Dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kena tepuk bahu. Bukan suatu isu yang besar bila media melaporkan seorang individu warga emas menepuk bahu Guan Eng. Menurut sumber lain, Blogger Pisau yang berada ketika kejadian melihat muka dan pipi Guan Eng merah akibat sentuhan 'manja' malah rambut Brielcream Guan Eng turut berserabut akibat belaian Pak Ali. Itulah manifestasi marah yang dipendam Pak Ali sejak akhir akhir ini apabila tidak tahan melihat melayu Pulau Pinang yang teranaiya dan terhina malah tindakan beliau membuktikan warga mas bukan semurah RM100 yang disangkakan Guan Eng.
Pak Ali warga emas, rakyat biasa dan bukan pun exco kerajaan negeri Pulau Pinang boleh main tepuk-tepuk bahu dengan Tuan Guan Eng. Jika Pak Ali seorang speaker tentu tepuk-tepuk bahu mencerminkan kemesraan pemimpin Melayu PKR dengan tuan mereka, Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika Pak Ali wakil rakyat Permatang Pasir tentu tepukan kepada bahu Guan Eng menunjukkan betapa mesranya dan hormatnya pemimpin PAS kepada Setiausaha Agung DAP dan merangkap KM Pulau Pinang. Main tepuk-tepuk bahu antara pemimpin PAS dan PKR dengan tuan mereka, Guan Eng boleh dianggap perkara biasa, malahan itulah yang diminta oleh Guan Eng kepada anak buahnya kerana dia telah diangkat oleh mereka sendiri umpama pemerintah Islam tersohor, Khalifah Umar Abdul Aziz.
Realitinya dan hebatnya warga emas itu, Pak Ali orang Melayu yang tidak mewakili mana-mana parti dan pertubuhan NGO. Beliau bertindak berseorangan dek kerana tidak sanggup melihat perangai Guan Eng yang sombong dan bongkak. Mungkin ada banyak pengajaran di sebalik insiden menepuk bahu itu. Pak Ali nak bagi tahu kepada pemimpin-pemimpin Melayu jangan dok berdiam lagi. Beberapa buah kampung tradisi termasuk Kg. Buah Pala, Kg. Pokok Asam, Kg. Tengah dan Kg. Binjai pula akan dilenyapkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang tidak murah harganya. Orang India dan orang Melayu akan disingkir secara terancang. Guan Eng tetap dengan sikap sombong dan bongkaknya akan menyalahkan kerajaan terdahulu. Tapi semasa BN memerintah jarang sekali kita terdengar kampung tradisi jadi begini.
Pak Ali sudah hilang sabar lagi melihat perilaku Guan Eng yang tidak menghormati pegawai Melayu. Guan Eng berjaya memperbodohkan pemimpin-pemimpin politik Melayu/Islam lain. Dia tak perlu kepada demontrasi jalanan lagi. Dia tampar manja dikatakan menepuk bahu. Itulah yang dilaporkan oleh Guan Eng atau kuncu-kuncu disekelilingnya. Guan Eng tak mahu buat laporan polis dan Ketua Pemuda DAP juga tak berminat nak buat laporan polis. Mereka tahu, Pak Ali hanya rakyat biasa tak ada untungnya berlawan dengan seorang rakyat biasa dan warga emas pula. Tapi bagaimana agaknya jika seorang pegawai polis yang memberi tepukan manja kepada Guan Eng. Sudah pasti KP DAP semua negeri akan membuat laporan polis dan suatu Suruhanjaya Diraja siasatan kes itu minta ditubuhkan segera. Ketua Pemuda PAS dan PKR juga akan tumpang semangkuk buat laporan polis untuk menunjukkan setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan NGOs Melayu/Islam fahamilah sedalam-dalamnya perasaan seorang warga emas ini. Beliau sudah tidak sabar lagi melihat bangsanya dihina oleh kerajaan Guan Eng sedangkan beliau tidak mewakili mana-mana pertubuhan. Pemimpin-pemimpin Melayu/Islam PKR dan PAS yang bersekongkol dengan kerajaan DAP, fahamilah bahawa rata-rata orang Melayu/Islam sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pemimpin PKR dan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat hari ini. Alhamdulillah, kebanyakan orang Melayu/Islam mulai sedar dan tsunami politik dalam PRU12 yang lalu merupakan suatu kesilapan yang tidak diduga!
blogger ini krang ajar. jangn babitkan Pas dalam isu ini.
ReplyDeletePAS 13 kali kurang ajar....
ReplyDeletepenjilat DAP...