"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, June 6, 2010

Masalah Dalaman Parti Ibarat "Duri dalam daging" dan "Api dalam sekam"!

Tidak dinafikan kekuatan UMNO sangat bergantung kepada sokongan bangsa Melayu khususnya ahli-ahli UMNO keseluruhannya. Dengan harapan UMNO boleh membawa perubahan mengikut peredaran zaman, sebagai wadah perjuangan orang Melayu untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Bagi memastikan orang-orang Melayu bertambah yakin dengan perjuangan UMNO, usaha hendaklah dilakukan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran parti serta mengadakan pelbagai program parti supaya UMNO lebih mendekati hati dan jiwa rakyat.
Persoalannya, apakah UMNO Bahagian dan UMNO Cawangan dan saf kepimpinan sedar bahawa sesetengah Bahagian dan Cawangan tidak bergerak malahan sunyi sepi bak kata pepatah Melayu, "Hidup segan mati tak mahu". Pelbagai alasan diberikan oleh Ketua-ketua dan AJK UMNO yang menyebabkan UMNO Bahagian/Cawangan tertentu 'tidak hidup'. Ketua-ketua UMNO Cawangan akan mengatakan bahawa tiada peruntukan diturunkan oleh UMNO Bahagian kepada Cawangan-cawangan. Jika ada pun aktiviti mungkin kerjasama dengan NGO lain. Apakah Ketua-ketua UMNO tidak mempunyai daya usaha untuk mencari peruntukan lain yang membolehkan program UMNO dilaksanakan dari masa ke semasa.
Dalam situasi UMNO menjadi pembangkang khususnya di Pulau Pinang, usaha lebih agresif perlu dirancang dan dilaksanakan oleh UMNO. Masalah kewangan bukan menjadi halangan kepada UMNO Bahagian dan UMNO Cawangan untuk melaksanakan program parti. UMNO Cawangan yang miskin perlu dibantu. Ketua UMNO Bahagian perlu berusaha mencari dan mengagih-agihkan sumber kewangan kepada cawangan-cawangan UMNO.
Walaupun program-program peringkat UMNO Bahagian kerap diadakan sama ada dalam Pulau Pinang dan di luar Pulau Pinang tetapi sasaran kelompok masih kebanyakannya orang yang sama. Habis beribu-ribu ringgit tetapi UMNO Bahagian masih di takuk yang sama. Pandangan rakan-rakan Ketua Cawangan ada kebenarannya, "Program Bahagian tidak mengalami perubahan yang besar, penceramah pun sama dan malahan peserta pun kebanyakannya orang yang sama". Dalam hal ini, 'Program Menongkah Arus' yang dilaksanakan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian perlu diberi perhatian dan sokongan kuat oleh UMNO Bahagian serta semua sayap dalam UMNO termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri. Biarpun berhadapan dengan masalah, Ketua UMNO Bahagian dan Biro Penerangan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik supaya setiap masalah dapat didengar, diteliti dan diatasi dengan semangat bermusyawarah.
Setiap masalah tidak boleh dibiar berlarutan. Usaha segera dari pucuk pimpinan parti perlu dilakukan. Sikap berdiam sebenarnya mengundang masalah yang lebih besar. Di sini letaknya komitmen pucuk pimpinan parti untuk segera bertindak untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. Masalah dalaman parti perlu diutamakan. Mungkin sesetengah pihak boleh menerima pandangan yang agak ekstrim bahawa masalah dalaman parti lebih penting dari masalah keluarga.
Tapi apakah UMNO Bahagian telah berusaha ke arah itu? Masalah dalaman parti difahamkan semakin berserabut. Pengurusan parti tidak sebaik dahulu. Ada yang meletak jawatan dan ada yang memangku jawatan. Semua pihak perlu memberi perhatian yang serius kerana masalah dalaman parti akan jadi 'duri dalam daging' dan 'api dalam sekam' jika dibiarkan berterusan. Jangan sembunyikan masalah dan jangan menganggapkan setiap masalah itu perkara yang remeh-temeh. UMNO akan hancur bukan kerana ahli-ahli UMNO dan orang Melayu tidak sokong perjuangan UMNO tetapi kerana salah satunya, kelemahan kepimpinan UMNO itu sendiri.
Kita patut berbangga kerana UMNO mulai berdiri teguh dan terus ampuh sehingga ke hari ini sejak 1946 adalah hasil kesinambungan pentadbiran dan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia yang semakin disegani dan dihormati kawan dan lawan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan bahawa barisan kepimpinan atasan akan tetap bersama rakyat, bukan setakat mendengar luahan hati dan permasalahan yang ada tetapi juga menyelami apa yang tersirat agar hasrat masyarakat keseluruhannya dapat difahami dan diterjemahkan dalam pentadbiran. Keseriusan PM perlu dijadikan ikhtibar dan dicontohi oleh pucuk pimpinan Bahagian.

43 comments:

  1. Sapa pak tam ni? sapa nak baca dan dengar nasihat pak tam. pemimpin umngok akan sampahkan nasihat pak tam, jangan marah.

    ReplyDelete
  2. Salam bekas ajk. sdr jangan menghina. sdr dah keluar umno tak usahlah iri hati dgn umno. pas dan pkr hanya pak turut kpd dap. selamat berjuanglah wahai bekas ajk apa pun tak tahu. mungkin ajk dap kut atau dahan Pas?

    ReplyDelete
  3. Salam bekas ajk. sdr jangan menghina. sdr dah keluar umno tak usahlah iri hati dgn umno. pas dan pkr hanya pak turut kpd dap. selamat berjuanglah wahai bekas ajk apa pun tak tahu. mungkin ajk dap kut atau dahan Pas?

    ReplyDelete
  4. Salam semua pembaca ,
    Sesungguhnya penulisan paktam ada kebenarannya dan jika dihalusi maka dapat kita simpulkan UMNO dibahagian balik pulau amnya umpama retak menunggu belah. Kita perlu bertanya pada diri kita sendiri adakah kita berpura-pura ikhlas atau ikhlas sepenuhnya. Andaikata kita ikhlas maka kebenaran tetap kebenaran meskipun pahit untuk ditelan. Telah banyak yang berlaku dibahagian balik pulau sehinggakan akar umbi menjadi kucar kacir. Bahagian amnya sibuk dengan memperkasakan kepentingan mereka sendiri sehinggakan lupa akan apa yang berlaku dimasa pemerintahan Tun Lah. Masih sebilangan dari kita ingat bagaimana Ketua bahagian merayu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan jawatannya namun Tun Lah tetap dengan permainannya. Namun akhirnya takdir penentu segalanya dan Ketua bahagian mendapat jawatan sekarang. Apa yng ingin diperjelaskan disini bagaimana seseorang manusia itu mudah lupa akan segala apa yng telah terjadi dan segala janji yang telah ditaburkan sebelum berkuasa namun apabila telah mendapat kuasa perangai lama berulang kembali. Manusia mudah lupa diri dan kuasa menjadi tunjang pada kehidupan mereka dibumi ini.
    Rata-rata rakyat diBahagian balik pulau telah mula membenci akan tindak tanduk manusia yang sebegini rupa dan mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk menterjemahkannya dikertas undi. Kita akan dapat lihat bagaimana nanti segala janji akan ditabur semula dan episod drama akan diulang tayang buat rakyat yag buta ilmu dibahagian balik pulau.Sudah sampai masanya Ketua bahagian meletak jawatan dan berehat demi kesejahteraan bangsa melayu dan rakyat dibahagian balik pulau. Bangsa melayu sendiri sudah hilang kepercayaaan dan bangsa lain usah dibicarakan akan kesetiaan mereka melainkan UMNO dapat meletakkan calun yang ikhlas , bersih dan berjiwa rakyat untuk melaksanakan agenda perjuangan malaysia.

    ReplyDelete
  5. Salam Anon 1:44pm di atas,
    Saya teruja juga dengan pandangan sdr. Mungkin sdr boleh memberi kesedaran kpd pemimpin umno yg penting diri sendiri. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi umno kita kena pertahankan dan perkasakan demi untuk menjaga kepentingan org2 melayu. tk.

    ReplyDelete
  6. wahai bekas ajk bahagian...
    umno jadi mcm seerti tuan kata adalah kerana ada pemimpin seperti tuan semasa menjawat dalam umno bahagian...apa yang tuan buat dalam keimpinan bahgian satu ketika dulu...saya rasa tuan seperti pungguk rindukan bulan yang hanya mengharapkan sesuatu dalam umno xpi x dapat dan akhirnya lari bersongkol dgn DAP..mana maruah erjuangan tuan..sedarlah wahai bangsaku..jgn hanya mengata pada pada pak tam beliau hanya meluahkan pandangan ..dan kita pulak memberi pendapat...kalau tuan x suka jangan dok mengata...adakah perjuangan tuan sekarang sudah memertabatkan melayu mahu pun islam dimata pemimpin DAP...sedarlah bangsu..jgn jadi tali barut kepada DAP..jgn mengkianati bangsa mu sendiri...

    wahai teman seerjuangan ku yang lain...marilah kita sama bangun dan sedar dimana kelemahan kita jgn hanya sekadar berkata-kata...bangkit sesuatu yang benar walaupun pahit untuk ditelan...

    pada amatan dan pandangan saya ketika ini hanya yb syed ammerrudin sahaja layak untuk mengantikan tempat dato' hilmi...

    saya yakin dgn pengalaman dan bersih dalam sebarang politikus ia akan memberi satu inspirasi yang baik pada melayu balik pulau...

    ReplyDelete
  7. Paling penting bukan calon utk PRU 13 nanti tapi siapakah yg boleh membawa perubahan positif kpd umno bp dan orang melayu khususnya. Tidak guna calon umno menang dlm PRU nanti akan tetapi parti umno menuju kehancuran. Oleh itu semua pihak perlu fikirkan masa depan parti umno yang lebih kuat, bersatu dan agresif.

    ReplyDelete
  8. keyakinan dgn pengalaman yang ada pada yb syed cukup tinggi... pemimpin sperti ini amat diperlukan dalam umno bahagian balik pulau...

    kerana kepemimpin yb syeb boleh menjana semula kebangkitan umno bahagian balik pulau terutamannya untuk org melayu..

    sbb itu saya amat menyokong penuh dgn kekuatan yang ada pada diri yb syed sendiri... walaupun kita tahu yb syed tidak akan melawan bos nya xpi untuk kepentingan umno dan bangsa melayu org spt yb syed perlu diletakan sebagai calon utama tiada dua atauun tiga... kita erlu mendesak agar dato' ketua bahagian memberi laluan kepada yb syed untuk memimpin umno bahagian balik pulau..

    dgn pencalonan solo ini akan membuat kekuatan org melayu balik pulau akan kembali menyokong Barisan Nasional (umno) pada PRU 13nanti..

    ReplyDelete
  9. Saya setuju dengan pandapat sdr2 kita diatas. tapi saya nak tanya pak tam pasal calon umno akan datang. tolong bagi jwpan ikhlas.

    ReplyDelete
  10. Dalam tulisan saya sangat jelas. Paling penting pemimpin yg boleh menguatkan parti umno. Boleh elakkan perpecahan. Dalam perkara ini, pihak pimpinan umno perlu memikirkan banyak aspek supaya setiap keputusan yg diambil mesti berteraskan keadilan, kewarasan, kemanusiaan dan rekod prestasi pemimpin. Fikirkan dulu! Tapi sdr Adyumno sudah ada pendirian dalam perkara ini. Tk.

    ReplyDelete
  11. kpg anos 9:22...
    sebenarnya kita perlu ada pendirian dalam hal sebegini...kita tidak perlu takut untuk berkata sesuatu walaupun ia pahit untuk ditelan...

    kita perliu berani menyatakan sesuatu..agar melayu sekarang berubah menegakan kebenaran jgn hanya sekadar menjadi pak angguk apa bila ketua kata sesuatu walaupun tak betul...jgn jadi terlalu "mister yes" dalam perjuangan untuk memtabatkan bangsa melayu balik pulau...

    berilah ruang dan peluang kepada yb syed untuk mentadbir...semoga melayu akan terus bangkit dibawah payung pentadbiran yb syed...
    kita jgn terlalu melata..beri yb syed peluan..

    saya akan jadi org pertama kalau pentadbirannya merosakkaan peraduan org melayu balik pulau..

    jangan takut untuk bersuara...bangkit dan lawan kepada yang menentang peraduan melayu...

    ReplyDelete
  12. Salam semua pembaca dan terimakasih pada Busu atas pandangan saudara yang bernas. Pada saya pemimpin yang ada sekarang sudah pekak telinga dan buta matanya dalam mendengar dan melihat apa yang ada didepan mata mereka. Pemimpin ini boleh mendengar namun tiada pekanya dan boleh melihat namun tiada pandangannya. Kejadian lampau tak pernah mengajar mereka menjadi insan yang berguna dan berilmu malah dijadikan masa lalu sebagai batu loncatan bagi memenuhi impian yang belum terlaksana.
    Saudara-saudara yang dibawah dijadikan seperti anjing atau percacai malah lebih teruk lagi dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin ini. Tak tumbuh maka tak melata , tak sungguh maka tak kata. Hanya mereka-mereka yang pernah dikenakan akan faham apa yang berlaku namun pada yang belum kena sabar-sabarlah untuk dikenakan. Pemimpin yang sebegini takkan sedar sampai mati sebab tak pernah syukur dan selesa dengan apa yang dikecapi. Hanya malaikat maut saja yang dapat mengajar mereka. Pada adyumno , nasihat saya tak payahlah nak promote teruk sangat syed amer sebab kalau dia berkuasa maka sama juga dengan yang dok ada sekarang sebab mereka-mereka ini dari satu kelompok. Maka dengan sebab ini lah maka PRU12 UMNO dan barisan kalah teruk . Asal masuk UMNO tanya projek , asal masuk UMNO tanya apa yang boleh dapat. Sampai bila pun bangsa melayu takkan dapat diperjuangkan jika ada segelintir manusia-manusia rakus dimuka bumi ini. Yang buat kontrak pula sanggup menjadi gergaqji dua mata asal dapat dimakan dua-dua sekali. Helmi pun dia makan , farid pun dia nak makan. Tapi yang bagusnya dua-dua pemimpin ini pun makan juga so kira balancelah. Demi bangsa melayu sudah-sudahlah buat perkara yang tidak mendapat untung dan berikan laluan kepada generasi muda untuk meneruskan perjuangan ikhlas. Saya harap sampai-sampaikan kepada ketua bahagian agar dia sedar akan perbuatannya, wallahhualam.

    ReplyDelete
  13. Salam sdr Anon 11:42pm,
    Sdr ada pengalaman rasanya. Apakah sdr berpendapat semua YB- YB Dato Hilmi, Syed dan Farid perlu melepaskan jawatan. Sapa pula yg sesuai menduduki tempat mereka ini. Sdr ada calon?

    ReplyDelete
  14. Salam, sebagai ahli UMNO biasa, saya begitu terharu dengan kritikan-kritikan membina daripada saudara sekelian. Kritikan sebeginilah yang diperlukan demi perpaduan dan kekuatan Bangsa Melayu Bahagian. Buah-buah fikiran yang dilemparkan adalah bernas untuk renungan dan seterusnya diberi perhatian dan tindakan. Semua ahli UMNO mesti bangkit dari lamunan terutama dibarisan atasan dan buat perubahan segera. Gerakan semua AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri serta diperingkat Cawangan dengan aktiviti seperti mencari ahli baru, ahli atas pagar dan juga segarkan kembali ahli-ahli yang tidak aktif.
    Banyakkan program yang membolehkan ahli terlibat dengan penerangan isu-isu semasa. Yakinkan kepada penduduk setempat bahawa UMNO adalah sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu dan tunjang kepada BN serta keharmonian Malaysia.
    Kepada Bekas AJK, Pak Tam, telah menjalankan tugas yang baik demi UMNO dan bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  15. Salam Semua,
    Satu lagi masaalah Daftar Pengundi dikalangan ahli.Pada PRU12 dahulu ada satu cawangan yang mempunyai keahlian 100 ++ hanya 17% ahli sahaja yang mengundi dlm parlimen B.Pulau.Lebih teruk lagi KC sendiri tidak mendaftar mengundi di parlimen BP. Itu lah bila pemilihan KB yang diutamakan, bukan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara yang diutamakan.

    ReplyDelete
  16. salam kepada semua pembaca... dalam merancang untuk membina kekuatan dan mengembalikan maruah perjuangan umno balik pulau kita perlu bijak merancang dan menyusun strategi agar dapat menarik minat genarasi muda dan atas pagar untuk menyokong umno...

    dalam konteks membina kekuatan setiap pemimpin yang mahu bertanding tidak kira untuk bertanding pada peringkat ajk sekali pun perlu ada jati diri dan kekuatan mental untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul bukan sekadar memegang jawatan untuk kepenting sesuatu pihak....

    untuk merangka strategi pihak umno bahagian perlu bergerak dari bawah dapatkan bantuan wanita, pemuda, puteri dan NGO2 yang menyokong umno untuk mengorak langkah kehadapan bagi membentuk satu pasukan yang mantap...

    walau macam mana pun dengan adanya pemimpin yang hebat kalau tak tak turun padang.. masyarakat sekeliling akan memandang sepi pada perjuangan ini...begitu juga kalau menyusun strategi hebat kalau umno bahgian tak bantu sayap2 umno dan NGO2 ini..perancangan itu tak akan kemana...dan ia boleh diibaratkan seerti melepas batuk ditangga..

    umno bahagian perlu berubah dari pelbagai aspek untuk membina semula keyakinan masyarakat melayu, generasi muda dan golongana atas pagar sedang melihat sejauh mana kah wadah perjuangan umno sekarang bergerak..

    jadikanlah PRU yang lalu sebagai iktibar..umno bahagian perlu bangkit menrealisasikan impian DS Najib...turun padang berjumpa dgn masyarakat... jangan tunggu ketika ada program sahaja... itu yang masyarakat mahu...itulah maknanya konsep turun padang...

    pemimpin kita masih merasakan yang kitA NI MASIH MEMERINTAH NEGERI PULAU PINANG...jangan lena diulit mimpi2 fantasi....bangun lihat pada realiti jang terantuk baru nak tergadah...

    lihat sahaja program2 pembangkan2 spt daftar pemilih..sanggup pergi rumah kerumah... kenapa jadi begitu ahli PAS terutamanya merasakan apa yang mereka lakukan itu adalah satu jihad...
    tetapi bagi umno ia mengambil sikap yang mudah..hanay bercakap aa yang telah dilakukan oleh pembangkan tapi tiada tindakan...
    bermacam2 program nak buat tapi habuk pun tarak....

    wahai teman seperjuangan ku.... kalau beginilah cara kita bergerak umno akan hanya tinggal nama dan perjuangan yang lampau akan menjadi sejarah...dan akhirnya bangsa melayu akan terpinggir terutamanya melayu pulau pinang...

    satu lagi persoalan yang timbul dalam otak saya ni... apa rasionalnya pejabat umno mengajikan seseorang untuk jawatan daftar pemilih...apakah fungsi beliau...???

    sepatutnya daftar pemilih perlu bergerak dengan pegawai yang telah dilantik mengikut DUN...pegawai daftar pemilih perlu merancang aktiviti2 dan mendekati masyarakat bawahan baru kita akan dapat pengundi yang baru...

    sepatutnya umno bahagian perlu seseorang yang agresif untuk kerja2ini bukan main tangkap muat sahaja..

    bagi anos 11:42...
    saya bukan terlau nak promate yb syed xpi yang saya katakan bardasarkan kepada tred rekod dalam bahagian...apa yang pasti yb syed adalah seorang yang mempunyai kelebihan yang tersendiri...soal datngnya dari satu kem tidak timbul..apa yang penting tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan...

    sebagai ahli umno tak salahkan untuk menyatakan sesuatu atau pandangan untuk tatapan org lain...
    mungkin saudara datang dari kem yang lain sudah tentu mempunyai agenda yang tersirat..saya sekadar memberi pandangan...soal saya promote ataupun tidak ia bergantung pada saudara untuk menilai...

    bagi saya apa yang pasti pemimpin yang tiada politikus layak untuk menjawat jawatan ketua umno bahagian...tiada guna memberi jawatan kepada yang hebat bercakap xpi dari segi lain seorang hipokrit dan banyak politikusnya..

    tak tahulah sampai bila umno bahagian nak berubah...nasib baik ahli umno yang ada sekarang masih setia kerana parti dan wadah perjuangannya...kalau kerana pemimpin dah lama ahli2 umno tinggalkan parti...

    walallhu'a'alam

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, saya mengalu-alukan pandangan bernas dan membina seperti yang diutarakan oleh sdr abang ara, adyumno dan anon2 yang lain. Harap2 tu pemimpin dan AJK Bahagian yg kebanyakan KC dapat membaca komen-komen yang diberikan dan terimalah dengan hati yg terbuka dan ikhlas seadanya. T.kasih.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Jangan pisang berbuah dua tiga kali. Umno Bhagian BPulau nampak aman shj tapi bukan bermakna kuat cuma kata pepatah melayu ibarat 'retak menunggu belah' saja. Jadi tugas dato' ketua, timbalan ketua, naib ketua dan ajk mencari jalan supaya umno balik pulau menjadi lebih kuat dan mulai mendekati hati rakyat. Program bhgn mesti dirancang secra bersama bukan 'one man show'. Program terkejut tergempaq seperti mee segera. Maaf cerita oranglah.

    ReplyDelete
  20. putera umno di atas biaq p la program mee segera janji ada,bukan dok nganga mau jawatan ja kerja hancuq apa pun tak buat..bila nak mesyuarat cawangan baru dok jadi penyondoi cari orang sini sana nak bagi cukup korum..fikir2 kanlah semua,jawatan hanya sementara gunakanlah sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  21. Kepada adyumno di atas tahniah pendapat anda sejajar pandangan yang mesti dibaca,difahami oleh semua ahli UMNO Balik Pulau

    ReplyDelete
  22. Salam. Saya bersetuju dengan pendapat Sdr. Adyumno dan Putera UMNO berhubung dengan pelaksanaan aktiviti. Perlu bijak merancang dan bukan program ibarat seperti 'Mee Segera'.
    Dalam memantapkan lagi pengurusan perancangan, harus diadakan Perancangan Jangka Masa Panjang (Blue Print) dan Jangka Masa Pendek bersama KPInya sekali.
    Perancangan Tahunan disusun rapi bersama-sama dengan budget. Buat penilaian selepas setiap program dan penilaian keseluruhan pada akhir tahun. Lihat adakah KPInya tercapai atau sebaliknya. Insyaallah jika semua perancangan yang diilham dan dilaksanakan, saya percaya UMNO Bahagian dan Cawangan-Cawangan dalam Balik Pulau akan kembali mantap dan perkasa serta disegani kembali.

    ReplyDelete
  23. Salam anon 8.05am ,

    Pengalaman taklah seberapa tapi jika dibandingkan dgn pemimpin yang ada rasanya lebih sikit dari mereka-mereka ini. Pada pandangan saya ketiga-tiga YB yang ada kurang layak dan perlu dicari ganti dengan yang lebih layak dalam memimpin UMNO diBahagian Balik Pulau amnya. Dibahagian balik pulau sendiri kita ada ahli-ahli UMNO yang berpengalaman dan bersih untuk mengantikan mereka-mereka ini. Takkanlah kita nak tunggu sampai semua YB ini meninggal baru kita nak cari ganti? Contohnya dicawangan-cawangan sendiri ada banyak calun yang boleh dijadikan pemimpin dan tak perlu dicari dikalangan AJK Bahagian. jika ada yang layak meskipun dikalangan Pemuda maka tak salah jika diberi mandat untuk memimpin. Kita perlukan pemimpin yang bersih ,JUJUR , Berjiwa rakyat dan berilmu untuk memimpin. Jika kita masih lagi taksub kepada pemimpin-pemimpin yang ada maka sampai kiamat pun UMNO takkan mampun untuk menjiwai hati bangsa MELAYU dan rakyat Malaysia amnya. Elok jika pemimpin yang akan datang diberi peluang utk memimpin bersama-sama rakyat dan bukannya memimpin utk kepentingan diri mereka sendiri.
    Masih lagi kita nak tunggu atau kita nak ubah suasana politik diBahagian Balik Pulau mulai dari sekarang. Fikirkanlah.

    ReplyDelete
  24. Saya sangat2 tak bersetuju dgn sdr anon5:14 untuk menggantikan semua pemimpin yg ada sekali gus. Pengalaman sy dlm mana organisasi, samada kecil atau besar, agensi kerajaan mahupun sektor swasta dan sebagainya tidak pun berlaku pertukaran secara drastik begitu. Tun Abdullah undur, DS Najib ganti tapi semua MT masa Tun Abdullah kebanyakannya kekal membantu DS Najib. Ada kesinambungan dalam mentadbir urus negara, tidak bercelaru dan perubahan berlaku secra cermat. Dalam sesebuah pertubuhan siasah pun begitu juga, jika semua Ketua Bhgan, Timbalan dan Naib Ketua diminta digugurkan. Apa dah jadi, boleh sdr bayangkan? Semua jawatan dipertandingkan, semua orang2 muda nak merebut jawatan. Yang jadi ahli biasa kat cawangan pun nak jadi Ketua Bahagian. Sebab semua sama usia, sama kuat sama muda sama hebat dan semua rasa boleh dan layak walapun tiada pengalaman. Apa dah jadi selepas itu, bila kalah boleh orang muda terima kekalahan? Jika sesuatu jawatan ada empat lima calon yg bertanding, apa berlaku selepas itu? Saya harap sdr anon5:14 tidak terburu2 dlm hal ini. Mungkin sdr anon5:14 yg berminat nak jadi Ketua bahagian. Sila muncul dengan nama penuh dan alamat supaya dapat kita nilai sdr jika sdr amat layak kita calonkan untuk ahli parlimen dan seterusnya ketua bahagian balik pulau, boleh?

    ReplyDelete
  25. saudara yang memberi komen , terimaksih saya ucapkan. Inilah lah yang dikata kita tidak cukup ilmu utk menilai sesuatu yang baik dan buruk. Kita berbicara dalam kontek ketua bahagian dan bukannya diperingkat tertinggi dan yang paling utama kita membincangkan masaalah digrassroot balik pulau. Diperingkat atasan sudah semestinya kita mengikut hairaki sesuatu organisasi itu dan tidak ujud utk kita mempertikaikannya melainkan kita dapati dalam organisasai itu sendiri tiada yang berkelayakan maka perlu diambil perhatian utk mengantikan tempat mereka dengan yang lebih layak.Dalam hal diBahagian Balik Pulau , kita dapati ketiga-tiga pemimpin yang ada sekarang kurang layak dan suka saya ulangi kurang layak dan perlu untuk kita mencari penganti mereka demi menyelamatkan UMNO itu sendiri daripada menjadi mangsa oleh pemimpin yang disebutkan ini. Soal muda atau pun tidak tidak ujud sama sekali dalam membicarakan masaalah pemimpin. Adakah kita mahu melihat negeri kita tergadai demi menjaga pemimpin yang tidak boleh memimpin? Maka dengan beranggapan sebiginilah UMNO sesungguhnya menuju kearah kehancuran tidak lama lagi. Tanya pada diri kita sendiri adakah pemimpin ini berlaku JUJUR atau ADIL dalam menjalankan tugas mereka? atau mereka bertopeng disebalik wajah mereka yang dipandang mulia pada sesetengah masyarakat kita yang menyokong membuta tuli. Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tidak semua diantara kita yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin masyarakat maka yang ada bakkat utk menjadi pemimpin perlulah diberi peluang utk memimpin. Masyarakat kita diperbodohkan dan akan berterusan diperbodohkan jika masih taksub pada pemimpin yang sebegini.Pandangan saya ikhlas dari seorang bangsa melayu yang beragama islam demi untuk melihat masyarakat kita bersatu dan ampuh dalam mempertahankan negeri dan seterusnya negara yang tercinta. Kita perlu membuka sepenuhnya ruang ota pemikiran kita agar dapat menerima teguran dan pandangan meskipun amat perit utk diterima.UMNO rebah bukan kerana parti politik lain tapi UMNO rebah disebabkan sikap sesetengah pemimpin yang rakus dalam mengejar kuasa dan kepentingan diri sendiri. Usah kita terus-terusan menjadi hamba mereka dan percacai demi mencapai agenda tersebunyi mereka-mereka ini. jangan kita lihat mereka ini disegi luaran saja tapi halusilah mereka ini sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa keputusan yang boleh mengucar kacirkan masyarakat kita sendiri. Ada banyak perkara yang tersebunyi yang kita tidak tahu dan umumnya kita hanya menjadi pengikut setia tanpa ada kajian terperinci dan mendalam . Bukakan mata seluas-luasnya dan carilah kebenaran sebelum kita kerugian selama-lamanya. Bacalah dan tuntutlah ilmu agar kita tidak kesesetan dalam mencari kebenaran.

    ReplyDelete
  26. Maaf sdr sy terpaksa petikan semula komen 5:14 sdr, "Pengalaman taklah seberapa tapi jika dibandingkan dgn pemimpin yang ada rasanya lebih sikit dari mereka-mereka ini. Pada pandangan saya ketiga-tiga YB yang ada kurang layak dan perlu dicari ganti dengan yang lebih layak dalam memimpin UMNO diBahagian Balik Pulau amnya. Dibahagian balik pulau sendiri kita ada ahli-ahli UMNO yang berpengalaman dan bersih untuk mengantikan mereka-mereka ini. Takkanlah kita nak tunggu sampai semua YB ini meninggal baru kita nak cari ganti?"
    Kemudian komen 12;57AM sdr berikut "Inilah lah yang dikata kita tidak cukup ilmu utk menilai sesuatu yang baik dan buruk. Kita berbicara dalam kontek ketua bahagian dan bukannya diperingkat tertinggi dan yang paling utama kita membincangkan masaalah digrassroot balik pulau."
    Berdasarkan dua petikan itu, sy tak faham komen yg pertama sdr semua YB2 tidak layak perlu diganti. Dan komen kedua sdr komen dlm konteks ketua bahagian. Komen kedua sdr sy bersetuju. Walaubagimana pun sy teruja dgn sdr seorang ilmuan bleh diketengahkan utk menggantikan peminpin yg ada terutama ketua bahagian dato hilmi. Sy yakin sdr lebih hebat, lebih byk pengalaman, lebih berjasa dlm komuniti kpd parti dsbgainya. Mungkin sdr boleh menggantikan dato hilmi dan yb syed, macamana?

    ReplyDelete
  27. Apa kata mantan kp Saudara Shahedan gantikan tempat ketua bahagian dengan ajk perkasanya..ok apa

    ReplyDelete
  28. Salam Anon 11:46am;
    Sdr Shaeadan pun baik. Dia buat kerja bersungguh-sungguh sebab dia ada money. Utk kekuatan Umno eloklah dia diberi peluang berganding dgn pemimpin umno sedia ada.

    ReplyDelete
  29. WAHAI TEMAN SEPERJUANGAN KU... SAYA JUGA MERASA HAIRAN DENGAN PENDAPAT ANOS 5:14..
    APAKAH SAUDARA TIDAK BELAJAR DARI PENGALAMAN YANG LALU..

    SAYA TIDAK BERSETUJU DGN KENYATAAN SAUDARA BAHAWA KETIGA2 YB PERLU DISINGKIR...WAHAI SAUDARA KU BERILAH KENYATAAN SECARA RASIONAL BUKAN SECARA EMOSI....

    APA KURANGNYA PENGALAMAN YB2 SEMUA..SAYA BERSETUJU KALAU SAUDARA MEMBERI KENYATAAN BAHAWA KITA PERLU SINGKIRKAN/MENGANTIKAN PEMIMPIN2 ATASAN DAN JAWATANKUASA YANG TAK BERGERAK ATAU TAK BEKERJA DIGANTIKAN OLEH PEMIMPIN LAIN..

    APA YANG SAYA RASA DARI KENYATAAN SAUDARA INI AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA PERJUANGAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI...
    KERANA KENYATAAN SAUDARA BERDASARKAN DARI EMOSI DAN AKAN MEROSAKKAN LAGI PERJUANGAN UMNO... MUNGKIN SAUDARA ADALAH PENYOKONG SETIA KEPADA SHAHEDAN ITU TIDAK MENJADI MASALAH...KALAU SHAHEDAN NAK BETANDING PUN TAK ADA MASALAH SHAHEDAN JUGA AHLI UMNO...KALAU BIARLAH KITA BERKOMPROMI DEMI WADAH PERJUANGAN BANGSA MELAYU

    WAHAI TEMAN SEPERJUANGAN... BIARLAH KITA MEMPERJUANGKAN SESUATU BERDASARKAN KEPENTINGAN SEMUA PIHAK BUKAB KERANA SESEORANG.. JANGAN AKHIRNYA AKAN JADI...PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK..

    DISINI BANYAK MEMBERI PANDANGAN UNTUK MENGUKUHKAN LAGI UMNO BALIK PULAU..TETAPI SAUDARA DATANG UNTUK MENGERUHKAN KEADAAN LAGI...

    BUKAN MAIN TIBAI AJE...
    SAUDARA PERLU MEMBERI FAKTA KENAPA KETIGA2 YB PERLU DISINGKIRKAN...
    KITA PERLU MENCARI KAEDAH YANG TERBAIK BAGAINMANA HENDAK MENYATUKAN KEM2 INI MENJADI SATU BUKAN UNTUK MEMECAHKAN LAGI...SEBAGAI AHLI UMNO KITA PERLU BERI PANDANGAN BUKAN ASYIK MENGHEMTAM SIAPA SALAH.. JGNLAH KITA TERIKUT2 CARA ATAUPUN RENTAK PAS..

    KITA HARUS BERSATU UNTUK MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO YANG MAKIN TERCEMAR...

    TIADA GUNANYA KITA BERCAKAP TENTANG ITU KALAU AHLI UMNO TERUS BERCAKARAN DAN INI AKAN TERUS REBAH KERANA MEMILIH MENGIKUT KEM.. INI LAH YANG TERJADI SEKARANG APABILA MENGIKUT KEM TERTENTU... JAWATANKUASA TAK BERGERAK...KERJA TAK JALAN...

    BIARLAH KITA MEMILIH BERDASARKAN KEPADA YANG NAK BEKERJA UNTUK PARTI BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...

    DARI PANDANGAN SAYA DALAM PEMILIHAN AKAN DATANG PERLU ADA YANG LAMA DAN BARU...BERILAH PELUANG KEPADA MEREKA-MEREKA YANG NAK BEKERJA UNTUK PARTI..BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA...

    WALLAHU'A'ALAM

    ReplyDelete
  30. Hai semangat bila baca tulisan Adyumno. Hebat sdr ni. Sdr masih tak mengaku juga. Apakah sdr dari AJK Bahagian atau Pemuda bahagian? Berilah sikit informasi sdr.

    ReplyDelete
  31. terima kasih saudara putera umno satu hari akan tahu juga...
    buat masa ini biarlah saudara putera umno kenal saya dgn adyumno...

    ReplyDelete
  32. Saudara adyumno ,

    Menjawab persoalan saudara:-
    1. Fakta pertama buat YB Helmi ,
    Masyarakat semakin muak dan jemu dengan drama yang tak berkesudahan. Janji untuk berubah sama sekali tinggal janji. Contoh , Tiada kepimpinan yang konsistant untuk masyarakat dibalik pulau dan ahli UMNO sendiri. Umno terbahagi kepada 3 puak atau mungkin 4 puak dibalik pulau. Puak pertama adalah dari kem Helmi yang menyokong membuta tuli. Puak kedua dari kem Farid yang gilakan kuasa dan harta , Puak ketiga kem Syed Amer yang inginkan pemimpin dari sebelah teluk kumbar dan keatas dan akhir sekali kem Shah yang frust menonggeng sebab kalah masa pemilihan yang lepas meskipun ditabur sebegitu banyak.
    2. Fakta kedua buat Syed Amir ,
    Pemimpin yang lembik dan tak bermaya. Menolong hanya pada kroni dan memilih kasih dalam senyap-senyap. Tiada wawsan yang jelas dan konsisten.Telah memegang tampuk YB utk sekian lama .
    3. Fakta yang terakhir Farid,
    Yb yang banyak tangan sebab tak cukup dengan adun diPulau Betong , SETPOL pun dia nak gagau juga. Mana mungin sebagai ADUN dapat melaksanakan tugas jika memegang jawatan lain jauh dari kawasan. Setakat sekali sekala balik lebih baik jgn balik terus. Tidak amanah dan menjaga kroni sehinggakan sanggup berusaha utk mendapatkan kerusi Ketua bahagian secara halus dan teratur. Jika ini dijadikan sandaran , maka grassroot UMNO diBahagian Balik Pulau selama-lamanya akan menjadi anjing banjingan kepada kerakusan pemimpin yang sebegini. Farid juga tidak jujur dalam menjalankan tugas sebagai ADUN dan jika diimbas kembali beberapa tahun yg lalu namanya langsung tidak tercalun dalam senerai ADUN namun disaat -saat akhir namanya tersenarai. Inilah yg dinamakan bidan terjun dan kacang lupakan kulit serta kaduk naik junjung. Kalau diamati secara halus , blog Farid pun tak ada mewakili UMNO itu sendiri . Yang diketengahkan hanyalah aktiviti adun dan perlu kita semua ingat adun dari mana dia datang dan siapa yang mengundi dia sehingga dapat menjadi adun sehingga sekarang.
    Perlu adyumno ingat yang saya bukan orang Shah , Helmi , Syed Amir atau Farid. Saya tak perlu utk taksub kepada mana-mana pemimpin dan saya tiada kepentingan dalam UMNO. Yang kita mahukan cuma bangsa melayu terbela dan agama kita tidak dikotak katikkan oleh mana-mana golongan atau parti politik.
    Saudara tidak perlu memberi hujah utk mempertahankan mana-mana pemimpinyang saudara taksub tapi berpijaklah dibumi nyata. UMNO rosak disebabkan ahli UMNO itu sendiri dan UMNO rebah disebabkan kerakusan pemimpin yang berkepentingan. Berfikirlah secara mendalam sebelum menyuarakan apa-apa juga komentar kepada orang lain. Kita berhak utk menyuarakan pandangan masing-masing dan saya rasa saudara juga punyai pandangan saudara yang tersendiri. kalau niat kita baik , Inshaallah lambat laun orang akan tahu juga dan begitulah juga sebaliknya jika niat kita jahat maka lambat laun masyarakat akan dapat tahu kelak. Pelanduk seringkali lupa akan jerat , namun jerat tidak sekali-kali melupakan pelanduk. TK

    ReplyDelete
  33. Salam kpd anon 3:50pm di atas. Ada kebenaran yg sdr katakan. Ikut sdr semua YB2 dan Shahedan ada kelemahan dan ada kepentingan. Sah awak sememangnya orang tempatan kerana mengenali semua YB dan sedikit sejarah YB. Ikut pandangan sdr siapa yg layak bg menggantikan mereka? Cikgu Said, Penghulu Deris, Faris, Azian, Hj.Nordin, Ismail Kassim, Hj. Shahabudin atau sapa?

    ReplyDelete
  34. wahai anos 3:50:

    dari segi fakta ada kebenarannya untuk diterjemahkan...dan ada kebenaranya..

    saudara dalam mengharungi rentak politik akan ada sumbingnya.. saudara sendiri tak menyatakan siapakah yang layak untuk menerajui umno bahagian...

    saudara hanya memberi fakta yang tertentu kelemahan pemimpin tidak pulak saudara memnberi komen kelebihan pemimpin tersebut..
    semua insan akan ada kelemahan dan kelebihan tersendiri..

    1. semua org tahu kelemahan dato hilmi... dalam komen ini byk memceritakan permasalahan dato hilmi itu memang diketahui...dan kita juga mengharapkan daro seri akan melepaskan jawatan tersebut dan memberi ruang dan peluang pada pengantinya..tetai kita jangan lupa jasa-jasanya dalam umno balik pulau...

    2. kenyataan saudara mengatakan yb syed itu lembik dan tak berwawasan juga memjaga kroni2nya juga tak betul... yang lembik bukan bererti lemah..yang kuat tak bererti hebat...yang penting cara pembawakannya..

    yb syed tidak pernah mengharapkan sesuatu dari umno..lihat sendiri dgn keadaannya.. yb susah ada saudara tahu... kalau yb syed seorang yang pentingkan diri sudah lama beliau menerima darjah kebesaran datuk dari kerajaan negeri...tetapi yb syed menolak... adakah saudara tahu semua itu..kalau berikan kepada saudara dah tentu saudara terima..

    mungkin saudara akan menyatakan saya ini tadsub pada yb syed silap... kalau saya taksud mahupun rapat dgn yb dah lama saya jadi kaya mcm org lain..seperti yang saudara katakan yb syed menjaga kroni2nya..

    kerana yb syed konsisten dan bertanggungjawablah dan berwawasan lah beliau masih diberi amanah oleh pihak atasan tanpa berebut2 atau pun nak melobi untuk nak jadi Yang Berhormat...

    saudara tahukah senhingga sekarang yb syed sering ke kulau lumpur untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di pulau pinang...inilah pemimpin yang tak lari daripada tanggungjawab..(kalau kita belum tentu akan buat)

    saudara jadi org no.2 dan no.3 tak sama jadi org no.1..itu harikinya dalam mana2 pertubuhan..kita tak akan nampak kelebihan seseorang tanpa ada kuasa melaksanakan tugas...

    dulu saya pernah mendengar yb syed berkata..buat apa nak berebut2 jawatan tu..jadi saya rasa yb syed tak akan menawarkan dirinya untuk memegang jawatan sehingga sokongan dari akar umbi yang mahu yb syed jadi ketua bahagian..

    lihat sahaja ketika yb syed memegang tampuk pemuda walaupun cara yang berbeza namun sokongan pemuda pada yb syed tak berbelah bahagi..

    sebenarnya pengalaman beliau amat kita tuntut..bukan sahaja dari pengalaman beliau malah beliau sendiri seorang pemimpin bersih tiada politikus dalam perjalanan politik beliau...

    3. bagi yb.farid memang ada suara2 sumbang yang mengatakan begitu..tapi kita kena lihat dari sudut lain...yb farid seorang yang baru dalam politik...semangat beliau untuk bekerja ada...tapi perlu ada org yang menasihatnya dengan cara yang betul...

    sepatutnya dato' hilmi sebagai ketua perlu menasihati anak buahnya..jangan terlalu membiarkan hingga menjadi parah...tetapi dato hilmi tak buat semua itu..(yang penting kedudukan aku selamat sudah)..inilah masalah politik dalam bahagian balik pulau macam ABC(ampu - bodek & cantas)

    walauun begitu dalam kehidupan kita...kadang2 kita sendiri tak nampak dimana kelemahan kita...kita merasakan apa yang kita buat adalah betul...tetapi ada kesalahan dan kelemahannya...

    lihat sahaja saudara shahedan kenapa beliau kalah...beliau kalah kerana beliau terlalu mempercayai org2 kanannya walaupun maklumat itu paslu...org kanannya sendiri yang mengkhianati dan menjatuhkannya.. cerita bagi shahedan syok...lepas huloq...org kanan untung...lepas kalah mula mengatakan...org kanan senyum...dan kata YES Bos dan No Problem Bos...janji masukkkk...

    kalau ada calon yang saudara rasa ada keluarkan tak perlu simpan dalam peti...kita sama melihat sejauh manakah perjuangan mereka itu dalam umno untuk memtabatkan agama, bangsa dan tanahair..

    baru syok berkongsi pendapat...ini simpan sorang2...mana kami nak tau siapakah calon saudara...BONGKARKAN..

    wallahu'a'alam

    ReplyDelete
  35. apa-apa upn siapa yang pegang dalam tampuk pemrintahan umno bahagian sekarang KITA KENA TERIMA..

    kalau nak yang baru tunggu ler pemilihan yang akan datang...

    siapa sekali pun...jangan pentingkan diri sendiri... andainya kita tersungkur dgn permainan kita maka perjuangan kita untuk memertabatkan melayu akan hanya tinggal nama sahaja...

    yang masalahnya pulak apabila umno bahagian buat program kita tak bagi sokongan suka mengata pulak dan akhirnya lari dari wadah perjuangan umno...dan mula menyokong Pakatan Rakyat..

    selagi belum ada pemilihan umno selagi itulah ketua bahagian kita baik buruk dialah ketua bahagian...
    apa yang penting sokongan dan kerjasama ahli amat dialu-alukan...

    kalau asyik dok mengata pun tapi kerja tak jalan buat apa... kita pun sama seperti kita dok mengata kat orang..

    kita bercakap kita buat baru org tak marah...banyak yang pandai bercakap tapi kerja tak jalan...

    wallahu'a'alam..

    ReplyDelete
  36. adyumno di atas,semua kita ahli umno berhak suarakan pendapat.kita kena terima hakikat politik sekarang berbeza dengan politik dahulu.semua nya pentingkan kepentingan dapat saja jawatan lupa asal usul di mana kita dahulunya.saya juga salah seorang yg amat bersetuju kiranya YB.Syed diberi amanah sebagai ket.bahagian pemilihan akan datang..YB.Farid hormatlah pada orang lama pelan2 nanti naik la jgan tamakkan jawatan cilap2 bleh tersungkuq..shahedan tumpukanlah kpada perjuangan perkasa yang diterajuinya sekarang..tapi sekarang dok fikir kemana hala tuju kpemuda sekarang yang akan habis status pemudanya tahun hadapan?kalau bertanding lagi sah2 orang shahedan dah serik dgan permainan beliau.sekadar berkongsi pandangan.

    ReplyDelete
  37. Semua ahli-ahli umno berhak memberi pandangan seperti komen-komen sdr kita di atas. Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dalam amalan sistem demokrasi. Yang paling penting pemimpin yang akan menerajui UMNO BP mesti yang benar-benar berkarisma, ikhlas, jujur, bertanggungjawab, dihormati kawan dan lawan. Nak cari pemimpin yang sempurna serba serbi mungkin sukar. Ahli-ahli umno akan kembali bersatu dan umno BP akan kembali kuat bila pemimpin yang menerajui umno adalah individu yang mereka (ahli-ahli umno) segan dan hormat.

    ReplyDelete
  38. terima kasih anos 11:35...

    saya amat bersetuju dengan pandangan saudara... sebagai ahli umno berhak untuk bersuara dan juga memberi pandangan demi kepentingan bangsa melayu seterusnya wadah perjuangan umno itu sendiri...

    tidak kira siapa kita yang penting kita berani bersuara demi perpaduan bangsa melayu itu sendiri.. tetapi bagaimana kita kita hendak bersuara perlu diambil kira.. adakah bersuara untuk kepentingan seseorang atau perpaduan melayu itu sendiri...

    dalam komen saudara meminta agar sdr. shahedan menumpukan kemana arah perjuangan PERKASA saya bersetuju... tetapi perlu diambil kira kerana Agenda perjuangan PERKASA dan UMNO nampak sama tetapi ada sedikit berbeza dalam segi wadah perjuangan...

    UMNO adalah parti Politik yang mempunyai rangkaian barsama Gerakan MCA MIC dan banyak pertubuhan lagi yang bergabung dalam satu payung iaitu Barisan Nasional... dan PERKASA pulak adalah satu badan NGO

    kita juga tidak boleh menghalang sekiranya sdr. Shahedan hendak bertanding dan menjawat jawatan dalam parti... dan saya yakin bahawa sdr. shahedan boleh berkompromi dalam perkara sebegini.. saya juga yakin bahawa sdr. shaheda seorang yang matang untuk menilai dan menentukan kedudukannya dimana...

    bagi kedudukan Sdr. Aziaan (KP) itu tidak menjadi masalah..saya juga yakin bahawa KP sekarang bukanlah seorang yang mengejar jawatan...

    saya pernah bertanya kepada sdr. KP kemana arah selepas pemuda... dan beliau hanya menjawab kerja untuk menjaga kepentingan pemuda dan bangsa melayu lebih penting dari memikirkan bab jawatan...dan beliau akan melihat sejauh mana akar umbi menyokong dan memerlukannya dan apa yang lebih penting wadah perjuangan UMNO perlu didahulukan dari jawatan...

    saya juga amat berharap semua ahli dapat mempertahankan wadah perjuangan umno dan seterusnya memertabatkan bangsa melayu itu sendiri.. biar halangan mendatang perjuangan tetap akan diteruskan...

    ahli umno yang berjuang demi mendapatkan sesuatu pangkat dan darjat akan merasa kecewa dan berhenti ditengah jalan...
    ahli umno yang berjuang untuk kepentingan bangsanya akan terus berjuang hingga hayat dikandung badan..

    sama-samalah kita lihat dimana perjuangan kita dan apa yang telah kita buat untuk bangsa dan agama kita...
    mudahmudahan allah swt akan memberkati dan bersama-sama kita dalam perjuangan ini... insyallah

    wallahu'a'alam....

    ReplyDelete
  39. Kepada para perwakilan cawangan yang akan ke mesy.bahagian inilah masa untuk kita luahkan hati dan perasan,jgan malu nak bersuara teguran membina bukan satu kesalahan..kalau sayangkan UMNO Balik Pulau sama2 lah kita buat satu pembaharuan yang besar..ketua bahagian kena terima apa jua kritikan.

    ReplyDelete
  40. Kalau dah adi pemimpin biasa la, ada orang suka dan ada orang tak suka. Tapi kalau banyak orang tak suka dari suka elok la melongsoq pelan-pelan. Nak pengang sampai jangut putih ke. Adyumno cara hang cakap ni macam orang yang berpengelaman. Kalau hang jadi ketua Bahagian kan bagus.
    Orang melayu ni kalau kena keritik sikit dah nak melambong. Bukan nak ambik sebagai ikhtibar.

    ReplyDelete
  41. ya saya juga sokong adyumnojadi ketua bahagian..cara pemikiran,olahan yang cukup mantap tapi mesttilah disertakan dengan perbuatan iaitu budaya kerja yang berkualiti,jangan pandai cakap ja..sapa pun boleh.

    ReplyDelete
  42. terima kasih anos 11:20...

    dalam perjalanan meniti kehidupan kita boleh diumpamakan bagai air laut yang pasang dan surut..turun dan bangun adalah lumrah dalam sebuah kehidupan ... apatah lagi dalam sebuah perjuangan perlu ada keikhlasan dan juga pergorbanan yang dituntut dalam diri kita dan dalam pergorbanan itu akan ada kelukaan.... kita harus terima hakikat sebuah perjuangan...

    dalam setiap perhubungaan akan ada orang suka dan ada yang tak suka... jika ada org suka kita bersyurkurlah pada nikmatnya dan sekiranya orang tak suka jadikan ia sabagai satu pengajaran yang berguna pada kita...

    kita sudah tiada masa untuk berkelahi sesama sendiri tanah air suadah hampir tergadai...
    bangsa lain makin berkuasa.. bangsa melayu makin kehilangan kuasa...

    wahai saudara ku... diri ini masih mentah dalam dalam menongkah arus politik banyak yang perlu belajar... masih ramai lagi yang layak untuk menjadi ketua bahagian... berilah sokongan kepada mereka... apa yang penting buat kerja tanpa mengharapkan sesuatu dari parti... bekerja dengan keikhlasan, jujur dan amanah yang dituntut dalam perjuangan begitu juga dalam kehidupan kita...

    wahai saudara ku anos 11:06...

    saya amat bersetuju dengan pandangan saudara.... semoga perwakilan yang hadir pada mesy perwakilan bahagian akan bangkit untuk bersuara... termasuk mesy perwakilan wanita, pemuda dan puteri perlu bangkit dari lamunan daripada menjadi pak angguk...

    apa yang pemimpin kata semuanya ok... bila pemimpin kata ada masalah.. dengan selamba menjawab no problem..
    tetapi dibelakang dok mengata...

    saya cukup yakin pemimpin yang ada sekarang boleh menerima kritikan yang membina dari ahli... tapi yang penting biarlah kritikan itu dapat membina semula kekuatan dan peraduan orang melayu khususnya orang melayu Balik Pulau...

    ReplyDelete
  43. satu pandangan yang membina dari adyumno..renung2 kanlah wahai ahli umno balik pulau semua

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.