Kempen pemuda Balik Pulau semakin hangat. Amalan demokrasi dalam pemilihan pemuda bahagian setakat ini berjalan dengan baik. Calon Ketua Pemuda UMNO, Sdr Hisham @ Chaq sempat berjumpa dan bersembang dengan PT beberapa hari yang lalu.
Dalam perbualan itu, beliau sempat menyatakan beberapa pandangan dan harapan beliau tentang pemuda, UMNO Balik Pulau dan PRU14. Beliau mempunyai visi yang jelas untuk menguatkan UMNO di Balik Pulau. Bersedia untuk membina kekuatan pemuda untuk membantu UMNO Balik Pulau khasnya dan Barisan Nasional amnya dalam menghadapi cabaran PRU14 yang akan datang. Beliau berjanji akan turun padang ke setiap cawangan pemuda di Balik Pulau.
Beliau sudah pun berusaha dan katanya akan terus berusaha untuk melihat kepimpinan tertinggi UMNO bahagian dapat bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan. Jika ditakdirkan beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, beliau berjanji akan bekerja untuk DS Hilmi sebagai Ketua Bahagian biarpun ada pihak ada yang mengatakan bahawa beliau hanya akan bekerja untuk Datuk SH.
Pengalaman lampau sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan penglibatan beliau dalam beberapa NGO menambahkan lagi keyakinan beliau untuk menerajui pemuda UMNO Balik Pulau pada masa akan datang.
Beliau mempunyai pandangan yang begitu kritis dan konstruktif terhadap isu-isu semasa seperti dasar merasionalisasikan subsidi, masa depan pendidikan anak Melayu serta peranan media baru di kalangan pemuda/remaja.
PT berhasrat untuk berjumpa dengan seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO yang juga tidak kurang hebatnya.....
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.