DS Najib berkata pemimpin-pemimpin Umno bahagian tidak boleh terus bertelagah dan mereka perlu berdamai kerana hanya itu formula untuk mengembalikan kekuatan Umno. Katanya anggota Umno terutama di bahagian-bahagian perlu mengetepikan sikap "kawan makan kawan" dan sebaliknya perlu bersikap "kawan makan lawan", dan jika ia dilakukan, BN boleh kembali merampas kawasan dan negeri yang dikuasai pembangkang.
"Anggota Umno dan penyokong Umno sering tidak menyokong calon sendiri menyebabkan Umno kalah dalam pilihan raya. Jadi, bila pilihan raya, bahagian kenalah pakat pilih calon. (Kita) boleh menang kalau semua berpakat baik-baik. Pilih calon semua sokong," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.
Najib berkata apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin dan anggota Umno terpaksa berhadapan dengan politik dalaman dan sering berbalah menyebabkan banyak puak wujud dalam bahagian.
Najib berkata beliau masih khuatir Umno akan gagal memenangi kembali kerusi dan negeri yang tewas pada pilihan raya lalu jika masalah dalaman di bahagian masih berterusan.
"Saya tak lena tidur jika tahu ada puak-puak dalam bahagian. Semua anggota Umno perlu kembali kepada asas-asas perjuangan dan kembali kepada perjuangan pemimpin Umno terdahulu," katanya.
Beliau berkata anggota Umno perlu menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu sebagai iktibar dan menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran.
"Jika tidak mimpi ngeri itu akan berulang. Ia akan menjadi satu igauan jika Umno gagal untuk berkuasa. Perjuangan kita jangan hanya berkisar kepada jawatan dalam parti. Kalau ada harta gunakan harta untuk membela rakyat," katanya.
BALIK PULAU JUGA AKAN BERPECAH JIKA PEMIMPIN MEREBUT NAK JADI CALON, TUNGGU DAN LIHAT.
ReplyDeleteorang jalan baru sibuk nak jaga kg binjai..
ReplyDeletehahahahahha
aku nak sign borang TEKUN pun susah..
harap ada hilmi je.nak harap farid blah la oiii.sibuk kempen nak jd mp je