"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, July 1, 2010

Kampung Binjai Bayan Lepas akan lenyap tidak lama lagi!!!!!!

Difahamkan lebih 50 buah rumah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang akan diroboh oleh pemaju untuk dibina dengan rumah sesebuah 3 tingkat dan rumah berkembar 3 tingkat. Sudah tentu rumah sebesar ini tidak akan mampu dibeli oleh orang-orang Melayu di Kampung Binjai itu sendiri. Inilah nasib sebuah kampung 99% orang-orang Melayu yang dihalau keluar kerana pembangunan 'pembersihan' orang-orang Melayu secara perlahan-lahan oleh kerajaan Lim Guan Eng.
Semasa pentadbiran BN dulu, kelulusan projek perumahan di kawasan Daerah Barat Daya dibekukan dan diperlahankan sebagai usaha mengatasi kesesakan jalan utama Bayan Lepas-Balik Pulau mengalami kesesakan teruk di waktu puncak. Tapi kerajaan negeri Guan Eng tidak memikirkan tentang masalah itu. Itu masalah rakyat. Rakyat boleh fikir sendiri untuk mengatasi kesesakan jalan raya. Hanya dalam tempoh dua tahun, kerajaan negeri DAP-PKR-PAS memerintah, pertumbuhan projek perumahan ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bukit bukau ditarah dan rumah-rumah kampung ditolak untuk digantikan dengan rumah batu bertingkat-tingkat. Orang Melayu hanya boleh memerhatikannya sahaja. Orang Melayu tidak mampu beli. Kampung orang Melayu kian lama kian lenyap. Masa kempen pilihanraya dulu, pemimpin UMNO/BN dikritik dan dikutuk. Pemimpin UMNO/BN didakwa kejam kerana merampas harta rakyat. Ramai cendiakawan dan pemerhati politik bebas, mengiyakan bahawasanya kemenangan parti pembangkang terutamanya PAS dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana 'fitnah' yang mereka taburkan. Sekarang lihat dan saksi sendiri, bagaimana pentadbiran negeri Guan Eng telah  meluluskan projek-projek perumahan secara rakus sekali.
Difahamkan YB Adun Bayan Lepas sedang berusaha mendapat bantuan Kerajaan Pusat bagi menyelamatkan kampung ini. Mungkin YB Adun Bayan Lepas mempunyai mekanisme tertentu bagi menyelamatkan kampung ini daripada jatuh ke tangan pemaju. Sama-samalah kita beri sokongan dan semangat kepada keluarga-keluarga Melayu yang terbabit supaya bersabar. Menurut maklumat yang boleh dipercayai, ADUN Pakatan Rakyat tidak mahu membantu menangani masalah penduduk di kampung ini kerana penyokong Pakatan Rakyat dikatakan cuma 4-5 keluarga sahaja. Begitulah pendirian wakil rakyat pembangkang yang dipuji dan dipuja oleh orang Melayu selama ini. Begitulah nasib penduduk Kg. Binjai, Bayan Lepas selepas rakyat memilih DAP-PKR-PAS memerintah Pulau Pinang. Sokong lagi! Harap pagar, pagar makan padi.

14 comments:

  1. Ya sokong lagi Pakatan Rakyat= Penipu Rakyat.

    ReplyDelete
  2. terima sdr atas maklumat ini.. saya dan rakan2 blogger pro UMNO di PP akan sama2 dedahkan perkara ini ..

    kita harap kpd YB Adun Bayan lepas dedahkan perkara ini kpd media arus perdana spt Utusan Malaysia ..biar satu Malaysia tau apa guan eng sdg buat di PP utk halau melayu

    ReplyDelete
  3. Kepada melayu P.Pinang ingat sebelum kena sekarang dah kena baru nak ingat buruk UMNO pun tak rampas tanah melayu tak jual hak org melayu nasi sudah menjadi bubur bereeeeeeer.

    ReplyDelete
  4. apa nak kecoh2, kat johor ni, negeri yg dikuasai BN pun kampung melayu senang2 kena runtuh... tak caya? mari la dtg ke kempas :)

    ReplyDelete
  5. Jika ada pun di Johor, pembangunan tidak begitu gelojoh, fagham tak?

    ReplyDelete
  6. Habis kampung2 tradisional dilupuskan oleh Guan Eng..tanpa belas kasihan. Habis Kg. Buah Pala, Kg. Jalan Pokok Asam Jelutong dan kini Kg. Binjai, Bayan Lepas. Yang hidup kmpung tradisional Cina akan kekal. Org Melayu dan India akan jadi pendatang asing di tanah air sendiri. Bersedialah utk berubah dlm PRU yg akan datang.

    ReplyDelete
  7. ya betul pak tam.....tapi melayu masih tidak sedar....??? ketua menteri bagi seratus setahun depa puji bagai nak rak...????apakah melayu hanya akan tiggal nama seperti keretapi tanah melayu??????????

    ReplyDelete
  8. Salam. Kejam, kejam, kejam!! Itulah Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Dengan rakus dan gelojoh meratah tanah-tanah orang melayu. Tanpa belas kesihan. Ya betul! tolong hebohkan agar seluruh negara tahu apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Kepada YAB Perdana Menteri cepat-cepat buat Pilihan Raya Umum. Agar kita tawan kembali negeri-negeri yang telah tumbang terutama PP. Jika berlengah-lengah orang-orang cina & India yang masih setia kepada MCA dan Gerakan serta MIC atau lain parti komponen BN perlahan-perlahan melangkah masuk ke Pakatan Rakyat. Bangun dan bangkitlah bangsa melayu!!

    ReplyDelete
  9. JIKA UMNO BAHAGIAN MASIH SEPERTI SEDIA ADA... MAKA KITA MELAYU AKAN TERUS JADI MACAM TU JUGAK.. TAK PERCAYA... TUNGGU DAN LIHAT.....

    ReplyDelete
  10. Cuba kita lihat dekat Pengkalan Weld (Kat Ferry) rumah buruk orang cina yang sepatutnya dirobohkan dahulu lagi sehingga kini tak terusik pun, bukannya mereka semua miskin siap ada kereta mewah lagi...tak percaya pergi duduk dan lihat berapa bijik kereta meawah keluar dari kampung tu dalam masa sejam.....

    ReplyDelete
  11. setahu saya projet n dari zaman pemerintahan umno di kampung binjai lagi saya dah dengar...siap dengan kata2 yang mengerunkan penduduk kampung binjai terutama orang tua2 di kampung binjai lagi dari orang2 tertentu ^kalu kita melawan silap2 x dapat apa^...kami nak mengharapkan siapa membantu kami jika kedua2 pihak melakukan pekara yang sama...sekarang yang menjadi mangsa kami la penduduk kampung binjai...

    ReplyDelete
  12. dulu projet flat sebelah kampung binjai...bagai nak rak tentang tp....gah membangun juga...skarang projet baru pula yang timbul...x tau nak tentang macam mana lg....yang jadi mangsa penduduk kampung binjai...dah tau da nasib kampung n macam mana...x da siapa pun yang sudi nak bela nasib kami penduduk kampung binjai kalu dah terbeliak nampak duit depan mata nanti....

    ReplyDelete
  13. skarang n mana da orang yang sanggup lg nak berjuang untuk bangsa n negara...dia orang berjuang untuk kepentingan poket n periuk nasi dia orang sendiri ada la....yang jadi mangsa orang2 bawahan mcm kami penduduk binjai n....sedih mengenangkan nasib kami yang tinggal hanyalah kenangan dan nama sahaja....x tau la di mana hak kami sebagai rakyat MALAYSIA...

    ReplyDelete
  14. BERSEDIA! JOM NANTI KITA CANTAS
    PR 'P'ecah belah 'R'akyat HABIS-HABIS!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.