"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, June 15, 2010

PERAK: Bukan ADUN BN yang keluar tiba-tiba ADUN DAP yang keluar!

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.
Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, sebentar tadi.
Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.
Komen:
Semalam DSAI mendakwa MP Bebas yang keluar PKR menerima RM2juta. Setelah dicabar oleh MP Bayan Baru untuk membuktikannya, DSAI beritahu pula ia akan dedahkan bila tiba waktunya. Sikap berdolak dalih DSAI menyebabkan orang ramai yakin bahawa DSAI akan cuba mengulangi skrip drama RM2juta ini sepertimana drama 19 September yang lalu. Akhirnya semua tertipu termasuk kawan-kawan dalam PR sendiri.
Hari ini Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP mengumumkan keluar DAP dan apakah beliau juga menerima RM2 juta? Ramai wakil rakyat dan pemimpin PR yang meninggalkan DAP, PKR dan PAS, maka banyaklah duit-duit pemimpin UMNO/BN kena keluarkan untuk mereka. Apakah sanggup atau berani pemimpin UMNO/BN melakukan kerja terkutuk itu?  Pemimpin  UMNO/BN juga tahu menjaga maruah diri. Jika sudah ada yang sanggup melakukan perbuatan itu, RM2 juta bukan satu jumlah kecil, boleh laporkan kepada SPRM dan duit sebanyak itu mudah dikesan dan disiasat oleh pihak berkuasa. Sejak dulu lagi, pembangkang sentiasa memfitnah wakil rakyat yang keluar meninggalkan PR telah dibeli tapi berapa orang UMNO/BN yang telah didakwa dan ditangkap kerana perbuatan itu? Sebenarnya, itu hanyalah modal politik murahan pembangkang untuk menceritakan kepada rakyat betapa buruknya UMNO/BN yang sanggup membeli wakil rakyat mereka. Dengan itu tenggelamlah isu kenapa wakil rakyat itu meninggalkan PKR, DAP ataupun PAS? Kebanyakannya mereka (yang meninggalkan PR) tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti dan dasar perjuangan parti yang selalu berubah-ubah ikut keadaan. Mereka bukan budak kecil, di kalangan mereka adalah pemimpin kanan parti dan pengasas parti. Peribahasa Melayu ada berkata, "bangkai gajah tak akan dapat ditutup dengan nyiru". Akan ada lagi wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong parti PKR, PAS dan DAP akan keluar meninggalkan Pakatan Rakyat. Tunggu dan lihat!

3 comments:

  1. PAS sanggup menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR dlm usaha ke Putrajaya! Apakah Islam tidak maju dan berkembang sejak UMNO memerintah bersama parti komponen lain dlm BN? Apakah kemajuan Islam yg dapat dibuktikan sejak PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun?

    ReplyDelete
  2. PAS membuktikan kepada raktyat bahawa mereka berjaya menarik minat DAP bergabung dangan PAS itulah kejayaan yang paling berharga...agar dapat memusnahkan perjuangan sesama islam...

    wallahu'a'lam

    ReplyDelete
  3. KEJAYAAN APA? KEPALA HOTAK DIA PAS. DEPA INGAT DAP ITU BODOH MACAM DEPA KA. PAS KENA CUCUK IDUNG DIBUAT SPERTI LEMBU PUN TAK SEDAQ LAGI. APA PAS BOLEH BUAT DIPULO PINANG? SALLEH MAN DOK KACAU MAIPP SEPERTI DIA YDP MAIPP LEBIH MANGKOK DARIPADA KUAH..BETUL KA DAK AKU PUN TAK TAHU, LEBIH KURANGLAH..GERAM AKU.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.