Salam persahabatan kepada semua rakan2 dalam UMNO Balik Pulau;
Pak Tam menulis blog sejak 3 April 2008 dengan blog yang pertama "Suara Perpaduan Melayu". Pada tanggal 17 Jun 2008, kira-kira 2 bulan kemudian, lahir pula blog Pak Tam yang kedua iaitu "UMNO Balik Pulau". Kedua-dua blog itu telah dihasilkan oleh Pak Tam sendiri untuk memberi sedikit kesedaran kepada orang Melayu dalam usaha mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO dan kerajaan BN. Tanpa sokongan dan dorongan mana-mana pihak, dengan secara sukarela dan ikhlas, Pak Tam berusaha menulis dan mengendalikan blog-blog ini sehingga kini kecuali blog "UMNO Balik Pulau" ditutup pada 16 Mac 2010. Blog "UMNO Balik Pulau" terpaksa ditutup supaya tidak disalahertikan oleh sesetengah pihak bahawa blog ini merupakan blog rasmi kepada UMNO Bahagian Balik Pulau. Oleh kerana itu Pak Tam menghasilkan pula blog yang ketiga dan terakhir dengan nama "Suara Satu Dua UMNO" pada 17 Mac 2010. Melalui blog terakhir ini, Pak Tam merasakan penulisan lebih bebas dan meluas tidak hanya fokus kepada hal ehwal politik UMNO dan pembangkang di Balik Pulau sahaja.
Sepertimana kesedaran dan harapan blogger-blogger lain, Pak Tam menulis atas kesedaran bahawa UMNO/BN mengalami kekurangan sokongan pengundi-pengundi muda dalam pilihanraya umum yang lalu. Penganalisis dan pemerhati politik juga bersetuju bahawa media baru yang dieksploitasi sepenuhnya oleh pembangkang telah berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi muda. Akhirnya calon BN ramai yang kecundang dalam pilihanraya yang lalu. Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO perlu menggerakkan golongan muda UMNO supaya lebih giat menguasai media baru agar mesej parti dan isu-isu tempatan dapat diketahui oleh orang-orang Melayu. Bukan diarahkan blog yang ada ditutup. Sepatutnya UMNO Bahagian BP sudah ada laman web/blognya sendiri sepertimana laman web/blog UMNO bahagian lain.
Tapi atas inisiatif Pak Tam, blog dihasilkan adalah untuk semua pembaca termasuk peminat blog daripada penyokong-penyokong pembangkang. Tidak perlu Pak Tam memegang jawatan penting dalam UMNO Bahagian, kerana sumbangan Pak Tam sebagai blogger sebenarnya lebih besar dan lebih berkesan daripada seorang AJK Bahagian. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti dan membaca ribuan blog-blog yang ada, mereka dapat memahami dan mengakui bahawa peranan seorang blogger amat penting dalam zaman IT yang sentiasa berkembang maju. Oleh itu blog "Suara Satu Dua UMNO" agak lebih terbuka sifatnya dan kritis dalam membicarakan isu-isu perpaduan orang-orang Melayu serta kepimpinan UMNO selari dengan usaha memenangi PRU yang akan datang.
Walau bagaimanapun Pak Tam berharap semua pihak terutama pimpinan parti melihat secara positif akan kehadiran lebih banyak blog-blog pro BN/UMNO. Terimalah kritikan dan pandangan secara terbuka dan ikhlas kerana inilah peluang ahli-ahli biasa UMNO, orang Melayu yang masih sayangkan UMNO serta rakan-rakan atas pagar dapat meluahkan isi hati dan pandangan mereka bagi masa depan UMNO dan orang Melayu amnya.
Tapi atas inisiatif Pak Tam, blog dihasilkan adalah untuk semua pembaca termasuk peminat blog daripada penyokong-penyokong pembangkang. Tidak perlu Pak Tam memegang jawatan penting dalam UMNO Bahagian, kerana sumbangan Pak Tam sebagai blogger sebenarnya lebih besar dan lebih berkesan daripada seorang AJK Bahagian. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti dan membaca ribuan blog-blog yang ada, mereka dapat memahami dan mengakui bahawa peranan seorang blogger amat penting dalam zaman IT yang sentiasa berkembang maju. Oleh itu blog "Suara Satu Dua UMNO" agak lebih terbuka sifatnya dan kritis dalam membicarakan isu-isu perpaduan orang-orang Melayu serta kepimpinan UMNO selari dengan usaha memenangi PRU yang akan datang.
Walau bagaimanapun Pak Tam berharap semua pihak terutama pimpinan parti melihat secara positif akan kehadiran lebih banyak blog-blog pro BN/UMNO. Terimalah kritikan dan pandangan secara terbuka dan ikhlas kerana inilah peluang ahli-ahli biasa UMNO, orang Melayu yang masih sayangkan UMNO serta rakan-rakan atas pagar dapat meluahkan isi hati dan pandangan mereka bagi masa depan UMNO dan orang Melayu amnya.
Betulka paktam iklas.he he he!
ReplyDeleteape yg difitnahkan tue?
ReplyDeleteSalam. Penulisan Pak Tam yang telah saya ikuti yang bermula dari Mac 2008 sehingga terkini. Pada peringkat mulanya saya hanya membaca sehinggalah sekarang
ReplyDelete(2010) memberi komen. Saya berpendapat penulisannya adalah iklhas untuk kebaikan orang-orang melayu terutamanya di kawasan Balik Pulau. Kita sama-sama terima pandangan dan tegurannya dengan positif demi kebaikan bangsa melayu.
saya setuju dgn saudara Abang Ara tapi masalah kita pemimpin dan org2 tertentu tak boleh terima kenyataan dan juga teguran. Bila kena teguran terus dianggap sebagai musuh sdgkan teguran itu bersifat membina. Baik untuk org yg ditegur dan baik juga kpd umno. tkasih.
ReplyDeletesalam kpd Sikin,
ReplyDeleteapa yang pak tam fitnah. mintalh sikin tolong jelaskan sini bolah dak. kita tak mau pakai tuduh2 saja.
Apa cerita ni shikin. hang kata hang difitnah oleh paktam tapi hang sendiri mengaku minum arak. Apa ni tak ada maruah ka hang ni mengaku minum arak di khalayak ramai dlm persidanga agung. hang tak layak langsung jd pemimpin umno. Shah pandai, sebab dia teringin nak jadi calon akan datang. Tapi jika dok bantai YB2 masa depan dia jadi lebih sukar..
ReplyDeleteassalamualaikum semua... tahun ni aku kurang mengikuti pergerakkan Mesyuarat Umno Bahagian. tapi aku dengag juga sikit sikit ... beberapa perkara yang x elok... rasanya semua org dah tahu pasal apa UMNO la ni jadi cukup hambar... semua penyokong dah jadi tak tentu arah.. sebab salah laku pemimpin dan juga ahli UMNO sendiri.. bila cakap bab salah laku ni, dia ada mcm2 la salah laku.. dari pada yang mendatangkan dosa besar dan juga dosa kecil..dan bila ada yang dok mengaku dia besa minum arak.. apatah lagi.. rasa ramai lagi dah buat kerja tu dan ada yang masih buat kerja tu.. setengah tu atas dasar kerja... tapi yang ramai atas sebab santai... mcm anak buah al kafirun la...tu belum cerita pasal yang dok suka yg tengok gambar lucah dalam handphone... banyak sangat salah laku... jadi aku mohonla.... hentikanlah tingkahlaku kalian..jika sayangkan UMNO tolong hentikanla kerja tak senonoh tu...
ReplyDeletesmalam aku terbaca blog ni.. lepas dalam dok sembang aku terdengar pulak luahan hati kawan2 yang tak puashati kat UMNO bahagian..aku pun baca lagi blog ni.. tengok tu dia... kudis UMNo balik Pulau dah merebak.. dekat nak berulat dah..apa nak jadi ni..awat sampai jadi mcm ni.. fitnah. maki hamun, hasut.. terus berlaku malah sampai ke peringkat tertinggi..awat hampa ahli umno semua jadi mcm ni..adakah kerana masing2 dah rasa terlampau pandai utk memegang jawatan maka hampa berasa berhak sangat utk buat hal tu..rasanya tingkah laku yang baik pun cukup untuk memenangi hati ahli lain utk menyokong kut. ni dah jadi mcm cerita hindu.. pakat ramai2 kasi hantam itu worang...
ReplyDeletetolong la.. kepada Dato Hilmi, YB Farid, YB syed Amir dan juga Abang Shah Headan, Abang Yazid, Penghulu Deris....tolong la tengok sat anak buah masing2... jgn la jadi macam ni.. banyak cara lain yang ada....berkompromi la... kepada yang dok MASYUK banyak sangat tu.. berkongsi la ngan orang lain.. jangan makan sorang..Kepada Dato Hilmi.. semua orang tau apa yang Dato dapat.. terutama pendapatan dari program ESQ tu.. banyak sangat tu.. agihkan la sikit kat orang lain.. begitu juga YB yang lain.. semua org tau apa yang hampa dapat..kepada saudara Shah Headan.. pun sama jugak..teruskanlah membantu ahli ahli yang memerlukan.. Kami ahli UMNO balik Pulau ni bukan banyak duit.. cukup pakai ja..tu sebab banyak yang boleh tergoda utk jadi kuncu2 pada bos bos sediaada..kekadang kuncu2 ni la yang dok tambah jadi Dajal Suci ni...aku mohon la .. HENTIKANLAH BUDAYA MEMBELA DAJAL SUCI NI...
Kepada pemimpin sediaada dalam UMNO bahagian Balik Pulau.. renungkanlah.. jangan sampai ahli buat dekklarasi beramai ramai utk keluar parti.. mana nak letak muka hampa nanti..