PASIR MAS 30 Ogos – Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady menyifatkan pemimpin Melayu yang mengagung-agungkan komunis merupakan seorang yang biadab dari segi budaya.
Beliau berkata, golongan itu tidak faham sejarah dan perkara-perkara yang perlu dijaga dalam budaya bangsa seperti nilai-nilai dan prinsip-prinsip sehingga hilang pertimbangan.
“Ini masalah kebiadaban budaya yang telah berkembang, dari segi permasalahan, dia nampak dari segi zahir sahaja, ini akan membawa kepada malapetaka, nauzubillah,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilaporkan telah mencetuskan kontroversi apabila menganggap pengganas komunis dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya yang membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Mengulas lanjut, Muhammad Uthman yang merupakan Fellow Amat Utama Akademik bertaraf Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, masyarakat Islam perlu memikirkan kedudukan pemimpin seperti itu.
Sumber: Utusan Malaysia 31/8/2011
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.