"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, June 26, 2010

KUMPULAN 40 ORANG ULAMAK MUDA SUDAH MENYERTAI UMNO!

Kumpulan pertama seramai 40 ulama, tanpa bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin telah menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibupejabat UMNO, Jumaat malam.

Dalam sidang media bersama sebahagian daripada 40 ulama yang rata-rata terdiri dari golongan ulama muda di lobi Menara Dato Onn di PWTC, Shahidan menegaskan kumpulan berkenaan adalah ulama tulin yang akan menegur perkara tidak benar dan menyatakan yang betul. “Mereka ini meletakkan agama sebagai perjuangan di depan selain prinsip taat pada Allah, Rasul dan pimpinan. (Selama ini) Mereka tidak memihak tetapi terpinggir sedangkan ada pengikut yang ramai,” katanya. Menyifatkan ulama muda ini mampu beri sumbangan dan impak besar, Shahidan menjelaskan, bahawa mereka menyertai UMNO tanpa mengharap apa-apa atau upah.

“Mereka masuk UMNO bukan berlandaskan politik,” ujar Shahidan. Sementara itu jurucakap kumpulan ulama, Fadlan Mohd Othman berkata, mereka menyertai UMNO untuk bekerjasama dalam soal keagamaan dan kerohanian. Kita tunggu apakah TGNA akan komen bila ulamak-ulamak muda ini memilih UMNO sebagai wadah untuk perjuangan mereka. Biasanya PAS sentiasa dikaitkan dengan ulamak. Tapi kini UMNO juga apa kurangnya. Kita kira kemasukkan golongan pertama ini sudah membangkitkan keresahan dan kerisauan pimpinan PAS. Sudah pasti memberi impak yang buruk kepada masa depan PAS setelah ulamak muda memilih UMNO. Mesti ada sebab-sebab yang kukuh kenapa ulamak-ulamak muda berkelulusan tinggi ini memilih UMNO dan sudah pasti mesti ada sebab yang kuat kenapa pula mereka menolak untuk memilih PAS. Pemimpin PAS perlu muhasabah diri, pertimbangan agama mesti mendahului pertimbangan politik kerana PAS merupakan parti Islam. Tapi banyak pandangan pemimpin PAS sendiri kebelakangan ini sudah menimbulkan banyak kekeliruan dan kecelaruan umat Islam sejak PAS bersama DAP dan PKR. Dan banyak lagi wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang akan keluar sama ada menjadi ahli bebas ataupun menyertai UMNO atau MCA atau MIC dll. Dan semakin ramai lagi golongan ulamak muda yang berkelulusan tinggi akan menyertai UMNO selepas ini. Tunggu dan lihat insyaAllah.

1 comment:

  1. salam....

    kemasukan ulamak2 muda dalam parti UMNO amat baik dan ini menyakinkan lagi penerimaan orang muda dalam UMNO.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.