"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, June 16, 2010

MELAYU DAN ISLAM MENJADI SEMAKIN TIDAK MENENTU DENGAN DASAR PAS YANG SELALU BERUBAH!

Presiden Pas, Hj Hadi Awang telah mengatakan bahawa Umno sebenarnya telah ditaja oleh pihak British bagi melawan perjuangan Islam. Hj Hadi juga berkata bahawa Umno juga sebenarnya ditubuhkan oleh British bagi menentang gerakan Islam di negara ini yang di inspirasikan oleh Parti Syarikat Islam di Indonesia. Hj Hadi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Muktamar Tahunan Pas ke 56 yang bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan. Majlis ceramah tersebut turut dihadiri oleh tokoh-tokoh parti Islam dari Filipina, Maldives dan juga Palestin.
Pemimpin PAS ini telah tersepit dalam perjuangannya. Beliau mahu memberitahu kepada tetamu kehormat dalam muktamar itu bahawa UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini adalah bukan Islam. Cerita UMNO semasa zaman British memerintah Tanah Melayu kira-kira 50 tahun dulu masih dibawa oleh Hj. Hadi seolah-olah UMNO dulu semasa British dan UMNO sekarang masih tidak berubah. Sedangkan UMNO sudah jauh berubah dari dasar perjuangan sebelum merdeka hingga selepas merdeka. Kenapa pemimpin PAS yang bergelar ulamak sanggup menyembunyikan kebenaran sebaliknya memutar belitkan fakta sejarah dan mengatakan pula bahawa  perjuangan Islam Pas wujud lebih lama dari Umno.
Apakah pemimpin-pemimpin luar negara seperti Filipina, Maldives dan Palestin boleh diauta begitu mudah? Melainkan jika pemimpin yang dijemput itu datangnya dari puak-puak pembangkang dari negara-negara mereka sudah tentu mereka 'tidak nampak' kerana hati mereka telah dibutakan. Inilah sikap pemimpin PAS yang menjadi saingan UMNO sejak dulu, sebelum merdeka. Perlembagaan UMNO dikatakan mewarisi perlembagaan British, perjuangan UMNO disamakan dengan perjuangan zionis yahudi, UMNO tidak Islam, orang UMNO dikafirkan, dan sebagainya. Perpecahan di kalangan orang Melayu semakin ketara hingga Melayu menjadi lemah di tanah air sendiri. Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan, sesuatu bangsa yang menjadi majoriti penduduk akan jadi lemah jika tidak bersatu. Inilah hakikatnya yang sedang berlaku di kalangan orang Melayu di Malaysia hari ini. 
Pemimpin PAS sudah membuat keputusan, berkerat rotan dan berpatah arang dengan UMNO. PAS lebih yakin dengan DAP dan PKR untuk membela nasib orang-orang Melayu dan agama Islam di Malaysia. Pemimpin PAS tidak percaya dan yakin dengan UMNO walaupun pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO 99% adalah umat Muhammad SAW, satu bangsa dan satu bahasa dengan ahli-ahli PAS. Malahan ada di antara mereka ada hubungan pertalian persaudaraan, satu keluarga, sepupu poyang ataupun dari satu rumpun nenek moyang yang sama. Oleh kerana idealisme politik yang berbeza, Melayu berpecah dan semakin lemah. Pada tahun-tahun 1970an, berlaku solat jemaah dua imam, sembelihan orang UMNO haram, kenduri orang UMNO diboikot dan sebagainya angkara fahaman ekstrem pemimpin PAS tertentu dan pemimpin PAS itu di antaranya masih hidup hingga sekarang. Oleh kerana sikap ekstrem PAS ini merugikan PAS sendiri, maka dasar perjuangan PAS telah berubah secara drastik.
PAS mulai mendekati penyokong-penyokong bukan Islam. PAS sedar tanpa sokongan orang bukan Islam, PAS tidak akan menjadi parti yang berpengaruh di Malaysia. Pemimpin PAS terpaksa kunyah dan telan mahupun terlalu pahit dengan dasar baru PAS. Fatwa UMNO kafir tidak bunyi lagi kerana fatwa ini akan menakutkan bangsa lain kepada PAS. Perjuangan menubuhkan negara Islam terpaksa dikorbankan kerana usaha ini mendapat tentangan kuat dari rakan dalam Pakatan Rakyat terutama DAP. Pelaksanaan Hukum Hudud sudah tidak lagi menjadi bahan ceramah pemimpin-pemimpin PAS kini. Malahan PAS bergerak setapak lagi sanggup melunturkan identitinya sebagai parti Islam dan parti majoriti orang Melayu dengan Dewan Ulama PAS Pusat meluluskan orang bukan Islam boleh menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding pilihan raya atas tiket PAS. Ini selari dengan luahan pendapat pemimpin PAS sendiri yang sering berkata orang bukan Melayu boleh memimpin Pas dan menjadi Perdana Menteri asalkan dia Islam. Dalam erti kata yang lain, seorang penganut Kristian, Hindu atau Buddha boleh menjadi calon Pas dan mengambil bahagian dalam kepemimpinan Pas jika dia menang. 
Beginilah perubahan dasar perjuangan PAS yang semakin meminggirkan kuasa Melayu dan memperkasakan kuasa bukan Melayu dan bukan Islam dalam iklim politik di Malaysia yang semakin kompleks. Perlu diingat apakah PAS mampu mendepani ideologi DAP yang tegar dan sentiasa konsisten dan PKR yang terumbang ambing. Apakah PAS merasakan lebih mudah mengislamisasikan pemimpin DAP dan PKR berbanding dengan pemimpin UMNO? Apakah PAS cuba memberi alternatif kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang tidak serasi dengan dasar perjuangan DAP dan PKR? Dan apakah pemimpin PAS sedar bahawa pemimpin DAP dan PKR mulai curiga dengan dasar baru PAS terhadap penyokong bukan Islam? Mengapa PAS sebagai sebuah parti Islam telah sanggup mengorbankan identiti kerana hanya politik untuk berkuasa? Politik orang Melayu dan Islam mempunyai masa depan yang semakin tidak menentu dengan dasar PAS yang selalu berubah dan mengikut keadaan bukan mengikut prinsip perjuangan. Takut perjuangan PAS ibarat kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran". Oleh itu orang-orang Melayu dan bumiputera amnya  perlu berfikir banyak kali untuk menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Yang pasti UMNO/BN telah terbukti dan semakin menuju ke puncak kejayaan di bawah kepimpinan DS Najib dengan konsep "1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

4 comments:

  1. SAYA SETUJU RAMAI MELAYU JADI KAFIR DAN MASUK NERAKA KERANA FATWA PEMIMPIN PAS. APAKAH BUKAN ISLAM YANG SOKONG PAS MASUK SYURGA? KENA TANYA TG NIK AZIZ.

    ReplyDelete
  2. sekarang ini fatwa yang dikeluarkan oleh pihak byk yang mengelirukan orang melayu yang beragama islam...

    pas sanggup melakukan apa sahaja, asalkan perjuangan umno dapat ditumbangkan... itu tujuang utama politik pas sebab itu nik aziz sanggup mengadaikan maruah sebagai mursyidul pas untuk diserahkan kepada dsai...

    wallhu'a'alam

    ReplyDelete
  3. sori teringgal Perkataan PAS disana...
    "fatwa yang dikeluarkan oleh pihak PAS"

    ReplyDelete
  4. biasa la liPAS sanggup buat apa sahaja asalkan dapat kuasa...tapi tak nampak pun mereka berkuasa, ikut sangat bontot si Dapig dan Pakatan Robek tu. kesian aku tengok terkial dan terkinja2 keseorangan sedangkan dapig dan pakatan robek tu teruk memperkuda dan melembukan mereka. sanggup tubuhkan dewan apa tah untuk bukan islam. tapi bila UMNO mereka kafirkan, tak layak bercakap tentang islam. mcm mereka je betul....kesimpulannya liPas memang penyebab utama umat islam di Malaysia berpecah sampai semua perkara dipolitikkan untuk kepentingan mereka. hilang title membangun bersama islam

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.