"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, July 19, 2010

Melayu mesti sokong UMNO dan lupakan PAS jika mahu selamatkan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia!!!!!!!!!!!!

Pas tetap dengan pendirian tegasnya. PAS tetap menolak kerjasama politik dengan UMNO kecuali dasar UMNO berubah dari bangsa Melayu kepada Islam., kata Nik Aziz. Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu siapa yang perlu dipilih menjadi perantara merealisasikan kerjasama itu kerana dasar yang dibawa UMNO yang tidak akan diterima oleh Pas. walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria campur tangan dan bersedia menjadi perantara agar dua parti itu bersatu demi perpaduan umat Islam.
Para ulamak tua dan muda , para cendikawan Melayu, para mufti dan bekas mufti, ustaz-ustaz, serta pemimpin-pemimpin NGOs Melayu dan Islam perlu memikirkan satu jalan yang terbaik setelah pemimpin-pemimpin PAS senada dan seirama menolak kerjasama dengan UMNO. Mereka lebih rela bersama dengan DAP dan PKR walaupun mereka mengetahui secara jelas bahawa mereka sokong DAP dan PKR bukan kerana dasar perjuangan mereka sebaliknya kerana mereka adalah pakatan yang mahu mengambil alih Putarajaya dalam PRU13 akan datang. Itu jawapan sebenarnya kenapa Tok-Tok Guru pimpinan PAS seperti Nik Aziz, Tuan Ibrahim dan Cikgu Mustapha, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub telah menolak usaha kerjasama UMNO-PAS oleh sesiapa saja walaupun Mufti Perak, TS Harussani Zakaria telah menyatakan kesediaan menjadi orang tengah. Malahan sesiapa yang mahu campurtangan (usaha membawa kerjasama UMNO dan PAS) akan dikritik hebat.
Oleh itu sesetengah pihak dalam politik tidak hairan dengan penolakan kerjasama UMNO-PAS oleh Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain. Mereka ulamak politik yang membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik kepartian. Pemimpin PAS bukan tidak tahu bahawa dasar perjuangan DAP dan PKR tetapi mereka lebih rela bersama DAP dan PKR walaupun Melayu dan Islam akan berpecah dua atau tiga. Matlamat pemimpin PAS mahu jadi PM dan Menteri-Menteri kerana itu sebenarnya dasar dan perjuangan PAS. Dalam jangka pendek ini, Pakatan Rakyat yakin mereka akan memenangi PRU akan datang.
Para Mufti, Cendiakwan dan Ulamak, pemimpin-pemimpin NGOs Melayu dan Islam perlu memilih UMNO supaya orang-orang Melayu dan Islam akan bertambah kuat melalui kepimpinan UMNO yang lebih terbuka dan berwawasan sifatnya. UMNO sudah berubah ke arah yang lebih baik, telus dan mendekati rakyat setelah DS Najib menjadi PM. Jika dasar UMNO salah, kenapa ada ulamak yang menyokong UMNO. Jika PAS boleh menerima dasar perjuangan DAP, kenapa pula PAS tidak boleh menerima dasar perjuangan UMNO? Jika UMNO didakwa sebagai kafir kerana bersubahat dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC maka bagaimana pula PAS yang bersubahat dengan DAP yang jelas menentang penubuhan sebuah negara Islam? Itulah politik PAS yang suka memutar-belitkan cerita dan fatwa demi untuk keuntungan politik. PAS perlu dilupakan supaya pemimpin-pemimpin PAS insaf dan sedar bahawa rakyat Melayu/Islam tidak menyokong mereka yang jelas menolak usaha merapatkan hubungan persaudaraan sesama sebangsa dan seagama. Pemimpn-pemimpin PAS masih berpandangan bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS semakin bertambah. Lupakah mereka kebelakangan ini keputusan-keputusan PRK DUN dan Parlimen seperti di  Manek Urai, Kelantan, Bagan Pinang Negeri Sembilan serta Parlimen Hulu Selangor, pengundi-pengundi Melayu tidak lagi memihak kepada pembangkang walaupun yang bertanding itu calon PAS. Mufti Perak dan pemimpin-pemimpin NGO Melayu dan Islam, ada juga ulamak-ulamak PAS sendiri turut kecewa dengan kenyataan pemimpin PAS yang sanggup menolak usaha penyatuan bangsa Melayu dan Islam. Itulah yang diperintah oleh Allah swt. Dan itulah yang perlu diberi keutamaan oleh pemimpin-pemimpin Islam termasuklah UMNO sendiri ketika hak ketuanan Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan semakin dicabar dan dihina oleh pihak lain. Beringat-ingatlah sebelum nasi jadi bubur. Berhati-hatilah jangan dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. Pepatah Melayu ada berpesan, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Orang Melayu perlu sedar dan insaf dengan apa yang telah dan sedang berlaku di Perak semasa pemerintahan PR, Selangor dan di Pulau Pinang kini.

2 comments:

  1. ADAKAH PERLU PAS DALAM KERJASAMA PERPADUAN MELAYU?

    Sekiranya Pas sukar diajak bekerjasama dengan UMNO, mengapa perlu dipaksa? Lebih baik NGO-NGO Melayu dan Islam yang mahu perpaduan Orang Melayu diwujudkan berkerjasama dengan UMNO.

    UMNO pada setiap masa menadah tangan kerjasama dengan mana-mana pihak samaada Pertubuhan Politik, NGO-NGO Melayu malah Kaum pelbagai. Jadi gabungan 2 pihak (UMNO dan NGO-NGO Melayu & Islam) sudah cukup untuk mewujudkan kerjasama Melayu yang semakin terhakis sejak kebelakangan ini.

    Ya, parti politik yang akan membentuk kerajaan memerintah kelak. Oleh itu Konsensus Bebas sekarang mungkin boleh berperanan memujuk ahli-ahli politik pembangkang(pengundi2) Orang Melayu untuk menyokong Kerjasama Melayu ini.

    Ramai ahli parti pembangkang (pas & pkr) resah dengan tingkahlaku pemimpin-pemimpin mereka yang mengeluarkan hukum hakam yang JELAS terseleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu dengan kerjasama UMNO, NGO2 Melayu & ISLAM serta Konsensus bebas jika bergabung mewujudkan Perpaduan Melayu, rasanya memberi hasil yang lebih BAGUS & CEPAT. Malah kemungkinan besar Tok-Tok Guru & pemimpin2 pas & pkr akan disisihkan secara senyap oleh ahli-ahli yang protes dan tidak sehaluan dengan mereka.

    Lebih baik lagi pihak yang mengetuai Kerjasama UMNO, NGO-NGO Islam & Konsensus Bebas adalah Mufti seperti YBHG Dato Harussani.

    Dinzi

    ReplyDelete
  2. Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
    Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

    Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
    Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

    aku yang bingai

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.