"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, August 6, 2011

HaprakDaily menggambarkan himpunan Bersih 2.0 sebagai amalan demokrasi!

HarakahDaily atau dikenali sebagai HaprakDaily hari ini ditulis oleh Abd Shukur Harun cuba memberitahu lebih kurang 26 juta rakyat Malaysia, himpunan Bersih 2.0 sebagai satu amalan demokrasi yang sepatutnya diberikan kepada mana-mana rakyat untuk berhimpun. Kerajaan Malaysia tidak boleh sekat hak untuk berhimpun di atas jalan raya, lebuhraya, balairaya termasuklah di masjid negara juga di istana negara. HaprakDaily nak beritahu kepada rakyat begitulah caranya rakyat bangun untuk menentang kerajaan memerintah jika ada sesuatu yang rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan yang memerintah. Walaupun Bersih 2.0 merupakan sebuah pertubuhan haram, sebuah pertubuhan NGO yang tidak pun berdaftar dengan ROS tapi puak2 pembangkang nak beritahu rakyat bahawa di negara kita tidak perlu lagi pertubuhan didaftarkan dengan ROS ataupun ROC. Jika rasa nak tubuh persatuan atau kelab atau syarikat-syarikat perniagaan, tubuhkan saja, buatlah apa yang kita mahu. Jika daftar jadi susah kerja sama seperti pendatang asing ke Malaysia. Jika pendatang asing masuk secara haram, tidak masuk secara sah, pihak kerajaan atau polis sukar mengesan jika berlaku kejadian jenayah. Pendatang asing yang melakukan jenayah bebas bergerak kerana tidak ada identiti dalam simpanan polis. Inikah yang dikehendaki oleh pakatan pembangkang? Sebab itulah hingga ke hari ini Pakatan Rakyat yang diwujudkan oleh PAS, DAP dan PKR boleh dikatakan sebagai pakatan yang haram. BN merupakan pakatan yang sah dari segi perlembagaan kerana didaftarkan sebagai pertubuhan politik. DAP, PAS dan PKR gagal menubuhkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan yang sah dari segi undang-undang kerana pemimpin pakatan sendiri tahu ideologi parti-parti DAP, PAS dan PKR menghadapi kesukaran melaksanakannya. Pemimpin-pemimpin pakatan haram ini tidak mahu kerana tubuh Pakatan Rakyat secara sah menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri. 
Dalam himpunan Bersih 2.0, HaprakDaily cuba memberitahu kepada rakyat seolah-olah perarakan lebih kurang 10,000 orang itu mendapat sokongan semua rakyat Malaysia dan semua negara seluruh dunia. HaprakDaily cuba nak beritahu kepada rakyat seolah-olah perhimpunan Bersih 2.0 itu amat berjaya. Sebenarnya HaprakDaily cuba menipu rakyat di Malaysia dan di negara lain seolah-olah perhimpunan itu merupakan himpunan terbesar dalam sejarah menentang kerajaan. Jumlah peserta perhimpunan itu tidak sampai jumlah yang disasarkan oleh pihak penganjur. Jauh daripada angka yang disasarkan 400,000 orang. Malahan 40,000 pun tak sampai, kenapa? Kebanyakan rakyat sudah tahu dan sudah sedar siapakah dalang di belakang tabir perhimpunan Bersih 2.0. Dalam perhimpunan Bersih 1.0 dulu, mungkin ramai rakyat tertipu tapi kali kedua ini, rakyat tidak boleh ditipu lagi. Lebih 4,000 laporan polis telah dibuat oleh NGO-NGO dan orang perseorangan di seluruh negara, dari Perlis hingga ke Sabah membantah perhimpunan Bersih 2.0 yang boleh menggugat ketenteraman awam dan merosakkan imej negara. Katakan jumlah 2,000 laporan polis oleh NGO, jika sebuah NGO mewakili 100 ahli sesuatu NGO, oleh itu jumlah keseluruhan ahli NGOs yang membantah perhimpunan Bersih 2.0 berjumlah 200,000 orang. Itu tidak termasuk individu yang hanya tunggu dan lihat tetapi dalam hati mereka rasa geram dan benci kepada Datuk Ambiga, Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu dan sebagainya. 
Beza antara yang menyokong dan membantah jauh beza antara langit dengan bumi. Cuma penganjur dan mereka-mereka yang bersubahat dengan perhimpunan Bersih 2.0 ditimpa perasan yang usaha mereka mendapat sokongan majoriti rakyat. Nasib baiklah penyokong-penyokong perhimpunan Bersih 2.0 ditahan dan dilayan dengan baik oleh kerajaan Malaysia. Jika di kebanayakan di negara luar sana, pendemontrasi akan dibelantan, disepak terajang dan ada juga yang ditembak mati. Kerajaan Malaysia terutama pihak berkuasa keselamatan sedar dan tahu tujuan perhimpunan haram itu mahu menggambarkan kepada dunia bahawa Malaysia dalam kedaaan huru hara dan politik tidak stabil. Itulah strategi terakhir Pakatan Rakyat sebelum menjelang PRU13 yang semakin hampir. Pemimpin Pakatan Rakyat mahu mengulangi kejayaan PRU12 seperti mereka lakukan dalam perhimpunan Bersih 1.0. Momentum dari perhimpunan Bersih pertama itu, Pakatan Rakyat mencapai kemenangan besar hingga mampu merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 
Kali ini Pakatan Rakyat jadi ghaplah, jadi kelam kabut apabila semakin hari rakyat semakin sedar dan menolak calon Pakatan Rakyat melalui beberapa pilihanraya kecil yang lalu. Ada saja pilihanraya kecil calon Pakatan Rakyat pasti kalah. Bila kalah sekali lagi pemimpian Pakatan Rakyat mendakwa pilihanraya di Malaysia tidak adil, tidak telus, ada pengundi hantu dan sebagainya. Kalau SPR memihak kepada kerajaan BN sudah lama Kelantan berada dalam tangan BN. Oleh kerana pilihanraya di Malaysia begitu teluslah maka Kelantan kekal di bawah pemerintahan kerajaan PAS lebih dua dekad lamanya. Negeri-negeri yang kaya hasil mahsul dan banyak dengan kawasan-kawasan perindustrian seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor ditawan oleh pembangkang. Apakah pilihanraya umum dikatakan tidak telus dan menyebelahi kerajaan BN seperti dakwaan pembangkang?  Itu merupakan sebahagian daripada 1001 taktik yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN termasuklah memfitnah, memburukkan pemimpin dan negara, demontrasi, ceramah perdana, ceramah rakyat, perhimpunan rakyat, jamuan rakyat...pelbagai lagi rakyat asalkan dapat menipu rakyat.

3 comments:

  1. Tuan,
    Apa kata kita berdemontrasi pula di negeri Kedah. Negeri bawah kerajaan PAS. Lepas tu kita berarak pula ke Kelanatan. Banyak isu yang boleh diketengahkan. Mereka tak boleh halang sebab bagi mereka demontrasi adalah demokrasi.

    ReplyDelete
  2. Anon 11:58.
    Saranan yang baik serta munasabah. Selangor dan Penang sekali. Barulah adil, rakyat pun seronok dapat ambil bahagian jaja demokrasi dengan berdemonstrasi skala besar. Bukan susah nak anjurkan demonstrasi haram. Mudah mudahan rakyat setiap negeri akan hidup lebih makmur dan aman damai. Penganjur beritahu saja bila, dimana, sediakan kemudahan, T shirt percuma, makan minum dan lainnya . . . .

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.