"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, August 27, 2010

Apakah ini semua tidak mencemarkan agama Islam?

Di Pulau Pinang isu doa khutbah Jumaat sebut nama Lim Guan Eng dah agak sejuk…di Selangor pula makin hangat dengan aksi Ahli Parlimen DAP Serdang,Teo Nie Ching berada dalam ruang sembahyang di Surau Al-Huda Kajang Sentral berbaju kebaya dan tidak menutup aurat pada 22 Ogos baru ini.Beliau telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.Entahlah kalau ini juga dikata bukan satu penghinaan kepada umat Islam dan mencemar kesucian rumah Allah.Isu ini yang disiarkan oleh beberapa laman blog semakin mengundang reaksi bantah dikalangan umat Islam.
Allah SWT berfirman lagi, (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi…) (An-Nisaa’ 4: 43).
Itulah yang sedang berlaku kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Umat Islam tidak banyak berfikir pasal masalah anak remaja hari ini. Ramai yang jadi Mat dan Mek rempit, buang anak, penagih dadah dan arak dan hidu gam. Yang sedang belajar di sekolah dan di kolej mahupun di universiti, pencapaian keseluruhannya masih tidak memuaskan. Maksudnya pencapaian pelajar Melayu masih tertinggal jauh ke belakang. Kenapa? Jika pemimpin Islam asyik nak berpolitik tanpa batas waktu dan tempat maka terimalah bala daripada Allah swt. Berpolitik biarlah berpada-pada, sesuai dengan tempat dan masanya. Jika hendak undi orang bukan Islam, janganlah sampai agama Islam dipandang rendah dan hina oleh kaum kafir. Mereka ketawa kepada kita melihat bagaimana 'bodoh'nya pemimpin Islam kita yang sanggup melakukan apa sahaja kononnya berdoa agar mereka terbuka pintu hati mereka untuk memeluk Islam. Berdoalah di tempat yang sesuai dengan doa itu. Masa majlis rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri oleh Guan Eng eloklah Exco Agama, YB Malek Hussin dapat menjemput Khatib Zakaria Ahmad untuk membaca doa seperti yang dihasratkan. Bacalah doa itu panjang-panjang dan halakan doa itu khusus untuk kesejahteraan Guan Eng dengan harapan Guan Eng memeluk Islam. Boleh kut macam tu? Atau doakan agar hati pemimpin-pemimpin DAP yang terlalu keras seperti batu kerikil itu dapat menerima hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS jika Pakatan Rakyat berkuasa.

3 comments:

  1. Pemimpin terpksa mempertahankan isu ini kerana yg melakukannya tok khatib PAS sendiri. Tok khatib UMNO tak akan buat kerja macam ini. Begitulah rendahnya pemikiran2 tok2 khatib, tok2 guru, tok2 imam PAS hari ini. Tak tahu meletakkan doa itu di tempat dan masa yg sesuai. Penyokong PAS hanya boleh berdiam malu.

    ReplyDelete
  2. anti hipokrit.. tok khatib UMNO dah kian pupus kat penang ni... Semua isu yang dibangkitkan diatas menunjukkan betapa JAHIL nya puak-puak UMNO-UPCO. Lagi banyak isu bangang yang didedahkan lagi mudahlah UMNO ditalkinkan.

    ReplyDelete
  3. anda juga perlu layari ini http://kedahlanie.blogspot.com/2010/09/mais-jais-bila-ustaz-kamal-mic-masuk.html

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.