"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, November 20, 2013

PAS tarik diri dan meletak semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang!!!




Pas ancam tarik diri daripada kerajaan P Pinang 
Pas Pulau Pinang cuba ugut kerajaan DAP Pulau Pinang! PAS kononnya akan menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat campur tangan tertentu dalam hal ehwal Islam di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pihaknya menuntut supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man diberikan kuasa penuh dalam bidang tugas beliau.

Selain itu, PAS mahu bilangan ahli majlis yang dilantik dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditambah kuotanya dari dua kepada empat orang.
  
“Jika tuntutan yang dibuat tidak diambil serius maka kami akan menarik diri dan meletak jawatan atau posisi jawatan malah akan kedudukan dalam pakatan pembangkang akan dikaji semula demi menjaga maruah dan prinsip parti,” katanya.

Muhammad Fauzi berkata, permintaan yang disuarakan itu mewakili akar umbi ahli Pas negeri ini.

“Kami mahu Pas negeri diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di dua Parlimen dan enam Dun yang ditandingi Pas.

“Permintaan ini bersesuaian dengan sumbangan yang kami berikan kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya.

Beliau berkata, surat-surat permohonan yang dihantar kepada kerajaan negeri tidak dijawab menyebabkan Badan Perhubungan Pas Negeri terpaksa menyuarakan permintaan itu menerusi sidang media.

“Kerajaan negeri mungkin terlalu sibuk bertemu rakyat sehingga tiada masa untuk memberi jawapan namun diharapkan menerusi cara ini (sidang media), mereka akan sedar akan permintaan yang disuarakan.

“Tuntutan ini selaras dengan slogan yang dilaungkan walaupun ia tidak dipraktikkan kerajaan negeri buat masa ini,” katanya.

Komen:
Boleh percayakah PAS nak tarik diri? Pengalaman yang lalu telah banyak meninggalkan bukti bahawa PAS akan kekal sebagai pak turut dalam Pakatan Rakyat. Baru hari ini PAS nak tunjuk berani sebabnya muktamar PAS semakin hampir. Boleh dijadikan modal politik dalam muktamar. Modal untuk berucap di hadapan perwakilan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang tegas memperjuangkan Islam.  Kononnya begitulah!! Tapi selepas muktamarnya semuanya diam. Hudud pun lenyap. Nak tarik diri dan letak jawatan pun diam. Rakyat tidak sebodoh itu! Rakyat ini sudah celik. Kita akan lihat sandiwara PAS...tunggu selepas muktamar nanti semuanya senyap. Itulah PAS yang kita tahu!!!

4 comments:

  1. Semua wayang - ini baru betul dikatakan Sandiwara.

    ReplyDelete
  2. Paria punya Pas. Tak dak pendirian

    ReplyDelete
  3. PAS dah jadi matlamat menghalalkan cara...matlamat kekal jawatan,,..matlamat nak putrajaya...matlamat kekal dapat elaun...lagi dan lagi....

    Jadi cara sandiwara pun apa diaorang kesah....yang penting..pengikut masih sokong......

    ReplyDelete
  4. Tunjuk berani tarik diri daripada PR le baru betul-betul DAP kecut.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.