"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, January 31, 2011

PAS tidak tenang lagi bila Harakah Online hentam PAS, kenapa?

15 Faktor PAS Kalah Besar Di Tenang

UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008. Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal mengurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi. Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk. PAS tidak tenang di Tenang.


Faktor Setempat

1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah.

2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang.

3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah.

4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.

5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.

6. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.

7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.

8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.

9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.


Faktor Semasa

11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.

12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.

13. Ada pemimpin PAS yang menyatakan bahawa hudud bukan agenda utama bersama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.

14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.

15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.
 

Sunday, January 30, 2011

Gobalakrishnan keluar PKR, pemimpin kanan PKR tinggal Azmin dan Tian Chua sahaja!

Wajah pemimpin-pemimpin kanan termasuklah pengasas parti Keadilan yang meninggalkan Anwar Ibrahim


Saturday, January 29, 2011

Setiausaha Agung UMNO lebih berkuasa daripada Presiden UMNO, kenapa?

Cuba kita perhatikan senario kepimpinan politik di Malaysia hari ini. Kerap kali kita dapat perhatikan dalam sesebuah parti, pemimpin yang di bawah lebih berkuasa daripada pemimpin yang di atas. Inilah yang berlaku dan terus berlaku tanpa disedari atau pun memang sedar pun tapi sengaja berdiam diri tidak mahu jadi panas. Kita dapati Setiausaha Agung lebih besar daripada seorang Presiden parti. Setiausaha Agung lebih banyak bercakap pasal dasar perjuangan parti daripada seorang presiden. Kadang-kadang kita tidak tahu siapakah sebenarnya presiden parti dan siapakah yang jadi Setiausaha Agung Parti dan siapakah pula yang jadi Mursyidul Am parti.
Ini kerana, kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, meskipun Karpal merupakan Pengerusi DAP, tetapi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mempunyai kuasa yang lebih tinggi.
''Seperti yang kita tahu, kebiasaannya parti yang mana Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Presiden ialah parti komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau menambah, situasi yang sama juga dapat dilihat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkuasa daripada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden parti.
Malah, kuasa dalam kepimpinan Pas juga mengelirukan rakyat apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat lebih berkuasa berbanding Presidennya iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
''Kerana itu Karpal boleh berkompromi dalam isu undang-undang kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar dalam bidang politik dan bukannya sebagai seorang peguam," jelasnya.
"Dia ada agenda tersendiri. Sekarang dia sudah tersilap langkah. Masalahnya, dia sepatutnya memperbetulkan keadaan tetapi dia tidak buat begitu," ujarnya.
Tambah beliau, apa yang berlaku antara Karpal dan Anwar adalah kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat peribadi masing-masing.
"Kedua-dua mereka ada agenda masing-masing. Anwar dengan matlamat besarnya hendak menjadi Perdana Menteri. Karpal pula untuk kepentingan DAP. Semuanya amat jelas," katanya.
Dalam pada itu, Zahrain berpendapat Jabatan Peguam Negara juga perlu memainkan peranan penting dan tegas berhubung perkara itu.
Katanya, jabatan itu sepatutnya membuat keputusan yang lebih jelas tentang kedudukan Karpal dalam kes liwat Anwar dan bukannya pihak lain.
"Apa yang jelas sekarang ini kita tidak boleh ikut cara Karpal kerana dia sudah meletakkan politik lebih daripada undang-undang. Yang penting adalah Peguam Negara sendiri memainkan peranan bagi mengelak perkara ini menjadi isu yang lebih serius," katanya.

Wednesday, January 26, 2011

CERITA BENAR: Nizar, bekas MB Perak sudah .........................................gila!

Sebagai pemerhati, saya tidak tahu setinggi mana lagi harga pertaruhan yang harus dibayar selepas cabaran terbaru Pas melalui Nizar dalam video seperti yang didedahkan oleh

Pisau.net ( sarikata dari saya )

" mari kita rakamkan penolakan kita kepada Najib, kepada Umno dalam Pilihanraya yang akan datang sedara-sedara,wajib kita menyokong kepada Cikgu Mala. Dewasa ini dalam konteks hari ini, wajib syarie kita menyokong dan memilih Cikgu Normala dan haram syarie menyokong Umno Barisan Nasional.saya ulangi ... Haram Syarie. "

MasyaAllah ... buat masa ni tak reti saya nak komen selain satu perkataan - BODOH !

Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin Islam, kenapa kita perlu hairan dan marah kepada komen Lee Kuan Yew yang amat menghina umat Islam. Inilah yang beliau maksudkan ! Baca lagi..

Sumber:  Dinturtle

Nilai-nilai Islam terus diserang oleh DAP dan PKR. PAS buat apa?

DAP dan PKR terus mencabar kedudukan Islam di negara ini. Apa yang menyedihkan, ada pula orang Islam sendiri yang sanggup butakan mata dan menghalalkan tindakan mereka semata-mata demi untuk berkuasa.

Dulu, tiada siapa berani untuk mempersoalkan mengenai nilai-nilai Islam yang ada di negara ini melainkan DAP. Tetapi sebaik saja tertubuhnya PKR (dulunya PKN) , satu demi satu perkara yang berkaitan dengan Islam dan Melayu dipersoal dan dihina. Ditambah buruk lagi, selepas PRU 2008 yang menyaksikan PAS memeluk erat DAP melalui abang besarnya PKR, maka semakin bertambah dan naik tocanglah orang bukan Islam yang mahu mempertikaikan mengenai kedudukan Islam dan nilai-nilai yang dibawanya. Yalah, parti yang kononnya memperjuangkan Islam sendiri halalkan dan tak melarang. Makin beranilah mereka.

Satu contoh terbesar ialah apabila mereka sanggup menghalalkan orang bukan Islam mempermainkan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah politik. Lepas tu penceramah bukan Islam tu siap sebut Takbirrrrrrrrr! Yang orang Islam pembangkang pula sambut dengan Allahuakbar!

Kalau dilihat dari aspek positif memang la positif sebab mereka menggunakan ayat-ayat Allah. Semua orang boleh menggunakannya. Tetapi apa yang jelas dan nyata ialah mereka menggunakan ayat-ayat berkenaan hanya untuk mendapatkan undi orang Islam! Orang-orang PAS yang bodoh mempertahankan perbuatan itu dengan mengatakan ahli-ahli politik DAP berkenaan kononnya percaya kepada Islam. Dey! Kalau mereka percaya kepada Islam, mereka tidak akan sebut di pentas politik saja. Mereka akan terus beriman kepada Allah!

Sekarang ni, cuba pegi tanya kepada pemimpin politik DAP yang pernah mempermainkan ayat Al-Quran tu, adakah dia mengakui yang Rasulullah itu Pesuruh Allah dan Allah adalah Tuhan yang Esa?

Satu lagi contoh DAP dan PKR yang direstui PAS menyerang nilai-nilai Islam ialah tuntutan penggunaan kalimah Allah. Macam yang aku cakap, sebelum PRU 2008, tiada orang pertikai perkara ini. Semua orang di negara ini sama ada yang Islam atau bukan Islam khususnya yang tinggal di Semenanjung faham apabila sebut "Allah" ia merujuk kepada Islam! Hanya untuk Islam. Sebab itu apek-apek tua apabila berbicara dengan orang Islam di kampung-kampung kadang kala mengeluarkan kata-kata, "Tuhan Allah" yang merujuk kepada Tuhan Yang Esa bagi orang Islam, tiada duanya.

Apabila nak diberikan orang bukan Islam guna perkataan Allah, mereka akan faham bahawa Allah itu hanya panggilan, dan semua tuhan itu sama. Sedangkan dalam Islam telah jelas, Allah adalah tuhan yang satu. Hanya ada satu tuhan yakni Allah. Ini tidak boleh dibahaskan lagi. Kalau dibahas dan dipertikai macam yang Anwar Ibrahim lakukan dengan mengatakan semua agama sama (sini), ia boleh jatuh murtad! Nauzubillah!

Sekarang ini, laungan Azan pula dipertikaikan oleh puak-puak yang sengaja tidak mahu faham. Dulu, azan sebagai nilai-nilai Islam boleh dilaungkan di mana-mana saja di bumi Allah bernama Tanah Melayu dan sekarang ini dikenali sebagai Malaysia. Tidak perlu peraturan atau garis panduan kerana laungan azan adalah menyeru orang Islam untuk bersolat dan menuju kearah kejayaan.

Dulu tiada siapa pun akan terasa hati walau sekuat mana laungan azan itu dilaungkan oleh Bilal. Baik yang Islam mahupun bukan Islam faham, azan telah dilaungkan di negara ini dengan bebasnya tanpa peraturan dan rasa takut sebelum kedatangan Portugis ke Melaka pada 1511 lagi. Kehadiran Jepun, Belanda dan Inggeris juga tidak pernah mempertikaikan azan yang dilaungkan.

Malangnya hari ini, apabila kita telah bebas merdeka dengan nikmat kebebasan yang diberikan Allah, muncul pihak yang mahu azan dibuat garis panduan. Azan kononnya mengganggu kehidupan mereka. Azan kononnya menghalang mereka tidur lena! Dey! Dulu atuk nenek engkau dan aku tidak pernah persoal perkara ini, mengapa sekarang engkau nak persoalkan? Hanya kerana DAP dan PKR yang disokong PAS menang besar dalam PRU 2008 engkau nak buat celaka? Hanya kerana engkau duduk di rumah besar dari keluarga aku engkau ingat engkau boleh halang amalan kami sejak datuk nenek moyang kami hidup lagi? Hormat sikit bro!

Korang bacalah di sini ayat-ayat celaka yang mempertikaikan azan, yang kononnya perlu garis panduan. Siapa lagi yang mempersoalnya kalau bukan musibat-musibat Malaysiakini. Aku sedih, bukan kerana orang bukan Islam yang menulis, tetapi aku sedih ada orang Islam sendiri yang menulis dan menyokongnya. Sampai bila DAP, PKR dan PAS akan terus dibiar mempermainkan nilai-nilai Islam?

Inilah bahana kuasa yang diberi kepada DAP, PKR dan PAS. Kepada seluruh umat Islam, sekarang ini, mereka tuntut azan diperlahan, dan dibuat garis panduan. Jangan pula sampai satu hari nanti kita akan jadi macam Singapura, azan diharamkan kerana kononnya menganggu orang lain. Nauzubillah! Kerja siapa ni? Bukankah PAP yang serpihannya DAP di Malaysia ini? Fikir-fikirkan lah!
Sumber: satulimatiga

Calon BN seperti kartun, mesti tertarik untuk dilihat!





Sunday, January 23, 2011

Mana perginya wakil rakyat Pakatan Rakyat pada masa banjir di Teluki Kumbar?

Semalam ada cerita di Teluk Kumbar. Satu rombongan Speaker DUN Pulau Pinang ,YB Tuan Abd. Halim Hussin melawat kawasan kononnya meninjau projek-projek yang dibuat oleh kerajaan negeri. Antara projek yang dilawati oleh rombongan Tn Speaker ialah Rumah Pam di Kuala Sungai Teluk Kumbar. Cuma dalam ruangan ini, aku nak komen sikit aje.
Masa banjir dulu dah beberapa kali banjir, tidak nampak muka pun Tn Speaker dan juga Pengerusi JKKKN ke kawasan ini, turun dan lihat sendiri rumah-rumah orang kampung yang ditenggelami air bah. Orang kampung tercari-cari ke mana Pengerusi JKKKN untuk mendapat bantuan makanan dan minuman semasa banjir. Yang selalu kelihatan Pengerusi JKKKP dan ahli-ahli jawatankuasanya yang turun membantu menyelamatkan harta benda orang ramai. YB Syed Amerruddin (ADUN Bayan Lepas) turut meredah banjir melawat rumah-rumah yang dinaiki banjir [Lihat sini].
Bagi mengatasi banjir pada masa akan datang, kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan membina rumah pam di Kuala Sungai Teluk Kumbar. Semasa dalam pembinaan itu, sekali lagi rumah-rumah kawasan itu dinaiki air. Tapi apakah JKKKN tahu masalah ini? Setelah rumah pam itu siap, baru nampak muka dan berlagak pula seolah-olah projek ini adalah hasil usaha JKKKN dan peruntukan kerajaan negeri. Dengan rasa sombong tanya pula mana YB Syed tak turun ke padang? Melalui ruang ini, aku nak bagi tahu kepada tuan-tuan semua. YB Syed akan turun jika ada masalah banjir, rumah terbakar dan sebagainya. Beliau tidak turun jual air liur seperti ahli parlimen Balik Pulau. Mangsa rumah terbakar contohnya dibantu dan disewakan rumah untuk sementara kepada meeka. Tapi ahli parlimen Balik Pulau apa yang dia beri kepada mangsa banjir dan rumah terbakar? Wakil rakyat BN/UMNO tidak seperti ahli parlimen Balik Pulau dan wakil rakyat PR yang lain-lain ibarat kata pepatah Melayu, "Telur sebiji, riuh sekampung".

Saturday, January 22, 2011

UMNO itu kafir, wajib ditentang habis-habisan?

PAS, DAP dan PKR berdoa manghancurkan UMNO!
Tiba setiap kali pilihanraya akan ada poster-poster, banner-banner dan risalah-risalah yang amat menakutkan umat Islam di Malaysia. Keadaan menjadi lebih sengit hingga perlakuan penyokong-penyokong parti terkeluar batasan adab susila dan ajaran Islam. Kita boleh perhatikan sendiri nanti di PRK DUN Tenang bila bertemunya  antara calon PAS dan calon BN dari UMNO. Malu kita kepada rakyat yang bukan beragama Islam. Malu dengan perlakuan buruk tok-tok janggoat yang langsung tidak mencerminkan Islam sebagai agama suci yang patut dijaga dan dipelihara. Kenapa mereka ini bertindak keterlaluan seolah-olah mereka berhadapan dengan musuh-musuh Islam? Seolah-olah mereka ini sedang berperang dengan puak-puak Yahudi dan Nasrani? Apakah kerana fatwa Tuan Haji Hadi dan fatwa-fatwa Tok Guru Nik Aziz yang menjadi pegangan kuat para penyokong-penyokong PAS?
Berita terbaru, sudah ada keganasan yang dilakukan oleh puak-puak PAS terhadap kenderaan yang di bawa oleh Puteri UMNO di Labis, Johor. Manakala di PRK Bagan Pinang dulu ada pula penyokong PAS sendiri sanggup menipu orang ramai mendakwa dia ditetak oleh penyokong BN. Suatu masa dulu, dalam PRK di Kedah ada penyokong PAS telah menunjukkan kemaluannya kepada puteri-puteri UMNO yang sedang berkempen. Di Pulau Pinang juga pernah berlaku dalam PRU yang lalu, penyokong PAS menjerit-jerit mengatakan "orang UMNO kafir". Walau bagaimanapun keadaan panas itu dapat diredakan bila penyokong PAS itu diberi amaran keras oleh seorang tua yang berlalu di situ. Ini cerita benar bukan fitnah seperti ciptaan PAS. Betapa sedihnya kita umat Islam bertelagah dalam politik sesama sendiri merebut kuasa. PAS mengatakan perjuangannya untuk Islam. Tapi apakah UMNO yang memerintah selama ini menyebabkan Islam  di Malaysia tidak diamalkan dalam pentadbiran dan sistem pengurusan ekonomi negara. Apakah kerana UMNO, kalimah Allah dibenarkan digunapakai dalam gereja? KApakah juga kerana UMNO maka kaum kafir boleh menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah-cermah politik mereka? Apakah kerana UMNO jugalah, perempuan bukan Islam tidak menutup aurat boleh berucap di ruang utama solat sebuah masjid/surau? Apakah kerana UMNO jugalah tindakan merampas arak oleh pihak berkuasa ditarik balik? Apakah kerana UMNO juga, orang-orang Islam dibenarkan bekerja di premis perniagaan haram? Apakah kerana UMNO negeri Kelantan yang digelar 'Serambi Mekah' masih miskin dan terdapat juga gejala sosial berlaku? Dan apakah pula kerana PAS sistem kewangan Islam di Malaysia menjadi ikutan negara-negara Islam lain di dunia? Apakah kerana PAS jugakah, mahkamah syariah mulai mendapat tempat dalam sistem perundangan negara? Apakah kerana PAS jugalah banyak masjid dan surau dan sekolah-sekolah agama aliran perdana dibina pada setiap tahun? 
Oleh kerana itulah maka pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan fatwa menentang UMNO adalah suatu jihad kerana UMNO memperjuangkan nasionalis. Tapi kenapa pula ada ramai ulama muda dan tua termasuk mufti-mufti menyokong perjuangan UMNO dan sebaliknya mengkritik dasar pemerintahan PAS? Kenapa pula Tok Guru Lah, Pengerusi Sekolah-Sekolah Pondok di Kelantan bangkit menentang Tok Guru Nik Ajis secara terbuka? Apakah ulama-ulama ini akan dicampakkan dalam neraka kerana menyokong UMNO? Nauzubillahi min zalik.

PKMMPP kena minta maaf lagi kepada Guan Eng, KM Pulau Pinang?

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan persatuan itu sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, pihaknya mendapati ada pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang mengandungi salinan surat permohonan maaf beliau kepada Ketua Menteri, Lim Gua Eng kerana mengkritik dasar kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.
Katanya, PKMMPP tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian dan beliau menyifatkannya sebagai tindakan pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan diri. Beliau sedih kerana ada orang yang menggunakan PKMMPP sebagai platform politik.
Komen:
Begitulah halnya dengan kerajaan negeri DAP-PAS-PKR pada hari ini. Pelbagai kaedah mereka akan lakukan nak tunjukkan kepada rakyat yang kerajaan Pakatan Rakyat amat baik, bertanggungjawab, bertimbangrasa kepada rakyatnya. Tapi sebenarnya tidak begitu. Banyak cerita daripada fakta. Mereka ambil peluang sepertimana yang berlaku kepada PKMMPP. Minta maaf Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) telah disalahertikan oleh pihak tertentu hanya untuk menunjukkan kerajaan negeri PP itu memang bersih dan baik.  Apa lagi yang tidak pernah mereka lakukan? Banner-banner di pasang, papan-papan tanda dibina dan risalah-risalah disebarkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Belanja puluhan ribu ringgit duit rakyat untuk mencetak dan memasang media provokasi kerajaan negeri. Kerajaan negeri sanggup habiskan duit rakyat ribuan ringgit kerana tujuan itu.

Friday, January 21, 2011

Mahfuz "Mr Bean" Omar Biadap Mempersendakan Pemergian Allahyarham ADUN Merlimau

Dalam semua orang sedang berdukacita dengan pemergian Allahyarham ADUN Merlimau, masih juga ada pihak yang cuba mempersendakan kematian beliau. Di antaranya adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar yang lebih terkenal dengan panggilan Mr Bean.

Kita tahu akal pemikiran YB Mahfuz memang sejengkal cuma. Sedangkan OKU yang terencat akal tahu untuk bersimpati dengan keluarga si mati, apakah tidak ada sekelumit ruang di hati dan pemikiran YB Pokok Sena ini untuk tidak mengguris perasaan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai Allahyarham dengan mengeluarkan perkataan yang bodoh, baghal dan tidak berperikemanusian. Kenapa YB Pokok Sena berperangai seperti binatang? Mati itu pasti. Kematian hanya ditentukan oleh Allah SWT. Kenapa hendak sangkut pautkan kematian Allahyarham dengan strategi BN? Siapa yang tidak setuju dengan saya sekiranya saya katakan YB Mahfuz ini bodoh, baghal dan bengap?
 
Sumber: Cucu Tok Selampit

Thursday, January 20, 2011

UMNO main fitnah atau PAS yang lawan fitnah?

PRK DUN Tenang sudah bermula. Kempen memasuki kampung berjumpa dengan pengundi sudah dimulai oleh pemimpin dan penyokong PR. Pengalaman sebelum ini, semasa beberapa PRU dan PRK dahulu, fitnah memfitnah menjadi senjata utama sesetengah parti. Latar belakang calon akan menjadi sasaran utama. Kegagalan parti meletakkan calon yang benar-benar bersih sudah pasti akan tertimpa bala bencana. Hal peribadi calon dari sekecil-kecilnya akan didedahkan untuk pengundi-pengundi menilai. Biar pun masalah itu begitu peribadi seperti soal kelulusan calon, soal nikah kahwin, soal kerja calon, soal anak pinak calon hinggalah perangai calon semasa muda remaja. Itulah amalan politik tradisi yang berlaku di Malaysia ini terutama apabila berlaku pertembungan di antara calon UMNO dan calon PAS. Tapi pihak manakah yang sentiasa memainkan soal peribadi calon hinggalah memfitnah pemimpin-pemimpin tertentu dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi-pengundi? 
Dari pengalaman yang lampau hinggalah saat ini, parti PAS mencatat rekod agak cemerlang dalam kempen-kempen pilihanraya yang lalu. Calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat mencatat kemenangan besar kerana ceramah-ceramah mereka ada 'power' hingga pengundi-pengundi memilih calon-calon mereka. Tok Guru- tok guru, tok-tok janggoat (kata MP Kulim) dan ratusan penceramah-penceramah upahan PAS telah turun berkempen tak kira tempat asalkan ada ruang sam ada dalam masjid, atas mimbar, dalam surau, dalam dewan, atas padang, di ceruk halaman rumah, mereka berkempen dengan yakin diselang selikan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Sedar atau tidak sedar penceramah-penceramah PAS ini berceramah banyak berdasarkan kepada persepsi sendiri atau pandangan peribadi yang lebih memberi kredit kepada parti yang mereka sokong. Secara tidak langsung terbitlah fitnah secara tidak sengaja dan kadang-kadang disengajai untuk kepentingan politik mereka. Yang paling lawaknya, ustadz juga pandai mengulas pasal ekonomi negara Malaysia dan isu kapal selam tak boleh selam. Inilah yang dikatakan tok janggoat oleh MP Kulim. Mereka tak akan sentuh pasal isu penggunaan nama Allah oleh pihak gereja sebab tok guru mereka  mereka yang bersetuju. Mereka tidak bercakap pasal MP DAP bertazkirah di ruangan utama solat sebuah masjid sebab Tok Guru Nik Aziz kata boleh. Mereka juga tak akan kupas pasal wakil rakyat PAS ditahan bersekedudukan kerana tok guru kata Allah SWT sudah ampunkan dosanya. Mereka tak akan bercakap pasal isu arak di Selangor kerana DAP adalah parti rakan baik mereka. Tapi mereka akan bercakap pasal isteri PM tidak bertudung, mereka kaitkan PM dengan kes pembunuhan Altantunya, mereka kaitkan UMNO dengan rasuah seolah pemimpin mereka begitu bersih. Rasuah untuk pemimpin PAS tidak ada, jika ada bukan rasuah tapi sedekah jariah. Yang haram boleh dihalalkan kerana yang terima pemimpin PAS. Jika pemimpin UMNO yang terlibat riuh satu dunia. Itulah nanti yang diulang-ulang cakap dalam ceramah-ceramah mereka. Jika boleh tengok nanti dalam PRK di DUN Tenang yang sedang hangat sekarang!

Monday, January 17, 2011

Ucapan tahniah kepada PAS kerana banyak berubah!

UCAPAN tahniah patut diberi kepada Pas terutama Dewan Ulama Pas kerana Pas telah berubah.

Kalau dahulu menurut ulama-ulama Pas, dalam Islam hanya ada dua hari perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tetapi sekarang Pas menyambut Hari Wanita, Hari Ibu dan memberi ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan lain-lain.

Sekarang ada majlis hi-tea Hari Wanita. Cuma yang belum boleh lagi ialah Hari Kekasih (Valentine's Day), mungkin menjelang pilihan raya umum akan datang ia dibolehkan mengikut keadaan.

Suara wanita adalah aurat maka negeri Kelantan Darul Naim tidak menghantar wakil qariah pada Tilawah Al-Quran anjuran kerajaan (kerajaan Taghut - menurut Pas). Tetapi sekarang ketua pembangkang di Parlimen adalah seorang wanita, suara wanita ini bukannya sebahagian dari aurat - dibolehkan.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu, fatwa Pas - wanita tidak boleh jadi calon tetapi mengikut keadaan fatwa berubah dan ia dibolehkan. Yang anehnya ada kawasan pilihan raya, yang mana calon Pas seorang lelaki dan calon UMNO seorang wanita.

Semasa kempen pilihan raya di kawasan tersebut, Pas berkempen tidak boleh mengundi calon wanita. Sesiapa mengundi calon wanita adalah dayus kerana wanita tidak boleh jadi pemimpin. Kalau calon Pas seorang wanita, kempen Pas lain pula. Ini adalah kenyataan bukan cerita yang diada-adakan.

UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain (parti orang-orang kafir), menurut Pas adalah haram. Ada pihak mencadangkan agar UMNO dan Pas duduk berunding - pemimpin Pas tolak.

Alasannya, UMNO tolak Islam. Sekarang Pas berada dalam Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas, DAP). Para pemimpin Pas rupanya lupa sejarah iaitu ucapan Presiden DAP sekarang -''Langkah mayat saya dahulu...(sebelum mewujudkan negara Islam)''.

Pada pilihan raya umum lepas, ada kawasan ADUN yang menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang Cina dan BN seorang Cina dari MCA.

Jentera Pas kawasan tersebut berkempen untuk calon PKR. Dalam kawasan Parlimen pula, calon BN seorang Cina dan calon PKR seorang Melayu lalu Pas berkempen, jangan undi Cina kafir laknat. Ini kebenaran yang berlaku. Nampaknya Pas juga mengamalkan cara matlamat menghalalkan cara.Tahniah sekali lagi kerana Pas telah berubah dan mengikut keadaan semasa.

Pas tidak ada bezanya dengan parti politik biasa. Tiba masanya untuk kesucian Islam - nama Islam pada Parti Islam Se-Malaysia itu diubah menjadi Parti Umat Se-Malaysia atau sebagainya demi kemuliaan Islam.

Akhir sekali saya terpaksa mengikut jejak langkah Allahyarham saudara Amaludin Darus sebagaimana dalam buku tulisan beliau yang bertajuk Kenapa saya tinggalkan Pas terbitan tahun 1977.

Bagi generasi baru dalam Pas (terutama Ketua Pemuda Pas dan Timbalan Presiden Pas), saya syorkan supaya membaca buku tersebut.(Amaludin adalah pemimpin awal penubuhan Pas). Dalam Islam, kita kena istiqomah dalam perjuangan.

Petikan akhir kata-kata Amaludin:''Saya tidak mahu menyertai satu kumpulan yang bercakap tetapi tidak berbuat. Menegur orang lain, tetapi memejam mata kepada kesilapan-kesilapan golongan sendiri." 

Sumber: Halim Kuala Lumpur

Isu ARAK: PAS tunduk kepada DAP di Selangor!!!!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia tumpas sekali lagi kepada DAP dalam isu arak di Selangor.
Ia berikutan tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melalui exconya, Ronnie Liu membatalkan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang orang Islam berkerja di premis menjual minuman keras dengan alasan tidak adil.
Menurut Zulkifli, larangan tersebut meskipun disokong Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali tetapi, ternyata DAP lebih berkuasa mempengaruhi kerajaan negeri.
Malah, lebih malang katanya, terdapat segelintir pemimpin Pas Selangor yang sanggup bersekongkol dengan menyokong langkah Ronnie semata-mata mahu membodek DAP apabila turut mendakwa, prosedur tindakan yang diambil MPSJ salah serta tidak Islamik.
"Kita tidak hairan dengan DAP dan Ronnie memang terbukti sejak dahulu dan sentiasa konsisten dengan pendirian menentang Islam, menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud,” katanya. “Tapi yang teman (saya) pelik, dalam isu ini ada juga ‘pak jangoat’ yang menyokong DAP walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa umat Islam diharamkan bekerja, menjual, membuat, menyediakan, membawa dan menghidang kerana hukumnya sama seperti peminum arak,” katanya.
Komen:
Itulah yang sedang berlaku di Selangor. Ini bukan fitnah. Cerita yang benar berlaku dalam sebuah kerajaan PR yang exconya adalah pemimpin utama PAS. Apa yang akan berlaku jika kerajaan Malaysia di perintah oleh Pakatan Rakyat? Sudah pasti DAP menjadi parti yang lebih dominan dalam PR. PAS hanya jadi Pak Turut atau Pak Angguk seperti yang terbukti berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Yang pelik bin ajaibnya, ada Pak Jangoat yang sama-sama bersekongkol dengan Ronnie Liu. Amboi, sebaliknya apa orang UMNO buat semua tak betul sedangkan UMNO tak minta haramkan azan, orang UMNO tak minta pekerja Islam bekerja di kedai-kedai arak dan sebagainya. Nasib baiklah cadangan itu bukan datangnya dari pemimpin UMNO jika tidak meletuplah seluruh dunia maka yang sehasta jadilah panjang sedepa. Kasihan dato' Hassan Ali, apa boleh buat? PAS cuma parti tonggangan kepada DAP dan PKR dalam PR.

Saturday, January 15, 2011

Umat Melayu/Islam sendiri penyebab utama kaum lain menghina Islam!

Siapa mahu gaduh-gaduh antara Melayu dengan Cina atau Cina sama India? Sejak berlakunya 13 Mei 1969, rakyat Malaysia pelbagai bangsa hidup aman dan damai. Melayu faham budaya Cina, Cina faham budaya Melayu dan India juga faham budaya Melayu dan Cina. Semua faham apa yang sensitif dengan bangsa Melayu, India dan Cina. Dulu Melayu kata orang Cina mati sebagai 'mampus'. Tapi orang Melayu dah faham perasaan orang Cina. Tak ada yang kata 'mampus' lagi. Itulah sikap saling faham memahami yang wajar kita wujudkan dari masa ke semasa. Tapi akhir-akhir ini semakin kerap pula pemimpin dari kaum Cina sebuah parti politik pembangkang mulai 'terlupa' adat resam orang Melayu dan agama Islam. Mereka berani bercakap perkara-perkara yang begitu sensitif kepada orang Melayu yang beragama Islam. Mereka bukan tak tahu bahawa rakyat majoriti di Malaysia ini adalah orang Melayu. Tapi kenapa mereka begitu berani dan kerap pula menimbulkan isu-isu yang sensitif kepada umat Islam di Malaysia? Apakah mereka tahu yang kebanyakan umat Islam negara ini begitu penyabar atapun mereka sudah tahu bahawa umat Melayu/Islam di negara ini sudah berpecah dua atau tiga. Jika demikian, ini bermakna umat Melayu/Islam di negara ini sudah tidak kuat lagi seperti dulu. Umat Melayu/Islam didapati semakin lemah dan semakin takut pula dalam negara sendiri.
Tidak hairan lagi kenapa pemimpin politik tertentu begitu berani? Antaranya kerana ada pemimpin Islam sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini 'beri muka'. Sanggup melihat kesucian agama Islam diperkosakan untuk mendapat keuntungan politik. Yang tak boleh dibolehkan oleh ulamak parti asalkan hati kawan jangan tergores. Itu sebabnya umat Melayu/Islam jadi lemah kerana ada pemimpin Melayu/Islam memperdagangkan maruah bangsa dan kesucian agama Islam. Kita tak boleh salahkan kaum lain tapi sebaliknya yang menjadi umat Melayu/Islam itu semakin lemah kerana pemimpin Melayu/Islam yang bersekongkol dengan mereka selama ini. Lihatlah bagaimana pemimpin DAP dibenarkan memperalatkan ayat-ayat al-Quran di atas pentas politik? Kalimah suci Allah pula dibenarkan oleh pemimpin PAS untuk digunakan oleh gereja. Wanita tidak menutup aurat dibolehkan berucap di ruang utama solat sebuah masjid. PAS For All. Peluang seluas-luasnya telah diambil oleh pemimpin-pemimpin DAP/PKR bukan Islam. Jadilah PAS sebagai parti pak turut dalam Pakatan Rakyat. Yang meniarap atau melentang atas jalan itu siapa mereka? Bukankah ahli-ahli fanatik PAS yang menyekat pergerakan kereta kerabat DYMM Sultan Perak. Untuk apa mereka sanggup melakukan begitu kerana hendak kembalikan kuasa pemerintahan kerajaan Perak kepada DAP. Mereka tahu Karpal Singh pernah berkata " Langkah mayat aku dulu jika mahu tubuh negara Islam". Hingga ke hari ini Mr Karpal Phoo Singh tidak pernah menarik balik kata-kata itu. Sebaliknya pemimpin PAS pula sanggup menggugurkan satu demi satu dasar perjuangan Islamnya. Takut berlaku perbalahan antara parti-parti dalam PR, pemimpin PAS rela dasar perjuangan parti tidak perlu dibincangkan. Yang mereka mahu menjatuhkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh pemimpin Islam sendiri. Menjatuhkan UMNO apakah PAS akan jadi parti utama dalam pemerintahan PR. Sudah pasti jawapannya, mustahil. 

Kerajaan Pakatan Rakyat/DAP tidak serius bantu keluarga miskin di Pulau Pinang!

Kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baru Datuk Zainal Abidin Osman, "Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak serius membantu rakyat miskin di negeri ini berdasarkan jumlah peruntukan bagi kebajikan golongan tersebut tidak bertambah sejak dua tahun lalu. Pada tahun lalu, Kerajaan Persekutuan menyediakan sebanyak RM60.34 juta untuk keperluan golongan berkenaan manakala kerajaan negeri hanya RM3.5 juta. Pada 2009 pula, jelas beliau, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM35 juta sedangkan peruntukan kerajaan negeri masih sama. Jika dilihat angka ini, perbezaannya terlalu jauh. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sekali ganda tahun lalu bagi membantu golongan miskin sedangkan kerajaan negeri masih pada tahap lama".
 
PERUNTUKAN BAGI KEBAJIKAN PENDUDUK PULAU PINANG
      Sumber/ Tahun                                2010                       2009
Kerajaan Persekutuan (BN)              RM60.34j                RM35j
Kerajaan Negeri (PR)                         RM3.5j                    RM3.5j 
"Kita mohon kerajaan DAP Pulau Pinang tingkatkan peruntukan ini, jangan berharap Kerajaan Persekutuan sahaja untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi. Tahniah Datuk Zainal Abidin Osman yang dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru mudah-mudahan beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang untuk UMNO dan juga BN di Pulau Pinang.

UMNO belum berjaya di kalangan pengundi-pengundi muda!

UMNO belum  berjaya sepenuhnya. UMNO mesti merangka dan melakukan sesuatu terutama golongan muda di Pulau Pinang. Kebanyakan golongan muda Melayu khususnya masih memihak kepada parti pembangkang. Rata-rata pemuda-pemudi yang bekerja di kilang-kilang masih menyokong parti pembangkang. Ini bererti UMNO/BN masih gagal menawan hati golongan muda. Apakah pemuda BN/UMNO tidak bergerak? Atau tidak mampu menembusi pengaruh parti pembangkang di kalangan golongan muda?
Keadaan ekonomi negari Pulau Pinang yang begitu perlahan, masih ramai golongan muda yang tiada pekerjaan telah membesarkan rasa benci mereka kepada kerajaan persekutuan. Masalah sosial dan pengangguran diletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada kerajaan persekutuan, kenapa tidak kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri ini? Kegagalan kempen politik pihak pemuda BN/UMNO menjadikan kerajaan persekutuan sentiasa dipersalahkan oleh golongan muda. Pemuda BN/UMNO mesti turun ke padang menemui golongan muda yang bekerja di kilang-kilang. Mereka merupakan ribuan pengundi-pengundi yang menentukan kemenangan dalam PRU13 yang akan datang. Pemuda BN/UMNO tidak boleh memandang sepi isu ini sungguhpun golongan pekerja-pekerja kilang ini datang dari negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Perlis dan Kelantan.
Sumber dari kalangan rakan-rakan pekerja kilang masih mengatakan golongan pekerja-pekerja kilang masih kekal sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai program wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang banyak mendampingi rakyat telah menguatkan lagi sokongan pemuda pemudi terhadap mereka. Keprihatinan wakil-wakil rakyat PR terhadap isu-isu rakyat telah menarik perhatian dan minat orang ramai. Banner-banner direntang di setiap persimpangan jalan menunjukkan keupayaan dan komitmen wakil rakyat mereka dalam program-program bersama rakyat. Ucapan Selamat bagi semua perayaan pelbagai kaum dengan pelbagai bahasa, ucapan Selamat menduduki peperiksaan, Ucapan Selamat Hari Pekerja, Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji serta majlis-majlis penerangan tentang isu-isu semasa rakyat telah berjaya menarik minat orang-ramai terhadap PR. Pemimpin BN/UMNO khususnya wakil-wakil rakyatnya tidak begitu prihatin terhadap perkara ini. Berapa sangat belanja untuk merentang sekeping dua banner? Jika boleh membelanja kawan rakan politik hingga dua tiga ratus ringgit semalam di restauran, apa sangat dengan sekeping banner cuma antara RM60 - RM90 sahaja. Mungkin juga pemimpin-pemimpin BN/UMNO lebih sibuk dengan usaha-usaha melobi untuk menjadi calon DUN/Parlimen pada masa akan datang? Lalu terlupa kepada program-program mendekati rakyat khususnya golongan muda yang masih kelihatan tersisih dari UMNO/BN. Jangan sampai nanti BN/UMNO bak kata orang "Sudah nak terberak, baru nak gali lobang".

Wednesday, January 12, 2011

Khalwat: Dulu wakil rakyat kali ini adik wakil rakyat Pakatan Rakyat

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air. Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.

“Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam. Cerita selanjutnya klik sini.
 
BeritaHarian Online

Idris Ahmad layak jadi Perdana Menteri Malaysia selepas Najib!

Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni najib

Parti Islam Semalaysia Pas merasa hairan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak  yang mengatakan  janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu  merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.
Sepatutnya seorang Perdana Menteri  mesti berfikiran positif  apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini. Apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi. Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?.
Komen
Itulah tajuk entry Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam laman personalnya yang padanya DS Najib 'tidak cerdik' sepertinya. Maksudnya dia lebih pandai daripada DS Najib memerintah negara. Betulkah ni,,, Ustaz Deris Ahmad. Tajuk "Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni najib" sudah menunjukkan kaedah PAS berpoltik masih tidak berubah sejak dulu lagi. Fitnah masih menjadi senjata utama pemimpin PAS walaupun digelar ulamak di kalangan anggota PAS. PAS ketandusan isu melawan UMNO/BN kerana sudah banyak isu PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak boleh lagi disembunyikan kepada rakyat. Lihatlah apa yang sedang berlaku di negeri-negeri pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Terlalu banyak isu yang sangat jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi. Janji apa lagi yang boleh Pakatan Rakyat tunaikan.. 100 hari? Sedangkan janji pilihanraya umum yang lalu belum 1% pun belum dapat dilaksanakan lagi. Kalau Kelantan mungkin  kerana sebuah negeri miskin tapi Selangor dan Pulau Pinang yang kaya tapi apa yang sedang berlaku? Melayu semakin terhimpit, Islam semakin diketepikan dalam dasar pemerintahan PR. Masalah sosial, pusat-pusat hiburan, masalah rasuah, salahguna kuasa dan banyak lagi semakin serius. Kini Pakatan Haram nak umpan pula rakyat dengan 100 harii? Masalah dasar perjuangan PAS dan DAP diketepikan dulu hanya semata-mata untuk menumbangkan kerajaan BN. Kononnya selepas menang dalam PRU13 akan datang barulah DAP dan PAS akan bergaduh pasal perjuangan masing-masing. Sedangkan PAS hanya Pak turut di Selangor dan di Pulau Pinang ketika ini. Masakan pulak PAS dapat menguasai dalam kerajaan Malaysia sedangkan wakil rakyat bukan Islam lebih ramai nanti dalam kerajaan Pakatan Haram. Itulah sebabnya DS Najib komen hasrat 100 hari Pakatan Haram boleh menyebabkan anak-cucu nanti merana. Sekadar nak bercakap, nak sedap didengar, nak pancing undi tak perlulah sampai 100 hari. Kerajaan BN pun boleh buat jika nak buat begitu, cuma dalam tempoh 10 hari, gaji guru tidak naik RM500 sebaliknya RM5000, hapuskan semua tol dan cukai, banyakkan subsidi kepada rakyat, pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa, yuran sekolah dihapuskan, yuran pengajian di IPTA dihapuskan, semua kakitangan awam diberikan kenaikan gaji 10% setiap tahun, elaun perjalanan dan elaun penginapan kaktangan awam pelbagai pangkat dinaikkan 10% lagi, kadar faedah pinjaman bank dikurangkan, cukai import dihapuskan, subsidi minyak petrol ditambah supaya harga petrol 50 sen seliter di Malaysia, bayaran pasport antarabangsa tidak lagi RM100 tapi RM10 sahaja, elaun pencen dinaikkan, elaun pengangguran diwujudkan dan akhirnya semua pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam negara malahan di luar negara akan diberi biasiswa tanpa syarat. Jika ini dilaksanakan tanpa memikirkan masa depan anak cucu dalam tempoh tak sampai 100 hari, negara akan bankrap. Cuma sekadar janji pilihanraya bolehlah Pakatan Rakyat lakukan sepertimana janji PRU12 dulu belum terlaksana dan 16 September yang penuh dengan tipu helah pemimpin Pakatan Haram. Sama-samalah kita fikirkan jangan kita terpedaya!

Tuesday, January 11, 2011

Pemerintah DAP Pulau Pinang jelas pilih bulu!

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik mengetuai operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar di Gat Lebuh Maccalum di sini disifatkan 'pilih bulu' oleh  Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali.
Ini kerana, wakil rakyat DAP itu tidak mengambil tindakan serupa terhadap banyak lagi premis makanan di negeri ini khususnya di Georgetown yang turut meletakkan kerusi meja di kaki lima jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi tiada tindakan diambil.
Menurutnya, orang ramai dapat melihat sendiri premis-premis makanan di Georgetown yang banyak beroperasi tidak mengikut peraturan secara berleluasa, seolah-olah tidak diganggu langsung oleh pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Kenapa jadi begitu? Apakah kerana mereka datang satu kapal dengan Guan Eng dan Ng Wei Aik.
 "Rakyat mungkin tertanya-tanya kenapa tindakan sama tidak dikenakan terhadap pengusaha kedai makan lain di sekitar Georgetown.

Presiden PAS sedar DAP tak setuju negara Islam

Ketegasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak tunduk dengan desakan Karpal Singh supaya Pas mengkaji semula pendirian menubuhkan negara Islam membuktikan Presiden Pas itu sedar DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan Pas selama ini.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, pendirian itu turut menunjukkan bahawa Abdul Hadi tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pemimpin Pas yang beria-ia membela Karpal hingga ada sanggup mati untuk membela Pengerusi DAP itu.
Beliau berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Abdul Hadi sudah tentu mengetahui 'isi hati' Karpal serta pemimpin DAP lain seperti Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng dalam soal pembentukan sebuah negara Islam.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Datuk Seri Abdul Hadi bertegas meneruskan perjuangan mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam.
"Walaupun dalam konvensyen pakatan pembangkang baru-baru ini, ada ahli Pas yang membuat ucapan 'sanggup mati untuk Karpal', namun Abdul Hadi, Alhamdulillah tidaklah bermain kompang yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru yang bertajuk Tahniah Tuan Guru di blognya http://zul4kulim.blogspot.com/
Zulkifli merujuk kenyataan Abdul Hadi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Pas tidak akan tunduk dengan desakan Karpal supaya parti itu mengkaji semula pendirian mengenai penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam.
Karpal mengeluarkan kenyataan itu pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang baru-baru ini.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, beliau juga percaya Abdul Hadi tahu tindakan Karpal yang sebelum ini pernah mendedahkan perlakuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini bertindak pula sebagai peguam kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Abdul Hadi bukan jenis pak janggut yang pelupa. Beliau tahu Karpal orang yang memaklumkan kepada kepimpinan Pas tentang kegiatan homoseks dan liwat Anwar.
"Beliau juga tahu Karpal lah orang yang mengherdik Anwar supaya bertaubat dan berundur apabila pembohongan rancangan 16 September terbongkar.
"Abdul Hadi juga tahu isi perut Karpal. Sebagaimana ulama dan ilmuwan Islam lain sudah tentu akan tertanya-tanya kenapa Karpal dan DAP mahu menjadi peguam Anwar walaupun mereka yang mendedahkannya pada tahun 1997 dahulu," ujarnya.
Berdasarkan ketegasan Abdul Hadi itu, Zulkifli mahu mencadangkan kepada para ulama, ilmuwan, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas supaya menyelesaikan enam perkara besar.
Pertama, katanya, mendapatkan pengesahan secara terbuka daripada Anwar dan Kit Siang sama ada benar perjanjian persefahaman pakatan bertarikh 18 Disember 2009 mempersetujui bahawa agenda negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar pakatan pembangkang jika menang pilihan raya.
"Kedua, dapatkan pengesahan serta komitmen terbuka Anwar dan Kit Siang bahawa jika pakatan memerintah, Kit Siang tidak akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kecuali memeluk Islam sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Ketiga, dapatkan komitmen yang jelas daripada Anwar dan Kit Siang bahawa negeri-negeri yang di perintah Pas, undang-undang Islam dibenar untuk dilaksanakan," katanya.
Keempat, tambahnya, dapatkan pengesahan dan komitmen Anwar secara terbuka bahawa kes pertuduhan meliwat bekas kakitangannya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan dipercepatkan.
"Kelima, juga dapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal, adakah dia benar-benar percayakan Anwar tidak bersalah?
"Terakhir, dapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apakah rasional dan alasannya mengisytiharkan dan menabalkan suaminya sebagai 'pemimpin anugerah tuhan'," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 11/1/11

Sunday, January 9, 2011

Wakil rakyat yang kurang ajar patut diajar oleh rakyat secukupnya!

Semua pihak sepatutnya bangkit dan mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik memohon maaf secara terbuka kepada seluruh India Muslim di Malaysia. Kata-kata beliau "Tutup kedai, balik India" tidak sewajarnya keluar daripada seorang wakil rakyat yang memerintah kerajaan negeri ini. Manusia semacam ini tidak layak menjadi wakil kepada rakyat yang pelbagai kaum. Jika ada kesilapan besar semacam mana pun, ingatlah sebagai wakil rakyat tidak boleh bertindak kasar dan agresif serta merampas harta benda yang ada. Manusia yang menjadi wakil rakyat seperti ini sepatutnya menjadi orang tengah bagi meleraikan sesuatu masalah. Sebaliknya dia bertindak kasar seperti seorang samseng. 
Apakah wakil rakyat ini ada perasaan dendam yang tebal terhadap golongan India Muslim yang berjaya dalam perniagaan mereka di bandar. Lantaran itu terpacul kata-kata "Tutup kedai, balik India" dari mulut celuparnya. Syabas Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memandang serius isu ini dan menganggap  tindakan itu ala samseng, kasar, biadab serta membangkitkan isu perkauman. Pemuda UMNO Pulau Pinang juga turut mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu memohon maaf secara terbuka. Tapi sehingga kini Guan Eng juga masih membisu. Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mengharapkan  pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyaritu meohon maaf kepadanya seperti yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang. Baca sini.

Saturday, January 8, 2011

Ng Wei Aik halau 20 ulamak dari pejabat Khalifah LGE?



Seramai 20 ahli dan mereka yang bertaraf ulamak dari Gabungan Ngo-NGO Islam Pulau Pinang ketika itu hendak bertemu dengn Khalifah Lim Guang Eng (LGE).....di tingkat 28 pejabat Khalifah di Komtar....

Kononnya sesiapa sahaja boleh masuk jumpa LGE...Khalifah Cina makan babi lah katakan...

Tetiba si anak haram Ng Wei Aik yang juga merupakan Setiausa Politik LGE...yang terkenal dengan sikap rasis gila babi maut punya dan kurang senang dengan bangsa lain terutama Melayu...muncul di depan pejabat LGE....

Disebabkan ramai dan datang tanpa membuat temujanji (Wei Aik talak faham apa itu konsep Khalipah).....

Tahu apa dibuatnya?

Dipanggil pengawal keselamatan...dan dihalau 20 ulamak ni.....

"Security...kasi halau mereka ini semua keluar".....sebijik ayat ini yang digunakan!

Pukimak ini kalau cakap Melayu memang guna ayat skima aje.... Dengar cita LGE pun tak kisah sangat dengan tindakan anak haram ni ketika itu...

Selepas itu....berlalu pergilah para ulamak Pulau Pinang itu semua... Padan muka jugak kat gabungan NGO tu....nak berkawan dengan sangat dengan musuh Islam dan Melayu tu buat apa? Dapat apa yang anda hajati?.....kena halau dengan Cina yang lahir hasil mak bapak main bontot....puas hati anda semua?

Malaysia Instinct

PERBUATAN FITNAH SUDAH MENJADI BIASA KEPADA PEMIMPIN UMNO

Fitnah dalam politik sudah menjadi lumrah terutama di kalangan penceramah-penceramah upahan pembangkang. Mungkin bagi mereka fitnah terhadap pemimpin BN ataupun UMNO sesuatu yang diharuskan oleh agama Islam kerana menentang BN/Umno suatu jihad besar. Maklumlah banyak fatwa songsang telah kita dengar sebelum ini dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin besar PAS sendiri terhadap UMNO/BN.
Berdasarkan pengalaman lalu, penceramah-penceramah upahan pembangkang ini akan cuba menyampaikan yang tidak benar itu seolah-olah benar-benar berlaku. Kadang-kadang menampakkan sangat kedangkalan penceramah itu sendiri yang cuba menunjukkan kejahilan pemimpin negara dalam sesuatu isu. Tapi rakyat kebanyakan pada masa itu menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh penceramah upahan. Dengan gaya penyampaian yang menyakinkan hadirin, diselang-selikan dengan ayat-ayat al-Quran, penceramah mampu mempengaruhi hadirin walaupun sesuatu isu tidak benar atau pun fitnah semata-mata. Inilah politik pembangkang di Malaysia yang menggunakan hak bersuara dan kebebasan media secara total. Tiada isu mereka akan mencari isu asalkan matlamat dapat menjatuhkan reputasi kerajaan yang memerintah. Mereka tidak fikirkan akan kesan langsung kepada masalah negara seperti perpaduan pelbagai kaum dan keadaan ekonomi negara. Dan sememangnya pun mereka mahu melihat negara Malaysia sentiasa dalam pelbagai masalah. Kerana itulah modal untuk mereka dijadikan isu dalam ceramah-ceramah politik mereka.
Sejak PRU12 yang lalu, kerajaan BN sentiasa menghadapi tekanan depan, belakang di kiri dan kanan dari dalam dan luar. Pemimpin negara cuba menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berdaya saing dalam arena antarabangsa, bersaingan dalam ekonomi global dengan harapan negara Malaysia akan menjadi negara destinasi pelabur-pelabur dan juga pelancung-pelancung asing. Tapi dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin pembangkang langsung tidak membantu ke arah itu. Pemimpin pembangkang cuba merosakkan imej negara dari dalam dan luar. Pemimpin pembangkang cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang huru-hara, tidak aman, politik yang tidak stabil melalui ciptaan masalah daripada mereka sendiri. Jika beginilah perangai dan rupa pembangkang di Malaysia, rakyat tiada pilihan dengan mengekalkan BN sebagai parti yang memerintah. Lihatlah apa yang telah berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. Banyak masalah yang telah, sedang dan akan berlaku kerana dasar mereka yang tidak sealiran antara satu sama lain. Pakatan Rakyat yang tidak pernah didaftarkan secara sah merupakan pakatan yang wujud secara haram hanya mahu menjatuhkan BN/UMNO. Tidak wujud pun suatu lambang pakatan seperti BN kerana antara DAP, PAS dan PKR masing-masing cuba menjauhkan perselisihan terutama menjelang PRU yang akan datang. Pakatan haram tidak mampu melahirkan suatu gagasan atau persefahaman yang jitu dan jelas kepada penyokong masing-masing kerana sudah pasti akan wujud percanggahan yang besar yang memungkinkan wujud perpecahan di kalangan penyokong sendiri. Bagi melindungi dan memelihara persahabatan ini, pihak pembangkang perlu mencari dan mencipta isu menunjukkan kelemahan pimpinan kerajaan BN. Sudah pasti strategi memfitnah akan menjadi senjata utama pembangkang dalam PRU yang akan datang. Ini terbukti pembangkang telah berjaya melalui PRU12 yang lalu melalui ribuan penceramah-penceramah upahan mereka yang bergerak di seluruh pelusuk negara termasuklah melalui blog dan media baru. Apakah rakyat yang mengundi rela memilih pemimpin parti yang hipokrit, munafik, cauvanist, anti Melayu/Islam dalam PRU yang akan datang? Ingatlah "Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna lagi".

Friday, January 7, 2011

Lebih 100 anggota PAS menyertai UMNO, kenapa?

SIK, 6 Jan – Lebih 100 anggota Pas di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno akibat kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti berkenaan.
Bekas Ketua Pemuda Pas Kampung Bandar Hilir Rashidi Sulaiman, 42, berkata lebih ramai penyokong Pas di daerah ini bakal menyertai Umno.
"Pemimpin Pas hanya tahu berjanji, tapi tidak tahu menunaikan janji. Kami melihat Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat,"katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Upacara penyerahan borang itu diadakan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bandar Hilir, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sik Mohd Tajuddin Abdullah.
Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan.
"Umno dan BN Kedah yakin dapat merampas kembali Kedah".

Wednesday, January 5, 2011

Cerita benar: ADUN Komtar tunjuk sikap perkaumannya!

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kesal dengan sikap perkauman yang ditunjukkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, yang menghina kaum India Muslim di Pulau Pinang.
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri KIMMA, Faruk Raja Mohamed berkata, Wei Aik yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, dalam tindakannya bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menyita kedai nasi kandar Mohamad Aliyar dua hari lepas telah dikatakan menyebut perkataan “tutup kedai, balik India” terhadap pemilik kedai itu, Syed Kassali Mohamad Aliyar dan beberapa pekerjanya.
“Patutkah seorang wakil rakyat kerajaan negeri melontarkan perkataan berunsur perkauman dan bertindak kasar terhadap rakyat dan beliau tidak profesional dalam melaksanakan tugasnya,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, KIMMA meminta kerajaan negeri bertanggungjawab atas tindakan wakil rakyat itu dan memohon maaf kepada kaum India Muslim di negara ini.
Beliau berkata KIMMA akan berbincang dengan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP itu jika mereka mendiamkan diri.

Tuesday, January 4, 2011

LAGI TINDAKAN KEJAM MPPP TERHADAP PENIAGA ISLAM DI PULAU PINANG!

Sedih melihat tindakan kejam MPPP terhadap sebuah kedai makan India Muslim di bandaraya Georgetown. Harta benda milik pemilik kedai itu dirampas dengan mengeluarkan kata "tutup kedai balik India". Beginilah sikap tidak perikamanusiaan seorang pemimpin MPPP mewakilil kerajaan Pakatan Rakyat. Beginilah usaha halus kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan peniaga-peniaga Islam di bandaraya Georgetown. 
Sebelum ini peniaga Islam di bazaar Ramadan di Komtar juga mengalami nasib yang sama. Kafe Do Re Mi di pesisir pantai Tanjung Bungah, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar George Town yang dimulakan pada 2002 diusahakan oleh anak jati sebuah keluarga nelayan di situ juga dirobohkan oleh MPPP. Beginilah nasib peniaga-peniaga Islam di Pulau Pinang.
Masalahnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak adil kepada semua peniaga. Kenapa peniaga-peniaga seperti Ah Chong dan kawan-kawan sebangsa dengannya dapat berniaga secara bebas di pusat bandar Georgetown. Malahan sesetengah jalan ditutup di pusat bandar untuk memberi peluang kepada Ah Chong dan rakan-rakan sebangsa dengannya untuk berniaga di situ. Jika tak percaya, bolehlah berkunjung di bandar Georgetown dan dapat kita lihat beberapa jalan ditutup untuk tujuan perniagaan satu kaum. Beginilah nasib perniagaan orang Islam di Pulau Pinang. Tidak bertujuan membangkitkan isu perkauman. Sebaliknya tindakan MPPP yang diketuai oleh pemimpin DAP jelas memperlihatkan kepada umum suatu tindakan diskriminasi kaum berlaku di Pulau Pinang. Inilah ketidakadilan berlaku dan tindakan kerajaan negeri yang cuba menguatkuasakan undang-undang jelas secara halus akan mengurangkan bilangan perniagaan orang-orang Islam di pusat bandar. 
Wakil rakyat PAS tidak boleh duduk diam dalam perkara ini. Kegiatan maksiat pula berleluasa sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di pusat bandar Georgetown. Malam seperti siang, di sana sini aktiviti sosial dan hiburan berjalan secara aktif hingga lewat pagi. Inilah sepatutnya MPPP dan kerajaan Pakatan Rakyat sepatutnya beri perhatian. Bukan dengan sewenang-wenangnya merobohkan kedai-kedai peniaga Melayu/Islam kerana satu dua masalah. Mengapakah situasi seperti ini tidak berlaku semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional? Hari ini orang Melayu/Islam di bandar, di kampung-kampung dan desa dalam ketakutan dan kebimbangan sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini. Orang Melayu/Islam tanpa mengira fahaman politik perlu bangkit dan bersatu menentang sikap hipokrit pemerintah diktator Guan Eng di Pulau Pinang. Apakah Melayu di Pulau Pinang akan senasib dengan Melayu di Singapore suatu hari nanti?

Sunday, January 2, 2011

Surat dedah kebiadapan dan kecurangan bekas pemimpin negara, mesti baca!

Mula-mula dulu semua orang akan mengatakan Ummi Hafilda Ali seorang wanita jahat mungkin kecewa dengan Anwar Ibrahim. Mungkin juga dia kecewa dengan sikap abangnya Azmin Ali. Lebih banyak tanggapan buruk kepada Ummi Hafilda berbanding dengan Anwar Ibrahim. Maklumlah DS Anwar Ibrahim dikenali di seluruh dunia sebagai pemimpin negara yang kuat agamanya bergelar 'Pak Sheikh'. Bekas pemimpin ABIM dan selalu menyampaikan khutbah Jumaatnya tanpa menggunakan teks khutbah. Begitulah hebatnya DS Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  Dalam kes liwatnya yang pertama dulu, DS Anwar Ibrahim boleh dikatakan di pihak yang menang sungguhpun ada akuan bersumpah dari Azizan Abu Bakar tapi itu belum cukup dalam perbicaraan kes di mahkamah.
Bila kita membaca surat dari Ummi Hafilda kepada bekas PM, Tun Mahathir Mohamad tampak jelas dan terbukti bahawa kes DS Anwar Ibrahim-Shamsidar-Dato' Nala-Afifa-Azmin-Azizan Abu Bakar-Afifa ada kebenarannya. Baca di sini.
Andaikata surat ini merupakan fitnah besar Ummi Hafilda terhadap Anwar Ibrahim. Sila DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang/Ahli Parlimen Permatang Pauh atau YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) atau Shamsidar (Isteri Azmin Ali yang masih setia kepada suaminya, Azmin) bawa kes ini ke mahkamah kerana ini boleh menjatuhkan kredibiliti seorang Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.  Semua tahu,  surat itu adalah sah ditulis dan dimiliki oleh Ummi Hafilda sendiri. Blog yang mendedahkan surat itu juga dimiliki oleh Ummi Hafilda atas nama 'Srikandi 7'.
Rakyat Malaysia ingin tahu cerita sebenarnya di sebalik isu kes liwat pertama DS Anwar Ibrahim dengan bekas pemandunya, Sdr Azizan Abu Bakar. Jika begitu terperinci surat itu mendedahkan salahlaku bekas pemimpin negara belum dapat berbuat apa-apa, kes kedua liwat Anwar Ibrahim yang terbaru akan timbul pelbagai persoalan yang tiada jawapannya. Lihatlah peranan Karpal Singh peguam terkenal yang boleh berubah-ubah. Tanpa malu dan segan Karpal Singh boleh jadi seperti binatang sesumpah. Semasa kes liwat pertama, dia adalah salah seorang peguam yang lantang dan berani mengatakan Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat. Tapi sekarang dia pula antara peguam kanan yang sanggup bermati-matian membela Anwar Ibrahim hingga proses perbicaraan tertunda-tunda sekian lama. Kerana apa jadi begitu? Kerana dulu Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri tapi sekarang Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR. Baca lagi di sini. Sesetengah pemimpin utama pembangkang di Malaysia amat tidak bermaruah kerana kuasa politik, agama dan bangsa sanggup dijadi kan sandaran/pertaruhan. Rakyat Malaysia perlu sedar sandiwara pemimpin pembangkang di Malaysia cukup hebat! Tapi di kalangan anak muda masih ada lagi yang terpedaya dengan ceramah-ceramah pembangkang terutama oleh Tok-Tok Janggut dan Tok-Tok Lebai. Jangan begitu fanatik hingga yang putih nampak hitam. Ingatlah tidak semua yang putih itu bersih dan tidak semua yang bersih itu pula halal. Lu pikiaqlah sendiri! Ambillah panduan kata orang-orang tua kita dulu "Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan".

Saturday, January 1, 2011

Pemimpin pembangkang memang pun biadap dan kurang ajar!

Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati'. Rujuk blognya http://srimuda.blogspot.comhttp://srimuda.blogspot.com, hari ini. Sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.
Komen:
Begitulah perangai pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada di Malaysia. Malu kita terutama orang-orang Melayu. Jika pemimpin Melayu sendiri tidak menghormati kedaulatan Raja-Raja Melayu apa yang boleh  kita nak harapkan daripada pemimpin bukan Melayu seperti DAP? Raja-Raja Melayu umpama payung kepada orang-orang Melayu dan agama Islam. Mereka simbol kedaulatan sesebuah negeri. Jika BN boleh akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor tapi kenapa pula pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kali ini tak boleh? Siapakah yang mempolitikkan perlantikan SUK Negeri Selangor? Sudah tentu pemimpin Pakatan Rakyat yang mahu mempolitikkan perlantikan itu? Jangan memutar belitkan fakta mahu menunjukkan perlantikan SUK sebagai tidak sah. Perlantikan seorang pegawai awam sudah pasti tidak ada kaitan dengan parti politik. Kerajaan Persekutuan tidak pernah membuat perlantikan pegawai-pegawai kerajaannya berdasarkan politik. Nak tahu ramai penyokong PAS atau Pakatan Rakyat telah dilantik sebagai Pengarah di jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengetua-pengetua/ Guru Besar sekolah.

Mahfuz buat hal lagilahhhh.....akhlak dia lebih teruk lagi!

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar minta Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara kononnya dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing. "Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Karnival Jubli Perak PAS Tasek Gelugor.
Komen:
Sapa nak dengar cakap hang Mahfuz. Hang langsung tak ada kredibiliti bercakap pasal akhlak pemimpin lain. Akhlak hang tu lebih teruk lagi. Pemimpin yang suka putar belit dan putar alam. Bukan hang tak tahu kes Altantunya sudah tidak ada kaitan dengan PM. YB Zulkifli Nordin ada mengesahkan yang ia diminta buat akuan bersumpah oleh Anwar mengaitkan PM dengan pembunuhan Altantunya. Itu pun tak faham lagi kah? kemudian DS Najib sendiri pernah buat sumpah laknat dalam sebuah masjid di Permatang Pauh bahwa dia tidak pernah berjumpa dengan Altantunya dan dia tidak mengenalinya. Itu pun tak percaya lagi. Bukan depa tak percaya, sebenarnya depa kekurangan isu untuk didedahkan kepada rakyat. Oleh itu Mahfuz terpaksalah main putar belit kerana dia memang dilatih khusus untuk tujuan itu. Depa tak takut dosa fitnah sebab Tok Guru Nik Ajis sudah beri jaminan orang Pas masuk syurga! Orang PAS boleh maki hamun orang Islam lain sebab Nik Ajiz kata boleh. PAS hari sudah jadi caca merba dan berselerak tarak. Sudah terbabas, hanyut dan terumbang ambing sejak menjadi anjing tunggangan DAP. Kerana nak jaga hati rakan2 kafir harbi DAP semua dibolehkan. Tok Guru Lah, Pengerusi Sekolah Pondok Kelantan pernah minta Pok Nik bertaubat!
Nauzubillahi minzalik..