lemah jika pemuda kita kuat mengamalkan tribalism (berpuak) dalam berkempen.
ReplyDeleteSaya akan terus mengkritik jika ada tindakan yang boleh melemahkan UMNO. Oleh itu berkempenlah cara yang sihat kerana siapa2 yg menang akan diberi pengiktirafan sewajarnya dan yang kalah akan menerima dengan hati yg terbuka. Jika begini kaedahnya, insyaAllah selepas pemilihan Pemuda UMNO pemuda kita boleh kembali bersatu untuk menguatkan UMNO/BN menghadapi PRU14.
Transformasi UMNO mesti bermula daripada trnsformasi diri pemimpin UMNO terlebih dahulu. T.kasih kepada Anon yg komen di atas.
Pak Tam ,
ReplyDeleteTak semua apa yang dicakapkan betul. Dibawah ceritanya amat berbeza sekali. Dipasang pelobi-pelobi untuk melobi menggunakan wang ringgit yang bukan sedikit.
Kalau nak diikutkan maka tak terdaya sebab permainan yang dimainkan amat bahaya untuk pemuda-pemuda disemua cawangan.Yanag menjadi mangsa adalah pemuda-pemuda yang kurang berilmu dan mudah mengikut rasa hati.Minta saja apa yang dikhendaki maka akan diikuti oleh para pelobi-pelobi ini. Sebab apa perlu menang dlm pertandingan ini, tak lain dan tak bukan kuasa dan wang ringgit serta pengaruh dalam politik dan perniagaan.
Mana mungkin jawatan yang nak ditandangi hanya untuk membantu masyarakat semata-mata tapi lebih kepada kepentingan individu. Pak tam lebih arif dlam permainan politik balik pulau maka lebih matang dalam apa jua bentuk politik yang dimainkan.Berkata benar meskipun pahit utnuk diterima.
Sungguh kecewa jika benar2 berlaku. Pertandingan yg sihat dialu2kan oleh semua pihak.
ReplyDeletePak Tam,
ReplyDeleteSesungguhnya memang ianya sudah dan masih terjadi, Pak Tam boleh tanya pemuda2 dicawangan siapa yg melobi dan apa yg ditawarkan kepada mereka. Cakap lah apa yg mereka hajati nescaya pelobi2 ini akan tunaikan. Nakkan kebenaran Pak Tam rajin2 lah bertanya pada pemuda dicawangan dan dibawahan ,inshaallah akan dapatlah jawapan yang tulus dari benar.
Biasa la pak tam.. kalu kita puji pihak a. B akan kt x bagus... kalu kita puji b pulak a kata x bagus... depa mahu kita berat sebelah je
ReplyDeleteYang saya nampak pak tam, nasib baik aziaan bagi semua baju pada perwakilan. Calon sorang lagi dah tempah untuk kawan - kawan dia. Yang terpilih pula tu. Satu lagi saya nampak, rizal terpaksa lawan yb shah headan, bukan calon satu lagi. Siapa yang ugut ketua Cawangan tak mahu bagi peruntukan? Kami dah perwakilan bukan buta hati pak tam.
DeleteBaik la kita sokong ketua pemuda orang tak kenai menteri dari yang kenai tapi haram apa pun tak bawak bali mai kat tempat kita. Semua sapu puak-puak dia. Jadi nkp awat tak bawa apa? Tu pon dok jaja kensi menteri. Takat ambik gambaq sapa pun boleh. Rasanya pak tam, kalau jan dok dengan zairi elok sangat. Ketua full time jaga kawasan, naib cari peluang bawa balik tempat kita. Kita kena berani berubah macam Mukhriz kata pak tam. Baik ambik orang takda rekod buruk. Ni pandangan saya salah sorang pengundi 12 hb.
ReplyDeleteInsyaallah...Pemuda Balik Pulau akan dterajui oleh calon2 ketua pemuda yg berkaliber dan brwawasan..x kira siapa pun menang..tanggungjwab mbawa pengundi muda mnyebelahi Umno dan BN pda PRU14 kali ini amatlah penting..PRU 14 amat getir dan akan mbawa hala tuju BN samada msih memerintah atau sbaliknya..kdua2 calon ada kelebihan dan kelemahan..ini akan mbuat para perwakilan brfikir panjang utk memilih nanti..seorg calon kelebihan peringkat nasional yg mngenali pemimpin2 atasan dan tlah brada dlm pentas pemuda bhgian agak lama dan seorg lgi calon kampung yg telah byk brkhidmat d pringkat kadun P.Betong..insyaallah ketentuan ALLAH SWT akan kita trima pd 12/10 nanti..slmt brjuang kedua2 sahabatku..ikhlas dari : ZAIYUSRI HJ IBRAHIM..
ReplyDeleteMemang PT sokong pendapat Zaiyusri. Calon KP Balik Pulau ada kekuatan dan ada kekurangan masing2. Hormat menghormatilah sesama sendiri. Siapa menang pun adalah pemuda UMNO, yang kalah pun pemuda UMNO. Kita umpama satu keluarga. Berkempen biarlah secara yang sederhana dan beradab. Selepas pemilihan nanti, yang menang akan memikul satu amanah dan tanggungjawab yg amat berat. Tugas utamanya selepas pemilihan nanti adalah menyatukan semula pemuda2 UMNO yg sedikit bergocak semasa tempoh berkempen. Bagaimana pula jika kempen agak keterlaluan? Sudah pasti usaha menyatukan semula pemuda UMNO menjadi lebih sukar. Akhirnya pemuda UMNO BP masih tidak kemana-mana walaupun pemimpinnya berubah, UMNO BP semakin lemah. Semua yg akan rugi. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
ReplyDeleteSalam PT, calon sorang lagi tu mcm mana background dia?? Cer cite sikit, pencerahan amat2lah di nanti??
ReplyDeleteSecara ringkas permintaan Anon di atas, sila rujuk http://www.suara1umno.blogspot.com/2013/10/calon-ketua-pemuda-umno-balik-pulau.html
ReplyDeletePada perwakilan yang akan mengundi,gunalah hati dan akal yg akan memilih utk masa depan orang melayu tanpa ada rasa terpaksa,amarah dan dendam,kerana anda adalah suara akar umbi.
ReplyDeletePak Tam sy pohon utk lebih telus dlm berbicara tanpa dimanipulasi oleh mana mana Adun.
ReplyDeleteNi semua hampa ni haprak toksah sembang la pasai duit,kalau umno x kempen ngan duit,pakai kiamat la kot baru boleh menang ooii.nk selamat dunia akhirat dok la diam2,oksah amik tau pasai umno semua penyamun,dari orang atas pas kat org bwh,dok ajar dr dulu sampai bila pon akan mcm tu jugak.hancurlah umno
ReplyDelete