"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, August 7, 2011

Kenapa usaha mengkristian orang Islam di Malaysia semakin aktif?

Tidak dinafikan iman segelintir umat Islam yang terlalu longgar menyebabkan pihak gereja mudah mempengaruhi golongan ini. Tapi faktor yang paling penting kerana ada pemimpin Islam sendiri yang mempertahankan apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak gereja/paderi. Contohnya, pemimpin utama PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja. DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR juga menyokong kuat penggunaan kalimah Allah. Oleh kerana undi, golongan ini sanggup menggadaikan maruah dan kesucian agama Islam yang bertentangan dengan perlembagaan negara. Tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas kitab-kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin Melayu dari parti pembangkang. Yang tegas menyatakan pendirian dalam isu penterjemahan kalimah Allah dan pengedaran kitab Injil dalam Bahasa Melayu hanya datang daripada pemimpin UMNO. Pemimpin PAS bukan tidak ada yang membantah, Dato' Haron Din pernah melahirkan tentangan terhadap isu penggunaan kalimah Allah tetapi diam setelah Murshidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz menyatakan pendirian menyokong dan mendakwa golongan yang menentang penggunaan kalimah Allah adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku. Yang sudah tentu ditujukan kepada pemimpin UMNO. [Baca sini selanjutnya]
Ustaz Kazim memberi amaran jangan ulas penggunaan kalimah Allah dari sudut politik untuk mendapat undi seperti yang dilakukan oleh PAS. Beliau minta kalimah Allah dipertahankan oleh orang-orang Islam di Malaysia. [Saksikan Youtube -Kalimah Allah oleh Ustaz Kazim Elias]. Beliau bimbang jika kalimah Allah dibenarkan gunapakai suatu hari nanti akan ada penganut agama lain seperti Hindu, Buddha dan Sikh akan minta kebenaran untuk memakai kalimah Allah. 
Begitulah juga, bila JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menyerbu gereja, ada pemimpin PAS, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man [Baca sini] memberi 'amaran' kepada JAIS supaya lebih berwaspada. Minta JAIS menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bersangka baik dan jangan terpengaruh dengan fitnah oleh pihak tertentu. Apakah di sini Tuan Ibrahim Tuan Man mahu mengatakan bahawa tindakan JAIS atas arahan UMNO? Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man tidak percaya dengan kemampuan dan keupayaan JAIS dan Exconya Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjalankan tugas mereka? Inilah yang dikatakan oleh Ustaz Kazim Elias sebagai 'otak politik'. Sepatutnya sebagai pemimpin Islam perlu memberi kepercayaan penuh dan menyokong usaha-usaha agensi penguatkuasaan seperti JAIS menjalankan tugas mereka lebih-lebih lagi kita tahu sudah banyak berlaku gerakan mengkristiankan umat Islam. Kenapa masih ada pemimpin Islam sendiri yang seolah-olah mempertahankan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya. Kenapa pemimpin Islam begitu cepat melatah dan terburu-terburu mengkritik kerja murni yang diketuai oleh Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dan JAIS?
Inilah antara faktor yang menyebabkan usaha-usaha mengkristiankan umat Islam sedang giat dijalankan oleh pihak gereja. Bila pihak gereja memohon penggunaan kalimah Allah, pemimpin Islam yang sama juga menyokong penggunaannya dan bila gereja diserbu oleh JAIS maka pemimpin Islam dari puak yang sama juga yang mengkritik. Inilah peluang yang diambil oleh pihak kristian walaupun jumlah penganutnya tidak ramai (cuma 10%) tetapi mereka semakin berani kerana mereka tahu umat Islam sendiri sudah berpecah dan tidak lagi bersatu dalam sesuatu isu berkaitan dengan agama. Ustaz Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dapat menghuraikan dengan yakin isu ini kerana beliau bekas penganut kristian suatu masa dulu. [Baca sini].
Sebaik-baiknya pemimpin Islam terutama pemimpin PAS dan PKR perlu bersatu seia dan sekata dalam isu ini. Jagalah kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini daripada menjaga hati pengundi-pengundi bukan Islam. Apakah kerana Negara Berkebajikan yang mendasari perjuangan PAS menyebabkan PAS tampak terlalu liberal dan bertoleransi hingga sanggup mempertahankan 'gereja', membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh gereja dan membenarkan pemimpin bukan Islam (DAP) menggunakan ayat suci al-Quran atas pentas politik. Jangan kerana undi, maruah agama dan bangsa sanggup digadaikan. Hendak berpolitik pun biarlah berpada-pada, ada had dan batasannya.
Terkini Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah. [Baca selanjutnya di sini]. Inilah situasi yang amat menggembirakan puak pendakwah kristian bila ada pemimpin Islam sendiri yang ikhlas mempertahankan kesucian agama Islam meletak jawatan ataupun dipecat. Apa pandangan pemimpin PAS dan penyokong PAS terhadap isu ini? Kenapa diam?

2 comments:

  1. Salam.

    Aku belajar sikit-sikit. Dulu.

    Politik itu ilmu atau seni bagaimana nak memerintah.
    Nak jadi kerajaan.
    Nak majukan negara.
    Nak berusaha mengajak rakyat terbanyak berubah kepada keadaan yang lebih baik.
    Nak ajak rakyat sayangkan agama, bangsa dan tanah air.

    Tentang Islam, tidak ada kompromi. Peraturan dan perjalanannya jelas. Kalau tersilap atau ragu-ragu, cepat-cepat buat rujukan kepada mereka yang pakar atau mahir . Dan pada pendapat aku Islam adalah hak ummat Islam, setiap ummat wajib pertahankan Islam dari gangguan-gangguan, serangan atau penghinaan oleh mana-mana pihak, lebih lagi musuh Islam. Tidak ada tolak ansur. Tiada maaf.

    Sebab Islam bukan sebuah parti politik, yang boleh dicaturkan mengikut selera dan suasana atau pemimpin politik.

    Demi mempertahankan kesucian Islam, semua pihak, pemimpin-pemimpin parti politik beragama Islam, badan-badan atau agensi penguatkuasa Islam, wajib bersatu. Tiada kompromi. Penyatuan dan kesatuan hendaklah dilihat dengan jelas.

    Ini suara dan pandangan dari daerah pedalaman.

    ReplyDelete
  2. byk lagi da tukar agama tp masih nama islam ...makan babi...minum arak..buat anak tanpa nikah, ambil rasuah, ambil komisen,..itu da dikira biasa da...pemimpin Umat islam tak kira Parti man pun sama aja , kini pentingkan kuasa...bila ada kuasa maknanya boleh buat byk duit bila byk duit AKAN dapat byk burit..tak kira la burit tu da Lohong..(Lobang Besar ), di belasah leh jantan negro, mat saleh, org melayu, cina, jawa al 1 malaysia atau 1 dunia. janji cantik...pandai blowjob..Tak gitu..Parti PAS kini selamanya tak Boleh Harap....Masuk gereja lagi bagus dari masuk masjid..di Gereja tak ada cite pasal Politik maki sana maki sini, fitnah sana fitnah sini..di sana meka buat kebajikan...tarik hati "bakal Penganut" bukan mcm masjid...penuh ada masa aja..masa kosong masjid lkebih byk dari masa penuh org di masjid...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.