Ingat-ingat kitalah PAS memperjuangkan Islam bila UMNO terus memperjuangkan hak orang-orang Melayu dan bumiputera. Hingga PAS menyifatkan UMNO sebagai parti memperjuangkan assobiyah atau kebangsaan. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO dicaci dan dihina dikhalayak ramai. Ada penceramah PAS mengatakan ada pemimpin UMNO sendiri tak dapat membezakan yang mana hukum halal dan haram. Malahan pemimpin DAP pula dipuji dan dikatakan lebih pandai dalam persoalan agama Islam daripada pemimpin UMNO sendiri. Begitulah rendahnya, hina-dinanya pemimpin PAS meletakkan pemimpin UMNO di kalangan umat Islam. Hinggalah pelbagai label diberikan kepada UMNO oleh penceramah-penceramah PAS seperti UMNO anti Islam, UMNO buta agama, UMNO kafir, UMNO murtad, UMNO yahudi dan sebagainya. Dengan tujuan untuk memastikan orang Melayu/Islam benci kepada UMNO walaupun realitinya UMNO telah terbukti dan berjaya berbanding dengan kepimpinan PAS di Kelantan.
Tapi majoriti orang Melayu/Islam dapat lihat dan menilai sendiri. Syiar Islam berkembang pesat tanpa sekatan. Sistem perundangan Islam, perbankan dan insurans takaful serta pajak gadai Islam (ar-rahnu) semakin diperkasakan. Institusi pengajian pondok, sekolah agama rakyat hinggalah pusat pengajian tingga Islam semakin dimantapkan. Pengajaran pendidikan agama Islam dan kelas al-quran diperhebatkan. Elaun guru dan tahfiz diberi dan ditambah. Erti kata lain, negara Islam di dunia mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Tapi majoriti orang Melayu/Islam dapat lihat dan menilai sendiri. Syiar Islam berkembang pesat tanpa sekatan. Sistem perundangan Islam, perbankan dan insurans takaful serta pajak gadai Islam (ar-rahnu) semakin diperkasakan. Institusi pengajian pondok, sekolah agama rakyat hinggalah pusat pengajian tingga Islam semakin dimantapkan. Pengajaran pendidikan agama Islam dan kelas al-quran diperhebatkan. Elaun guru dan tahfiz diberi dan ditambah. Erti kata lain, negara Islam di dunia mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Tapi kini Presiden PAS mulai sedar, bahawa sokongan orang Melayu/Islam kepada parti PAS semakin merosot jika bertambah pun dengan kadar yang kecil berbanding dengan UMNO. Ini disebabkan oleh perjuangan Islam yang dibawa PAS sentiasa berubah-ubah ikut keadaan politik. Di kalangan pemimpin PAS sendiri bercanggahan pendapat dalam isu-isu tertentu membabit kerajaan perpaduan, kalimah Allah dan kerjasama dengan UMNO. Golongan ulamak dan Mufti mulai menyatakan sokongan terhadap pendirian UMNO yang sentiasa tegas dan konsisten dalam perjuangan hak orang Melayu/Bumiputera, agama Islam dan kedudukan raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Presiden PAS, TG Haji Hadi sekali lagi terpaksa akur bahawa dalam perjuangan Islam, kita tak boleh ketepikan hak perjuangan orang Melayu/Bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Lagi pun dalam perlembagaan negara sendiri jelas menyatakan bahawa orang Melayu itu adalah beragama Islam di Malaysia. Jika orang Melayu dibela maka secara langsung kita membela nasib orang Islam. Tak usahlah memperincikan orang Melayu beragama Islam tapi tidak mengamalkan Islam sebagai alasan politik. Perjuangan PAS sebenarnya tidak konsisten. Berubah-ubah kerana politik semasa yang berubah-ubah. Jika ditanya pemimpin PAS sendiri, akan bermati-matianlah akan mempertahakan bahawa PAS tetap memperjuangankan Islam dengan berpandukan kepada al-quran dan sunnah Rasulullah.
Perjuangan PAS jadi semakin lembut sejak berpakat dengan DAP. Seolah-olah PAS yakin dapat mengislamkan DAP. Sebaliknya DAP yang berjaya, dapat melunturkan Islam perjuangan PAS hingga kalimah Allah dan ayat suci al-quran boleh dibenarkan oleh orang kafir (rakan DAP) menggunakan untuk tujuan politik. Ini dilakukan untuk mendapat undi dari kaum bukan Islam.
Dan kali ini, untuk mendapat undi dari orang Melayu semula, Presiden PAS terpaksa meminta hak orang Melayu/Bumiputera dipertahankan. Begitulah hakikatnya, PAS merupakan sebuah parti politik biasa seperti parti-parti lain. Amat terkejut kita seluruh umat Islam bila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP sebuah parti yang terang-terang anti Melayu dan anti Islam sebaliknya pula menolak hasrat UMNO untuk bersatu demi untuk menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia. Lu fikirlah sendiri!!!!
Tanda akhir zaman...takbir!
ReplyDeleteWalaupun pahit perlu di telan jua. Sabar itulah yang perlu ada pada pejuang sejati.
ReplyDelete