Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan negeri meruntuhkan rumah tersebut dan menggantikannya dengan projek perumahan rakyat (PPR) bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi membuktikan bahawa Guan Eng benar-benar seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sering diuar-uarkan sebelum ini.
"Dia (Guan Eng) canang saja berjiwa rakyat, tapi cakap tak serupa bikin.
"Disebabkan dia tidak mahu lagi duduk di kediaman rasmi, runtuhkan saja rumah itu dan dirikan PPR," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tahun lalu, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke banglo mewah berkenaan atas alasan rumah rasmi itu mempunyai banyak semut api, anai- anai dan musang. Kos pengubahsuaian banglo tersebut yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa ke sebuah banglo mewah dikatakan melebihi RM1.5 juta.
Pemuda Gerakan juga telah melaporkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu tetapi sehingga kini hasil siasatan masih belum diumumkan.
Komen:
Mengapa hingga ke hari ini, SPRM belum mengumumkan hasil siasatan rumah banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng. Kerajaan negeri masih berdiam dalam isu ini. Naib Ketua Pemuda Gerakan, H’ng Khoon Leng pernah berkata penjelasan itu perlu jika kerajaan negeri benar-benar mengamalkan konsep Cekap, Akuantabiliti dan Telus (CAT).
Ada rumah rasmi tak digunakan dan dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya sewa rumah banglo biasa dan dibaiki menelan belanja berjuta ringgit menjadi sebuah rumah banglo mewah. Apakah Guan Eng menggunakan wang sendiri atau ada pihak tertentu yang membiayainya. Alasan rumah rasmi kerajaan terdapat semut, anai-anai dan musang tidak munasabah. Jika masalah anai-anai pun tak dapat ditangani dengan baik, bagaimana pula Guan Eng dapat tangani masalah rakyat yang pelbagai ragam? Itulah sebenarnya sikap Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini yang suka menyalahkan orang lain.
Ada rumah rasmi tak digunakan dan dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya sewa rumah banglo biasa dan dibaiki menelan belanja berjuta ringgit menjadi sebuah rumah banglo mewah. Apakah Guan Eng menggunakan wang sendiri atau ada pihak tertentu yang membiayainya. Alasan rumah rasmi kerajaan terdapat semut, anai-anai dan musang tidak munasabah. Jika masalah anai-anai pun tak dapat ditangani dengan baik, bagaimana pula Guan Eng dapat tangani masalah rakyat yang pelbagai ragam? Itulah sebenarnya sikap Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini yang suka menyalahkan orang lain.
Sesungguhnya rakyat hairan, kenapa rumah rasmi ada tetapi tidak dibaiki dan sebaliknya membaiki dan menyewa sebuah rumah banglo mewah sebagai ganti? Sudah tentu wang rakyat atau wang kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan pembinaan rumah milik peribadi. Jika tidak boleh, persoalannya dari mana sumber kewangan rumah banglo itu disewa dan dibaiki? Oleh kerana pemimpin kerajaan negeri selalu bercakap tentang akauntabiliti dan telus, sila buktikan ketelusan dan sikap kebertanggungjawaban kerajaan negeri kepada rakyat. Jika belum sila beri penjelasan segera. Rakyat tidak akan padamkan isu ini begitu sahaja. Setiap patah perkataan dan tindakan pemimpin kerajaan negeri akan diperhatikan dan dinilai oleh rakyat. Sekarang rakyat Pulau PInang semakin miskin, ada gerai -gerai dirobohkan, kampung-kampung tradisonal dihapuskan, pelaburan asing jatuh merosot, tiada lagi pekerjaan baru, kadar pengangguran meningkat, kegiatan maksiat bertambah, pusat-pusat hiburan beroperasi hingga pagi dan banyak lagi. Erti kata lain kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP,PAS dan PKR gagal memerintah. Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat hari ini hanya berjaya menganjurkan berpuluh-puluh ceramah dan forum politik pada setiap malam. Itulah strategik utama kerajaan PR untuk menutup kemaluan kegagalan pemerintahan kerajaan PR agar boleh meneruskan matlamat merampas Putrajaya dalam PRU13 akan datang. Masihkah rakyat umum tidak sedar dan insaf?
Org melayu sama ada pas umno dan pkr mesti sedar. org cina tak kira apa agama dan keturunan boleh bersatu.tak percaya tengoklah di pulau pinang. keseluruhan org cina di pulau pinang sudah menyokong dap sebab mereka lihat dap memang jaga dan mengutamakan kepentingan org cina. org melayu juga kena bersatu. jika pas dan pkr degil org melayu hanya ada satu jalan terbaik iaitu terus menyokong umno yg sudah terbukti berjaya menjaga kepentingan melayu dan islam hingga ke peringkat dunia.jika melayu kuat, umno akan terus kuat memperjuangkan hak org melayu dan islam. soal kronisme dan rampas harta rakyat, roboh surau dan masjid di bawah pentadbiran BN yg dimainkan pembangkang sudah lapok. banyak fitnah yg direka oleh parti pembangkang. Pas sendiri telah mentalkinkan perjuangan Islamnya. Hanya main dibibir mulut shj, tak berani berdepan dgn dap secara gentlemen. Perjuangan PKR jauh tersasar, cuma menanti waktu akanh rebah. org melayu perlu bersatu. jika umno tumbang dap dan cina akan memerintah mengikut acuan mereka. fikirlah jangan pisang berbuah dua kali dan nasi dah jadi bubur. sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak gunalah lagi!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete