"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, July 30, 2010

Melayu PAS dan Melayu UMNO banyak persamaan. Tapi bergaduh kenapa?

DAP memang anti Melayu. Jangan dok berselindung lagi. Akhbar Utusan Malaysia telah diharamkan oleh pemerintahan DAP-PKR-PAS di Pulau Pinang. Mereka mahu rakyat Pulau Pinang baca akhbar Roket, Keadilan dan Harakah. Mereka mahu hapuskan apa sahaja perkara yang ada hubung kait dengan kepentingan orang Melayu dan Islam. Perarakan sambutan Maulid Rasul telah cuba dibatalkan pada tahun ini oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Rumah kos rendah pun tidak dibina lagi di Pulau Pinang sebabnya tak mahu bagi orang Melayu lebih ramai di Pulau Pinang. DAP Selangor pula telah pun mencadangkan diskaun harga rumah mewah dan bangunan kormesial kepada orang Melayu dan Bumiputera dihapuskan. MB Melayu, Dato' Seri Khalid pula bersetuju. Amat sedih sekali ada pemimpin Melayu jadi pak turut. Apakah MB Selangor tidak faham kedudukan orang melayu dan bumiputera dalam perlembagaan persekutuan? Apakah dengan menghapuskan diskaun itu, lebih ramai orang Melayu dan bumiputera boleh membeli rumah mewah dan bangunan kormersial itu? Mustahil boleh berlaku. Yang pasti keupayaan orang Melayu semakin merosot dan peluang orang Melayu dan bumiputera berkongsi kek ekonomi di Selangor semakin mengecil.  Kaum yang kaya boleh terus beli dengan lebih banyak. Melayu yang jadi majoriti di Selangor akan jadi minoriti seperti di Pulau Pinang dan akhirnya melayu di Pulau Pinang dan Selangor akan jadi Melayu di Singapura. 
Tapi pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan DAP seperti pemimpin PAS dan PKR, kenapa semuanya diam membisu? Apakah dengan beransur hilangnya orang Melayu di Pulau Pinang dan Selangor, PAS masih boleh meneruskan perjuangan Islamnya? PAS sanggup bersahabat dengan parti yang anti Melayu dan anti Islam. PAS sanggup menolak pelawaan untuk bersatu dengan UMNO sedangkan dalam UMNO juga ada pemimpin Melayu dan ulamak, satu agama, satu kalimah, satu kiblat, satu bangsa dan satu bahasa. PAS lebih pentingkan politik dari mementingkan perintah Allah swt. Dalam PAS ada pemimpin yang sombong dan bersifat takabur. Sebab tu usaha menyatukan orang Melayu di Malaysia tidak berjaya. 
Pasal pemimpin PKR jangan dok cakaplah, lagi tak boleh pakai. Cakap pandai, semua BN buat tak betul tapi apakah PKR dah buat untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Orang Melayu patut sedar. Tak ada apa-apa pun keistimewaan pada parti PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. UMNO dulu, kini dan selamanya tetap konsisten dalam perjuangan membela nasib bangsa, agama dan negara. UMNO telah mengalami perubahan sejak DS Najib memegang tampuk pemerintahan. Wakil rakyat yang bermasalah tidak akan dipilih lagi. Konsep 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" mulai diterima rakyat pelbagai bangsa termasuk Sabah dan Sarawak. Tapi Melayu PAS dan Melayu UMNO masih bergaduh sesama sendiri seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin.  Sedangkan Cina MCA, Cina Gerakan, Cina DAP dan Cina PKR boleh bersatu kerana mereka sayangkan bangsa mereka. Mereka bersatu dalam hal menjaga kepentingan bangsa mereka di Malaysia. Mereka tak kisah pun apa agama anutan mereka, mereka tak kisah pun apa parti ideologi mereka, mereka tak kisah pun asal usul mereka tapi mereka semuanya bersatu. Mengapa mereka boleh bersatu? Sedangkan agama anutan mereka pelbagai. Ada Cina yang menganuti agama Buddha, Hindu, Kristian dan Islam. Boleh pula mereka bersatu! Apa dah nak jadi dengan orang Melayu? Satu agama, satu bahasa, satu budaya dan ada hubungan persaudaraan atau pertalian darah tapi tak boleh bersatu? Sebenarnya banyak persamaan antara Melayu UMNO dan Melayu PAS tapi kenapa Melayu tak boleh bersatu seperti bangsa Cina?

2 comments:

  1. PAS cuba nak jadi parti Islam/melayu utama dalam Pakatan Rakyat sebab tu PAS bermati-matian mahu kekal kuat dalam PR. Jika UMNO jadi parti utama dalam BN kenapa PAS tak boleh lakukan dalam PR? Tapi rakyat tak yakin dgn kemampuan PAS kerana di PP dan Selangor, apa pemimpin PAS boleh buat? Tepuk dada tanya minda!

    ReplyDelete
  2. Salam umat Islam semua,
    Pemimpin PAS terlalu degil dan keras dalam penentangan usaha ke arah penyatuan umat Islam. PAS masih berpegang kpd penyatuan umat Islam bukan bangsa. Walaupun dia tahu dlm perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu itu beragama Islam. Jika bersatu Melayu maka bersatulah Islam tapi dia berkeras bahawa Al-Quran hanya menganjurkan penyatuan Islam shj tidak ada bangsa. Jadi UMNO mesti gugurkan perjuangan bangsa yg dianggap sempit dan rasis kpd perjuangan Islam sebagai syarat PAS utk bersama dgn UMNO. Jika mahu diikut kehendak PAS ini bermakna, parti UMNO perlu dibubarkan shj. Soalnya apakah pemimpin UMNO dan ahli UMNO yg sudah melebihi 3 juta org sanggup melakukannya? Apakah dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3 sudah pun jelas menyatakan bahawa UMNO menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama belum cukup lagi hingga perlu dibubarkan? Kenapa PAS tidak mahu melihat penyatuan umat Islam/Melayu menjadi keutamaan dlm perjuangan Islamnya? Ulamak2 pondok pun sudah berani tampil mengkritik TGNA yg terlalu ego dan takbur. Wallahualam.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.