"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, June 3, 2010

Perpaduan parti perlu diutamakan oleh pemimpin UMNO!

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Begitulah bunyi pepatah Melayu yang sangat mudah difahami. Jika pemimpin UMNO ikut hati, Umno akan mati dan jika pemimpin UMNO ikut perasaan, UMNO akan binasa. Yang membimbangi kita bukan masalah ahli-ahli UMNO tapi masalah pemimpin UMNO yang sudah mulai lupa. Lupa pada janji dan lupa pada prestasi diri dalam kepimpinan UMNO Bahagian.  Pemimpin juga punca wujudnya puak-puak dalam parti. Parti jadi lemah bila ada pemimpin yang terlalu pentingkan diri sendiri. Pemimpinlah punca kepada perpecahan dalam parti dan parti yang berpecah akan menjadi lemah. BN pernah kalah dalam PRU atau PRK kerana pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak bersatu. 
Kekuatan UMNO sangat bergantung kepada cara pemimpin UMNO berfikir dan bertindak. Pemimpin UMNO mesti mencermin diri. Bermuhasabah diri. Lebih bijak jika dapat berkompromi dalam meletak calon-calon pilihan dalam PRU/PRK. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu mengenepikan kepentingan diri untuk memastikan UMNO dihormati dan BN menang dalam PRU akan datang. Jika pemimpin UMNO tamak dan haloba, kepentingan diri mengatasi kepentingan parti, sudah pasti UMNO akan hancur. Apa guna BN/UMNO menang dalam PRU akan datang jika ahli-ahli UMNO tidak bersatu dan UMNO jadi parti yang sangat lemah. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga dan apa guna menang sorak tetapi kampung tergadai.
Oleh itu pemimpin-pemimpin UMNO khususnya di kawasan Melayu, Balik Pulau, Pulau Pinang perlu memikirkan kepentingan parti dari kepentingan diri. Rakyat sudah mulai memerhati dan sudah bijak menilai sejauh mana keikhlasan dan kejujuran pemimpin UMNO. Jangan sampai pengundi menghukum calon UMNO/BN dalam PRU akan datang kerana ketamakan diri. Jangan rakyat jadi mual dan bosan dengan sikap pemimpin UMNO yang bertelagah dan bersaing sesama sendiri. Utamakanlah parti demi untuk menjaga kepentingan masa depan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Rakyat dan pengundi-pengundi terutama ahli-ahli UMNO sudah dapat meneropong telatah pemimpin tertentu. Ahli-ahli UMNO dapat menilai kejujuran dan keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO tertentu. UMNO mempunyai pemimpin pelapis yang lebih hebat. Kenapa disekat dan berilah peluang untuk mereka berbakti kepada parti, bangsa dan agama. Yang terlalu lama, eloklah beri laluan kepada kawan rakan yang lain. Tun Mahathir pernah berkata "Biar kita mengundur diri sebelum rakyat benci kepada kita". Nasihat Tun Mahathir amat tepat untuk sama-sama kita renungi!

26 comments:

  1. Maaf bercakaplah nuu pemimpin umno tak pernah puas hati. Lagi atas lagi dia mahu. Kalau jatuh tergolek pun dia akan bangun semula. Dia tak kisah siapa pun. Janji dia dapat naik. Tak percaya tengoklah. Nak cari pemimpin yang benar-benar jujur dan baik amat susah. Rakyat benci tengok sikap pemimpin umno thu tak?

    ReplyDelete
  2. Salam. harapan ds najib dapat meletakan calon pilihan rakyat. insyaallah.

    ReplyDelete
  3. saya setuju dangan pandangan AJK Bahagian tu...
    dan saya mengharapkan agar saudara sebagai pejuang dalam jawatankuasa bahagian perlu berani bersuara dala apa jua permasalahan dalam mesy. bahagian...jgn hanya sekadar berkata2 diluar... baru ini dikatakan pemimpin sejati..

    mesy bahagian yang akan datang semua perwakilan perlu bangkit dan bersuara dengan penuh semangat... lebih baik jangan pergi ke persidangan agung bahagian kalau hanya sekadar mencukupi korum...

    ingat semua perwakilan diberi tanggungjawab dan amanah oleh ahli ... dan balik sampaikan kepada org bawahan

    saya menyokong penuh sekiranya selepas ini YB Syed Ammerrudin menjadi penganti dato' bahagian..

    sudah tiba masanya untuk yb syed untuk mentadbir bahagian balik pulau... Yb syed juga merupakan seorang yang berkeliber dan layak untuk jawatan tersebut.. ramai dari kalangan ahli umno veteran / wanita / pemuda / puteri dan pengundi atas pagar dapat menerima kehadiran YB Syed untuk mentadbir UMNO Bahagian Balik Pulau.. insyallah...

    bukan kita tidak suka pada dato ketua bahagian ... xpi pemimpin umno kian bertambah dan makin hebat oleh itu berilah peluang pada muka-muka baru dalam meniti perjuangan untuk terus mempertabat dan memperkasakan bangsa melayu dimata dunia...

    bukan sahaja pada dato ketua malah ajk bahagian yang dah menjawat jawatan hanya sekadar untuk mendapat nama lebih baik undur diri...

    kalau nak kekal rajin-rajinlah buat keja..jangan tunggu dato ketua turun padang depa pun kalut nak turun...

    jenis tu pun ada...mereka lah yang merosakkan perjuangan umno mengkianati bangsa melayu sendiri...

    berasa malulah pada diri sendiri...
    allah sentiasa melihat perbuatan kita dan allah juga mendengar apa yang kita niatkan...

    ReplyDelete
  4. sebagai orang yang berpengalaman dan seorang yang bersih dalam politik YB syed wajar diberi tempat sebagai ahli parlimen pada PRU yang akan datang...

    kalau nak menang selesa biar yb syed sebagai calon solo untuk PRU yang akan datang...... jangan berebut... sudah tiba masanya pengalaman Yb syed di beri peluang untuk calon ahli parlimen balik pulau...

    ReplyDelete
  5. Masalah Datuk hilmi nak jadi menteri atau tim menteri. dia nak cuba bangkit setelah turun pangkat jadi DUN teluk bahang. Datuk hilmi langsung tak fikirkan nasib yb syed wakil rakyat yang bersih dan setia menyokong dia selama ini.

    ReplyDelete
  6. Salam. Untuk menawan kembali Pulau Pinang dari DAP dan sekutunya, UMNO Pulau Pinang dan Bahagian serta Cawangan memerlukan satu perubahan yang drastik dari segi pemikiran dan tindakan. Salah satu caranya ialah memberi peluang kepada pemimpin muda tetapi berpengalaman menjadi penaraju di Peringkat Bahagian dan ke bawah. Mereka ini memang berkelibar dan komited dalam memperjuangkan wadah orang Melayu dan UMNO.
    Cadangan kepada YB Syed Amiruddin untuk menarajui kepimpinan UMNO Bahagian adalah kena pada masa dan ketikanya. Beliau memang pemimpin yang berwibawa dan disegani serta mempunyai rekod yang bersih.

    Sehubungan itu ahli-ahli UMNO Balik Pulau, perlu memikirkan kepentingan parti dari kepentingan diri termasuk pemimpin UMNO. Rakyat sekarang memang pandai membuat penilaian akan keikhlasan dan keperhatinan pemimpin yang dipilih atau dilantik.

    Pemimpin yang lama juga jangan dilupakan, kerana mereka berpengalaman luas dalam politik. Hanya pemimpin yang bersih sahaja dikehendaki oleh ahli. Pemimpin yang mempunyai kepentingan diri serta matlamat tersendiri patut kita hindarkan dari mencalon atau memilih mereka.

    ReplyDelete
  7. Salam semua. Sy sangat-sangat setuju dgn padangan sdr2 di atas, adyumno dan abang ara. Dan pak tam punya pandangan juga betul. Sy juga bimbang dgn pemimpin-pemimpin Umno tertentu di bp ini lihat sdg mempromosi diri sbagai bakal calon parlimen. Mereka sibuk kerja-kerja promosi hingga terlupa utk settle maslah dlm bhagn sendiri. Pengurusan bahagian punya masalah dibiarkan berlarutan. SU Bhgan sakit dan bendahari letak jawatan. Setakat ini belum ada apa2 tindkan positif oleh Dato ketua bhgn. Kenapa dibiarkan jadi begini?

    ReplyDelete
  8. salam buat pak tam/busu dan abg ara..

    sebenarnya perjuangan umno balik pulau telah menuju ke arah kehancuran... perjuangan yang makin layu...

    kita sudah makin layu kerana angkara kepimpinan yang tidak mengikuti prisip yang dilaungkan oleh DS Najib agar semua pemimpin atasan turun padang untuk menemui masyarakat setempat...tetapi kemana hilangnya pemimpin ini..

    masyarakat balik pulau sudah muak dgn keadaan politik sekarang... lebih kearah keperibadiaan dan keuntungan... tidak lagi untuk kemasyarakatan...

    masyarakat amat berharap kepada YB syed agar dapat mengubah senario politik balik pulau yang kini sudah menuju kearah kehancuran dgn adanya pemimpin yang sombong dan bongkah dan tamak kuasa...kemana hilangnya maruah pemimpin bangsa melayu yang beragma islam....

    adakah pemimpin melayu sudah selesa dengan keadaan sekarang... apakah yang akan terjadi pada anak bangsa melayu sekiranya kuasa melayu hilang di parlimen pada pru 13 nanti...

    siapakah yang akan dipertanggungjawabkan dalam keruntuhan umno balik pulau..

    apa yang boleh dikatakan...yb syed mempunyai tugas yang amat berat apabila beliau mengambil alih tampuk pendbiran umno bahagian balik pulau dgn keadaan ahli yang bertabur selepas pemutihan ahli dijalankan... ahli umno yang berebut jawatan.. sikap ahli sendiri yang mengadu domba antara satu sama lain...

    tetapi saya yakin dgn pengalaman yang ada pada yb syed dapat mengatasi masalah tersebut.. insyallah..

    ReplyDelete
  9. Umno di balik pulau layu dan lesu tidak sehebat dulu. Pemimpin utama mesti ditukarkan. dah lama sangat pun tak bagus jugak. jika pemimpin lama tak undur diri lagi banyak pemimpin lebih muda yang lebih baik dlm 'waiting list'. bila dah ramai nanti mulalah merebut jawatan dan berlakulah pertandingan 2 hingga 3 penjuru. itulah berlakunya perpecahan dlm umno. Puncanya pemimpin tertentu umno tak mahu mengundur diri walapun rakyat dan ahli umno sendiri dah tengok eloklah bagi peluang kpd pemimpin lain yg lebih baik.

    ReplyDelete
  10. adyumno ni sapa? adakah sdr antara AJK bahagian balik pulau?

    ReplyDelete
  11. Sapa nak dengar cakap hangpa? Dato2 UMNO nak tahu bukan jenis nak dengar cakap orang bawah. Malang umno. Kesian..mai kita sertai PR.

    ReplyDelete
  12. aku dah meluat dgn umno blk pulau..masih tak berubah. dato hilmi dah lupa dia hampir kalah dalam pemilihan umno yg lepas. cuma menang belasan undi dgn bekas ketua pemuda umno, Shaeadan. Eloklah dato undur saja.

    ReplyDelete
  13. saya rasa x perlu di perkenalkan siapa saya...apa yang penting ialah kemana arah wadah perjuangan umno balik pulau...

    umno balik pulau adalah tunjang kepada wanita, pemuda dan puteri sekiranya perjuangan umno bahagian lesu dan longlai..maka semua sayap akan turut lesu dan longlai...

    tanpa sokongan dari tunjang semua sayap tidak dapat bergerak dgn sempurna...

    semua bahagian umno di pulau pinang bergerak dgn pelbagai program seperti yang disarankan oleh presiden umno..xpi apa yang berlaku di bahagian balik pulau sunyi sepi..

    sedangkan peruntukan ada untuk melaksanakan program xpi tak buat juga...adakah semua program nak buat apabila dekat dgn PRU 13 nanti...dan masa itu jugalah mereka semua akan kata merekalah yang buat kerja....

    apa2 pun... kita mesti berani memperjuangankan nasib umno balik pulau kerana umno bahagian lesu maka perjuangan bangsa melayu sendiri akan lesu..

    gerakan untuk memertabatkan umno balik pulau perlu dilaksanakan dgn segera...jgn tunggu sampai nasi menjadi bubur...

    wahai teman seperjuangan...kita perlu memastikan pemimpin seperti YB Syed Ammerrudin menjawat ketua umno bahagian balik pulau pada pemilihan hadapan kerana sudah tiba masanya untuk yb syed mentadbir umno bahagian balik pulau...

    dato' ketua bahagian perlu memberi laluan kepada YB Syed sekiranya Dato' bahagian mahu melayu Balik Pulau bersatu kembali...

    sudah tiba masanya dato ketua bahagian berundur diri untuk memberi laluan keada pemimpin muda

    kata2 ini bukan sahaja ditujukan kepada dato' ketua bahagian malah ia juga ditujukan keada ajk bahagian yang hanya menumpang kepada populariti dato ketua bahagian ataupun ajk yang bertanding yang hanya bermegah dgn jawatan yang ada sahaja...

    saya rela tiada jawatan dalam umno sekiranya hanya sekadar menjadi ajk pak angguk sahaja... daripada merebut jawatan dalam kepimpinan umno bahagaian...

    tiada jawatan bukan bererti tidak boleh bersuara...bangun wahai teman seperjuangan ku..bangun dari lena yang panjang...jangan leka dalam perjuangan...jgn satu hari anak cucu kita memperkotak katitkan perjuangan kita...

    ReplyDelete
  14. Saya sukan dengan pendirian adyumno. Sama-samalah kita teruskan perjuangan utk umno lebih kuat dan bersatu.

    ReplyDelete
  15. AJK Bahagian yang dok ada la ni semua mau jawatan ja kerja hancuq..taik bodek pun ramai..ketua bahagian pun lantik ajk tak tau dia tu dok kira projek kontraktor ja..mesyuarat agung caw.tahun ni paling teruk paling berterabur dalam sejarah..sampai wakil bhagian pun x hadir.apa ni ketua bahagian dok nganga lagi.dah sampai masa undurla diri tu.

    ReplyDelete
  16. Umno bahagian perlu siasat dan buat 'post mortem' jika perlu. Buat bancian berapa mesyuarat umno cawangan, pemuda, wanita dan puteri yg tidak dihadiri oleh wakil bahagian. Saya dah berpuluh tahun menghadiri mesyuarat, belum pernah sekalipun terjadi begini. Tapi kenapa kali ini berlaku di beberapa mesyuarat cawangan, wanita dan puteri juga pemuda.

    ReplyDelete
  17. Sekadar memberi pandangan,senario sekarang sudah berubah,bila musim pemilihan baru dok cempera sana sini.x dak pemilihan batang hidung pun x nampak itu la politik sekarang..apa kata kita usul kan S/U Bahagian,buat catatan kehadiran wakil bahagian dalam penyata mesy.bahagian nanti wakil yang hadir dan x hadir dlam mesy.cawangan baru tebai muka depa nak kena dgan perwakilan.

    ReplyDelete
  18. sokong cadang sdr di atas itu. pemimpin termasuk ajk bahagian kena tunjuk kepimpinan yg baik kpd ahli2 umno, tk.

    ReplyDelete
  19. pemilihan umno yang akan datang....pastikan yang tak buat kerja jangan beri tempat....
    kalau dah tau sibuk buat pegang jawatan..menyusahkan ahli umno aja...

    ini lah akibat mengikut kem bukan nak tengok org tu boleh keja atau un tidak...

    kerana ini jugalah golongan profesional lari ikut pembangkang..

    ReplyDelete
  20. Ya saya setuju Ketua Bahagian lantik tambahan dari kalangan orang profesional dlm ajk bahagian jangan dok cari kawan2 hingga satu cawangan sampai dua tiga org ajk bahagian.

    ReplyDelete
  21. AJK tambahan yang dilantik oleh Dato dalam penggal ni semua lingkup,contohnya ahli korprat Faridz Karim Pulau Betong apa dia buat..menyombong yg amat sangat.tau nak kenyang sorangja..jgan jadikan umno batu loncatan nak kaya senang.fikir2 kanlah..

    ReplyDelete
  22. Harap tuan blog tutup saja blog ini. Komen2 diatas menyebut nama individu tertentu. Tak baguslah, orang ada maruah juga!

    ReplyDelete
  23. wahai saudara anos 4:06:...

    blog dah lama... knp baru sekarang tuan minta ditutup... adakah saudara terasa bahang dgn kritik yang membina dari kwn2 kita disini..

    ReplyDelete
  24. adyumno ni betul2 lah tak faham perasaan seorang manusia. awak tak kena tak apalah.

    ReplyDelete
  25. wahai saudara anos 4:06..
    blog ni dah lama jadi wadah blog yang boleh menjadi luahan hati dan perasaan ahli umno balik pulau..kalau individu itu ada maruah perjuangan dia tidak akan abaikan amanah yang dipegang jgan membela tidak bertempat..bukan masanya nak membela kita hentam pada masa dan tempatnya..rosak umno kerana jaga maruah orang yang ada jawatan kerja tak jalan, tapi kita masih takut hendak beri teguran..fikir2 kanlah

    ReplyDelete
  26. WAHAI ANOS 7:06...
    terima kasih saudara...kerana memberi terguran pada saya... saudara dalam menongkah arus politik akan terkena bahangnya... saya juga pernah merasainya... dikritik..dicera hanya kerana politik...saya itu semua sebagai satu teguran membina walaupun pedih hingga menusuk kedalam kalbu...dan angga perkara adalah perkara biasa dalam politik.. KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DITEpI PANTAI...kerana org sayang kita ditegur...kalau org benci org akan mebiarkan kita hanyut dengan labu...

    fikir-fikirlah saudara ku... bukan semua org berpeluang untuk bersuara dalam perwakilan umno ataupun berjumpa dgn pemimpin.. jadi biarlah mereka meluahkan perasaan mereka disini sekurang2nya kita tahu masih ramai lagi yang sayangkan UMNO...

    JANGAN SAMPAI KAMPUNG TERGADAI KITA MASIH MENUDING JARI PADA SEMUA ORANG...
    AKHIRNYA KEMANA ANAK CUCU KITA...

    RENUNG-RENUNGLAH WAHAI SAUDARAKU...

    WALLAHU'A'ALAM..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.