Hari ini lega sikit, pekerja gomen dan swasta diberi cuti. Adalah sedikit masa untuk berehat sambil menulis blog. Tapi kebanyakan sektor swasta enggan beri cuti. Kawan-kawan bagi tau Pulau Pinang dah terlebih cuti. Tak apalah itu depa punya pasal. Pak Tam nak komen sikit pasal Persidangan Agung UMNO Bahagian BP baru-baru ini. Bagus ada perwakilan yang sanggup tunggu hingga tubuh badan kesejukan, terpaksa tangan disimpan dalam poket seluar, punyalah sejuk. Tapi ucapan penangguhan tak sejuk rupanya. Yang kena hentam atau kena taruh rasa panas sampai ke telinga. Pedih hati pun ada. Tapi apa boleh buat, nak jadi pemimpin memanglah kena hadapi itu semua. Tapi janganlah tahu nak hentam saja, adab dan maruah sebagai orang Melayu yang mengakui diri sebagai beragama Islam kenalah jaga juga. Jangan kata orang, "Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih". Berilah komen yang membina secara yang bersopan dan berhemah. Cara ini pemimpin atau sapa saja yang kena kritik pun boleh terima. Pak Tam pun kena taruh tapi Pak Tam tak ada pada masa itu. Nasib baiklah Pak Tam tak jadi perwakilan hari itu. Kalau tidak, Pak Tam pun panas sampai ke lubang telinga.Yang menghentam janganlah suka sangat kerana berpeluang mengata orang. Apatah lagi yang boleh mengaibkan orang. Kebanyakan perwakilan tidak suka sebenarnya cara yang boleh menjatuhkan maruah orang terutama sekali jika maruah seorang pemimpin. Banyak jasa pemimpin kita, yang perlu juga kita hargai. Oleh itu jika nak komen atau kritik biarlah secara bersopan dan berhemah. Insyaallah, kritikan begitu pemimpin boleh terima dan semua perwakilan akan puji.
Ada satu cerita benar. Selepas persidangan yang tamatnya agak lewat petang, malam itu juga seorang kawan Pak Tam dinamakan sebagai 'Si A' menemui Pak Tam. Dia meluahkan rasa terkejutnya dan rasa herannya. Dia rasa macam itu kerana dia tak pernah jadi perwakilan sebelum ini. Dia tak sangka persidangan agung Umno jadi seperti itu. Rupa-rupanya persidangan agung Umno jadi tempat melepas geram kepada pemimpin Umno. Kalau macam ni katanya, dia tak mau lagi jadi perwakilan pada masa akan datang. Yang dia rasa sangat kecewa katanya, "Nak hentam-hentamlah tapi mengaibkan pula orang. Kemudian selepas hentam, dia dan rakan-rakannya bangun dan meninggalkan dewan. Kenapa jadi macam itu? Kemudian si A sambung lagi. Dia dengar, berulang-ulang dia sebut nama "Pak Tam" dan "Busu" yang buat fitnah dalam blog. Oleh kerana Si A kenal Pak Tam, jadi malam itu juga si A jumpa dan cerita kepada Pak Tam. Dia luahkan rasa tak puas hatinya terhadap pemimpin-pemimpin Umno kita. Si A tak puas hati sebab tak ada pun seorang pemimpin Umno yang berucap membela Pak Tam malahan sebut pun tidak. Dia kasihan Pak Tam bersendirian tatkala Pak Tam diserang. Kenapa jadi macam ini? Tanyanya lagi kepada Pak Tam.
Pak Tam tidak kecewa tapi bersyukur kerana ada yang bersimpati. Pak Tam menjelaskan kepada si A bahawa Pak Tam tidak kecil hati. Apa yang Pak Tam usahakan bukan untuk mereka semata-mata tetapi lebih penting untuk UMNO, bangsa Melayu dan agama Islam. Pak Tam faham sangat dengan pemimpin Umno di bahagian ini. Tapi Pak Tam pun ada kelemahan sendiri. Pak Tam tak reti bodek dan mengampu depa. Pak Tam juga tak reti nak minta-minta. Tapi Pak Tam tak segan kalau nak minta peruntukan untuk program-program. Dah banyak program yang Pak Tam terlibat sama, depa yang bagi peruntukan itu. Jadi bersyukurlah walaupun depa tak bela nasib Pak Tam bila kena serang, depa tak bantu Pak Tam kerana banyak masa dan duit Pak Tam sendiri habis kerana blog tapi depa tak pernah hentam Pak Tam seperti kawan kita. Depa tak bela blog Pak Tam, mungkin juga depa tak suka blog Pak Tam sebab depa juga tidak terlepas daripada kritikan dari Pak Tam. Oleh itu kepada kawan-kawan kita yang tak berpuas hati, Pak Tam mintalah sepertimana harapan bekas Ketua Pemuda UMNO, Sdr Shah Headan dalam ucapannya hari itu telah meminta agar Umno Bahagian buatlah sesuatu untuk merapatkan kembali silaturahim di kalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno. Cadangan itu bagus dan itulah yang menjadi harapan utama Pak Tam menulis blog selama ini. Tema pada blog Pak Tam pun tertulis, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Jadi tunggu apa lagi, siapa pun boleh mulakan. Walaupun Pak Tam masih dapati ada unsur ketidakikhlasan tapi mahu berprasangka baik supaya semua pemimpin UMNO yang kalah mahupun menang kembali bersatu dan menguatkan UMNO BP. Tunggu dan lihat..
Salam semua..saya dah baca dan saya rasa kesian juga pada si"A"..baru nak berjinak dgn politik dah jadi mcm ni...Saya berharap pemimpn umno harus ambil iktbr tntg ni jangn ambil sambil lewa...je.Saya juga perjuang umno dan saya takut jika ada 10 atas pagar mcm ni dan mereka ni pula pergi perwakilan pasti mereka akan berfikir berulang kali.Adakah ini perjuang umno khususnya pada orang melayu.???Saya nasihat pada si"A" kalau ada kesempatan pergilah perwakilan..yang akan datang.Dan saya berharap pada masa hadapn mesyrt agng haruslah ada agenda perjuangan melayu(bangsa,agama dan negara)
ReplyDeleteYg berfikiran terbuka saja boleh terima teguran..
ReplyDeleteassalamualaikum semua...
ReplyDeleteaku sokong pak tam utk teruskan blog ni.. setidak2nya pun adalah lebih baik daripada dok sembang kedai kopi... dalam banyak2 kritikan banyak juga teguran.. tak pun maklumat utk dijadikan panduan..
teruskan perjuanganmu PAK TAM demi menegakkan kebenaran...sepatutnya bila ditegur, kenalah terima...kita manusia ni bukannya MAKSUM pun...cuma side sinun je kata pemimpin depa MAKSUM...
ReplyDeletemacam kat selangor, blogger kat sini teruskan jugak bangunkan pemimpin UMNO yang masih MIMPI BASAH...lantaklah depa nak cakap ape pun...
berani kerana benar PAK TAM...ape nak takut...
pemimpin macam tu elok dihumban je dari jambatan PENANG tu...jadi pemimpin tak boleh ditegur, syok sendirilah...
ReplyDeleteSalam. Yang kita lihat dan membaca, baharu UMNO Bahagian Balik Pulau yang bercakaran sesama sendiri. Pijak memijak untuk naik ke atas. Bagaimana dengan UMNO Bahagian yang lain di Malaysia? Mungkin lebih teruk dan hebat. Cuba kita layari Blog-blog UMNO yang lain. Terperanjat kita dan kepada ahli yang baru berjinak-jinak serta menaruh minat menyertai UMNO. Jika begitu adanya, bagaimana nak tawan hati pengundi-pengundi dan apatah lagi menawan kembali negeri-negeri yang sudah tumbang kepada pembangkang.
ReplyDeletePemimpin UMNO Bahagian dan barisan AJKnya, sila duduk berbincang mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah keretakan dan kepincangan dalam parti UMNO. Jika kerajaan mengamalkan ISO, kenapa tidak kepada badan politik terutama UMNO, adakan satu sudut 'Kepuasan Pelanggan' seperti dibadan-badan kerajaan. Beri saluran kepada rakyat untuk bersuara memberi pendapat mereka, luahan perasaan. Kita wujudkan Biro Aduan untuk mengkaji dan menganalisa semua aduan dan keluhan untuk penambahbaikan. Menerima kritikan dari sudut positif dan jangan cepat melatah.
Sayangilah UMNO, dulu tok-tok kita ahli UMNO dan sekarang kita pun ahli UMNO. Jadikan ia satu budaya. Semoga UMNO kembali dipercayai,dihormati, disegani dan disayangi rakyat melayu dan bangsa lain. Pulihkan maruah yang tercalar. Insyaallah saya percaya barisan pemimpin Bahagian BP dan AJK mampu lakukan.
Salam. Yang kita lihat dan membaca, baharu UMNO Bahagian Balik Pulau yang bercakaran sesama sendiri. Pijak memijak untuk naik ke atas. Bagaimana dengan UMNO Bahagian yang lain di Malaysia? Mungkin lebih teruk dan hebat. Cuba kita layari Blog-blog UMNO yang lain. Terperanjat kita dan kepada ahli yang baru berjinak-jinak serta menaruh minat menyertai UMNO. Jika begitu adanya, bagaimana nak tawan hati pengundi-pengundi dan apatah lagi menawan kembali negeri-negeri yang sudah tumbang kepada pembangkang.
ReplyDeletePemimpin UMNO Bahagian dan barisan AJKnya, sila duduk berbincang mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah keretakan dan kepincangan dalam parti UMNO. Jika kerajaan mengamalkan ISO, kenapa tidak kepada badan politik terutama UMNO, adakan satu sudut 'Kepuasan Pelanggan' seperti dibadan-badan kerajaan. Beri saluran kepada rakyat untuk bersuara memberi pendapat mereka, luahan perasaan. Kita wujudkan Biro Aduan untuk mengkaji dan menganalisa semua aduan dan keluhan untuk penambahbaikan. Menerima kritikan dari sudut positif dan jangan cepat melatah.
Sayangilah UMNO, dulu tok-tok kita ahli UMNO dan sekarang kita pun ahli UMNO. Jadikan ia satu budaya. Semoga UMNO kembali dipercayai,dihormati, disegani dan disayangi rakyat melayu dan bangsa lain. Pulihkan maruah yang tercalar. Insyaallah saya percaya barisan pemimpin Bahagian BP dan AJK mampu lakukan.
Salam persahabatan semua,
ReplyDeleteTerima kasih pandangan baik yg diberikan oleh sahabat2 kita di atas yang menyayangi Umno. Harap pemimpin2 kita mengambil perhatian terutama cadangan dari Abang Ara.
cadangan abangAra mcm janji semua pemimpin UMNO... sedangkan kita semua tahu.. UMNO skarang adalah terdiri daripada manusia yang terlampau tamak dan hanya nak tambah kekayaan dengan menguatkan pengaruh.. buatlah kajian sendiri.. sapa kaya dia lah akan jadi kuat.. pada yang tiada apa2.. tgk sajalah dan jadilah pak turut selama2nya..cuba buat 1 kajian rambang.. sila pergi berjumpa dengan pemimpin bahagian sediaada.. cuba lah minta derma.. tengok dapat ka tidak... banyak atau tak songengnya..lepas tu baru la cakap semula.. pasal PENYATUAN UMNO...
ReplyDelete