"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, June 11, 2010

Pemimpin UMNO mestilah jujur, ikhlas dan tidak penting diri sendiri!

Sebaik-baiknya kita tidak mengecam pemimpin kita secara keterlaluan. Disebalik kekurangan atau kelemahan mereka, pasti ada kelebihan dan kekuatan dalam diri mereka. Mereka telah banyak berjasa kepada kita. Turun ke padang berjumpa dengan rakyat. Menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira batas waktu, siang dan malam. Tak cukup wang peruntukan dari kerajaan, duit sendiri terpaksa dikorbankan untuk menyelesaikan tuntutan rakyat. Elaun wakil rakyat bertaraf ADUN tidaklah sebesar mana sangat. Tapi tanggungjawab wakil rakyat sangat besar dan tidak setimpal dengan elaun yang diperolehi. Ada wakil rakyat jadi miskin pada sesuatu ketika kerana terlalu banyak menderma dengan duit sendiri. Oleh kerana terlalu kasihan dan simpati, ada wakil rakyat itu tak sampai hati untuk mengatakan ‘tidak’ kepada rakyatnya. Rakyat tidak tahu duit dari peruntukan kerajaan atau duit poket wakil rakyat. Yang rakyat tahu, wakil rakyat banyak duit. Yang rakyat kita faham Yang Berhormat boleh bantu apa sahaja. Apa yang diminta mesti semua boleh. Wakil rakyat mesti tolong rakyat sebab kita undi mereka. Jika kita tidak undi, mereka tidak akan jadi wakil rakyat. Kalau wakil rakyat tidak boleh tolong kita, apa guna mereka jadi wakil rakyat kita. Itulah yang sering kita dengar di kalangan orang-orang kita.

Untuk menjadi seorang wakil rakyat bukan suatu yang mudah. Tampaknya senang tapi tanggungjawab seorang wakil rakyat sangat berat. Wakil rakyat bidan terjun biasanya tidak begitu berkesan dan ada yang berjaya dan kebanyakannya tidak berfungsi dengan baik sebagai wakil rakyat. Lihatlah beberapa wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang sama ada ahli Parlimen atau ahli dewan undangan negeri tidak mesra rakyat dan jarang turun menemui rakyat. Mungkin mereka merasa kekok, tidak dapat menyesuaikan diri, dan tidak mampu berhadapan dengan karenah rakyat yang pelbagai. Ini disebabkan mereka asalnya bukan dilahirkan sebagai pemimpin masyarakat. Mereka tidak pernah bermimpi untuk jadi wakil rakyat kerana mereka bukan pemimpin dan tidak pernah terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan NGO dan badan siasah. Mereka tidak pernah siang dan malam bersama orang ramai di peringkat kampung atau daerah untuk melaksanakan sesuatu program/aktiviti kemasyarakatan. Tiba-tiba mereka dicalonkan dan menang pula dalam pilihanraya. Suatu kejutan budaya dalam hidup mereka sebagai wakil rakyat. Inilah isu yang menjadi persoalan dan perbincangan di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang mengenai kualiti wakil rakyat mereka.

Alhamdulillah wakil-wakil rakyat BN/UMNO kebanyakannya adalah pemimpin masyarakat yang sudah berpengalaman dalam pertubuhan-pertubuhan siasah, sosial, pendidikan dan sebagainya. Pernah memimpin pertubuhan belia peringkat daerah dan negeri bertahun-tahun lamanya. Pernah memegang beberapa jawatan dalam UMNO peringkat cawangan dan bahagian. Hingga ada yang berjaya memperolehi anugerah tokoh kepimpinan belia, masyarakat dan sebagainya. Kelulusan yang tinggi tidak begitu penting tapi jika ada segulung atau dua ijazah, itu merupakan suatu kelebihan.

Oleh itu pemimpin UMNO baik yang lama dan yang baru mestilah jujur, ikhlas dan tidak penting diri sendiri. Perjuangan parti mesti didahulukan. Perpaduan parti perlu diutamakan. Elakkan berlakunya persaingan sesama sendiri. Pemimpin UMNO mesti ada sikap toleransi dan saling hormat menghormati. Pembunuhan politik di kalangan pemimpin UMNO amat merbahaya. Jangan ada pemimpin yang rakus kepada kuasa hingga sanggup mencantas peluang kawan seperjuangan. UMNO akan lemah jika ada pemimpin tidak jujur kepada parti. Menggunakan kedudukan dalam parti untuk kepentingan diri sendiri. Ahli-ahli UMNO sudah bijak menilai pemimpin kita. Mereka tidak gentar bersuara demi untuk memelihara parti UMNO, parti keramat orang Melayu. Oleh itu berhati-hatilah kerana rakyat sedang memerhati dan menilai KPI seseorang wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka. Tidak ada ruang lagi bagi pemimpin UMNO melakukan rasuah politik untuk naik. Serahkan kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat menentukan pemimpin pilihan mereka untuk calon pilihanraya umum yang akan datang. Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang disukai bukan sahaja ahli-ahli UMNO malahan rakyat perbagai kaum selari dengan konsep 1 Malaysia.

17 comments:

  1. Sakam adyumno;
    Mana ada pemimpin umno yg boleh bertolakansur kah..kah..kah semuanya nak rekah. nak cantas kawan lagi ada. ada bukti tengoklah sendiri umno balik pulau. kesian paktam merayu-rayu..

    ReplyDelete
  2. apa yang diperkatakan oleh veteran umno ada kebenarannya saya tak menafikannya... tapi biarlah kita memikirkan secara positif agar mereka2 ini atau sesiapa sahaja akan melihat kehadapan apa yang telah dan sedang berlaku dalam umno balik pulau...

    dalam perkenbagan ini juga pak tam juga melahirkan rasa harapan kepada pemimpin ini untuk bertolak ansur bagi pembangunan melayu balik pulau khususnya untuk mertabatkan umno balik pulau...

    jgn terus menghemtam pemimpin kita kerana ia akan menjadi satu permainan politik yang tidak konsisten dalam arus pembentukan siasah diri... fikir2lah...

    wallahu'a'alam..

    ReplyDelete
  3. Saudara pembaca ,
    Tapsiran menghentam pemimpin adalah tidak tepat , kita cuma memnyuarakan pandangan dan pandapat masing-masing demi perpaduan bangsa diBalik Pulau amnya. Kalau pandangan pun tak dapat disuarakan demi menjaga pemimpin maka kita ibaratkan sebagai SiLuncai Terjun Dengan Labu-Labunya , Biarkan , Biarkan.Pemimpin merasakan diri mereka seperti dewa dan masyarakat perlu menghormati mereka selalu. Kita seharusnya tidak terlalu menghormati mereka-mereka ini kerana mereka-mereka ini masyarakat yang berikan jawatan. Bila tiada jawatan merayu-rayu meminta ikhsan dan sebagainya , namun bila dh mendapat jawatan ada saja helah yang diberikan kepada masyarakat. Kita selalu diperbodohkan oleh pemimpin yang sebegini kerana pada mereka , tiada yang hebat dan pandai selain mereka.
    Jika pemimpin tidak sanggup untuk dikritik atau diberi pandangan maka eloklah berundur sementara ada waktu dan jangan menunggu sehingga terlewat. Jawatan yang ada masing-masing ingin merebut kerana ketaksuban mereka kepada kekuasaan , jawatan dan harta duniawi. Wang yang diperuntukkan tidak sampai kepada masyarakat oleh kerana ketirisan yang berlaku. Bila ditanya maka jawab mereka tiada peruntukan yang sampai namun hakikatnya peruntukan itu ada cuma bagaimana ianya diuruskan. Tugas pemimpin mencari dana dan menyalurkan kepada masyarakat dan jangan sekali-kali menyatakan tiada dana atau peruntukan. Kita cuma boleh mengharap agar pemimpin yang ada berubah namun jika perlakuan dan tingkah laku mereka sama saja bagaimanakah mereka akan berubah? Tahun demi tahun mereka memimpin namun benda yang sama juga yang mereka lakukan. Untuk merubah kita mesti melakukan transformasi dari sekarang demi menyelamatkan bangsa melayu diBalik Pulau.Pemimpin yang boleh memimpin bukannya memerlukan banyak duit tapi memerlukan idea-idea yang bernas demi meralisasikan impian masyarakat .

    ReplyDelete
  4. Saya sangat setuju, pemimpin perlu terima setiap teguran. dengan teguran itulah pemimpin dapat memperbaiki khidmatnya kpd rakyat. Kita bukan marah tapi suatu teguran ikhlas yg membina. tujuan utk kepentingan parti juga. Tk.

    ReplyDelete
  5. Apa khbar adyumno,kenapa menghilang dah bengang ka?

    ReplyDelete
  6. hai anon 12:30 kata suruh blog ni ditutup.tunggu la kemunculan adyumno nanti,dia bukan bengang bukan menghilang..tunggu masanya kemunculannya

    ReplyDelete
  7. as'kum kepada semua pembaca...terima kasih kepada anos 12:30...saya tidak pernah menghilangkan diri atau melarikan kan diri aayah lagi untuk bengang dgn saudara...

    saya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan...

    politik2 juga cari makan kena jaga juga... biasa ler bila melakukan kerja2 sendiri.. kena selesai dengan sendiri juga...jgn marah saudara anos 12:30...hehehe..

    saya pun hairan.. apa yang buat saudara tertunggu dgn saya...

    ReplyDelete
  8. Pemimpin umno balik pulau ni terlalu lama. Naik turun naik turun tak ada pemimpin lain lagi kah? sy bekas pemimpin umno dibalk pulau. pemimpin terlalu lama eloklah bersaralah kut..apa kata adyumno.

    ReplyDelete
  9. salam anos 0;05..

    terima kasih kerana saudara sudi bertanya pandangan dari saya...
    saya bukanlah seorang yang hebat atau pandai bermain politik... sekadar meluahkan pandangan untuk kepentingan semua pihak...

    dalam kontek menolak orang lama untuk terus disisihkan dalam arus perjuangan politik masa kini saya tidak setuju...kita boleh menggunakan pendekatan yang lain.. kerana pemikiran lama juga diperlukan dalam merencanakan peraduan bangsa melayu itu sendiri...

    bagi saya.. pejuang lama yang hendak bekerja kita harus terima... kalau orang lama yang hanya sekadar memanaskan bangku biarlah bersara itu yang terbaik... berilah peluang kepada insan2 yang hendak bekerja demi kepentingan bangsa melayu dan juga politik UMNO balik pulau

    kalau nak memsukkan semua orang muda pun saya tak setuju... kerana perjuangan ini memerlukan keberanian diri dan juga mental yang kuat dan apa yang penting adalah pengorbanan yang tinggi bagi mengisi perjuangan ini... bukan sekadar mempunyai duit seperti yang diperkatakan oleh durian balikpulau...

    lihat sahaja jawatakuasa pemuda sekarang... hanya berapa kerat sahaja yang hendak bekerja... ada yang rajin mai mesyuarat tapi bila time buat kerja bermcm alasan yg beri... yang tak mai sudahlah dan memang tak minat nak buat keja... eloklah tahun depan jangan bertanding... buang masa sahaja... kalau setakat pandai bercakap saya pun boleh bercakap atau pun saudara juga boleh lakukan... apa yang penting tindakan...

    tidak kira orang lama mahupun orang muda kalau hendak jawatan buatlah kerja...jangan sekadar hangat-hangat taik ayam...masa nak bertanding tiap2 malam boleh turun minta undi...bila dah dapat bayang pun susah nak jumpa

    wallahu'a'alam

    ReplyDelete
  10. Saya kira adyumno tak faham maksud saya. Sy setuju org lama juga perlu. Gandingan org lama dan baru sangat penting. Cuba adyumno lihat semula pemimpin utama kita. Sebenarnya ada yg perlu mengundur diri setelah hampir kalah dalam pertandingan pemilihan umno sebelum ini. Dengan menang tak sampai 20 undi telah jelas menunjukkan masa utk pemimpin itu berundur dan berilah peluang kpd pemimpin lain. Lagi pun pemimpin berkenaan sudah lama mengetuai umno balik pulau, sudah jadi ADUN, Exco, TKM dan SUPAR. Apa lagi yg dimahukannya? Sy sudah bertanya kpd ramai kwan2, lebih baik berundur daripada beliau meneruskan usaha mengekalkan jwt sbg ketua bhgan ataupun calon ahli parlimen. Lebih byk keburukan daipada kebaikan yg dapt saya komen jk beliau berhasrat utk menjadi calon ahli parlimen..

    ReplyDelete
  11. terima kasi anos 1:04..

    sebenarnya apa yang dimaksudkan saudara sudah lama kita bincangkan dalam isu2 sebelum ini, cuba refer balik...saya juga sependapat dengan saudara dan juga yang lain...

    kita tidak menolak kemungkinan ketua bahagian juga berhasrat untuk menjadi ahli Parlimen pada PRU 13 nanti...

    perkara sebegini sudah lama dibangkitkan dalam kancah politik umno balik pulau... dan ramai juga berhara agar ketua bahagian sekarang dapat mengundur diri dan memberi laluan kepada penganti beliau... dan saya masih berpegang dgn kata2 saya bahawa penganti beliau adalah yb syed ammerrudin yang mempunyai banyak pengalaman dan yb syed juga tidak mempunyai masalah dalaman dalam politik balik pulau...
    dari segi statistiknya yb syed bersih dalam kancah politik balik pulau...

    saya rasa itu sudah jelas apa harapan yang diharapkan oleh ahli umno agar ketua bahagian dapat mengundur diri dari arena politik balik pulau dan memberi peluang kepada pemimpin bahawa untuk menjawat jawatan tersebut... dari segi pemilihan yb syed sebagai penganti beliau adalah pandangan peribadi saya.. tiada mana2 pihak yang cuba menghasut... itu terpulang kepada ahli2 untuk menentukannya.. dan saya juga berharap agar pengorbanan dan jasa ketua bahagian jangan dilupakan...

    saudara perlu faham bahawa apa yang di bincangkan atau pun diperkatakan disini bukan sahaja ditujukan kepada ketua bahagian tetapi kepada semua ahli umno dan insan2 yang menjawat jawatan dalam umno bahgian itu sendiri untuk terus bekerja ...

    seperti yang yang sudah saya katakan bahawa kalau tak mahu bekerja lebih baik berundur daripada sekadar memanaskan kerusi dibahagian sahaja...amanah yang diberi wajib dipikul...bukan untuk syok sendiri...

    saya yakin dengan semangat bekerja yang tinggi dan bertanggungjawab kepada amanah yang dipikul umno bahagian akan lebih kuat dan lebih bermaruah dimata ahli dan seterusnya kepada masyarakat balik pulau...

    wallahu'a'alam

    ReplyDelete
  12. assalamulaikum semua. Kenapa kita mesti bergaduh sama-sama kita. Pilihanraya pun nampaknya nak dekat dah. Tun Mahathir berpendapat amat sesuai jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat ini. Pasal calon serah PM menentukan. Sapa naik kita kena terimalah. Dah tentulah PM akan cuba dapat laporan dari banyak pihak. Salah satu laporan SB. Jika laporan SB salah, maka kalahlah BN. Jadi kita kena beri laporan yg tepat kpd SB. Harap2 tu SB mesti beri laporan secara jujur dan adil.

    ReplyDelete
  13. saya ada pengalaman dalam hal ini. Laporan RELA dan juga agensi2 kerajaan lain juga diambil kira. Tapi laporan SB banyak yg silap..laporan calon BN boleh menang seperti di Sibu bila pilihanraya kalah. kenapa? Fikiaq sendirilah ya!

    ReplyDelete
  14. saya menyokong kenyataan UMNO veteran dan juga anos 2:28...

    memang tidak dinafikan bahawa laporan perisik kerajaan akan dinilai oleh pihak atasan untuk menentukan siapakah yang layak untuk untuk menjadi calon YANG BERHORMAT (YB)...

    seperti yang kita ketahui bahawa agensi kerajaan seperti SB, KEMAS, RELA DAN JASA dan ada yang tidak kita ketahui sedang memerhati dan menilai prestasi calon...

    apa yang menjadi permasalahannya apabila sesuatu laporan tidak dilapor dengan telus yang tidak TAHU membezakan antara kaca dan intan...

    ini akan membuat ramai pengundi tertanya2 kenapa jadi berlaku sedangkan yang layak tidak tersenarai dan disaat akhir pula nama yang tidak tersenarai di calonkan untuk menjadi YB ini akan ada undi protes dari kalangan pengundi...

    disaat akhir peranan SB menjadi penting dari situ bermacam andaian dan laporan telus atau tidak akan berlaku di saat itu...

    sekiranya calon yang sesuai dan layak untuk menjadi calon ada PRU 13 nanti TIDAK DICALONKAN maka
    sama2lah kita gigit jari kerana angkara perisik2 kerajaan dan juga ahli umno yana selalu menuding jari kepada kesalahan orang...RENUNG2LAH WAHAI TEMAN SEPERJUANGAN...JANGAN KERANA SEEKOR NYAMUK KELAMBU DIBAKAR..

    WALAHU'A'ALAM...

    ReplyDelete
  15. wahai teman seperjuangan...

    sekira laporan yang tidak telus akan membawa kepada perpecahan melayu balik pulau terutamanya umno sendiri dan sekiranya perkara ini tidak dibendung pembunuhan upahan dalam politik akan berlaku terutamnya dalam satu kem....

    fikir2 wahai pelapor2 seblum membuat laporan kepada pihak atasan... jgn ada kepentingan diri demi bangsa agama dan tanahair...
    maruah bangsa melayu lebih tinggi dari maruah bangsa lain...

    jgn perkotak katik pemimpin2 yang ada... jgn sesekali menjadi pembunuh upahan dalam politik... nilai semua pemimpin dgn telus bukan kepentingan seseorang...

    wallahu'a'alam

    ReplyDelete
  16. Jangan jadi PRU12. seorang YB Ir Batu Maung tiba-tiba digantikan dengan calon pemuda. Tiba2 tertonggek kpd calon PKR. Jangan pisang berbuah dua kali dah! Calon bersih yg disukai pengundi jangan diketepikan, nanti rakyat dan pengundi sendiri buat undi protes. Harap jangan berlaku di Balik Pulau. Pemimpin yg bersih jangan ketepikan. Yang sudah lama dan sudah berada anti klimaks eloklah bersara secara terhormat. Jangan dok gagahi, nanti pengundi benci. Jika ahli2 umno juga benci, parti pula jadi masalah. Sy berharap Ketua Bhgan Umno BP berfikirlah utk kepentingan parti Umno BP bukan fikir utk diri sendiri.

    ReplyDelete
  17. pandangan yang dikemukakan oleh suadara ada kebenarannya....

    jgn kerana seekor nyamuk kelabu pulak p bakar...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.