"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, January 20, 2011

UMNO main fitnah atau PAS yang lawan fitnah?

PRK DUN Tenang sudah bermula. Kempen memasuki kampung berjumpa dengan pengundi sudah dimulai oleh pemimpin dan penyokong PR. Pengalaman sebelum ini, semasa beberapa PRU dan PRK dahulu, fitnah memfitnah menjadi senjata utama sesetengah parti. Latar belakang calon akan menjadi sasaran utama. Kegagalan parti meletakkan calon yang benar-benar bersih sudah pasti akan tertimpa bala bencana. Hal peribadi calon dari sekecil-kecilnya akan didedahkan untuk pengundi-pengundi menilai. Biar pun masalah itu begitu peribadi seperti soal kelulusan calon, soal nikah kahwin, soal kerja calon, soal anak pinak calon hinggalah perangai calon semasa muda remaja. Itulah amalan politik tradisi yang berlaku di Malaysia ini terutama apabila berlaku pertembungan di antara calon UMNO dan calon PAS. Tapi pihak manakah yang sentiasa memainkan soal peribadi calon hinggalah memfitnah pemimpin-pemimpin tertentu dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi-pengundi? 
Dari pengalaman yang lampau hinggalah saat ini, parti PAS mencatat rekod agak cemerlang dalam kempen-kempen pilihanraya yang lalu. Calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat mencatat kemenangan besar kerana ceramah-ceramah mereka ada 'power' hingga pengundi-pengundi memilih calon-calon mereka. Tok Guru- tok guru, tok-tok janggoat (kata MP Kulim) dan ratusan penceramah-penceramah upahan PAS telah turun berkempen tak kira tempat asalkan ada ruang sam ada dalam masjid, atas mimbar, dalam surau, dalam dewan, atas padang, di ceruk halaman rumah, mereka berkempen dengan yakin diselang selikan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Sedar atau tidak sedar penceramah-penceramah PAS ini berceramah banyak berdasarkan kepada persepsi sendiri atau pandangan peribadi yang lebih memberi kredit kepada parti yang mereka sokong. Secara tidak langsung terbitlah fitnah secara tidak sengaja dan kadang-kadang disengajai untuk kepentingan politik mereka. Yang paling lawaknya, ustadz juga pandai mengulas pasal ekonomi negara Malaysia dan isu kapal selam tak boleh selam. Inilah yang dikatakan tok janggoat oleh MP Kulim. Mereka tak akan sentuh pasal isu penggunaan nama Allah oleh pihak gereja sebab tok guru mereka  mereka yang bersetuju. Mereka tidak bercakap pasal MP DAP bertazkirah di ruangan utama solat sebuah masjid sebab Tok Guru Nik Aziz kata boleh. Mereka juga tak akan kupas pasal wakil rakyat PAS ditahan bersekedudukan kerana tok guru kata Allah SWT sudah ampunkan dosanya. Mereka tak akan bercakap pasal isu arak di Selangor kerana DAP adalah parti rakan baik mereka. Tapi mereka akan bercakap pasal isteri PM tidak bertudung, mereka kaitkan PM dengan kes pembunuhan Altantunya, mereka kaitkan UMNO dengan rasuah seolah pemimpin mereka begitu bersih. Rasuah untuk pemimpin PAS tidak ada, jika ada bukan rasuah tapi sedekah jariah. Yang haram boleh dihalalkan kerana yang terima pemimpin PAS. Jika pemimpin UMNO yang terlibat riuh satu dunia. Itulah nanti yang diulang-ulang cakap dalam ceramah-ceramah mereka. Jika boleh tengok nanti dalam PRK di DUN Tenang yang sedang hangat sekarang!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.