Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangan terhadap politik negara ini berikutan isu politik kini ‘diadun’ dengan isu agama.
“Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian. Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.
Mengulas lanjut, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia ‘diadun dengan agama’.
“Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam. Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?
“Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yang sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan keadilan dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?” katanya. Menurutnya, antara jalan penyelesaian dicadangkan pengajaran dan dakwah di negara ini perlu disemak semula.
“Islam sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada Jais. “Bukan hendak mmpertikai Jais, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?. Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” kata beliau.

Komen:
Kita juga tidak faham dengan hujah Dr. Asri. Beliau tidak menyatakan dengan jelas atau secara terperinci pengajaran dan dakwah yang perlu disemak semula. Harap-harap Dr. Asri tidak berniat langsung menjaga hati kaum kristian dalam isu ini sepertimana MB Selangor, Dato' Khalid tergesa-gesa memohon maaf kepada pihak gereja.
Dalam soal masuk masjid dan masuk gereja tidak boleh disamakan. Apakah Dr. Asri menganggap sudah 'fair' jika ada orang kristian masuk masjid dan ada orang Islam masuk gereja? Secara umumnya, kita melihat seperti sudah wujud saling faham memahami dan semangat 1 Malaysia di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Sebenarnya yang membimbangkan pihak berkuasa dan orang ramai, yang masuk gereja bukan Tok Guru ataupun ustaz atau ahli parlimen PAS seperti YB Khalid Samad. Yang masuk gereja itu ialah orang Islam yang cuba dimurtadkan. YB Khalid Samad pernah memasuki gereja bertujuan mempengaruhi orang-orang kristian untuk mendapat undi. Pihak berkuasa agama seperti JAIS tidak akan bersusah hati dalam hal ini.
Begitu juga sebaliknya, orang bukan Islam yang memasuki masjid dalam kes Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching tidak akan membimbangkan pihak gereja kristian. Oleh kerana beliau seorang pemimpin atau wakil rakyat, dia mempunyai kekuatan dan kelebihan mempengaruhi rakyat (umat Islam) yang berada di masjid itu. Dalam kes ini, tidak mungkin Ahli Parlimen Serdang seorang penganut agama kristian, selaku wakil rakyat atau pemimpin begitu mudah terpengaruh hanya berada dalam masjid akan memeluk agama Islam.

Dalam hal ini, kita perlu melihat lebih mendalam tanpa menimbangkan matlamat politik. Soal akidah umat Islam perlu diutamakan dari segalanya. Kedudukan agama Islam dalam perlembagaan perlu dipelihara, pantang dicabar oleh mana-mana pihak. Jangan ada pemimpin Islam lain yang melatah kerana menjaga hati kaum kristian untuk matlamat politik sempit mereka. Jangan menggadaikan maruah agama Islam yang suci kerana menjaga kedudukan darjat selaku ahli Parlimen ataupun ahli Dewan Undang Negeri.
Bukan niat untuk mengkritik Dr. Mohd Asri, seorang ilmuan dalam agama tapi mungkin pandangan beliau tak dapat disampaikan dalam isu ini hingga menimbulkan kebingungan kita membacanya.

aku tak pandai bercakap soal agama (sbb tak semua org dilahirkan sbg ilmuan islam sejati)..cuma aku penganut islam yang sememnagnya mengikut ajaran islam sejati..(insyaallah)..tp bila baca ulasan dr asri aku nampak ada sedikit kebingungan..kalau asri kata islam agama hujah..knp ulamak2 kita tidak lantang berhujah utk menarik lebih ramai org bukan islam mnganut agama islam...kenapa membiarkan agama lain yang lantang berhujah utk menarik umat islam masuk ke agama mrk..apa perasan asri..knp dia sndr tidak berhujah (spt mana penganjur kristian berhujah) sehinggakan ada org islam sanggup ikut.taat...aku rasa sbb ulamak dan ustad2 kita hipokrit....asri sndr nampak mempolitikkan isu agama....dia sndr pandai berhujah..tp hujah dlm kontek pendirian diri..bukan utk kesejahteraan umat islam..* jiran aku..seorg pensyarah..phd holder merangkap ustad..dan imam masjid..becakap hal agama d mimbar masjidmcm hebat..(berhujah)...tp bila bab cegah maksiat..bab kejiranan..hampeh..larikan diri....asri..adakah HUJAH itu yg kau maksudkan....
ReplyDelete