"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, February 5, 2012

Haji Hadi sekarang tenat, beliau perlu berihat!

Bila kita perhatikan masalah yang sedang dihadapi oleh PAS, memang serius. Maksud aku PAS hari ini jauh berbeza jika dibandingkan zaman Dato' Fadzil Noor jadi Presiden PAS. PAS dulu lain, tapi PAS sekarang cukup banyak kelainan. 

Cuba baca entri terbaru YB Dato' Zulkifli Noordin 1 Februari 2012 sangat jelas dan mudah untuk difahami huraiannya. Jika aku jadi Presiden PAS seperti TG Haji Hadi Awang sekarang pun aku pasti aku akan penat. Pemikiran aku jadi terlalu letih dan pernafasan aku semakin lemah bila aku fikirkan tentang perpecahan umat Islam ekoran Amanat Aku sendiri pada tahun 1981.

Oleh kerana isu perlembagaan persekutuan, negara Islam dan hukum hudud umat Islam di Malaysia dahulunya bersatu kini berpecah di antara satu sama lain. Adik beradik, sahabat handai dan kawan rakan yang tidak sealiran dalam politik dikafirkan. Aku sendiri pun pernah dikafirkan oleh penyokong PAS di pintu masuk Pusat Mengundi dalam PRU11. Malahan di kampung-kampung dan taman-taman perumahan hingga kini ada yang masih hidup berpuak-puak mengikut aliran politik masing-masing.

Memang sedih kita lihat keadaan orang Melayu pada hari ini. Lebih sedih lagi bila kita lihat PAS dulu bermati-matian menegakkan hukum Allah seperti kejadian Memali. Tapi PAS hari ini sebaliknya menggugurkan perjuangan sebuah negara Islam. Malahan pemimpin yang berjuang ke jalan Allah seperti Datuk Mohamad Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat dengan sewenang-wenangnya hanya kerana melanggar perlembagaan parti. Ertinya PAS lebih mengutamakan perlembagaan PAS daripada perlembagaan Allah. PAS mengutamakan kuasa politik (dunia) menawan Putrajaya daripada memelihara kepentingan umat Islam.

TG Haji Hadi masih hidup. Jika aku jadi beliau aku pasti penat. Aku mesti letak jawatan sebagai Presiden PAS kerana aku gagal menangani masalah dalaman parti. Jika aku baca dan fikir sedalam-dalamnya  "Amanat Hadi 1981" dan "Amanat Hadi 2003", aku rasa jika aku jadi Presiden PAS hari ini, aku pasti semakin penat dan tenat kerana semuanya kerana aku sebagai pemimpin PAS dan aku sebagai Presiden PAS bersekongkol dengan kafir Harbi. Apakah isu yang sedang melanda PAS hari  ini juga merupakan balasan dari Allah SWT yang diturunkan dan mahu dipertontonkan oleh Allah kepada umat Islam di Malaysia hari ini supaya berfikir dengan akal bukan dengan nafsu dan amarah. [Baca selanjutnya..]

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.