"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, July 4, 2010

TS Isa Samad: Utamakan kerja untuk pilihanraya bukan untuk pemilihan UMNO!

Pagi tadi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, ADUN Bagan Pinang  dalam ucapan perasmian Persidangan Agung UMNO Bahagian Balik Pulau di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, beliau telah mengingatkan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO supaya mengutamakan kerja-kerja untuk pilihanraya bukan untuk pemilihan parti. Belajar dari kesilapan yang lalu di mana calon-calon pilihanraya dilantik bukan untuk menang tetapi untuk pemilihan parti. Inilah yang menyebabkan UMNO kalah dalam pertandingan yang lalu. Beliau sangat yakin bahawa pucuk pimpinan parti DS Najib akan mengambil kira faktor calon dalam pemilihan calon yang akan datang.
Kata beliau, UMNO sebenarnya kuat tapi kita tidak pandai mengurus kekuatan parti. Dalam mesyuarat contohnya kata beliau AJK Cawangan pun tidak hadir.  Beliau mengingatkan semua perwakilan agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Keputusan pucuk pimpinan parti hendaklah dipatuhi. Tidak semestinya calon yang dipilih datangnya dari AJK Bahagian. Jangan kita fanatik kepada bahagian kata TS Isa Samad. Terimalah keputusan PM. Buat apa calon dari AJK Bahagian jika BN kalah dalam pilihanraya nanti. Jika ketiga-tiga wakil rakyat (merujuk kepada YB DS Hilmi, YB Syed dan YB Farid) masih boleh menang, teruslah menjadi wakil rakyat.
Sekali sekala beliau berseloroh dengan cerita lucu tetapi mengandungi makna dan sindiran tertentu. Sebelum itu beliau memberitahu bahawa beliau tetap setia kepada parti walaupun pernah digantung keahlian. Semakin lama beliau dalam politik, semakin sayangkan beliau kepada parti. Begitulah harapan TS Isa kepada ahli-ahli perwakilan untuk mencontohi beliau walaupun berhadapan dengan penggantungan keahlian dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, persidangan agung UMNO kali ini agak lewat bermula kira-kira jam 10.00 pagi didahului dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dari Surah al-Baqarah. Difahamkan jam 2.30 petang nanti, Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia akan hadir memberi ucapan kepada semua perwakilan. Persidangan agung dijangka tamat lewat petang. Selamat bersidang!

30 comments:

  1. salam ....saya berasa hairan kenapa mesyrt bhagian tidak menepati masa??? cakap xserupa bikin....pukul 9:00 nak mula tapi pukul 10:00 yang jadi...ini mesyrt bahagian bukan mesyrt main pondok2...???

    ReplyDelete
  2. macam tu la setiap tahun bila nk berubah pun tak tau.mcmmna nak perkasa kalau masa pun x pandai urus.smalam blog paktam teruk kena hentam dengan kumpulan pemimpin mantan ketua pemuda saudara shah headan..jadikan mesyuarat bahagian kali ini untuk hentam habis2 an..nampak sangat perpaduan sukar dilakukan..kepada Norashikin Amman hang jgan dok buat juara la awat hang nak cabar sapa fitnah hang toksah dok melenting la kalau x buat..hang ingat hang baguih dok aib azian mabuk kat pub la awat dulu hang tak mau buat hebahan perkara ini..awat shah bela hang kot sampai nak pertahan shah..x baik aib orang yang lepas sudah la..saudara razak baginda perda ramai lagi ketua cawangan boleh jadi imam dan baca doa..jgan ingat ghani sorang ja..hang pun sama pelingkup umno bandar baru perda mengaku buat kerja tubuh cawangan setahu aku Shidi yang buat kerja siang malam alih2 ghani dapat habuan..buat paktam biar dicemuh teruskan agenda paktam..

    ReplyDelete
  3. Salam semua sahabat seperjuangan sekelian;
    Saya menerima maklumat Pak Tam kena kritik yg hebat. Pak Tam dituduh buat fitnah. Ada kawan simpati dengan Pak Tam kerana tak ada pemimpin UMNO dan sesiapa pun bela nasib Pak Tam. Pak Tam menjelaskan bahawa Pak Tam tak perlu simpati dan Pak Tam buat satu sen pun tak minta upah dari sesiapa pun. Pak Tam lakukan secara sukarela kerana UMNO. Sebenarnya pemimpin UMNO BP termasuk ketiga2 YB juga tidak suka dengan kewujudan blog Pak Tam ini. Mereka juga tidak terlepas dari kritikan Pak Tam. Pak Tam berjuang secara ikhlas hanya utk kekuatan dan perpaduan UMNO. Tanpa meminta simpati dan sokongan dari sesiapa pun. Pak Tam berharap kali ini komen2 yg diberikan biarlah bertanggungjawab dan jangan jadikan ruang komen utk melakukan fitnah. Itu saja harapan Pak Tam. Saya masih mengharapkan kumpulan2 yg berpecah dlm UMNO kembali bersatu. Ada mekanisme yg boleh menyatukan semula tetapi sangat bergantung kpd usaha kepimpinan bahagian yg diterajui oleh DSH dan rakan2. Tk.

    ReplyDelete
  4. Salam semua pembaca,

    Mesyurat lewat disebabkan pengurusan masa yang kurang cekap oleh pengurus yang tidak cekap. UMNO Bahagian seharusnya dapat melihat kekurangan ini dan ianya tidak menjadi bahan sindiran oleh para perwakilan. Majlis yang dinanti-nantikan setiap tahun berubah menjadi pentas fitnah memfitnah dek kerana dendam kesumat dan perasaan marah yang disimpan sekian lama. Hanya sedikit sangat lontaran idea-idea baru yang boleh dijadikan bahan untuk diperbahaskan. Isu-isu kepentingan diri sendiri banyak yang diucapkan oleh pemidato-pemidato yang diupah khas dan tak kurang juga yang diucapkan sendiri. Syabas kerana agenda kepentingan didi sendiri telah berjaya dikeluarkan semalam dan rancanglah apa yang selebihnya untuk masa-masa akan datang. Kita hanya pandai berpidato namun pemain yang sebenar adalah kita sendiri ( we start the game and let the ball rolling). Sekarang bola sudah digelangan padang dan kita sama-sama bermain untuk menjaringkan gol kemenangan. Inshaallah yang bermain dgn ikhlas dan jujur akan mendapat kemenangan yang jitu dimasa hadapan. Tak perlu gentar dengan apa yang berlaku kerana semua ini adalah aturan permainan insan-insan yang kurang cerdik . Untuk mencapai matlamat sendiri kita sanggup melakukan apa saja meskipun menikam umaty seislam kita sendiri. Yang menyokong membuta tuli sedar-sedarlah diri anda kerana sesungguhnya anda adalah manusia yang tiada bermaruah dan hanyalah pecacai kepada tuan anda.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya perwakilan gunakan kesempatan bersidang utk mencari jalan ke arah menguatkan parti. Nak kritik2lah tpi mesti ikhlas duduk dengar penggolongan/ jawapan balas tapi apa yg berlaku...kawan2 yg mengritik selepas tu lari balik. Apa hal ni pemimpin Umno ke macam ni?

    ReplyDelete
  6. Salam semua.....
    Aku hairan la Shikin kata dia kena fitnah, dengan sapa ya? Yang Fitnah tu apa yang mengaku tu apa! Dah betul tak kan fitnah kut. Kalau fitnah tentu perkara tu dia tak buat.
    Jenis lidah bercabang ni sememangnya macam itu. Cakap orang fitnah hanyalah rekaan semata, dah terbukti dengan pengakuan dia sendiri. Ini tentu perancangan sekutu-sekutu Shah. Dah terbukti ketamakan kuasa oleh geng Shah.
    Mesyuarat Agong bukannya tempat nak lepas dendam, itu tempat untuk membela rakyat.
    Mulai hari itu sekarang ini semua dok teropong kesalahan orang, masalah rakyat akan diabaikan.
    Kalau orang nak cerita tak ada seorang pun akan terlepas NKP Hisham pun bukan bagus sangat rumah tangga pun lintang pukang. Macam mana nak pimpin orang.

    ReplyDelete
  7. Salam Paktam, Allah akan membela orang yang benar. Paktam jangan risau masih ada orang yang menyokong pak tam. Kebenaran itu Kebenaran, Paktam mau releks ja.

    ReplyDelete
  8. sedarlah...sedarlah....July 5, 2010 at 9:53 PM

    kenapa DHS DAN RAKAN2 XBANTU PAKTAM????bila paktam kena hentam/fitnah mcm ni xseorang pun yang nak bela pak tam????xkn yang ni pun nak bagi tau..????anda semua seperti kacang lupa kan kulit...tidak kenang jasa org.....pemimpin kah anda semua ni..????pada paktam sabar lah...saya harap paktam berhentilah buat benda ni...depa bukannya nak tolong bila pak tam dalam kesusahan????biar mampuih pi la kt depa...????

    ReplyDelete
  9. Salam kepada semua yang masih menyayagi UMNO bahagian Balik Pulau.Harap Pak Tam sabar banyak2 teruskan menulis untuk menyedarkan orang2 Melayu di Balik Pulau.Yang sdr.Shikin yang buat hal masa Mes.Agung tu, hang tgu lah .Ari ni hang bagi org aib nanti Allah akan balas balik bahkan lebih teruk lagi.
    Moga UMNO B.Pulau akan terus cemerlang di bawah kepinpinan yang sedia ada.Hidup Melayu ,Hidup UMNO Balik Pulau.Orang macam Shikin x dak dalam UMNO pun x pa..

    ReplyDelete
  10. NKP Hisham or Chaq hang pun sama bersesongkol dgan shah..hang dok cbuk p dok kerusi pemerhati dgn orang shah masa mesy.hari tu pasaipa..hang NKP tunjuklah contoh kepimpinan yang baik kpd pemimpin..awat hang dok tunggu shikin bantai azian ja hang seronok..tunggu la bukan laluan mudah hang nak dapat senang KP pemilihan akan datang..Zai dengaq kata akan lawan hang dengan side berkecuali shah bos hang dan sorang lagi bakal hang nanti tau..baru nak mai sondoi kat kawan2..

    ReplyDelete
  11. Salam 1 malaysia..nampaknya mesy.umno bahagian balik pulau yang berakhir baru ni tiada jalan penyelesaian untuk perpaduan..lagi berpecah ada nampaknya.wujud lagi kem shah dan kem DSH sampai skarang..entahlah sampai bila akan berterusan..kepada DSH BUATLAH AGENDA PERUBAHAN YANG BESAR SEKARANG..KEPADA SHAH HANG JAGA LA PERKASA JGN MASUK CAMPUR UMNO BAHAGIAN HANG DOK RISAU PA 3 YB tau la kerja nak buat..hang jaga caltex hang tu..buat chaq nkp nak jadi kp hang tunggu sat laluan bukan mudah untuk hang..ada calon yang akan lawan hang yang lebih baik peribadi,ekonomi dari hang

    ReplyDelete
  12. Salam semua,
    Saya kecewa bila Persidangan Agung UMNO menjadi tempat menjatuhkan maruah pemimpin. Masing2 diri kita ada adab dan maruah. Jangan jadikan persidangan agung ini tempat melepas geram. Nampaknya kumpulan Shah masih tidak boleh menerima hakikat bhw dia kalah dulu dan sepatutnya cari jalan utk merapatkan perpaduan parti. Wallahualam. Tk.

    ReplyDelete
  13. Shahhidan x bleh terima kekalahan dia lagi..banyak huluq masa pemilihan tu heran mcmmna bleh kalah...hat lain janji masyukkk

    ReplyDelete
  14. Salam. Cara Pak Tam menulis, mengkritik, memberi pandangan dan idea adalah demi kepentingan kita orang melayu, terutamanya di Bahagian Balik Pulau. Pak Tam ni diibaratkan sebagai seorang pejuang kecil kepada bangsa melayu PP.Penulisan yang berbaur perpaduan. Pejuang dan pemimpin UMNO yang terdahulu juga menghadapi lebih hebat lagi tentangan. Tetapi mereka tidak memperdulikan tentangan dan halangan dihadapan mereka. Akhirnya rakyat dapat menerima perjuangan mereka itu.
    Oleh itu Pak Tam, teruskan penulisan anda, berilah kritikan yang membina. Kami berada dibelakang anda.

    " Tapak Caltex, bukankan PDC peruntukan untuk buat sekolah asalnya"

    ReplyDelete
  15. tu dia... hentam menghentam sedang bersiaran langsung...mcm WORLD CUP.. awat orang/ahli UMNO suka buat perangai mcm ni... mcmana nak bela nasib rakyat/melayu kalau dok gaduh sesama sendiri.. nak kata bangang semua dah besag panjang..nak kata bodo, dak juga, semua bijak belaka..
    la ni masing2 dok berhujah pula guna internet.. aduiii haiiii.. ......londeh perabih semua sampai semua org boleh tengok dan tau kat mana kurap.. macam ni... PRU 13 dekat sangat dah.. x pikiarg ka... aduiii.. la....aku sedih sangat dgn sikap hampa semua... terutama yang dok pegang jawatan ( dari yang kecik sampai yg besag) aku sayang kat UMNO.. tolong la pikiarg pasal penyatuan... PR DOK GELAK BESAG TGK BLOG NI>>>>>

    ReplyDelete
  16. wahai pengkritik2 sekalian...
    hampa semua ni ahli/orang UMNO ka...
    kalau hampa mengaku ya.. aku heran juga la.. sebab masing2 dok jadi mcm anai2 makan kayu rumah... biar berongga di dalam.. biarg runtuh semua.. baru puashati... celaka la hampa semua...

    ReplyDelete
  17. hai depa hairan mcm mana sidi perda pun boleh menang G7...

    knp perlu hairan dia rajin buat kerja tiap kali program UMNO terutamanya program pemuda semua org boleh tengok kelibat dia... habaq saja dia sampai... tak kira masa dia sampai...

    walaupun jawatan hanya pengerusi tetap pemuda, kerja teta jalan
    mana p ajk pemuda...nak jawatan tapi tak mau buat kerja.

    tahun depan eloklah calon sidi dok jawatankuasa bahagian.

    ReplyDelete
  18. saya menyokong apa yang dikatakan oleh jiwa umno di atas..shidi adalah contoh di mana tanpa jawatan pun kerja bleh jalan..kat mana2 pun dia mesti ada program pemuda..tahun depan kita sokong dia untuk ajk bahagian..orang mcm ni penting dalam umno balik pulau

    ReplyDelete
  19. ANONYMOUS 7 JULAI 2010 10.57 PM Hang pun sama celaka apa hang orang shah kot..perumpamaan anai2 ni modai lama la bro..la ni banyak ubat anai2 boh la awat x reti2 lagi..saya ni terus terang benci dengan cara lakonan mantan kp YB.SHAHEDAN ..bagi la gelaran kat dia bagi dia syok.gaya pidato hebat tapi sayang politik x lengkap kalau ada kuncu2 yang cakap x beradab mcm shikin ketua cawangan taman sg.ara..rasanya apa shikin buat kat cwgan dia p tanya ahli kat sana.lingkup..pemuda adik dia pegang lagi hancuq..elok la adik beradik..depa2 ni la shah mau buat kacau umno bahagian ja.buat shah sudah la terima la kekalahan dah la cwangan kg.bukit sampai la ni x bleh buat cwangan hang buat kerja apa.pikiaq la..

    ReplyDelete
  20. amboi marah sangat nampak mamat ni kat aku... dia kat kata perumpamaan anai2 tu dah lapuk.. tapi yang tu dok jadi... aku org shah ka org Farid ka , orang sapa pun la.. tak jadi hal...kalau aku celaka pun x pa aaiih.. tapi aku tak jadi barua dok sokong x tentu hala...kalau x leh kena kritik dok la diam diam... tapi heran gak .. awat mamat ni terasa..bangun pagi teruih marah kat aku.. shah.. shikin .. (nama yg dia sebut la..) aku follow ja..UMNO Balik Pulau dah nak jadi debu..tau dak... selagi x boleh terima kritikan dengan terbuka dan melakukan apa yang patut utk kebaikan UMNO bahagian Balik Pulau... maka tggu hari la jadi debu sungguh... lepaih tu DAP akan gabuih ngan penyapu buang masuk laut..awat mamat tu hanya kutuk geng shah ja.. geng dia belah Dato dan YB dan mantan YB tu ok sangat ka.. kalau ok pasal apa boleh ada 2 pihak ni..lagi satu nak habag kat hang mamat ooi... PEMUDA UMNO Bahagian Balik Pulau memang dah hancus.. yang tinggai hanya KP dan AJK dia aja..x caya pi risik dan tengok... malahan sayap pemuda kat kampung Ketua Pemuda pun dah berderai... angkara bouncer dia la tu kut.. cenge x tentu hala..kemaruk pangkat kut..tapi KP pun x jaga pemuda kampung dia..abih semua masuk PAS.. risik la mamat ooiii... jgn dok marah sangat...
    mamat.. hang ajak orang berpikiargkan... apa kata kita dok pikiarg sama2.. bab macamana nak bagi elok.. toksah la dok marah sangat..boleh??? jangan cakap ja bang... pak tam bagi ruang ni bukan utk marah2 ja.. malahan lebih kepada dok bincang macamana nak bagi elok..

    ReplyDelete
  21. kepada semua pemimpin UMNO bahagian balik pulau dan juga penentang pucuk kepimpinan yang sedia ada..pesanan ini utk ANDA SEMUA...

    TOLONG LAH PERBAIKI APA YANG KURANG BAIK..
    PERKUATKAN APA YANG LEMAH..
    PERKUKUHKAN APA YANG RAPUH
    PERCAMBAHKANLAH RASA KASIH SAYANG SESAMA SENDIRI...
    KRITIK LAH KEARAH KEBAIKAN DAN TERIMALAH KRITIKAN JUGA DEMI KEBAIKAN..
    KEMBALILAH KEJALAN ALQURAN..

    ReplyDelete
  22. Salam semua,
    Saya menyeru semua pihak bersatulah kita kembali untuk menguatkan UMNO. Ingatlah UMNO bukan milik Dato', YB2 dan AJK Bhgan shj tapi milik kita semua termasuk ahli-ahli biasa. Oleh itu berilah pandangan yg membina ke arah kebaikan semua pihak. Buang yang keruh ambillah yg jernih. PRU akan datang sangat bergantung kpd kekuatan UMNO/BN sendiri. Kita bukan pemerintah kita pembangkang. Oleh itu UMNO mesti kuat dan lebih kuat dari dulu (semasa jadi kerajaan)supaya BN menang dlm PRU yg akan datang. Blog ini bukan utk memfitnah dan menghina sapa2 tapi ruang untuk menyatupadukan ahli-ahli UMNO selari dengan motto blog ini "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Tk.

    ReplyDelete
  23. PAK TAM,
    rasanya Pak tam mesti dah tau kot hal ni... fitnah memfitnah ni terjadi bila ada penyokong/ahli yang merasa tergugat akan kedudukan/ carimakan depa. maka dalam nak menjaga hak istimewa ni la, depa pun mula dok cari jalan supaya bos depa tak jatuh.. ataupun tak naik.. Dato Hilmi ada org kuat dia..YB Farid pun ada.. YB Syed Amir pun ada.. bahkan Sdr Shah Headan pun ada.. depa ni dok melekat kat bos depa mcm lintah..yang dok jadi huruhara ni kerja depa la.... cuba tanya ahli lain.. ada depa kisah.... dak kut nooo... dok golek kepala lagi ada.. ish ish ish....

    ReplyDelete
  24. Setuju..ada org kata. yg pembantu yb lebih ngada2, lagak mereka ni semacam yb. Confirm?

    ReplyDelete
  25. Bro anonymous 08 Julai 2010 10.15 am..baguih la dah sedar peranan blog Pak Tam ni untuk bincang bukan untuk fitnah x elok..satu perubahan yang bagus mcm ni la kita mau..jadi mesy.bahagian tahun dpan x pyah buruk sebut busu paktam..ckap biar bernas dan mebina jgan aib orang x elok jatuh air muka orang..kalau benda ni jadi kat kita kita pun malu jugak.tentang PEMUDA UMNO BALIK PULAU x payah la masuk campur dulu dah jadi AJK banyak penggal sudah la..rasanya pemuda balik pulau x hancus lagi jgan ckap bukan2..hancus sebab ada dalam PEMUDA sendiri dok buat puak2 kerja payah nak jalan..AJK yang dulu pun x hancus ka pikir2 la apa yang mantan KP buat dulu baguih ka adaka program yang hebat..tgok sama ja..apapun sama2 la kita cari jalan penyelesaian mana tau KP tahun depan baguih..sapa tu x tau la..cari sendiri la

    ReplyDelete
  26. Salam semua;
    Jadi pemimpin bukan suatu yg sgt mudah. Ada yg bijak bercakap tapi leadership style tidak disenangi. Ada yg kuat bekerja tapi tak pandai bercakap pun tak boleh juga. Ada yg boleh bercakap, kuat bekerja tapi qulus tak ada pun org tak suka. Pemimpin yg berkarisma, berpengaruh, jujur serta taat dan patuh kpd perintah Allah swt yg sepatutnya dicari oleh Umno hari ini. Atau kata lain pemimpin yg berkarisma, beramal dan beriman.

    ReplyDelete
  27. aku sokong penuh coretan pak tam.. pemimpin harus sepertimana kata pak tam... x perfect pun lagi tu.. tapi cukupla.. yang mustahak sangat disini.. pemimpin tersebut mesti seorang yang kuat ugamanya..amalannya dan imannya.. telus pandangannya dan tindakannya..y

    yang ni pesann utk chaq... sila ubah cara anda.. jika perlu.. kahwin saja... tak manis dipandang orang..
    dan kalau calun ketua PEMUDA yg baru adalah sdr YUS... maka begitulah adanya.. hancusla...

    ReplyDelete
  28. Salam.kepada anonymous 14.07.2010 12.31 am saya bersetuju dengan pandangan saudara.chaq nkp kiranya mahu jawatan kp pada pemilihan akan datang cara dan gaya hidup mesti kena ubah,jgn seronok dgn gaya hidup skarang yang suka berfoya2..saya x nampak calon kp yang berkarisma,yang kuat pegangan agama dalam AJK Pemuda sekarang yang boleh dikategorikan layak sebagai pemimpin masa depan,yang ada chaq,zaiyusri mereka2 ni kalau pimpin pemuda tahun akan datang hancus macam saudara di atas katakan..pikir kanlah

    ReplyDelete
  29. seronok juga bila saya membaca coretan-coretan berkenaan umno bahagian dan pemuda umno bahagian ni. walaupun saya jauh di selatan mencari rezeki, tapi saya suka juga ikuti perkembangan pemuda balik pulau sebab saya juga ahli pemuda balik pulau. tahun depan ada pemilihan ka? jadi lepas ni siapa yang akan terajui pemuda balik pulau? kalau boleh tu tolong2 la bagitau calon-calonnya nanti. x la saya nanti bersubahat memilih pemimpin yang tak patut diberikan jawatan itu. kawan-kawan pemuda dah ada calon ka? bagi la sikit info tentang mereka-mereka ini..saya mohon agar diberikan petunujuk..terima kasih kawan-kawan pemuda.

    anak muda balik pulau

    ReplyDelete
  30. saudara salah seorang daripada calonnya.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.