"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, August 31, 2010

ZAM menyingkap sikap pemimpin PAS masa dulu!

Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010, Tan Sri Zainuddin Maidin yang lebih mesra dengan nama Zam melihat parti-parti pembangkang iaitu Pas, Dap dan PKR penuh dengan kepura-puraan dalam mengaplikasikan politik tanpa menunjukkan hal yang sebenar.

Beliau mendedahkan, semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarhamm Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Jelaslah, katanya, pendirian dan tindakan Pas sendiri bertentangan dengan Islam.

“Kononnya Pas berteraskan Islam tetapi ketika UMNO mempromosikan unsur-unsur perpaduan kepada rakyat, Pas telah mengapi-apikan. Pas dulu mengapikan sehingga kata kita hendak bagi negara ini kepada orang Cina sewaktu zaman perikatan diwujudkan,” kata beliau di dalam temubual khas UMNO-online.com.

Di dalam pertemuan itu, beliau mengimbas semula sejarah, beliau memaklumkan bahawa Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pernah memberitahu bahawa selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ada pemimpin Pas yang datang menemui beliau dengan menyuarakan bahawa inilah masanya untuk Melayu rampas semula harta-harta Cina.

“Tunku kata kita nak rampas kita sendiri tahukah berniaga, jadi mengapa kita nak rampas harta-harta mereka kerana mereka berusaha sendiri ke arah itu.

“Sikap-sikap yang tidak rasional begini terbukti sehinggakan semasa zaman konfrontasi orang-orang Pas inilah yang menyokong Indonesia malah kalau boleh mahu Indonesia ambil negara ini dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap,” jelasnya.

Tegas beliau, Pas adalah parti perkauman yang berasaskan ekstremisme kepada Islam.

“Kita dalam UMNO inilah yang menentang dan mewaraskan PAS, mendedahkan ketaksuban mereka dalam agama, kita dedahkan Nik Aziz yang mengatakan orang UMNO ini barua, kita dedahkan Mat Sabu menuduh Tun Mahathir itu gila, kita buat pendedahan Haji Hadi mengkafirkan orang UMNO yang siap dengan rakaman video.

“Selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka lebih beradap dan bersopan. Mengapa sekarang ini mereka nak menuduh kita sebagai seorang yang bersifat perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian dengan kaum-kaum lain melalui gabungan perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum-kaum lain dengan lebih besar,” tegasnya.

Beliau yang juga mantan Ketua Penerangan menyelar tindakan bertopengkan agama Pas sedangkan realitinya tidak demikian.

“Ini permainan politik mereka. Mana ada mahu laksanakan hukum hudud sedangkan seorang wanita yang bogel dan terdedah di khalayak walhal berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh Nik Aziz sebagai satu keharusan, skandal dan sebagainya.

“Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?” soalnya.

Justeru katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada liberalisme, tapi telah bersifat liberal dari awal lagi.

“Macam Dap yang kononnya mahu jadi PAP Singapura pun tak jadi juga kerana PAP akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam salah laku moral.

“Menterinya yang terlibat akan dibuang dan jika diketahui rasuah ada yang belum bicara lagi sudah bunuh diri. Bagaimana pula dengan Dap?”

Berkaitan dengan PKR pula, Zam yang juga tokoh wartawan negara melihat ia sebagai satu parti yang hanya hendakkan kuasa tetapi yang mahu dan gilakan kuasa tersebut hanya seorang individu sahaja.

“PKR parti yang belum matang di peringkat bawah dengan perjuangan yang tidak berprinsip iaitu cuba menyesuaikan diri dengan Dap apabila bersama parti itu dan menukarkan watak apabila bersama dengan Pas. Asal saja ia memberi pulangan kepada pemimpin atasannya untuk naik ke atas.”

Jelas Zam lagi, antara ketiga-tiga parti pembangkang ini mereka saling mencari ruang dan peluang untuk mendapat kuasa.

“Pas yakin kalau menang pilihan raya akan menjadi Perdana Menteri, dan Dap juga akan mendapat ruang sedangkan PKR pula tidak ada matlamat dengan melakukan penyesuaian dari semasa ke semasa,” katanya.

Tegas beliau, rakyat perlu sedar bahawa kalau sekarang pun mereka tidak boleh untuk laksanakan penyatuan dan kesesuaian maka masyarakat harus perlu bersedia untuk menghadapi satu keadaan atau suasana yang kecoh sekiranya mereka memerintah nanti.

“Jadi terserah pada rakyat sama ada mereka mahukan kerajaan yang stabil iaitu sudah ada Perlembagaan dan asas-asas yang kukuh atau kerajaan yang tidak pasti hala tuju dan hanya tahu berangan-angan.”

Tambahnya lagi, orang Melayu juga harus tahu atas sikap tolak ansur yang tidak terbatas antara Pas terhadap PKR dan Dap akan mampu mewujudkan ketidakstabilan politik dan keadaan akan jadi lebih buruk lagi.

“Sedangkan dalam Barisan Nasional juga ada krisis biarpun berpuluh tahun terpaut tetapi sekurang-kurangnya kita sudah ada asas dan pendirian dengan penerimaan jelas kepada kepimpinan tertinggi manakala bagi PKR, Dap, Pas sendiri masih tercari-cari satu kaedah yang buntu.

“Pembangkang tidak akan dapat lari dari ruang lingkup prinsip-prinsip perlembagaan itu sendiri. Buktinya apabila berkuasa mereka juga lakukan sebagaimana yang dibuat oleh orang UMNO.”

Umpamanya, tambah beliau lagi surat sokongan adalah soal biasa dalam UMNO tapi penilaian rakyat apabila pembangkang menjadi kerajaan maka akan wujud sebuah kerajaan utopia iaitu kerajaan yang bersih dan tiada dosa, boleh betul-betul berkhidmat kepada rakyat tanpa rasuah, tanpa penyalahgunaan kuasa sedangkan sebaliknya belum apa-apa surat sokongan sudah diberi kepada adik salah seorang anggota mereka sendiri.

“Rakyat harus menilai perkembangan-perkembangan yang berlaku bahawa kelemahan manusia ada dalam semua parti, hanya yang pokoknya adalah kepimpinan yang benar-benar berhasrat untuk memberikan sebuah kerajaan yang lebih adil.”

Di dalam hal ini, katanya, kita lihat bahawa mahu atau tidak kita tidak boleh menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai fokus iaitu untuk menghilangkan prasangka sesama kaum dengan penyesuaian berlandaskan kepada Perlembagaan itu sendiri.

Masyarakat tahu, terutama pemimpin dan penyokong Pas sendiri ingat Dap sentiasa menentang dasar Pas untuk mendirikan negara Islam. Karpal Singh berkali-kali memberi amaran keras kepada Pas, ‘langkah mayat saya dulu” kalau hendak mendirikan negara Islam.

Malah Karpal dan Lim Kit Siang menentang pelaksanaan hukum hudud Pas. – MediaUMNO

Friday, August 27, 2010

Apakah ini semua tidak mencemarkan agama Islam?

Di Pulau Pinang isu doa khutbah Jumaat sebut nama Lim Guan Eng dah agak sejuk…di Selangor pula makin hangat dengan aksi Ahli Parlimen DAP Serdang,Teo Nie Ching berada dalam ruang sembahyang di Surau Al-Huda Kajang Sentral berbaju kebaya dan tidak menutup aurat pada 22 Ogos baru ini.Beliau telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.Entahlah kalau ini juga dikata bukan satu penghinaan kepada umat Islam dan mencemar kesucian rumah Allah.Isu ini yang disiarkan oleh beberapa laman blog semakin mengundang reaksi bantah dikalangan umat Islam.
Allah SWT berfirman lagi, (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi…) (An-Nisaa’ 4: 43).
Itulah yang sedang berlaku kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Umat Islam tidak banyak berfikir pasal masalah anak remaja hari ini. Ramai yang jadi Mat dan Mek rempit, buang anak, penagih dadah dan arak dan hidu gam. Yang sedang belajar di sekolah dan di kolej mahupun di universiti, pencapaian keseluruhannya masih tidak memuaskan. Maksudnya pencapaian pelajar Melayu masih tertinggal jauh ke belakang. Kenapa? Jika pemimpin Islam asyik nak berpolitik tanpa batas waktu dan tempat maka terimalah bala daripada Allah swt. Berpolitik biarlah berpada-pada, sesuai dengan tempat dan masanya. Jika hendak undi orang bukan Islam, janganlah sampai agama Islam dipandang rendah dan hina oleh kaum kafir. Mereka ketawa kepada kita melihat bagaimana 'bodoh'nya pemimpin Islam kita yang sanggup melakukan apa sahaja kononnya berdoa agar mereka terbuka pintu hati mereka untuk memeluk Islam. Berdoalah di tempat yang sesuai dengan doa itu. Masa majlis rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri oleh Guan Eng eloklah Exco Agama, YB Malek Hussin dapat menjemput Khatib Zakaria Ahmad untuk membaca doa seperti yang dihasratkan. Bacalah doa itu panjang-panjang dan halakan doa itu khusus untuk kesejahteraan Guan Eng dengan harapan Guan Eng memeluk Islam. Boleh kut macam tu? Atau doakan agar hati pemimpin-pemimpin DAP yang terlalu keras seperti batu kerikil itu dapat menerima hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Sunday, August 22, 2010

SOLAT JUMAAT : ISLAM DIAIBKAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU MUTIARA

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri," dan tiada doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.(petikan Mingguan Malaysia 22 Ogos 2010)


Sebelum GWM melangkau lebih jauh lagi dengan isu ini, ada lebih baiknya kita renungkan kembali apakah pengertian dan maksud khutbah jumaat dan rukun khutbah jumaat secara terperinci.

Khutbah Jumaat ialah dua khutbah yang diberikan oleh khatib setiap kali Solat Jumaat dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat Jumaat.

Manakala Rukun khutbah Jumaat adalah:

1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Alhamdulillah".
2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

(Pengertian di atas di ambil dari buku yang ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus)

Sekarang sudah jelas apakah Khutbah Jumaat dan Rukun Khutbah Jumaat. Kontroversi doa khutbah kepada bukan muslim (terutamanya kepada Lim Guan Eng) di Pulau Pinang perlu dilihat dari konteks ilmiah dan politik itu sendiri.

Dari Sudut Ilmiah

Apabila di sebut rukun maka ianya wajib dilaksanakan, bukannya sunat atau harus. Jika dari konteks ilmiah dan fardhu atau wajib telah ditinggalkan secara sengaja, bukankah sudah menjadi kerugian kepada para jemaah yang mengerjakan solat jumaat pada hari tersebut?

Khatib yang membacakan khutbah pada hari tersebut wajib bertanggungjawab di atas kekhilafannya, jika terlupa. Bagaimana pula jika sengaja berbuat demikian?

Apa perlu didoakan kepada bukan Muslim sedangkan di dalam solat seharian kita sering membaca Doa Iftitah. Doa yang sering dibaca sebelum membaca Surah Al Fatihah ini adalah Aku Janji bahawa kita tidak mahu tergolong di dalam Golongan Kafir.

Di Politikkan?

Awal awal lagi Harakah sudah memperlihatkan isu kontroversi ini dimainkan oleh UMNO sebagai lanjutan isu perkauman yang dimainkan oleh MCA (UMNO dituduh bertindak sedemikian sebagai langkah politic desparation).

Dalam hal ini, GWM membidas PAS dan Harakah kerana juak juak ini yang sebenarnya mensensasikan isu yang sudah menjadi kontroversi.

Mengapa pula UMNO dipersalahkan atas dasar membangkitkan isu doa kepada Lim Guan Eng. Pada hakikatnya PAS terlupa bahawa merekalah yang memulakan langkah mengaibkan Islam dan mempolitikkan agama.

Naib Yang Dipertua Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang dan juga Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, saudara Mohamad Hafiz Nordin mengaku pernah berdoa kepada Lim Guan Eng semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Hashim Yahya ( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).

Siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu, siapa sebenarnya yang memperalatkan Islam demi rakusnya kuasa undi bukan Muslim?


Jika dibenarkan sekalipun berdoa untuk bukan Muslim, apakah layak manusia yang bernama Lim Guan Eng ini didoakan sedangkan umum mengetahui pelbagai perkara yang dilakukan oleh manusia yang di angkat sebegitu tinggi darjatnya oleh PAS ini, terlalu banyak memudaratkan umat Islam.

Apakah tidak cukup lagi dengan peristiwa yang telah berlaku di Perak tempoh hari sebagaimana doa untuk Sultan Perak, sesama Muslim, juga ditinggalkan oleh juak juak ini. Begitu biadab!

Jika sekalipun PAS menuduh UMNO cuba bermain dengan api perkauman melalui pembohongan dan fitnah, bagaimana pula dengan saksi saksi yang menunaikan Solat Jumaat, yang sanggup memberi keterangan terhadap perisitwa yang berlaku di Masjid Jamek Jelutong.

Satu kebetulan? satu permainan politik silap mata oleh UMNO? atau sememangnya perkara ini berlaku? Tidak mungkin ramai saksi yang sanggup tampil memberi keterangan jika dipanggil ini pekak dan tuli dan jahil belaka.

Menutup kepincangan

Agak melucukan apabila Anwar Ibrahim turut menganggap doa khutbah ini adalah fitnah dan permainan politik perkauman sempit oleh UMNO. Beliau mendakwa telah membaca teks khutbah berkenaan yang diedarkan kepadanya ( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).


Mungkin beliau terlupa akibat permainan politik sempit dan kuat berjanji beliaulah timbulnya isu penduduk bangsa India di Kampung Buah Pala dan bagaimana umat Melayu terus dipinggirkan dan ditindas oleh parti dominan di dalam Pakatan Rakyat, DAP.
Adakah ianya juga mainan politik sempit UMNO dan BN?

Anwar Ibrahim begitu pantas membuat kesimpulan bahawa isu doa kontroversi ini adalah mainan politik UMNO. Walhal beliau terlupa bahawa MAIPP masih meneruskan siasatan ke atas isu ini. Bagaimana boleh terus menerus membuat kesimpulan sedangkan siasatan masih dijalankan?


Anwar Ibrahim dilihat mahu menutup setiap lubang kelemahan dan kepincangan dengan kadar yang segera kerana tidak mahu Pakatan Rakyat goyah di Pulau Pinang.

Biarkanlah siasatan rapi terus dijalankan. MAIPP juga perlu memanggil saksi saksi Solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong yang terlibat untuk di ambil keterangan.

Anwar Ibrahim tidak perlu menjadi juri dan hakim di dalam satu masa semata mata untuk menutup kerosakan yang telah berlaku ( damage has been done ). Jika mahu dilihat adil, siasatan terperinci perlu dijalankan secepat mungkin.
Di Politikkan atau Kebenaran?
GWM tidak pernah berasa terkejut jika isu ini sememangnya terjadi akibat kebobrokan penyokong Pakatan Rakyat yang terlalu jumud dan fanatik mempertahankan seorang manusia bernama Lim Guan Eng.

Ini kerana PAS adalah parti politik, parti yang menggunakan Islam sebagai lencana, parti yang telah merosakkan keindahan Islam itu sendiri.


Maka tidak hairan jika sembahyang dua imam nyata dan sememangnya di juarai oleh PAS sejak dahulu lagi. Inikan pula tindakan kontroversi meninggalkan doa terhadap pemerintah Muslim dan mengaminkannya, Yang Di Pertuan Agomg.
Sumber: Gelombang Wangsa Maju

Friday, August 20, 2010

Terbukti PAS dan PKR membawa Melayu dan Islam menuju kehancuran!!!!!!!

KEPALA BATAS 19 Ogos - Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini hari ini.
Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.
Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya. - Bernama

Tuesday, August 17, 2010

MCA dan DAP menjaga kepentingan bangsa Cina tetapi PAS pula bagaimana?

Pemimpin PAS bukan tak tahu bahawa MCA dan DAP boleh bersama dalam menjaga kepentingan bersama khususnya kepentingan kaum Cina. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru berkata “MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina. Jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat. Oleh itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) tidak boleh menyalahkan MCA hanya kerana parti ini mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan akhbar kelmarin.
Itulah MCA yang merupakan parti komponen BN tetapi berani bersuara demi kepentingan kaum Cina sepertimana DAP telah lakukan. Tapi apakah PAS sebagai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat boleh melakukan tindakan serupa dengan mengambil pendirian yang sama dengan UMNO? PAS sebenarnya takut, takut kehilangan pengundi Cina dan India maka suara PAS semakin tenggelam dalam memperjuangan hukum hudud, sebuah negara Islam dan sebagainya. Suara PAS lebih seiring dengan suara DAP. Semasa DAP bercadang menghapuskan DEB, tiada seorang pemimpin PAS pun yang tampil menyatakan bantahan. Pemimpin UMNO dan NGOs Melayu sahaja yang bangun menentang. Semasa pemimpin DAP hendak menyaman Raja Melayu pun tiada seorang pemimpin PAS bangun menentang tindakan tersebut. Berpuluh perhimpunan seluruh negara menyatakan bantahan terhadap sikap kurang ajar Karpal Singh tetapi tiada perhimpunan PAS untuk tujuan yang sama. Begitu juga dengan isu kalimah Allah, tiada perhimpunan dari parti PAS malahan pemimpin utama PAS pula menyatakan sokongan pihak gereja menggunakan kalimah Allah. Begitulah sedikit sebanyak sikap pemimpin PAS yang amat merugikan orang Melayu dan agama Islam sendiri. Kerana menagih undi dari kaum Cina dan India, PAS sanggup berpendirian sealiran dengan DAP dan PKR yang jelas menentang DEB dan pembentukan sebuah negara Islam. UMNO tetap konsisten dalam menyampaikan perjuangannya berlandaskan perlembagaan negara. Walaupun UMNO tetap menjaga kepentingan Melayu dan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi hak kaum lain juga tidak diketepikan sebagai rakyat Malaysia. Hari ini rakyat semakin sedar bahawa PAS sudah tidak sehebat dulu lagi. Sudah kedapatan ahli-ahli veteran dan golongan muda PAS sudah berani menyuarakan penentangan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS yang merugikan orang Melayu. Mereka sedar jika orang Melayu jadi lemah sudah pasti usaha menubuhkan sebuah negara Islam umpamanya hanya jadi mimpi di siang hari. Pengembangan syiar Islam di Malaysia akan tersekat atau disekat oleh kuasa ultra kiasu seperti DAP yang jelas anti Islam merupakan golongan kafir harbi yang menjadi sahabat parti PAS. Sempena bulan Ramadan ini, eloklah orang UMNO dan PAS memikirkan bagaimana untuk menguatkan perpaduan orang Melayu/Islam di Malaysia agar kepentingan orang Islam dan juga orang Melayu dapat dipelihara sepertimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persektuan.

Berita gempaq di Pulau Pinang!!!!! Boleh jadi.

Dari sumber yang diterima melalui sms pagi tadi, diberitahu ada pihak yang cuba berusaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah wilayah autonomi. Maksudnya, Pulau Pinang nak dijadikan sebuah negara baru yang berpisah dari Malaysia. Sepertimana kewujudan sebuah negara di selatan Semenanjung Malaysia, Singapura. Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera. Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura. Begitulah yang telah berlaku kepada Singapura, sebuah negara yang dulunya sebahagian Persekutuan Tanah Melayu dan mungkin pemimpin utama Pulau Pinang mahukan Pulau Pinang mengikuti jejak pemerintahan Singapura. Memang pun boleh berlaku! Oleh itu orang Melayu bergaduhlah sesama sendiri supaya lebih mudah Pulau Pinang menerima pemerintahan autonomi. Walaupun orang Melayu didapati sedikit lebih ramai daripada kaum bukan Melayu di Pulau Pinang, tetapi kerana Melayu tidak bersatu, maka orang Melayu jadi lemah dan yang kuat adalah puak minoriti yang bersatu padu. Itu pun orang Melayu tak mahu sedaq lagi. Pemimpin PAS masih tegar dengan pendirian mereka tak mahu bersatu dengan UMNO. Mereka memilih untuk bersahabat dengan DAP yang jelas merupakan kafir harbi yang menentang Islam. Suara lantang untuk menegakkan negara Islam, undang-undang Islam (hukum hudud), kepimpinan ulamak sudah tidak kedengaran lagi. Ceramah-ceramah PAS masih menghentam UMNO. Bukan MCA atau MIC atau Gerakan yang jadi sasaran sebaliknya UMNO yang mereka serang. Seolah-olahnya musuh ketat PAS adalah UMNO bukan DAP. Walaupun kepimpinan UMNO  sejak merdeka telah banyak membawa perubahan dan kemajuan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya tapi pemimpin PAS tidak akan mengiktirafkan itu semua. Mengiktirafkan kejayaan UMNO hingga menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh merupakan satu kesilapan besar kepada PAS. Sampai bila pun, jika PAS berterusan dengan sikap tegarnya maka orang Melayu/Islam akan terus berpecah dan akan menjadi satu kumpulan minoriti. Oleh itu orang-orang Melayu/Islam yang masih ramai tapi tidak condong kepada mana-mana parti, diminta berfikirlah semasak-masaknya sebelum memilih parti yang bertanding. Jangan pisang berbuah dua kali, sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian takbergunalah lagi.

Saturday, August 14, 2010

PAS menolak perpaduan dengan UMNO untuk menguasai Putrajaya bersama DAP dan PKR!

Sungguhpun Malaysia sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, agama dan bahasa tetapi rakyatnya dapat hidup aman dan damai atas kebijaksanaan pemerintahan pemimpin-pemimpin negara yang diterajui oleh UMNO sejak 53 tahun dahulu. Kini, Malaysia diikitiraf sebagai sebuah negara Islam contoh yang mampu berdikari dan maju. Pemimpin-pemimpin negara pula berani menyatakan pendirian yang tegas berkaitan isu-isu penindasan umat Islam di Palestin, serangan negara Amerika di Iraq, Afghanistan dan sebagainya melalui forum-forum antarabangsa dan persidangan PBB. Tapi sungguh malang, ada sesetengah golongan tertentu rakyat Malaysia sendiri, tidak mengiktiraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Apa salahnya jika Malaysia diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam? InsyaAllah lama-kelamaan, rakyat semua kaum boleh menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sebaliknya di Malaysia, PAS tidak mahu mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam biarpun negara-negara Arab di dunia termasuk Pertubuhan Negara Islam (OIC) telah lama memberi pengiktirafan itu. Inilah akibat politik persaingan sebangsa seagama yang begitu dahsyat berlaku di Malaysia antara UMNO dan PAS yang jelas merugikan umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya. 
Berdasarkan sejarah pemerintahan di Zaman Rasulullah dan Khalifah Umar al-Khattab, definisi para ulama, kandungan perlembagaan Malaysia (Islam agama Persekutuan) dan pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri-menteri kanan adalah orang Islam).dan sistem  perundangan negara jelaslah Malaysia sebuah negara Islam (Baca sini). Tambahan pula pembangunan fizikal dan pembangunan rohani terus dilaksanakan di Malaysia. Selain masjid, surau dan jabatan agama, Malaysia memastikan umat Islam dapat menunaikan kewajipan menuntut Ilmu di sekolah, kolej, universiti dan pusat latihan kemahiran. Umat Islam bebas mengamalkan ibadat dan hidup aman bersama pelbagai kaum lain. Malahan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dalam dunia yang menjadikan Islam agama bagi negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan dalam fasal 3: Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Sebab itu, rakyat Malaysia sewajarnyalah  mengenali negara mereka sebagai negara Islam.
Tapi PAS tidak akan mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Untuk mengiktirafkan Malaysia sebuah negara Islam mungkin  Malaysia mesti diperintah oleh sebuah parti Islam seperti PAS. Jikalau UMNO dapat mengubah perlembagaannya sekalipun, termasuk pada namanya supaya ada Islam di dalamnya, pemimpin PAS akan akan terus mempertikaikannya seperti mana kita dapat lihat atau saksikan hari ini.  PAS selaku sebuah badan siasah , akan sentiasa mencari jalan merendah-rendahkan kemampuan pihak lawan, akan cuba mencari kesalahan pihak lawan. Selaku sebuah parti Islam , pemimpin PAS sepatutnya mencari usaha ke arah kebaikan umat Islam seperti yang dianjurkan oleh agama bahawa orang Islam itu bersaudara.  PAS perlu ingat bahawa umat Islam di Malaysia cuma 55% sahaja di Malaysia. PAS perlu ingat ekonomi Malaysia bukan dikuasai oleh orang Islam. PAS pun tahu bahawa DAP anti Islam dan PKR pun tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya. PAS jangan terlalu angkuh dan sombong untuk memerintah negara. Takut yang "dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran" dan "menang sorak kampung tergadai".
PAS mempertikaikan pemerintah kerajaan Malaysia mengamalkan rasuah, perlembagaan penjajah, mengamalkan undang-undang barat, menolak hukum hudud, membazir harta rakyat, mengamalkan kronisme dan sebagainya. Sebenarnya PAS ketiadaan modal dalam kempen politik mereka. PAS gagal mengenengahkan idea-idea untuk membangunkan negeri yang diperintahnya sebaliknya asyik menyalahi kerajaan pusat. Walaupun isu-isu yang dibangkitkan oleh PAS itu sudah dan mudah dijawab tetapi demi politik PAS terpaksa menunjukkan tentangnya yang bersungguh-sungguh terhadap UMNO. Inilah corak politik persaingan yang amat merbahaya kepada umat Islam telah ditunjukkan oleh PAS hari ini. Pelbagai pihak, termasuk NGOs Melayu dan Islam, mufti-mufti, para cendiakawan Melayu dan ulamak-ulamak mengesyorkan supaya UMNO dan PAS bersatu untuk kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. Dalam soal ini (perpaduan UMNO-PAS), pendirian pemimpin UMNO di semua peringkat kelihatan seiring dan senada tetapi pendirian pemimpin PAS kelihatan bercampur-campur. Mereka berbelah bahagi; sama ada mengikut kehendak parti politik ataupun mengikut tuntutan agama. Ternyata TG Nik Aziz bermati-matian mahu PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat mengambil alih Putrajaya. Mampukah Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat dalam PRU akan datang bergantunglah kepada kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan kejayaan mereka memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan? Bagi kaum bukan Melayu/bumiputera seperti kaum Cina dan India serta suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak jangan pandang mudah bahawa setiap peralihan kuasa yang berlaku akan memberi faedah berganda kepada rakyat. Sesiapa pun boleh menjanjikan bulan dan bintang demi untuk mencapai kemenangan dalam PRU tetapi kemampuan terjawab selepas memerintah, tertunaikah janji itu? Inilah yang perlu diteliti dan dikaji oleh setiap rakyat yang layak mengundi dalam PRU yang akan datang. Ingat pesan orang tua, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna lagi".  

Friday, August 13, 2010

PAS tetap aktif politik dalam bulan Ramadan!

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan mengurangkan aktiviti politik di bulan Ramadan walaupun ia kurang disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berpolitik bila-bila masa sahaja, malah politik dan agama dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

“Politik dalam Islam ni sedaging (bercantum), geraknya Islam kerana politik dan politik pula menuruti Islam, tidak payah pakai istilah demokrasi, guna Istilah Islam,”katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Ihyat Ramadan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan daripada beberapa pihak termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya aktiviti berparti dikurangkan bagi menghormati bulan Ramadan.

:Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, terpulang kepada pemimpin Pas untuk menggunakan pendekatan berbeza dalam menjalankan aktiviti tersebut di bulan Ramadan ini.

“Dalam ceramah saya jarang sebut soal kepartian kecuali ia majlis parti, saya banyak sebut mengenai Islam seperti ekonomi Islam dan akidah, tetapi jika hendak berpolitik tidak salah kerana Pas parti berdaftar,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengatakan kerjasama Pas dan DAP tidak ikhlas, Nik Abdul Aziz mempersoalkan adakah kerjasama yang dibuat antara UMNO dan MCA sebelum ini benar-benar ikhlas.
 
Sumber: Sinar Harian 13 Ogos 2010

Wednesday, August 11, 2010

Sunday, August 8, 2010

PENIAGA-PENIAGA MELAYU DILARANG BERNIAGA DI TINGKAT 3 KOMTAR

Setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu, di situlah orang ramai berpusu-pusu bertumpu untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sebut apa sahaja, kuih raya, baju kurung, songkok, samping, semuanya boleh diperolehi di situ.
Namun tahun ini, kemeriahan Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) itu mungkin tidak dapat lagi dilihat atau dinikmati.
Ini kerana, pihak pengurusan kompleks tersebut, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu terbabit daripada berniaga di kawasan itu.
Lebih dikesalkan, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, kesemua 27 peniaga yang terlibat hanya dimaklumkan semalam tentang keputusan itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk memulakan perniagaan mereka hari ini.
Menurutnya, pihaknya dan Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik ketika bermesyuarat kali terakhir pada 5 Ogos lalu bersetuju untuk meneruskan tradisi Bazar Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.
Tambahnya, para peniaga juga telah membuat bayaran sewa tapak gerai kepada KMA selaku penganjur dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
"Kontraktor yang kami lantik mula memasang gerai sejak pukul 10 pagi semalam tetapi tiba-tiba pukul 7 malam mereka diminta berhenti oleh pegawai-pegawai PDC atas arahan Wei Aik.
"Alasan yang mereka berikan adalah pembinaan gerai-gerai ini tidak mendapat kelulusan Wei Aik.
"Saya curiga kenapa setelah sembilan jam kerja-kerja ini dibuat, baru PDC menghalang dan saya percaya mereka sengaja tidak mahu peniaga terlibat berniaga di situ," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tinjauan di tapak Bazar Ramadan itu mendapati gerai-gerai yang belum siap didirikan dibiarkan tanpa sebarang aktiviti.
Kelihatan beberapa pegawai keselamatan juga berkawal di tapak tersebut untuk menghalang kontraktor meneruskan kerja-kerja.
Sementara itu, peniaga kain, Hanim Mydin, 47, memberitahu, ini kali pertama sejak lebih 20 tahun lalu dia tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan tersebut.
"Setiap tahun pada bulan puasa, di situlah saya berniaga bagi mencari pendapatan tambahan.
"Para pelanggan khususnya dari sekitar Pulau Pinang sudah tahu tempat ini, mereka boleh mencari pakaian, biskut, kuih dan pelbagai barangan untuk menyambut hari raya," ujarnya.
Lebih merisaukan, jelas Hanim, dia mengeluarkan modal sebanyak RM60,000 dan jumlah tersebut bakal lenyap begitu sahaja jika tidak dapat meneruskan perniagaan di situ.
Pengusaha pakaian tradisional Melayu, Aliff Amka, 50, pula berkata, dia hairan dengan keputusan Wei Aik yang dibuat pada saat-saat akhir itu.
Jelasnya, dia dan para peniaga lain telah memenuhi semua syarat perniagaan yang ditetapkan.
"Kalau dibatalkan sebulan lalu, boleh juga kami mencari alternatif untuk mencari tapak baru," katanya.
Seperti juga peniaga-peniaga lain, dia mungkin menanggung kerugian yang dianggarkan bernilai RM100,000.
Sumber: Utusan Malaysia 8/8/2010

APA JASA PAS?

AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.
UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.
Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.
Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.
Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.
Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.
Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.
Sumber: Utusan Malaysia 8/8/2010

Saturday, August 7, 2010

PAS TERSEPIT DALAM PERJUANGANNYA SENDIRI!

Ingat-ingat kitalah PAS memperjuangkan Islam bila UMNO terus memperjuangkan hak orang-orang Melayu dan bumiputera. Hingga PAS menyifatkan UMNO sebagai parti memperjuangkan assobiyah atau kebangsaan. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO dicaci dan dihina dikhalayak ramai. Ada penceramah PAS mengatakan ada pemimpin UMNO sendiri tak dapat membezakan yang mana hukum halal dan haram. Malahan pemimpin DAP pula dipuji dan dikatakan lebih pandai dalam persoalan agama Islam daripada pemimpin UMNO sendiri.  Begitulah rendahnya, hina-dinanya pemimpin PAS meletakkan pemimpin UMNO di kalangan umat Islam. Hinggalah pelbagai label diberikan kepada UMNO oleh penceramah-penceramah PAS  seperti UMNO anti Islam, UMNO buta agama, UMNO kafir, UMNO murtad, UMNO yahudi dan sebagainya. Dengan tujuan untuk memastikan orang Melayu/Islam benci kepada UMNO walaupun realitinya UMNO telah terbukti dan berjaya berbanding dengan kepimpinan PAS di Kelantan.
Tapi majoriti orang Melayu/Islam dapat lihat dan menilai sendiri. Syiar Islam berkembang pesat tanpa sekatan. Sistem perundangan Islam, perbankan dan insurans takaful serta pajak gadai Islam (ar-rahnu) semakin diperkasakan. Institusi pengajian pondok, sekolah agama rakyat hinggalah pusat pengajian tingga Islam semakin dimantapkan. Pengajaran pendidikan agama Islam dan kelas al-quran diperhebatkan. Elaun guru dan tahfiz diberi dan ditambah. Erti kata lain, negara Islam di dunia mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Tapi kini Presiden PAS mulai sedar, bahawa sokongan orang Melayu/Islam kepada parti PAS semakin merosot jika bertambah pun dengan kadar yang kecil berbanding dengan UMNO. Ini disebabkan oleh perjuangan Islam yang dibawa PAS sentiasa berubah-ubah ikut keadaan politik. Di kalangan pemimpin PAS sendiri bercanggahan pendapat dalam isu-isu tertentu membabit kerajaan perpaduan, kalimah Allah dan kerjasama dengan UMNO. Golongan ulamak dan Mufti mulai menyatakan sokongan terhadap pendirian UMNO yang sentiasa tegas dan konsisten dalam perjuangan hak orang Melayu/Bumiputera, agama Islam dan kedudukan raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Presiden PAS, TG Haji Hadi sekali lagi terpaksa akur bahawa dalam perjuangan Islam, kita tak boleh ketepikan hak perjuangan orang Melayu/Bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Lagi pun dalam perlembagaan negara sendiri jelas menyatakan bahawa orang Melayu itu adalah beragama Islam di Malaysia. Jika orang Melayu dibela maka secara langsung kita membela nasib orang Islam. Tak usahlah memperincikan orang Melayu beragama Islam tapi tidak mengamalkan Islam sebagai alasan politik. Perjuangan PAS sebenarnya tidak konsisten. Berubah-ubah kerana politik semasa yang berubah-ubah. Jika ditanya pemimpin PAS sendiri, akan bermati-matianlah akan mempertahakan bahawa PAS tetap memperjuangankan Islam dengan berpandukan kepada al-quran dan sunnah Rasulullah.
Perjuangan PAS jadi semakin lembut sejak berpakat dengan DAP. Seolah-olah PAS yakin dapat mengislamkan DAP. Sebaliknya DAP yang berjaya, dapat melunturkan Islam perjuangan PAS hingga kalimah Allah dan ayat suci al-quran boleh dibenarkan oleh orang kafir (rakan DAP) menggunakan untuk tujuan politik. Ini dilakukan untuk mendapat undi dari kaum bukan Islam.
Dan kali ini, untuk mendapat undi dari orang Melayu semula, Presiden PAS terpaksa meminta hak orang Melayu/Bumiputera dipertahankan. Begitulah hakikatnya, PAS merupakan sebuah parti politik biasa seperti parti-parti lain. Amat terkejut kita seluruh umat Islam bila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP sebuah parti yang terang-terang anti Melayu dan anti Islam sebaliknya pula menolak hasrat UMNO untuk bersatu demi untuk menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia. Lu fikirlah sendiri!!!!

Rumah rasmi kerajaan negeri terus dibiarkan, jutaan wang rakyat dihabiskan untuk rumah banglo Guan Eng?

Sudah setahun Ketua Menteri, Lim Guan Eng meninggalkan kediaman rasminya, Seri Teratai dan berpindah ke banglo sewa mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini.Justeru, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah menyifatkan rumah itu yang tidak dihuni sepanjang tempoh tersebut sebagai satu pembaziran.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan negeri meruntuhkan rumah tersebut dan menggantikannya dengan projek perumahan rakyat (PPR) bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi membuktikan bahawa Guan Eng benar-benar seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sering diuar-uarkan sebelum ini.
"Dia (Guan Eng) canang saja berjiwa rakyat, tapi cakap tak serupa bikin.
"Disebabkan dia tidak mahu lagi duduk di kediaman rasmi, runtuhkan saja rumah itu dan dirikan PPR," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tahun lalu, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke banglo mewah berkenaan atas alasan rumah rasmi itu mempunyai banyak semut api, anai- anai dan musang. Kos pengubahsuaian banglo tersebut yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa ke sebuah banglo mewah dikatakan melebihi RM1.5 juta.
Pemuda Gerakan juga telah melaporkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu tetapi sehingga kini hasil siasatan masih belum diumumkan.
Komen:
Mengapa hingga ke hari ini, SPRM belum mengumumkan hasil siasatan rumah banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng. Kerajaan negeri masih berdiam dalam isu ini. Naib Ketua Pemuda Gerakan, H’ng Khoon Leng  pernah berkata penjelasan itu perlu jika kerajaan negeri benar-benar mengamalkan konsep Cekap, Akuantabiliti dan Telus (CAT).
Ada rumah rasmi tak digunakan dan dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya sewa rumah banglo biasa dan dibaiki menelan belanja berjuta ringgit menjadi  sebuah rumah banglo mewah. Apakah Guan Eng menggunakan wang sendiri atau ada pihak tertentu yang membiayainya. Alasan rumah rasmi kerajaan terdapat semut, anai-anai dan musang tidak munasabah. Jika masalah anai-anai pun tak dapat ditangani dengan baik, bagaimana pula Guan Eng dapat tangani masalah rakyat yang pelbagai ragam? Itulah sebenarnya sikap Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini yang suka menyalahkan orang lain. 
Sesungguhnya rakyat hairan, kenapa rumah rasmi ada tetapi tidak dibaiki dan sebaliknya membaiki dan menyewa sebuah rumah banglo mewah sebagai ganti? Sudah tentu wang rakyat atau wang kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan pembinaan rumah milik peribadi. Jika tidak boleh, persoalannya dari mana sumber kewangan rumah banglo itu  disewa dan dibaiki? Oleh kerana pemimpin kerajaan negeri selalu bercakap tentang akauntabiliti dan telus, sila buktikan ketelusan dan sikap kebertanggungjawaban kerajaan negeri kepada rakyat. Jika belum sila beri penjelasan segera. Rakyat tidak akan padamkan isu ini begitu sahaja. Setiap patah perkataan dan tindakan pemimpin kerajaan negeri akan diperhatikan dan dinilai oleh rakyat. Sekarang rakyat Pulau PInang semakin miskin, ada gerai -gerai dirobohkan, kampung-kampung tradisonal dihapuskan, pelaburan asing jatuh merosot, tiada lagi pekerjaan baru, kadar pengangguran meningkat, kegiatan maksiat bertambah, pusat-pusat hiburan beroperasi hingga pagi dan banyak lagi. Erti kata lain kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP,PAS dan PKR gagal memerintah. Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat hari ini hanya berjaya menganjurkan berpuluh-puluh ceramah dan forum politik pada setiap malam. Itulah strategik utama kerajaan PR untuk menutup kemaluan kegagalan pemerintahan kerajaan PR agar boleh meneruskan matlamat merampas Putrajaya dalam PRU13 akan datang. Masihkah rakyat umum tidak sedar dan insaf?

Thursday, August 5, 2010

Guan Eng kena tepuk bahu oleh warga emas suatu insiden kecil?

Dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kena tepuk bahu. Bukan suatu isu yang besar bila media melaporkan seorang individu warga emas menepuk bahu Guan Eng.  Menurut sumber lain, Blogger Pisau yang berada ketika kejadian melihat muka dan pipi Guan Eng merah akibat sentuhan 'manja' malah rambut Brielcream Guan Eng turut berserabut akibat belaian Pak Ali. Itulah manifestasi marah yang dipendam Pak Ali sejak akhir akhir ini apabila tidak tahan melihat melayu Pulau Pinang yang teranaiya dan terhina malah tindakan beliau membuktikan warga mas bukan semurah RM100 yang disangkakan Guan Eng.
Pak Ali warga emas, rakyat biasa dan bukan pun exco kerajaan negeri Pulau Pinang boleh main tepuk-tepuk bahu dengan Tuan Guan Eng. Jika Pak Ali seorang speaker tentu tepuk-tepuk bahu mencerminkan kemesraan pemimpin Melayu PKR dengan tuan mereka, Ketua Menteri Pulau Pinang.  Jika Pak Ali wakil rakyat Permatang Pasir tentu tepukan kepada bahu Guan Eng menunjukkan betapa mesranya dan hormatnya pemimpin PAS kepada Setiausaha Agung DAP dan merangkap KM Pulau Pinang. Main tepuk-tepuk bahu antara pemimpin PAS dan PKR dengan tuan mereka, Guan Eng boleh dianggap perkara biasa, malahan itulah yang diminta oleh Guan Eng kepada anak buahnya kerana dia telah diangkat oleh mereka sendiri umpama pemerintah Islam tersohor, Khalifah Umar Abdul Aziz.
Realitinya dan hebatnya warga emas itu, Pak Ali orang Melayu yang tidak mewakili mana-mana parti dan pertubuhan NGO. Beliau bertindak berseorangan dek kerana tidak sanggup melihat perangai Guan Eng yang sombong dan bongkak. Mungkin ada banyak pengajaran di sebalik insiden menepuk bahu itu. Pak Ali nak bagi tahu kepada pemimpin-pemimpin Melayu jangan dok berdiam lagi. Beberapa buah kampung tradisi termasuk Kg. Buah Pala, Kg. Pokok Asam, Kg. Tengah dan Kg. Binjai pula akan dilenyapkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang tidak murah harganya. Orang India dan orang Melayu akan disingkir secara terancang. Guan Eng tetap dengan sikap sombong dan bongkaknya akan menyalahkan kerajaan terdahulu. Tapi semasa BN memerintah jarang sekali kita terdengar kampung tradisi jadi begini.
Pak Ali sudah hilang sabar lagi melihat perilaku Guan Eng yang tidak menghormati pegawai Melayu. Guan Eng berjaya memperbodohkan pemimpin-pemimpin politik Melayu/Islam lain. Dia tak perlu kepada demontrasi jalanan lagi. Dia tampar manja dikatakan menepuk bahu. Itulah yang dilaporkan oleh Guan Eng atau kuncu-kuncu disekelilingnya. Guan Eng tak mahu buat laporan polis dan Ketua Pemuda DAP juga tak berminat nak buat laporan polis. Mereka tahu, Pak Ali hanya rakyat biasa tak ada untungnya berlawan dengan seorang rakyat biasa dan warga emas pula. Tapi bagaimana agaknya jika seorang pegawai polis yang memberi tepukan manja kepada Guan Eng. Sudah pasti KP DAP semua negeri akan membuat laporan polis dan suatu Suruhanjaya Diraja siasatan kes itu minta ditubuhkan segera. Ketua Pemuda PAS dan PKR juga akan tumpang semangkuk buat laporan polis untuk menunjukkan setiakawan dalam Pakatan Rakyat. 
Pemimpin-pemimpin UMNO dan NGOs Melayu/Islam fahamilah sedalam-dalamnya perasaan seorang warga emas ini. Beliau sudah tidak sabar lagi melihat bangsanya dihina oleh kerajaan Guan Eng sedangkan beliau tidak mewakili mana-mana pertubuhan. Pemimpin-pemimpin Melayu/Islam PKR dan PAS yang bersekongkol dengan kerajaan DAP, fahamilah bahawa rata-rata orang Melayu/Islam sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pemimpin PKR dan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat hari ini. Alhamdulillah, kebanyakan orang Melayu/Islam mulai sedar dan tsunami politik dalam PRU12 yang lalu merupakan suatu kesilapan yang tidak diduga!

Monday, August 2, 2010

Daftar Pemilih: Pembangkang begitu agresif di Balik Pulau!!!!!


Dalam satu jamuan, rakan-rakan pegawai kerajaan bersembang-sembang pasal politik tempatan. Sebelum ini sukar didapati pegawai kerajaan mahu bersembang dan bertanya khabar pasal politik tempatan mahupun negara. Itulah perubahan sikap orang-orang Melayu terutama pegawai-pegawai kerajaan yang dapat kita perhatikan ketika ini. Mungkin suatu masa dulu mereka tidak kisah dengan masa depan politik orang Melayu di Malaysia. Mungkin mereka beranggapan jika pembangkang memerintah kerajaan negeri dan Malaysia pun sama jua. Kini mereka sudah melihat dan menilai sendiri pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Mereka menyaksi sendiri mengapa ramai pemimpin-pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat dan DAP meninggalkan parti masing-masing. Kini mereka semakin sedar bahawa PAS tidak begitu berkesan dalam kerajaan Pakatan Rakyat. 
Mereka mulai bimbang dan tak segan lagi meluahkan kerisauan mereka. Mereka ingin tahu, apakah UMNO telah usahakan seperti pihak pembangkang usahakan dalam kempen daftar pemilih? Menurut mereka, ahli-ahli DAP  dan PKR terutama sedang bekerja kuat mencari pengundi-pengundi baru. Mereka ini sanggup menahan dan menaiki bas-bas kilang yang melalui kampung-kampung hanya untuk menjalankan kempen daftar pemilih. Dan ada pula yang berjalan di kampung-kampung, dari rumah ke rumah mencari pengundi-pengundi baru tanpa rasa segan dan malu. Setakat ini belum ada lagi usaha agresif seumpama itu dari parti UMNO, MCA mahupun Gerakan, kenapa? Apakah alasan yang boleh kita berikan jika soalan ini dilontarkan? Salah seorang dari kalangan kami melahirkan rasa kesal dan sangat kecewa. Beliau pernah bangkitkan perkara ini kepada salah seorang yang berada  dalam UMNO Bahagian. Tapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan beliau. Orang dalam Bahagian UMNO itu berkata, " Apa guna kita tambah pengundi jika mereka akan menyokong pembangkang?". Itulah jawapan orang kuat UMNO yang sangat mengecewakan kawan kita. Kawan-kawan kita bangkitkan rasa bimbang bagaimana pembangkang begitu agresif sekali. Tapi adalah juga kelihatan baju pink (Puteri UMNO) berjalan-jalan mencari pengundi baru. 
Mungkin UMNO Bahagian terutama Biro Daftar Pemilih dan Keahlian telah merancang dan melaksanakan usaha menambah pengundi-pengundi di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri dan anak-anak muda Melayu. Orang kuat dalam UMNO Bahagian mesti menggerakkan pemuda, wanita dan puteri UMNO supaya lebih agresif dengan tindakan yang lebih terancang. Setiap minggu atau setiap dua minggu sekali, maklumat pertambahan daftar pemilih dikumpul supaya UMNO Bahagian dapat mencapai sasaran jumlah tertentu untuk tempoh tertentu. Setiap sayap UMNO dan juga JKKKP perlu digerakkan serentak. Tunggu apa lagi? Jika perlu berikan insentif kepada individu/pertubuhan yang berjaya. Sebenarnya pembangkang sudah jauh mendahului UMNO/BN dalam kempen daftar pemilih. Ada kakitangan yang diberi tanggungjawab di Pejabat UMNO Bahagian sebagai Pendaftar Pemilih tetapi tidak berkesan. Ramai juga rakan-rakan UMNO melahirkan perasaan tak puas hati. Mengapa jadi begitu? Jika sudah tak berminat untuk bekerja elok diberhentikan saja. Bangunlah! jangan tidur lagi. Ramai lagi ahli-ahli UMNO, pemuda atau puteri yang mampu bekerja dengan lebih baik. Walaubagaimana pun kita yakin UMNO Bahagian ini telah ada perancangan dan gerakerjanya dalam usaha menambah bilangan pengundi baru di kawasan parlimen Balik Pulau. Kita akan turut bantu, insyaAllah.