Hari ini kita sambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga dan sanak saudara. Dari kota pulang ke desa melalui lebuhraya yang merentasi utara-selatan dan timur-barat. Bersyukurlah negara Malaysia kita masih aman damai. Negara kita tidak pernah berlaku demontrasi besar-besaran, peperangan sesama sendiri, membunuh sesama sebangsa dan segama seperti yang berlaku di Syria. Negara kita juga tidak mengalami ribut taufan yang dahsyat seperti Taufan Irene yang meragut 19 nyawa di Amerika. Konflik bersenjata di Somalia lebih dua dekad menyebabkan ribuan rakyatnya terutama kanak-kanak yang tidak berdosa akan mati kelaparan.
Walaupun di Malaysia tidak berlaku tragedi seumpama itu tapi ada segelintir pemimpin tertentu yang cuba menyeleweng fakta sebenar atau cuba menipu rakyatnya. Mereka sanggup memperbodohkan rakyat sehingga sanggup menghina pihak berkuasa negara- badan kehakiman, pasukan keselamatan dan juga pemimpin negara. Golongan ini tidak segan dan malu menggunakan kata-kata yang kesat seperti 'baghal', 'bodoh' dan 'bahlul' ingin menunjukkan begitu hebatnya atau begitu bijaknya mereka berbanding dengan orang lain. Tapi apa yang mereka buat selama ini? Apakah sumbangan mereka selama ini kepada rakyat Malaysia terutamanya bangsa mereka sendiri, apa pun tarak? Cuma mereka berjaya memecah belahkan perpaduan orang Melayu/Islam melalui pelbagai fatwa dari Tok2 Guru mereka di surau dan masjid serta tanah-tanah lapang.

Fikiran pemimpin ini seperti bercelaru. Mat Sabu pula mengatakan komunis adalah pejuang negara bukan anggota polis yang terbunuh mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Apakah Mat Sabu sedar apa yang dia katakan itu? Mat Sabu cuba berbohong atau sebenarnya dia memang menyokong ideologi Parti Komunis Malaya (PKM)? Bagaimana pemimpin seburuk ini dilantik sebagai Pemimpin No. 2 dalam PAS? Sanggup dia mahu mengubah sejarah kemerdekaan tanah air. Rakyat Malaysia yang menyokong PAS terutama yang mempunyai ahli-ahli keluarga yang masih berkhidmat dengan pasukan keselamatan, yang telah bersara dan yang terkorban dalam perjuangan menentang komunis perlu sedar dan bangkit menentang Mat Sabu atau PAS.
Lihatlah pemimpin no. 1 PAS Tok Guru Haji Hadi diam bila pemimpinnya dibelasah. Sepatutnya Mat Sabu ditegur kerana cuba menipu rakyat. Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: Belum lurus keimanan seseorang itu sehingga lurus hatinya, dan belum lurus hatinya sebelum lurus lidahnya. Seseorang tidak boleh masuk syurga selagi ia belum dapat berbuat baik dengan jiran-jirannya." Janganlah kerana mahu undi bukan Islam, PAS sanggup menipu rakyat dan menyeleweng fakta/sejarah. Cukuplah, selepas 3 tahun DAP memerintah Pulau Pinang dan Selangor, umat Islam/melayu semakin terhimpit dan tersiksa. Pelbagai isu orang Melayu/Islam gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan DAP-PAS-PKR. Pilihanraya Umum ke 13 akan datang akan mengembalikan semula kekuatan orang Melayu/Islam melalui kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen lain seperti Gerakan, MIC, MCA dan PPP. Jika DAP masih menjadi tuan di Pulau Pinang, kita yakin pengaruh orang Melayu/Islam semakin hilang dan lenyap seperti apa yang berlaku di Singapura. PAS hanya mampu tunduk asalkan dapat mengisi sedikit jawatan dan kuasa untuk pemimpin-pemimpin mereka dalam beberapa agensi kerajaan negeri. Suara PAS hanya bergegar di surau, masjid serta ceramah-ceramah politik di dewan dan tanah2 lapang. Apakah orang Melayu/Islam mahu biarkan masalah ini berterusan? Fikirkanlah!