"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, August 29, 2011

Ketua Pemuda PAS kata UMNO yang bunuh orang Islam!

Semasa kelapangan waktu dalam bulan Ramadan ini, berkesempatan PT berbicara dengan Ketua Pemuda PAS Negeri melalui FB tentang beberapa isu. Yang tak syoknya, Ketua Pemuda PAS itu yang juga merupakan Mudir Sribu tidak mahu menjawab dengan jujur persoalan yang dikemukakan oleh PT. Dia asyik dengan mengatakan UMNO dan kerajaan BN zalim. Dia kata UMNO bunuh orang Islam. Sejumlah 14 orang yang telah terbunuh di Memali, Baling sebagai mati syahid. Yang membunuh mereka ialah UMNO bukan DAP. DAP katanya tidak bunuh orang Islam. UMNO sangat zalim kerana membunuh orang Islam.
Jangan kita hairan, kenapa PAS memuji dan mengangkat DAP sebegitu tinggi hari ini? DAP sangat tegas dan tegar dalam perjuangan menentang penubuhan sebuah negara Islam. Semasa Tun Mahathir, mantan PM mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia. Karpal Singh dan Lim Kit Siang antara mereka yang menentang sebaliknya mengatakan Malaysia sebuah sekular. Karpal Singh pernah memberi amaran "Langkah mayat aku dulu jika hendak tubuh negara Islam". Inilah yang didakwa sesetengah ulamak golongan kafir harbi yang wajib 'diperangi'. PAS tidak sanggup bercerai dengan DAP dalam perjuangan kerana DAP didapati tidak pernah berganjak mahupun seinci dalam dasar perjuangan mereka (DAP). Kerana itu jugalah maka PAS bertukar haluan perjuangan? Takut bertelagah dengan DAP dalam pakatan, perjuangan sebuah negara Islam dikuburkan dan digantikan dengan sebuah negara berkebajikan.
PAS menganggap DAP rakan seperjuangan PAS yang boleh dipercayai walaupun DAP diketahui merupakan kafir harbi? Yang patut diperangi oleh orang Islam.  MS tak komen apa2 pun kenapa PT kata DAP sebagai kafir harbi? Sebaliknya dia cuma mengatakan apa kurangnya MCA dan MIC yang merupakan rakan-rakan UMNO dalam BN? Itulah yang termampu MS memberi ulasan kepada PT. MS sentiasa meminta PT tinggalkan perjuangan UMNO yang zalim dengan memetik ayat al-Quran untuk menyokong pandangannya. Begitulah cara MS memberi komen asyik mempergunakan ayat al-Quran untuk kepentingan politik mereka. Bila kena batang hidung mereka sendiri dalam isu-isu tertentu, MS kata itu fitnah dari akhbar Utusan Meloya (Utusan Malaysia).
Akhir sekali saya meminta MS menyenaraikan seberapa banyak sumbangan PAS dalam perkembangan Islam di Malaysia. Dengan bersemangat dan rasa bangga MS telah menyenaraikan kepada saya beberapa sumbangan PAS. Sebaliknya bila saya meminta MS menyenaraikan sumbangan UMNO/BN kepada perkembangan Islam di Malaysia yang dia tahu? Malang dia tidak beri reaksi atau berdiam. Bila PT mendesak kali kedua, dia minta PT bersabar dia akan senaraikan sumbangan UMNO/BN. Hingga hari ini MS gagal menunaikan janji, kenapa? PT kira MS ini tak boleh langsung bercakap yang UMNO juga ada sumbangannya dalam dunia Islam. Maklumlah setiap hari siang dan malam, mulut MS itu sentiasa memaki dan mencaci UMNO, mana boleh hari ini nak kata UMNO/kerajaan BN itu juga berjasa kepada dunia Islam. Oleh itu lebih baik MS mengambil langkah yang lebih selamat iaitu dengan berdiam diri. Maka terhentilah bicara PT dengan MS di situ. Dia tahu jasa UMNO/BN dalam dunia Islam cukup banyak hingga negara Islam di dunia mengiktirafkan Malaysia sebuah negara Islam contoh. MS cuba menutup kebenaran dengan pembohongan demi pembohongan kepada penyokong2 PAS demi untuk keuntungan politik pakatan pembangkang. Mereka tidak sanggup berdepan dengan fakta tetapi mereka sanggup melakukan fitnah dan menghina pemimpin-pemimpin negara yang banyak berjasa kerana mereka mahu menaikkan kerajaan DAP seperti di Pulau Pinang, Perak (semasa pentadbiran MB Nizar) dan Selangor. Suara DAP lebih digeruni dalam kerajaan hingga kepentingan orang Melayu dan Islam semakin pelan-pelan terjejas secara senyap. Lihat apa sudah terjadi. Pilihanraya Umum ke13 menentukan zaman kehancuran Melayu/Islam di Malaysia jika orang Melayu/Islam memilih pakatan pembangkang! Lu fikirlah sendiri...

1 comment:

  1. salam 1malaysia.

    post susah nk baca.. buat macam blog chedet senang nk baca. banyak perenggan and tidak bosan bila membaca.. content boleh menjadi perkara kedua.. minat untuk membaca mesti jadi no satu..

    first impression is very important..

    (tak perlu siarkan comment saya ini).

    terima kasih.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.