Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Malah beliau sanggup bersumpah atas nama Allah dan Rasulullah bahawa sekularisme dalam erti Barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang dakwaan yang menyatakan sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali. ‘‘Pemisahan agama, adat dan raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran dan bukannya pengasingan agama secara total di dalam pentadbiran.
‘‘Pokok pangkal sekular adalah pengecualian agama daripada semua ruang awam. Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain. ‘‘Sedangkan kita lihat di dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh tetapi ia sedang mengalami perubahan,’’ katanya.
Muhammad Uthman berkata, sudah tiba masanya umat Islam di negara ini menghentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme sebaliknya kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam. ‘‘Islam mengajar kita menyayangi agama dan bangsa. Ini yang diajar oleh Islam dan sehubungan itu jangan sesekali kita melanggar kerangka asal berkenaan. ‘‘Sewajarnya ia dipatuhi dan dalam masa sama diperkemaskan lagi supaya ia boleh menjadi contoh kepada kaum minoriti yang lain,’’ katanya.
Dalam pada itu Muhammad Uthman berkata, mereka yang melanggar kerangka asal tersebut boleh dipanggil sebagai ‘orang gasar’ atau tidak bertamadun.
‘‘Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh dibiarkan atas dasar kebebasan mengeluarkan pendapat,’’ katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tuduhan kafir kepada pihak tertentu adalah satu budaya yang amat ditegah oleh Islam.
Komen:
Apakah nanti Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady akan dikritik oleh ulamak-ulamak PAS kerana masuk campur urusan politik. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas dalam ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di sini malam tadi.
Harussani dituduh mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama.Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang menggesa Mufti Perak tersebut menghentikan usahanya itu. Idris Ahmad seperti pemimpin yang hilang punca, tidak berilmu atau sengaja mahu perbodohkan kelompok umat Islam tertentu. Walaupun Mufti Perak menyentuh tentang penyatuan orang Melayu, maksudnya samalah juga dengan penyatuan orang Islam. Kenapalah isu bangsa dan agama diperbesarkan oleh pemimpin PAS. Dalam perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa orang Melayu itu adalah Islam di Malaysia. UMNO ditolak pula kerana tak lawan rasuah sedangkan DAP dan PKR tolak rasuah. Beginilah cakap ulamak politik yang sengaja mengaburkan pemikiran umat Islam. Seolah-olah dulu dan kini pemimpin UMNO masih mengaamalkan rasuah dan pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR tidak rasuah. SPRM ditubuhkan dan menggantikan BPR itu apa pulak? Bukankah usaha-usaha kerajaan Malaysia yang ditunjangi UMNO untuk memerangi rasuah? Pemimpin-pemimpin PAS seperti hilang punca setelah semakin ramai tokoh-tokoh agama, ulamak dan pemimpin NGOs Islam mulai mengkritik pandangan ulamak politik PAS yang bercelaru tentang perpaduan Islam. Majoriti Melayu ataupun umat Islam di Malaysia sebenarnya mahukan PAS dan UMNO bersatu.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.