Dalam satu jamuan, rakan-rakan pegawai kerajaan bersembang-sembang pasal politik tempatan. Sebelum ini sukar didapati pegawai kerajaan mahu bersembang dan bertanya khabar pasal politik tempatan mahupun negara. Itulah perubahan sikap orang-orang Melayu terutama pegawai-pegawai kerajaan yang dapat kita perhatikan ketika ini. Mungkin suatu masa dulu mereka tidak kisah dengan masa depan politik orang Melayu di Malaysia. Mungkin mereka beranggapan jika pembangkang memerintah kerajaan negeri dan Malaysia pun sama jua. Kini mereka sudah melihat dan menilai sendiri pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Mereka menyaksi sendiri mengapa ramai pemimpin-pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat dan DAP meninggalkan parti masing-masing. Kini mereka semakin sedar bahawa PAS tidak begitu berkesan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Mereka mulai bimbang dan tak segan lagi meluahkan kerisauan mereka. Mereka ingin tahu, apakah UMNO telah usahakan seperti pihak pembangkang usahakan dalam kempen daftar pemilih? Menurut mereka, ahli-ahli DAP dan PKR terutama sedang bekerja kuat mencari pengundi-pengundi baru. Mereka ini sanggup menahan dan menaiki bas-bas kilang yang melalui kampung-kampung hanya untuk menjalankan kempen daftar pemilih. Dan ada pula yang berjalan di kampung-kampung, dari rumah ke rumah mencari pengundi-pengundi baru tanpa rasa segan dan malu. Setakat ini belum ada lagi usaha agresif seumpama itu dari parti UMNO, MCA mahupun Gerakan, kenapa? Apakah alasan yang boleh kita berikan jika soalan ini dilontarkan? Salah seorang dari kalangan kami melahirkan rasa kesal dan sangat kecewa. Beliau pernah bangkitkan perkara ini kepada salah seorang yang berada dalam UMNO Bahagian. Tapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan beliau. Orang dalam Bahagian UMNO itu berkata, " Apa guna kita tambah pengundi jika mereka akan menyokong pembangkang?". Itulah jawapan orang kuat UMNO yang sangat mengecewakan kawan kita. Kawan-kawan kita bangkitkan rasa bimbang bagaimana pembangkang begitu agresif sekali. Tapi adalah juga kelihatan baju pink (Puteri UMNO) berjalan-jalan mencari pengundi baru.
Mungkin UMNO Bahagian terutama Biro Daftar Pemilih dan Keahlian telah merancang dan melaksanakan usaha menambah pengundi-pengundi di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri dan anak-anak muda Melayu. Orang kuat dalam UMNO Bahagian mesti menggerakkan pemuda, wanita dan puteri UMNO supaya lebih agresif dengan tindakan yang lebih terancang. Setiap minggu atau setiap dua minggu sekali, maklumat pertambahan daftar pemilih dikumpul supaya UMNO Bahagian dapat mencapai sasaran jumlah tertentu untuk tempoh tertentu. Setiap sayap UMNO dan juga JKKKP perlu digerakkan serentak. Tunggu apa lagi? Jika perlu berikan insentif kepada individu/pertubuhan yang berjaya. Sebenarnya pembangkang sudah jauh mendahului UMNO/BN dalam kempen daftar pemilih. Ada kakitangan yang diberi tanggungjawab di Pejabat UMNO Bahagian sebagai Pendaftar Pemilih tetapi tidak berkesan. Ramai juga rakan-rakan UMNO melahirkan perasaan tak puas hati. Mengapa jadi begitu? Jika sudah tak berminat untuk bekerja elok diberhentikan saja. Bangunlah! jangan tidur lagi. Ramai lagi ahli-ahli UMNO, pemuda atau puteri yang mampu bekerja dengan lebih baik. Walaubagaimana pun kita yakin UMNO Bahagian ini telah ada perancangan dan gerakerjanya dalam usaha menambah bilangan pengundi baru di kawasan parlimen Balik Pulau. Kita akan turut bantu, insyaAllah.
UMno dok buat dah tu. Nantilah lepas PRU13.
ReplyDeleteSalam umat Islam semua,
ReplyDeletePemimpin PAS terlalu degil dan keras dalam penentangan usaha ke arah penyatuan umat Islam. PAS masih berpegang kpd penyatuan umat Islam bukan bangsa. Walaupun dia tahu dlm perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu itu beragama Islam. Jika bersatu Melayu maka bersatulah Islam tapi dia berkeras bahawa Al-Quran hanya menganjurkan penyatuan Islam shj tidak ada bangsa. Jadi UMNO mesti gugurkan perjuangan bangsa yg dianggap sempit dan rasis kpd perjuangan Islam sebagai syarat PAS utk bersama dgn UMNO. Jika mahu diikut kehendak PAS ini bermakna, parti UMNO perlu dibubarkan shj. Soalnya apakah pemimpin UMNO dan ahli UMNO yg sudah melebihi 3 juta org sanggup melakukannya? Apakah dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3 sudah pun jelas menyatakan bahawa UMNO menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama belum cukup lagi hingga perlu dibubarkan? Kenapa PAS tidak mahu melihat penyatuan umat Islam/Melayu menjadi keutamaan dlm perjuangan Islamnya? Ulamak2 pondok pun sudah berani tampil mengkritik TGNA yg terlalu ego dan takbur. Wallahualam.
Ya...lah. negara2 arab yg besar kaya minyak apa dah jadi. tak bersatu. amerika serang iraq. kumpulan Hamas dan al Fatah di palestin juga tak bersatu. di malasyai pula pas dan umno bergaduh dan bersaing sesama sendiri. org melayu dan islam jadi lemah sebaliknya yg kuat adalah rakan2 bukan melayu/ islam walaupun mereka minoriti penduduknya. Masih org Melayu tak mahu sedar..entahlah!
ReplyDeleteUmno dok buat apa ni. macam tak ada apa2. pembangkang dah agresif seolah2 pilihanraya esok. tapi umno dok tidor seperti pilihanraya 10 tahun lagi. bahgian daftar pengundi kena buat kerjalah. jangan pegang jwtn mahu, buat kerja x mau.
ReplyDeleteSalam Pak Tam,
ReplyDeleteDiharap semua KC KC jangan dok tidor lagi, pastikan semua ahli ahli sendiri mendaftar sebagai pengundi di parlimen BP, termasuk diri sendiri.