"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, February 6, 2012

Keadilan Daily 95% memuatkan berita himpunan haram!

 
Itulah yang termampu Keadilan Daily lakukan. Lidah rasmi PKR yang cuba merosakkan pemikiran rakyat, Dari tajuk atas hingga tajuk di bawahnya hanya memuatkan cerita-cerita pasal perhimpunan, perhimpunan dan perhimpunan. Memanglah begitu, Keadilan sudah sinonim dengan aktiviti perhimpunan haram. Cuba anda baca sendiri bukan fitnah. Cerita benar pasal Keadilan Daily.

Sesekali bolehlah baca jika dua kali baca jadi meluat dan jika tiga kali baca jadi menyampah. Rakyat akan terasuh dengan budaya perhimpunan di jalanan, terpekik terlolong menjerit memaki hamun pihak keselamatan dan pemimpin negara. Sikit-sikit demontrasi jalanan, suara rakyat melalui pilihanraya dikesampingkan. 

Mereka kata pula pilihanraya tak adil. Jika pilihanraya tak adil bagaimana Kelantan boleh dijajah oleh PAS lebih dua puluh tahun? Jika pilihanraya tidak adil, bagaimana MP Pakatan Rakyat boleh menafikan majoriti 2/3 dewan parlimen? Jika pilihanraya tidak adil bagaimana Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak boleh jatuh di tangan pembangkang?

Lihatlah badan kehakiman didakwa tidak adil mengikut telunjuk pemerintah. Tapi bila Anwar Ibrahim dilepas bebas dari tuduhan liwat oleh mahkamah. Senyap pula, sepatutnya Anwar Ibrahim dan konco-konconya perlu memohon maaf kepada mahkamah. Selepas ini jika ada pula pemimpin pembangkang didapati bersalah, timbullah pula hakim tidak adil. Aaaaaah, begitulah perangai hodoh dan busuk pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup menipu rakyat untuk berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.