"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, July 28, 2010

Pelajar cemerlang dari Politeknik tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA!

Hari ini ada sedikit masa untuk saya menulis. Cerita sedih dan kecewa dari seorang kawan. Hatinya sungguh terluka bila anaknya tidak ditawarkan melanjutkan pelajaran ke IPTA. Beliau telah cuba melalui pelbagai saluran tetapi rayuan anaknya ke IPTA masih ditolak. Anaknya seorang pelajar cemerlang lulusan diploma dari sebuah politeknik. Setiap semester, anaknya memperolehi anugerah ketua jabatan dan merupakan pelajar cemerlang dalam bidang berkenaan.
Selaku orang yang setia dengan parti UMNO, beliau cuba mendapat pertolongan dari pimpinan bahagian. Di situ beliau sudah dikecewakan bila anak beliau dinasihatkan bekerja dulu. Beliau sebenarnya amat mengharapkan pimpinan bahagian berusaha melalui saluran politik untuk membolehkan anaknya melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah. Tapi sikap pimpinan bahagian amat mengecewakan beliau.
Suatu surat rayuan (Pos Laju) telah dihantar kepada Menteri berkenaan tetapi tidak menerima sebarang jawapan. Akhirnya keputusan rayuan diperolehi anak beliau sekali lagi gagal. Begitu hampa sekali beliau bila diketahui bahawa  kawan-kawan anaknya dari kolej yang sama, jurusan yang sama tetapi dengan keputusan Diploma jauh lebih rendah dari anaknya telah ditawarkan ke IPTA. Beliau tertanya-tanya, saluran mana yang mereka ini guna? 
Tentu akan ada pelajar-pelajar yang senasib seperti anaknya yang cemerlang tetapi gagal melanjutkan pelajaran. Dan sudah pasti ada lagi pelajar-pelajar lain yang lebih rendah CGPA tetapi telah diterima masuk ke IPTA. Kita menghormati Menteri berkenaan yang tidak respon kepada surat rayuan mungkin kerana beliau seorang yang tegas dan adil kepada semua. Tapi bagaimana ada ruang berlakunya ketidakadilan dalam pengambilan pelajar ke IPTA? Beliau sedar bahawa sesebuah politeknik memberi pendidikan dan latihan di peringkat Diploma dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan kepada lulusan SPM atau setaraf dengannya dan lulusan Sijil Politeknik / Kolej Komuniti KPTM bagi memenuhi tenaga kerja terlatih negara.  Dengan kata lain keluaran diploma politeknik untuk pasaran pekerjaan. Walau bagaimanapun pihak KPT perlu pertimbangkan pelajar cemerlang dari politeknik untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA jika mereka lebih berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Mungkin sesetengah pihak akan beranggapan kes kegagalan pelajar cemerlang ini merupakan 'isolated case'.  Tidak seperti isu kenaikan harga barang  atau harga minyak petrol yang mendapat perhatian orang ramai. Sebagai seorang bapa yang merupakan penyokong kuat UMNO tentulah terasa begitu kecewa sekali. Walau bagaimanapun beliau pasrah menerima keputusan itu setelah beliau berusaha sendiri dengan bantuan sahabat-sahabat yang simpati dengan anak beliau. Beliau mengakui bahawa beliau kini semakin sedar dan mengenali 'wajah sebenar' pemimpin kita. Namun beliau melahirkan rasa kebimbangan anaknya yang kecewa mungkin akan merajuk dan meninggalkan UMNO akibat kegagalan itu.

7 comments:

  1. Baru ko orang sedar. Masa susah dia orang cari awak. Tapi bila kau orang minta tolong maka itulah jawpannya. Tinggalkan umno sertai pas!

    ReplyDelete
  2. Salam semua. Simpati dengan apa yang berlaku.Ia lebih kurang sama dengan kes anak saya.Anak saya UPSR 2009 dapat 5A. Pelajar yang cemerlang di sekolah.Dia berminat hendak ke asrama penuh memandangkan kakaknya telah berjaya ke MRSM dengan keputusan peperiksaan yang sama.Hantar permohonan macam biasa cuma ada surat sokongan dari seorang ahli parlimen tempatan (seorang menteri kabinet ).Sedihnya dia tetap tidak di tawarkan tempat dimana-mana sekolah asrama penuh.Marah juga pada awalnya tapi tetap redha dan yakin ada hikmah disebaliknya.Sekarang anak saya bersekolah harian yang agak jauh dari rumah walaupun ada sekolah menengah yang lebih dekat dengan rumah (3 Km aja) Saya andaikan anak merajuk dan bawa diri jauh sikit.Saya ikutkan saja kehendaknya.Sekarang ni saya sudah nampak hikmah di sebalik dia tidak ke sekolah asrama penuh.Di sekolahnya sekarang terdapat berbagai bangsa, Melayu ,Cina , India.Baru lebihkurang enam bulan disana anak saya sudah boleh bertutur bahasa cina walaupun tak fasih.Dia juga ada ramai kawan dari bangsa lain.Saya tidak fikir anak saya mendapat peluang ini jika dia bersekolah di sekolah asrama penuh kerana kita tahu kebanyakkannya adalah terdiri dari pelajar Melayu.Saya harap pengalaman saya ini memberi sedikit kesedaran kepada orang Melayu.Jangan gadaikan bangsa hanya kerana kehendak kita seorang tidak dipenuhi.Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya cerita yang dipaparkan itu masih samar. Jika benar begitu, mengapa tidak tunjukan bukti biar orang semua percaya. Jangan salahkan UMNO kerana cerita yang belum ada bukti. Jika benar cerita tersebut, Pemimpin UMNO di Bhg tersebut tidak akan membiarkan apa yang berlaku. Saya yakin cerita tanpa bukti hanya boleh dipercayai oleh penyokong pembangkang sahaja. Jangan rosakkan Kerajaan BN jika benci pemimpinya. Mengapa tak minta tolong dengan Menteri Pelajaran, InsyaAllah kita Rakyat 1 Malaysia tetap akan ditolong. Hentikan dari memburukan peminpin lain jika kita gagal minta tolong. Usahalah kepada yang lebih mengetahui kerana jika kita mudah putus asa adalah satu keputusan yang kurang baik. Hanya manusia yang tiada berusaha walaupun dengan sebarang cara yang lain yang akan gagal dalam hidupnya. Renung dan fikirkanlah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Kepada Wankhairul0799
    Sebenarnya cerita yang dipaparkan oleh Pak tam di atas adalah benar dan sahih belaka.Kiranya mahukan bukti bolehlah berjumpa Pak Tam bagu bertemu orang yang dimaksudkan.Jangan kita hanya tahu bercakap dan menafikan cerita2 yang memang kenyataan ini.Kenapa mahu membela pemimpin yang gagal dalam menjalankan amanah yang dipegang.Hati seorang ayah yang kecewa apabila anaknya gagal ke IPTA walaupun merupakan pelajar cemerlang Politeknik.Saluran politik saluran kecemasan kerana baginya perjuangan beliau selama ini untuk UMNO begitu besar,tetapi akhirnya berkesudahan dia gagal dengan kata2 manis pemimpin yang dahulunya selalu berjumpa beliau apabila tibanya waktu pemilihan jawatan di bahagian.Pandai berjanji tapi tidak hargai kepercayaan orang.Fikir2 kan lah.

    ReplyDelete
  5. Tak tumbuh tak kata tak sungguh orang tak kata!

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Tam ,

    Saya bersimpati diatas nasib yang menimpa saudara kita. Saya percaya cerita sebegini sudah banyak yang kita dengar dan cuma tidak digembar gemburkan sebab masyarakat dah meluat dan bosan dgn tingkah laku sesetengah pemimpin masyarakat yang pada hakikatnya tidak layak utk menjadi pemimpin namun tergedik gedik nak jadi pemimpin dan kononnya mereka-mereka ini adalah yg terbaik diantara yg tak baik. Berkempen bagai nak rak namun bila dah dapat habuk pun tak nampak. Yang kita dengar hanya masaalah penyalah gunaan kuasa dikalangan pemimpin yang terbaik ini tak berkesudahan dan bagaikan tiada noktahnya.
    Cuba kita minta masa mereka-mereka ini sangat2 memerlukan kita , saya rasa langit pun depa nak bagi pada kita tapi kalau kita minta masa sekarang sendirilah mau ingat. Kalau ada sesiapa yang sanggup utk mencari kebenaran bolehlah turun padanag dan banci masyarakat bertanyakan perihal pemimpin maka dapatlah kita bukti2nya.

    ReplyDelete
  7. dengan berlakunya keputusan sebegini rakyat sudah boleh menilai sejauh mana prinsip yang ditegakkan oleh menteri yang betanggunjawab bagi memastikan anak melayu yang cemerlang layak memasuki IPTA.
    sebenarnya menteri sebegini perlu dipecat dri jawatan tersebut...buang masa aje..makan gaji buta.. menjawat tanpa melihat kecemerlangan pelajar tersebut.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.