Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Tok Deris tak hairan ulamak menyertai UMNO! Tapi Tok Deris tahu tak orang Melayu/Islam tersangat hairan kenapa penganut agama Buddha, Hindu, Kristian, Bahai, Silkh boleh menyertai PAS. Orang Melayu/Islam sangat hairan kenapa PAS sanggup memperalatkan agama untuk mencapai tujuan politik. Tahu tak orang Melayu/Islam sangat hairan kenapa PAS menolak hubungan persaudaraan sesama Islam yang menjadi tuntutan agama sebaliknya memilih untuk bersama dengan PKR dan DAP yang terus-terang menentang penubuhan negara Islam [Baca sini]. Lagi umat Islam hairan kerana pemimpin PAS masih terus menerus menghalalkan kalimah ALLAH Yang Maha Esa disalahgunakan oleh puak Kristian [Baca sini]. .YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, "Saya sangat sedih melihat parti yang dahulunya dikenali dengan perjuangan Islam yang jelas, dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan Negara Islam dan Daulah Islamiyyah, boleh bersekongkol dengan perkara saperti ini". Hairan dan hairan lagi umat Islam terhadap pemimpin PAS bila mana mereka membenarkan rakan-rakan bukan Islam dari DAP membaca ayat suci al-Quran dalam program mereka. [Baca sini]. Oleh itu Tok Deris tak hairanlah ulamak-ulamak muda hari ini mulai menolak perjuangan PAS dan sebaliknya menerima UMNO sebagai wadah perjuangan mereka.
Justeru itu, ulamak-ulamak muda lebih yakin dengan perjuangan UMNO yang lebih konsisten dan relevan dengan orang-orang Melayu dan agama Islam. Dan akan lebih ramai lagi golongan ulamak-ulamak muda serta anak-anak muda menyertai UMNO selepas ini, insyaAllah.
perlu di ingat,satu kesilapan besar bagi pas,membenarkan bukan islam menyertai parti itu.
ReplyDeleteHERAN! HERAN! HERAN!. AKU HERANLAH ULAMAK TAK MEMILIH PAS. MASA DEPAN PERJUANGAN PAS TAK BERHALUAN LAGI. HERAN AKU TIBA2 JADI BEGINI! HERAN!
ReplyDelete