Selama ini PAS kata UMNO menggunakan perlembagaan jahilliah, UMNO diam. Pemimpin UMNO mengamalkan rasuah pun UMNO diam. Malahan orang UMNO difatwakan sebagai kafir melalui "Amanat Hadi 1981" pun UMNO membisu. Orang UMNO bersabar dan menyerahkan kepada Allah SWT menentukan siapa yang benar?
Dari sebulan ke sebulan, kita nampak PAS semakin bertambah 'baik'. Ibarat kata orang Melayu "Ludah ke langit timpa batang hidung sendiri". Tak perlu kita mencari salah mereka (PAS) sebab Allah SWT akan tunjukkan satu persatu kesalahan mereka agar rakyat dapat menilaikannya.
Hari ini ada cerita benar dan tidak pelik kerana kita sudah tahu siapakah PAS? Dato' Hassan Ali disaman oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kerana kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara. Baca cerita asalnya di sini.
Apa yang mengancam keselamatan negara? Pandai pula Dewan Pemuda PAS Pusat memainkan isu keselamatan negara. Bukankah Dewan Pemuda PAS sendiri tidak ambil kisah pasal isu keselamatan negara? Bukankah pemuda PAS merupakan antara peminat setia dalam beberapa perhimpunan haram? Perhimpunan haram yang telah menjejaskan ketenteraman awam dan merugikan peniaga-peniaga, pemilik-pemilik teksi dan sebagainya.
Sebenarnya PAS semakin jadi gelabah jingga. Sejak pemecatan Datuk Hassan Ali, semakin ramai ahli-ahli PAS dan sebahagian besar pemimpin-pemimpin PAS peringkat bawah dan pertengahan lebih bersimpati dengan nasib Datuk Hassan Ali. Ceramah-ceramah Datuk Hassan Ali dihadiri antara 2,000 hingga mencapai 15,000 orang. Baru-baru ini ceramah Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Lim Guan Eng di Teluk Kumbar hanya kira-kira 2000 orang sahaja.
PAS akan buat laporan polis untuk menyekat kebebasan Datuk Hassan Ali bersuara. Sejak Datuk Hassan Ali dipecat, dia lebih bebas bersuara mendedahkan kepincangan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Datuk Hassan Ali tahu semuanya termasuklah matlamat tersurat dan tersirat perjuangan Pakatan Rakyat. Kita berharap Dewan Pemuda PAS Pusat lebih demokratik. Janganlah sikit-sikit laporan polis. Berilah peluang kepada Datuk Hassan Ali memberi penjelasan kepada setiap rakyat Malaysia dan selepas itu Ketua dan AJK PAS Pusat boleh jawab kepada rakyat. Tapi bukan buat laporan polis.
UMNO lebih demokratik. Dituduh dan digasak pelbagai sudut tapi UMNO tak buat laporan polis. UMNO tahu buat laporan polis pun kes susah nak menang sebab tak cukup bukti. Tapi sesekali UMNO pun kena ikut stail Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap Datuk Hassan Ali. Jika kita 'berdiam' ertinya benar kata rakyat. Ini yang kita bimbang!
mmg bodoh! (ucapan dgn hati tulus ikhlas)
ReplyDeleteSelama ni PAS lah yg mengancam keselamatan. Nik Abduh kena tahan ISA sbb JI tu parti mana?