"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, August 17, 2010

MCA dan DAP menjaga kepentingan bangsa Cina tetapi PAS pula bagaimana?

Pemimpin PAS bukan tak tahu bahawa MCA dan DAP boleh bersama dalam menjaga kepentingan bersama khususnya kepentingan kaum Cina. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru berkata “MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina. Jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat. Oleh itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) tidak boleh menyalahkan MCA hanya kerana parti ini mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan akhbar kelmarin.
Itulah MCA yang merupakan parti komponen BN tetapi berani bersuara demi kepentingan kaum Cina sepertimana DAP telah lakukan. Tapi apakah PAS sebagai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat boleh melakukan tindakan serupa dengan mengambil pendirian yang sama dengan UMNO? PAS sebenarnya takut, takut kehilangan pengundi Cina dan India maka suara PAS semakin tenggelam dalam memperjuangan hukum hudud, sebuah negara Islam dan sebagainya. Suara PAS lebih seiring dengan suara DAP. Semasa DAP bercadang menghapuskan DEB, tiada seorang pemimpin PAS pun yang tampil menyatakan bantahan. Pemimpin UMNO dan NGOs Melayu sahaja yang bangun menentang. Semasa pemimpin DAP hendak menyaman Raja Melayu pun tiada seorang pemimpin PAS bangun menentang tindakan tersebut. Berpuluh perhimpunan seluruh negara menyatakan bantahan terhadap sikap kurang ajar Karpal Singh tetapi tiada perhimpunan PAS untuk tujuan yang sama. Begitu juga dengan isu kalimah Allah, tiada perhimpunan dari parti PAS malahan pemimpin utama PAS pula menyatakan sokongan pihak gereja menggunakan kalimah Allah. Begitulah sedikit sebanyak sikap pemimpin PAS yang amat merugikan orang Melayu dan agama Islam sendiri. Kerana menagih undi dari kaum Cina dan India, PAS sanggup berpendirian sealiran dengan DAP dan PKR yang jelas menentang DEB dan pembentukan sebuah negara Islam. UMNO tetap konsisten dalam menyampaikan perjuangannya berlandaskan perlembagaan negara. Walaupun UMNO tetap menjaga kepentingan Melayu dan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi hak kaum lain juga tidak diketepikan sebagai rakyat Malaysia. Hari ini rakyat semakin sedar bahawa PAS sudah tidak sehebat dulu lagi. Sudah kedapatan ahli-ahli veteran dan golongan muda PAS sudah berani menyuarakan penentangan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS yang merugikan orang Melayu. Mereka sedar jika orang Melayu jadi lemah sudah pasti usaha menubuhkan sebuah negara Islam umpamanya hanya jadi mimpi di siang hari. Pengembangan syiar Islam di Malaysia akan tersekat atau disekat oleh kuasa ultra kiasu seperti DAP yang jelas anti Islam merupakan golongan kafir harbi yang menjadi sahabat parti PAS. Sempena bulan Ramadan ini, eloklah orang UMNO dan PAS memikirkan bagaimana untuk menguatkan perpaduan orang Melayu/Islam di Malaysia agar kepentingan orang Islam dan juga orang Melayu dapat dipelihara sepertimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persektuan.

4 comments:

  1. Tak hairanlah DAP menentang ISLAM sebab depa memang kapiaq.Yang hairan nya UMNO yang mengaku islam ( tak sembahyang pun )tapi terus menentang ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS.

    ReplyDelete
  2. Masyaallah...anon diatas saya agak bukan org Melayu atau jika Melayu pun mungkin selama ini dok dlm tempurung..tak berdenua dgn msayrakat umum. Saya pernah terjumpa org macam anon diatas di Kedah. Dalam mana sorang ustadz UMNO berceramah politik, org tua penyokong tegar PAS lah kut terkejut besar bila ustadz itu membaca dan mentafsir al-quran dalam ceramah itu. Dia kata "Laa orang umno ni boleh baca quran ka?". Begitulah hidup org tak bercampur dgn org luar samalah spt anon di atas. Maaflah bulan2 puasa ni tak baik tuduh menuduh tapi wajar utk saya perbetulkan tanggapan anon di atas melalui pengalaman kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. Anon 12:26 dah pandai sangat jawablah paktam tulis diatas tu.

    ReplyDelete
  4. Anti hipokrit.Hang memang hipokrit.Hang pernah pi survey ke kat masjid2 kawasan balik pulau,80% jemaah yang hadir kat masjid terdiri dari orang pas dengan PKR,orang OMNO yang ada pun dari saluran 1 yang memang karat dgn UMNO. kalau pandang sekeliling kampung,ada orang UMNO yang mengaku islam tapi tak pernah sembahyang pun.
    Kalau presiden UMNO sendiripun tak boleh nak tarbiah bini dia tutup aurat, islam apa kejadah namanya. orang macam hang la yang DAYUS macam najib tu dok sokong UMNO laknatullah.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.