"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, August 4, 2011

UNISEL hancur akibat campurtangan politik PKR Selangor!


 UNISEL dahulu dikenali sebagai Universiti Industri Selangor ditubuhkan semasa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran kerajaan BN. Bila politik kepartian masuk campur dalam pentadbiran universiti, hal ehwal universiti sudah jadi caca-merba. Tindakan pentadbiran sudah tidak profesional lagi. Akan wujud kelompok-kelompok di kalangan pentadbir dan tenaga pengajar. Kenapa perlu camputangan pemimpin parti terutama pemimpin PKR di Selangor dalam pentadbiran universiti? Naib Canselornya merupakan seorang yang berpendidikan tinggi, berpengalaman dan mempunyai visi yang luas, tetapi kerana berlakunya campur tangan politik sehingga Naib Canselor meletak jawatan dengan notis 24 jam. Kenapa universiti-universiti lain di Malaysia tidak berlaku?
[Baca cerita selanjutnya]
MB Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengarah UNISEL tidak menafikan Naib Canselor Unisel meletak jawatan akibat tekanan politik. [Baca sini].
Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono tidak menolak dakwaan kemungkinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan arahan supaya beliau melucutkan jawatan tiga pegawai kanan universiti itu. [Baca sini]

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.