"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, June 30, 2010

Syed Ali: Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang bongkak!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tunjuk sikap angkuh apabila mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyertai politik dan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kenyataan Guan itu adalah melampau dan menghina kewibawaan Pasukan Polis Diraja Malaysia. “Guan Eng semakin biadap dan bongkak apabila mencabar Musa menyertai politik, kenyataan itu seolah-olah beliau beranggapan apa yang dibuat semuanya betul,” katanya.  Syed Ali berkata, jika pihak polis termasuk Musa mengingatkan mana-mana pemimpin supaya tidak mengamalkan politik perkauman dan mengutamakan ketenteraman awam bukan bermakna polis mencampuri urusan politik. Katanya, negara ini mempunyai undang-undang dan semua pihak termasuk pemimpin politik dan menteri atau Ketua Menteri perlu mematuhinya.  “Tidak ada mana-mana pemimpin politik termasuk Ketua Menteri atau Menteri Besar yang kebal daripada undang-undang. Mereka perlu mematuhinya sebagai mana rakyat menghormati prinsip tersebut,” katanya.
Komen: 
Begitulah sikap buruk dan kurang ajar Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika pemimpin beginilah sikapnya angkuh dan sombong, bermaknanya penyokong-penyokongnya dua kali angkuh dan sombong. Fahamilah tugas anggota polis. Tanpa mengira bulu dan warna kulit, pangkat dan darjat, pihak Polis akan sentiasa memberi amaran, tanpa merasa takut kepada sesiapa sahaja yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

2 comments:

  1. memang guan eng kurang ajar kpd orang2 melayu..hipokrit, autokratik, mengamalkan diskriminasi dn sebagainya.

    ReplyDelete
  2. tu pun masih ada melayu yang beragama islam sokong guan eng...adakah kerana bagi seratus untuk setahun??????

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.