"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, February 14, 2012

Surat Laporan Serangan Ustaz Shahul Hamid pada 20 /1/2011


Mohamed Yasir Bin Yacob,
12-10 Blok Akasia, Lengkuk Kelicap,
Mutiara Perdana,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang,

Kepada;
YB / YAB / Dato’ / Tuan / Puan,

Tarikh: 24hb, Oktober 2011

Tuan,

LAPORAN DARI MANGSA SERANGAN YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG USTAT YANG BERTAULIAH (LPR. POLIS NO.: BAYAN BARU/000194/11)


Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mamaklumkan suatu kejadian serangan yang dilakukan oleh seorang Ustat yang ditauliahkan oleh Pejabat Agama Islam serta beberapa perkara yang kurang sihat, penyalahgunaan mimbar Jumaat, serta berberapa aktiviti yang mencemarkan nama baik Islam. Ustat yang dimaksudkan ialah Sahul Hamid Bin Seeni Muhammad (memakai gelaran Abu Muhammad An-Naqsyabandiy Al-Filfilani). Saya kurang pasti jika e-mail aduan pada 14hb-Feb-2011 berhubung kejadian serangan oleh Ustat terbabit telah sampai ke perhatian pihak tuan ataupun tidak. Makanya saya terpaksa menulis surat ini bagi memaklumkan kembali kejadian serangan ini disamping ingin menanyakan beberapa persoalan untuk kepastian dan tindakan pihak tuan.


2. Peristiwa Yang Menjadi Punca Serangan

Dalam Khutbah Jumaat, pada 17-Jan-2011, di Masjid Sg Tiram, Bayan Lepas, Penang. Ustad terbabit telah menyindir dan menghina keperibadian pemimpin tertinggi secara tidak langusng dengan mengatakan; "Pemimpin Bodoh". Malah ini bukanlah kali pertama aduan dibuat kepada JAIPP tentang penyalahgunaan mimbar Jumaat oleh pihak yang sama dengan kata-kata yang kesat dan mengaibkan. Saya sendiri telah membuat 3 aduan secara berasingan (sila lihat lampiran 1 dan 2). Akan tetapi pihak JAIPP tidak menunjukkan sebarang tindakan yang tegas dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajipan mahupun dalam kerja-kerja memantau pihak terbabit. Bila maklumat ini didedahkan Ustat terbabit telah bertindak merancang dan menyerang saya sehingga saya alami kecederaan di bahagian muka, mulut dan kepala.


3. Aktiviti Memungut Derma Secara Berleluasa

Pihak JAIPP seharusnya mengambil tindakan bilamana dibuat aduan sebaliknya perkara ini hanya dibiarkan menyebabkan ia dilakukan secara berleluasa di masjid-masjid dan surau-surau tempat Ustat terbabit berceramah dan berkhutbah. Walhal JAIPP sendiri telah mengeluarkan surat pekeliling yang melarang mana-mana individu dan pertubuhan mengutip derma di Masjid tanpa kebenaran. Walaupun dalam beberapa aduan sebelum ini saya ada menyatakan hal ini, namun JAIPP hanya mendiamkan tanpa sebarang tindakan menyebabkan aktiviti ini berterusan. Para pelajar-pelajar yang mungkin terdiri dari anak-anak yatim dipergunakan untuk tujuan ini kerana madrasahnya, Maahad Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam Darul Tahzhib di Teluk Kumbar mungkin berdaftar dibawah Pertubuhan Anak-anak Yatim yang sekaligus aktiviti memungut derma ini dilihat sebagai suatu keharusan oleh orang awam.

Anjuran Islam dalam memelihara anak-anak yatim bukan dengan cara mengumpul mereka dalam suatu penempatan untuk tujuan-tujuan tertentu sebaliknya kaedah Islam adalah lebih kepada memelihara mereka di rumah bersama keluarga dan anak-anak kita agar mereka pun dapat merasakan nilai kasih sayang dari 'ibu-bapa' dan keluarga sekaligus akan terhakislah sifat ‚keyatiman’ dalam jiwanya secara perlahan-lahan. Mengumpulkan mereka di suatu penempatan yatim hanya akan mengingatkan mereka lagi akan hakikat bahawa dirinya hanyalah yatim serta peritnya suatu kehidupan terutama mereka yang baru kehilangan ibu-bapa. Penempatan seperti ini menjadi suatu keharusan hanya sebagai suatu jalan terakhir agar anak-anak yatim tidak terbiar dijalanan tanpa perlindungan.

Memperalatkan mereka untuk tujuan mengutip derma oleh pihak-pihak tertentu dengan apa-apa alasan adalah suatu pencabulan hak-hak asasi serta menodai kesucian Islamnya, walhal belum tentu kanak-kanak ini mahu dirinya diperlakukan demikian, apalagi jika mereka memahami nilai-nilai Islam itu sendiri dan ingin hidup bebas sebagai muslim yang bermaruah serta punyai nilai harga diri. Bukankah memperalatkan mereka jelas suatu jenayah? Saya pun faham satu-satunya cara yang akan dipandang halal dalam hal meminta derma adalah bilamana pertubuhannya berdaftar dengan nama pertubuhan anak yatim dengan kementerian kebajikan. Boleh jadi pertubuhan ini hanya sekadar nama, boleh jadi kanak-kanak yatim hanya ada beberapa orang sahaja, boleh jadi ada anak-anak yatim yang sudah ditaja oleh waris-waris terdekat, boleh jadi anak-anak yatim sudah tidak wujud lagi dalam pertubuhan setelah suatu tempoh masa tetapi sumbangan dan derma terus dikutip untuk mencapai matlamat-matlamat lain. Ini jelas merupakan suatu percanggahan dengan nilai-nilai Islam. Oleh itu, pihak berwajib dan kementerian harus memainkan peranan, memantau dan mengesahkan sejauh mana layaknya sesuatu pertubuhan persendirian dalam aktiviti seumpama ini agar tidak terjadi sebarang penyelewengan, penganiyaan kanak-kanak. Kita asyik dalam memantau jenayah yang dilakukan oleh golongan secular sebalilknya golongan agama pun boleh terjebak dalam jenayah seperti ini samaada disedari ataupun tidak. Suatu pertubuhan atau diri seorang yatim belum menjadi kewajipan untuknya meminta sedekah atau derma jika ia tidak diinginkan.

Hari ini tabung derma madrasah mereka boleh dilihat di banyak rangkaian restoran disekitar P. Pinang. Setiap hari Jumaat kedapatan juga diperkarangan masjid, contohnya masjid Bayan Baru. Apakah Islam memberi kebenaran kepada seseorang Ustat mempergunakan para pelajar dan pengikutnya untuk mengutip derma secara berterusan tanpa henti bagi sebarang tujuan atau alasan seperti tanggungan sara hidup, memelihara anak-anak yatim, membangun projek itu dan ini sedangkan Nabi s.a.w. hanya menggariskan 3 golongan yang boleh meminta dan bila harus berhenti dari meminta? Sengaja mewujudkan suatu suasana keharusan dengan mendirikan rumah anak-anak yatim juga adalah tidak halal.  Di masjid lain, muncul pula Ustat lain dengan motif yang hampir sama, kononnya skim wakaf, mahu membina madrasah. Apalagi 'perusahaan' seperti ini dibuat sendiri oleh para Ustat yang ditauliahkan, dan hal ini dilihat seolah-olah pihak Jabatan Agama Islam sendiri menghalalkan perbuatan tersebut. Tidak hairanlah jika para pengikut dan pelajar-pelajar mereka akan mengikuti jejak langkah yang telah ditunjukkan oleh para Ustat mereka kelak. Tidakkah kesemua ini sebenarnya mencemarkan nama baik Islam dan meletakkan pengamalnya dipandang hina di sisi masyarakat secara umum? Apakah terdapatnya sejumlah ayat-ayat Qur’an dan hadis yang menggalakkan penganutnya untuk menderma serta membantu anak-anak yatim adalah alasan atau lesen eksklusif keharusan sebahagian golongan agama untuk mengutip derma tanpa henti? Kalau Islam membenarkan amalan ini, sila nyatakan sepotong ayat al-Qur’an dan Hadis yang dapat dijadikan nas keharusan syarak. Jika tidak ada, bukankan perbuatan tersebut adalah suatu pekerjaan sindiket? Kalau Islam tidak menghalalkan urusniaga jual beli berdasarkan spekulasi bagaimana boleh ada Ustat yang bertauliah tampil untuk mengutip derma dengan spekulasi, kononnya akan membina Madrasan, kononnya akan membangun Perkampungan Islam dan sebagainya? Sebenarnya maklumat ini telah saya kongsi dalam suatu forum melalui e-mail dan bilaman hal ini diketahui yang sekaligus akan menjadi punca penghalang sumber rezeki Ustat terbabit adalah juga antara sebab mengapa serangan ini dirancang. Lihat lampiran 2, kecederaan dan laporan perubatan pada lampiran 5.


3. Apakah Projek Mega Perkampungan Islam (RM5 Juta) ?

Setahu saya masyarakat di Malaysia adalah majmuk dan hidup secara berkelompok merangkumi semua bangsa dan agama dalam sesuatu penempatan. Islam sendiri tidak memisah-misahkan atau meminta diasingkan bangsa dan agama lain dalam sesuatu kelompok masyarakat. Baginda Rasulullah saw dan para sahabatnya adalah contoh yang terbaik, dimana mereka menjalani kehidupan dalam kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dan agama seperti Yahudi dan Nasrani. Dari situ Islam berkembang kepada masyarakat lain ke serata dunia. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di timur tengah dewasa kini masih terdapat lebih 11 juta bangsa Arab Kristian, bertutur dalam bahasa Arab, ini tidak termasuk lagi bangsa Yahudi. Amalan dan perbuatan mengasingkan atau memisah-misahkan kelompok masyarakat yang beragama Islam dari bangsa, kaum atau agama lain tidak datang dari sumber ajaran al-Quran mahupun sunnah Rasulullah saw. Jadi apakah projek Mega Perkampungan Islam Ustat Sahul Hamid ini yang memerlukan dana RM5 juta ringgit? Apakah Islam di Pulau Pinang telah kehilangan kampungnya sehingga diperlukan seorang Naqsyabandiy dengan kerjasama JAIPP untuk membinanya kembali? Atau ia sekadar memperdagangkan nama Islam untuk mencapai tujuan-tujuan peribadi golongan tertentu? Pada hemat saya, kesemua ini adalah satu bentuk penipuan untuk mencari kekayaan secara halus dengan mengaburi mata umat Islam yang cetek pengetahuan agama, taksub terhadap guru tarekat, cenderung bersikap berkauman serta mereka yang telah lama dicandu untuk membenci golongan berlainan agama. Tidak dinafikan walaupun benar akan dibangun sebuah perkampungan dengan nama Islam seperti yang dirancang namun kesemua ini adalah hasil kutipan derma secara haram dari masyarakat umum yang pada akhirnya harta ini akan menjadi hak milik kekal jemaah dan Ustat terbabit. Sesiapa pun boleh dengan mudah membangun “Perkampungan Islam” seperti ini. Sungguhpun hal seperti ini mungkin bukan suatu kesalahan undang-undang, apakah Islam menghalalkannya?

Oleh yang demikian, pada hakikatnya bukanlah Perkampungan Islam itu motif atau fokus sebenar sebaliknya adalah untuk mendirikan sebuah masjid jamek persendirian yang boleh didirikan solat Jumaat setiap minggu. Perlu digarisbahwahi bahawa masjid-masjid di bandar-bandar besar adalah umpama itek yang mengeluarkan telur emas. Koleksi kutipan tabung Jumaat secara purata boleh mencecah dari RM5000 ~ RM8000 ringgit atau RM20 hingga RM32 ribu ringgit sebulan. Boleh duduk makan dengan goyang kaki, pakai kereta mewah, miliki rumah banglo dsb. Easy money! Islam Boleh! Saya pun boleh berhenti kerja dan memulakan projek Islam seumpamanya kerana apa pun kos pembangunan, ia sebenarnya ditanggung secara tidak langsung oleh umat Islam yang boleh diperbodohkan dengan mudah menggunakan label dan sentimen agama. Menyedari pembinaan sebuah masjid secara langsung bukanlah suatu kerja yang mudah, namun hasrat ini boleh dicapai secara tidak langsung dengan alasan Projek Mega Perkampungan Islam, dimana pembinaan masjid bukanlah fokus atau tema utama projek. Sila lihat lampiran 6 dan amati bangunan tengah (Masjid) pada pamplet iklan projek ini yang dipaparkan dikebanyakkan masjid di sekitar P.Pinang untuk tujuan pengumpulan dana RM5 juta. Ditambah dengan adanya sokongan dan hubungan baik sebahagian pihak di JAIPP, dan pengaruh ahli politik yang menyokong sebagai upah berkempen untuk partinya dalam ceramah dan khutbah Jumaat dapat dengan cepat merealisasikan projek ini. Saya tidak hairan kalau Ustat yang dimaksudkan akan menceburkan diri dalam politik untuk bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang, samaada untuk parti pembangkang yang sedang dipromosinya ataupun atas tiket persendirian kemudiannya boleh bergabung dengan mana-mana parti yang menang kerana yang penting tujuan material tercapai. Sungguhpun matlamat ini dapat direalisasikan ia tetap akan merugikan umat Islam kerana pengajian yang sedang dipopularkan oleh Ustat berkenaan adalah pengajian Islam klasik ala tarekat secara kekerasan dan cara ini hanya menarik minat segolongan kecil anak muda dan veteran. Dalam satu iklan promosi keluaran (Buku) Ustat terbabit mengenai khurafat dalam masyarakat melayu, nama An-Naqsyabandiy dinyatakan dengan jelas.


4. Memperalatkan Para Pengikut Untuk Tujuan Kepentingan Diri

Memperalatkan para pelajar dan pengikutnya untuk tujuan kepentingan diri sekaligus membahayakan keselamatan mereka. Contohnya, peristiwa merancang serta menyerang saya dengan senjata yang hampir menyebabkan hilang nyawa pada malam 20hb Januari 2011 di tingkat atas Restoran Makbul, Bayan Baru. Dimana beliau telah datang membawa sebatang kayu yang disorokkan beserta beberapa orang pengikut dan pelajar-pelajarnya, mengetuk kepala, menumbuk serta menolak dari tangga tingkat atas restoran berkenaan. Seandainya jika saya membalas kembali serangan ini mungkin menyebabkan ada pengikutnya yang tercedera. Lihat lampiran 2 untuk laporan kejadian serangan secara lanjut. Para Ibu-bapa menghantar anak-anak mereka untuk menuntut ilmu agama tetapi mereka disalahgunakan oleh Ustat yang bertauliah ini untuk kepentingan peribadinya.


5. Mempengaruhi Orang Awam Dalam Urusniaga Jual-Beli

Mempengaruhi orang ramai agar tidak berurusniaga jual-beli dengan peruncit milik non-muslim dengan alasan Jihad Ekonomi, memburuk-burukkan perniagaan non-muslim sekaligus mempromosi kedai runcit Halalantoyyibah yang diusahakannya di Gelugor secara tidak langsung. Seolah-olah hanya runcitnya sahaja yang menawarkan barangan yang halal untuk orang Islam. Dalam ceramah dan khutbahnya beberapa kali beliau menggunakan nama JAIPP dan Persatuan Pengguna; "Saya dengan kerjasama Pejabat Agama Islam..." (bila mana menganjurkan program mereka), "Saya dengan kerjasama Persataan Pengguna..." (bila mana mempromosi kedai runcitnya) untuk meyakinkan orang ramai. Malah menghina dan mengkritik perniagaan non-muslim adalah suatu perkara biasa. Andainya ceramah-ceramah seperti ini didengar oleh non-muslim sudah tentu mereka mempunyai persepsi yang negatif terhadap Islam. Maka tidak hairanlah mengapa ramai non-muslim yang membenci dan menjauhi agama Islam ala melayu.


6. Sikap Dingin Pihak JAIPP

Sesuatu yang tidak dapat diterima dan tidak masuk akal bilamana kesemua kejadian ini telah dilaporkan kepada JAIPP secara berulang-kali termasuk kejadian serangan yang dilakukan oleh Ustat terbabit, namun pihak JAIPP hanya meminta saya 'menyelesaikan hal ini dalam menjaga hubungan baik sesama saudara muslim' sebaliknya Ustat yang dilaporkan membuat kerja jenayah dan sindiket terus dibiarkan berkhutbah dan berceramah secara bebas. Walaupun kejadian serangan 20hb Januari telah dilaporkan pada keesokan melalui e-mail kepada JAIPP. Tetapi tindakan yang dibuat amat mengecewakan. Dalam satu reply pada 27hb Januari oleh pihak JAIPP memaklumkan kepada saya seperti berikut;

"Perkara ini telah mendapat perhatian pihak pengurusan atasan. Perkara ini sedang disiasat lanjut dan Ustat tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat".

Sebaliknya Ustat terbabit terus ditauliahkan berkhutbah dan berceramah. Merasa tidak berpuas hati dengan tindakan dingin yang ditunjukkan oleh pihak JAIPP. Saya telah bertindak mengadukan kejadian ini melalui e-mail kepada PM, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir serta pihak media TV pada 14hb Februari, dimana e-mail tersebut turut dihantar (Cc) kepada pihak JAIPP (Lihat salinannya pada lampiran 2). Menyedari perkara ini mungkin menjadi satu isu, dengan cepat pihak JAIPP bertindak, termasuk menghubungi handphone saya untuk mengesahkan kejadian dan meminta saya menghantar satu salinan laporan polis. Sila lihat lampiran 3, reply dan tindakan pantas yang diambil pada 16hb Februari sedangkan hal ini tidak dibuat semasa dilaporkan sebelumnya. Dalam e-mail tersebut dinyatakan:

"... Pihak pengurusan JHEAIPP telah pun bertemu dengan Ustaz Shahul Hamid pada petang 16 Februari 2011. Berkenaan dengan serangan ke atas saudara, Ustaz Shahul Hamid telah dinasihatkan untuk menjaga keperibadian sebagai seorang dai’...

Berkenaan dengan bacaan khutbah pula, Ustaz Shahul Hamid telah berjanji untuk melakukan perubahan terhadap cara penyampaian khutbahnya dan akan mematuhi garispanduan pembacaan khutbah bagi memastikan penyampaian khutbah yang lebih berhemah."

Nampaknya Ustat terbabit hanya menaburi janji kosong untuk memperbaiki penyampaian khutbahnya. Aduan penyalahgunaan mimbar Jumaat telah dibuat sebanyak 3 kali; 17hb-7-2009, 29hb-8-2009 dan 7hb-1-2011, kalau benarlah setiap kali aduan pihak JAIPP bertindak, sudah tentu penyelewengan seterusnya tidak terjadi. Adakah pihak JAIPP telah bertindak pada aduan kali pertama? Bagaimana pula pada aduan kali kedua dan ketiga? Saya rasa tidak kerana penyelewengan yang sama berlaku secara berulang kali oleh ustat yang sama. Jika pihak JAIPP telah benar-benar bertemu dan menasihatkan Ustat terbabit sampai setelah aduan kali ketiga. Bagaimana mungkin dan beraninya Ustat terbabit merancang dan menyerang saya pada 20hb? Ini menunjukkan walaupun pihak JAIPP telah menasihatkannya, beliau tidak mempedulikan nasihat tersebut. Atau kemungkinan lain adalah terdapatnya sebahagian pihak JAIPP sendiri telah bersubahat dan bekerjasama dalam rancangan serangan tersebut. Boleh jadi terdapat pengaruh politik untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam menyebarkan dakyah politik tempatan yang kotor dengan memburuk-burukkan pemimpin tertinggi. Kesemua ini adalah antara kemungkinan. Sekalipun selepas ini didapati Ustat terbabit telah benar-benar berubah dan insaf itu sebenarnya adalah hasil usaha dan keperhatinan saya dalam menjaga kesucian masjid dengan menerima serangan sebagai 'upah' sebaliknya pegawai JAIPP menerima gaji bulanan secara tetap. Saya tidak menyalahkan semua pegawai JAIPP sebaliknya walaupun terdapat satu atau dua orang yang cuai menyebabkan nama Jabatan ini tercemar.

Pihak kementerian dan pihak berwajib harus membuat suatu siasatan dalaman secara lanjut berhubung kes serangan ini dan sekaligus untuk memastikan JAIPP bebas dari sebarang penyelewengan atau pengaruh ‚politik’. Saya sebenarnya hilang kepercayaan terhadap pihak JAIPP kerana kecuaian mereka dalam menjalankan tugas dengan amanah menyebabkan saya menjadi mangsa serangan dan pihak JAIPP harus bertanggungjawab terhadap kejadian serangan ini. Setahu saya JAIPP adalah satu-satunya Jabatan Agama Islam yang mempromosi Islam dengan menggunakan golongan agama yang tidak layak. Ini kerana sejauh kejadian ini tidak ada sebarang tindakan pencegahan yang memuaskan untuk menjaga nama baik Jabatan. Hal seperti ini pun hanya terjadi setelah beralihan kuasa dari pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada parti pembangkang yang sedang memerintah P. Pinang kini sebaliknya tidak semasa pemerintahan BN, dimana instituisi masjid lebih terpelihara dari dicemari oleh pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan. Saya bukanlah orang yang ingin sibuk akan urusan JAIPP sebaliknya sebagai seorang jemaah yang telah bersolat Jumaat sejak 7 tahun yang lalu di masjid yang sama, tidak pula saya dapat mendiamkan diri bilaman seringkali ada 'anjing' jemputan yang masuk masjid dan 'menyalak' diatas mimbar.

Sejauh mana kawalan pihak kerajaan pusat ke atas JAIPP? Adakah pengurusan JAIPP tidak lagi dibawah kawalan pentadibiran pusat sebaliknya lebih banyak bergantung dan dikawal oleh parti-parti tempatan yang memerintah sesebuah negeri? Saya ingin tahu bagaimana seorang Ustat yang merancang dan menyerang jemaah, menyalahgunakan mimbar masjid dengan mengeluarkan kata-kata kesat, serta memperalatkan agama untuk kepentingan, telah dilaporkan kepada JAIPP sebaliknya pihak JAIPP masih menauliahkan Ustat terbabit tanpa sebarang tindakan? Apakah seseorang Ustat masih layak ditauliahkan walaupun pemegang tauliah punyai rekod jenayah di balai polis atau mungkinkah terdapatnya sebarang campurtangan politik tempatan untuk menutup kejadian bagi menjaga nama baik golongan tertentu? Jika kesemua persoalan ini terjawab dengan jujur nanti, akan memungkinkan kita untuk memahami kenapa Ustat terbabit masih bebas bermaharajalela dan diberikan status istimewa oleh JAIPP.


7. Siasatan Kes Yang Masih Tertangguh.

Laporan kejadian serangan telah dibuat pada 20hb-1-2011, lihat laporan polis pada lampiran 4. Pegawai penyiasat (IO) telah mengambil keterangan dan merakam beberapa gambar kecederaan di bahagian muka sebagai bahan bukti. Sayangnya saya tidak dapat sertakan lampiran gambar berkenaan kerana ia ada pada pegawai Polis. Diharap boleh dirujuk terus dari pegawai IO. Saya juga telah memaklumkan 2 input bagi membantu siasatan kes ini iaitu nombor handphone yang digunakan untuk membuat temujanji oleh pihak terbabit, dan mengenalpasti salah seorang pengikut yang turut serta bersama penyerang tersebut. Laporan perubatan kecederaan saya telah diterima oleh IO sejak bulan Mac 2011. Banyak kali telah saya menelefon pegawai penyiasat dan bertanya tentang status kes. Sering-kali, jawapan yang saya diterima, IO bercuti, out station, cuti sakit baru masuk kerja dsb. Apapun alasan yang diberikan saya tetap terima, pada masa yang sama saya juga terpaksa menanggung sebarang risiko dari kelewatan siasatan kes. IO memberitahu saya bahawa tidak perlu dibuat lagi siasatan kerana Ustat terbabit akan dipanggil untuk disoal siasat terlebih dahulu, jika beliau mengaku bersalah tidak perlu dibuat siasatan lanjut. Saya menunggu dan menunggu... Dari bulan Mac (sejak laporan perubatan diterima) hingga bulan Oktober 2011, sudah 7 bulan berlalu. Namun IO belum menunjukkan sebarang perkembangan tindakan siasatan? Sedia maklum, maklumat dan bahan bukti kes akan lenyap jika siasatan ditangguhkan terlalu lama. Misalnya hospital GH Penang punyai rakaman CCTV di bilik menunggu kecemasan. Kehadiran Ustat berkenaan untuk bertemu saya pada hari kejadian mungkin dapat dilihat dari rakaman CCTV berkenaan. Tetapi berapa lama rakaman CCTV ini akan disimpan sebelum dimusnahkan? Jika ia hanya untuk satu tempoh waktu yang singkat, 3 hingga 5 bulan, mungkin bahan bukti ini akan ‘hilang’ setelah tempoh tersebut tanpa disedari. Walaupun rakaman ini tidak begitu penting tetapi kehadiran Ustat terbabit untuk bertemu saya dapat dijadikan bahan bukti jika kejadian ini cuba dinafikannya.

Yang menghairankan adalah, bagaimana Ustat terbabit tahu kedudukan saya di Hospotal GH Penang pada malam kejadian sehingga dia boleh mencari saya ke sana? Satu-satunya pihak yang mempunyai maklumat lokasi kedudukan saya ketika itu ialah IO yang mengambil keterangan dari saya. Malahan saya ada memaklumkan kepada IO yang saya akan ke GH untuk mendapatkan rawatan kerana saya diberi dua pilihan oleh IO, iaitu GH Penang atau Hospital Balik Pulau. 20hb Januari adalah hari Thaipusam, Jalan raya dari Masjid Negeri menuju ke GH sangat sesak kerana kawasan tersebut adalah kawasan sasaran perarakan Thaipusam. Saya hanya mula sedar malam perayaan ini setelah melihat kesesakan, jika saya memikirkan lebih awal, mungkin saya memilih untuk ke Hospital Balik Pulau. Sedang dalam kesesakan tersebut, handphone saya menunjukkan miss call dan bila saya membuat panggilan ke nombor miss call tersebut, saya diberitahu ia adalah balai polis dan Inspektor Yusuf (IO) ingin menghubungi saya. Memandangkan saya ada no handphone IO, terus saya hubungi beliau. IO sendiri telah mengesahkan kembali kedudukan saya melalui berbualan telefon tersebut. Siapakah yang mungkin memberikan maklumat lokasi kedudukan saya di GH kepada Ustat terbabit? Ustat terbabit datang bertemu saya di GH dan memohon maaf serta merayu agar ditarik balik laporan polis. Bila saya enggan menurut kemahuannya beliau sempat mengugut dan meminta saya menghentikan menyebarkan maklumat tentangnya. Pada petang keesokan harinya saya dihubungi lagi oleh Ustat terbabit, momohon maaf dan meminta saya menarik balik laporan polis. Bila saya enggan, beliau menawarkan sebarang ganjaran wang yang saya harapkan. Saya tetap menolak. Sila lihat lampiran 2 untuk keterangan lanjut.


8. Lampiran-Lampiran & Harapan:

Surat ini turut dihantar kepada beberapa jabatan untuk tindakan dan siasatan lanjut. Diharapkan agar pihak tuan dapat melihat dulu gambar kecederaan dan laporan perubatan dan bertindak memanjangkan laporan ini kepada jabatan yang selayaknya sebagai suatu enforcement. Tanpa adanya enforcement dari pihak tuan, siasatan kes ini mungkin akan tertangguh dan penjenayah akan terus bebas. Saya berharap agar Ustat terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sesuai dengan tindakannya menurut peruntukan undang-undang. Hendaknya Islam tidak dipergunakan sebagai suatu alat oleh pihak-pihak tertentu bagi menyelamatkan diri dari perbuatan jenayah yang telah dilakukannya. Dibawah ini saya sertakan salinan lampiran 1 hingga 6 seperti yang dinyatakan untuk rujukan dan tindakan pihak tuan:

Lampiran 1: Salinan E-mail Asal Aduan Penyalahgunaan Mimbar Jumaat Kepada JAIPP
Lampiran 2: Salinan E-mail Laporan Serangan Kepada PM, YB, JAKIM & Media
Lampiran 3: Salinan E-mail Reply oleh JAIPP Setelah E-mail Laporan kepada PM & JAKIM
Lampiran 4: Salinan Laporan Polis: Bayan Baru/000194/11
Lampiran 5: Salinan Laporan Perubatan
Lampiran 6: Pamplet Projek Mega Perkampungan Islam

Saya boleh dihubungi melalui nombor handphone dibawah. Suatu penghargaan kepada saya jika saya dapat dihubungi walaupun sekadar hanya untuk mengesahkan penerimaan surat ini oleh Jabatan tuan. Terima kasih diatas segala perhatian dan kerjasama dari pihak YB/YAB/Dato'/Tuan/Puan yang mulia. Sekian dimaklumkan.

“Bersih Cekap dan Amanah”

Yang Benar,

………………………………..
(Mohamed Yasir Bin Yacob)
HP: 014-3496786
Lampiran 1:
E-mail Asal Aduan Penyalahgunaan Mimbar Jumaat Kepada JAIPP


From:             Mohamed Yasir Bin Yacob 
Sent:               Friday, January 07, 2011 5:44 PM
To:                  Islamic-ebook@yahoogroups.com
Cc:                  Roziyah_Shariff@penang.gov.my; azmah@penang.gov.my;
Subject:          Teori Konspirasi Disebalik Khutbah Jumaat Yang Sering Dicemari


Assalamualaikum wbt,

Hari ini, 7-Jan-2011 muncul lagi Us. Shahul Hamid, sebagai khatib undangan di Masjid Sg Tiram, Bayan Lepas, Pinang. Tak habis2 dengan sikapnya yang menghina pemimpin dengan kata2 kurang enak didengar. Saya sebenarnya malu juga bila dengarnya. Saya dah solat Jumaat di Masjid ini sejak ~ 7 tahun yang lalu. Cuma sejak kebelakangan ini masjid ini serta beberapa tempat yg sering dikunjungi oleh beliau dijadikan sebagai tempat untuk 'menonjolkan' diri, kononnya beranilah, sebab boleh berkata2 "Pemimpin Bodoh" tanpa menyebut nama PM... Menegur, mengkritik para pemimpin bukanlah salah sebaliknya janganlah dengan cara melampau, seolah2 tidak bertamadun. Apalagi jika kita sebagai pendakwah Islam, tentu nama Islam itu yang akan tercemar.

Barangkali, saya boleh kemukakan suatu Teori Konspirasi disebalik kejadian ini, kenapa beliau sering muncul dengan sikap yang tidak Islamic. Tidak lama dulu beliau ada lancarkan suatu projek 'Perkampungan Islam' yang memerlukan kos RM5 juta ringgit. Sebenarnya beliau membuat banyak rayuan & kutipan derma hampir setiap hari dengan macam2 alasan dan label Islamic, walaupun ianya sah dan mungkin dengan kebenaran pihak Jabatan agama yg sudah sedia maklum. Namun sikap mengkritik dengan perkataan yang kesat spt ini sebenarnya menjadi suatu wadah dan tarikan kepada para pengikut setianya yg cenderung membenci kerajaan dan kepada mereka yang suka mendengar ceramah2 ekstrimis sptnya. Disamping kedapatan para penyokong (pembangkang) yang membenci PM. Selain itu P. Pinang bukan lagi dibawah pemerintahan parti PM. Jadi kesempatan spt ini membuka ruang yang agak besar untuk 'berani' menonjolkan diri, menggunakan mimbar Jumaat bagi mencapai tujuan, sekalipun ianya mungkin utk suatu tujuan yang baik. Sebab itu habis sahaja slot khutbah ini, beliau akan menyusuli dengan membaca beberapa hadis atau kebaikan memberi sedekah jariah untuk menggalakkan para jemaah menyalurkan menderma bagi projek beliau mahupun aktiviti madrasahnya. Maka ramailah yang melihat bahawa ustad ini sebagai seorang hero Islam sebagaimana yang mereka harapkan dan ramailah yang mengerumuni untuk bersalaman dan menyalurkan sumbangan ikhlas mereka. Ya, barangkali teori konspirasi saya mungkin saja salah, tetapi sikap beliau ini membuka jalan untuk saya berteori spt ini....

Ini bukanlah kali pertama saya membuat aduan berhubung khatib ini kepada JAIPP, agar mereka senantiasa membuat pemantauan. Namun tidak pasti sama ada pihak JAIPP benar2 membuat kerja seperti yang dijanjikan sebelum ini ataupun tidak. Mungkin juga sebahagian kakitangan JAIPP itu sendiri cenderung kepada parti pembangkang atau menjadi pangikut setia ustad ini. Wallaualam.


Yours truly,
Mohamed Yasir,

Lampiran 2:
E-Mail Laporan Serangan Kepada PM, YB, JAKIM & Media


From: Mohd Yasir
To: najib@1malaysia.com.my; menteri@islam.gov.my; Roziyah_Shariff@penang.gov.my; communications@mediaprima.com.my; contactus@altmedia.my; contactus@altmedia.my; projakim@islam.gov.my; news@tv3.com.my; news@tv7.com.my
Cc: razi@islam.gov.my; gunawan@islam.gov.my; alhafiz@islam.gov.my;
Sent: Mon, February 14, 2011 5:32:56 PM
Subject: Laporan Jemaah (Mangsa) Diserang Oleh Ustad Kerana Membuat Aduan Ke Pejabat Agama
Assalamualaikum wbt,
Kepada;
YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir, barisan wakil pejabat agama Islam & para wartawan…
Pertama sekali ingin saya mungucapkan ribuan terima kasih atas usaha & kegigihan yang tunjukkan oleh kerajaan dibawah pimpinan PM serta semua pihak yang terlibat termasuk media TV dalam usaha membawa keluar para pelajar Malaysia dari Mesir.
Saya seorang pekerja di kilang Osram Opto Semiconductors, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tujuan saya menulis adalah untuk memaklumkan suatu serangan yang telah dirancang dan dilakukan oleh seorang yang berstatus ustad, Sahul Hamid Bin Seeni Mohamad terhadap saya disebabkan suatu aduan berkenaan khutbah jumaatnya yang menghina PM. E-mail aduan saya kepada JAIPP pada 7hb-Jan-11 boleh dibaca di http://groups.yahoo.com/group/Islamic-ebook/message/16977.
Merasa tidak berpuas hati dengan aduan saya kepada pihak JAIPP, ustad Sahul telah merancang dan menyerang saya pada 20hb Jan 2011 disebuah restoran di Bayan Baru melalui salah seorang pengikutnya yang meminta saya bertemu di restoran berkenaan.
Ringkasan rentetan kejadian serangan ini spt berikut:
-  Pada 17hb Jan 2011 saya menerima panggilan dari hp bernombor; 019-4376720 yang ingin berjumpa saya untuk mendapatkan penjelasan sebuah subjek perbincangan grup.
-  Temujanji kami dibuat pada 20hb Jan di Restoran Makbul, Bayan Baru tingkat atas jam 9:30PM.
-  Sahabat ini bertemu saya sekitar jam 9:45PM, kami perkenalan secara ringkas sebelum saya mulakan perbincangan menggunakan laptop saya.
-  Kemudian beliau menerima sebuah panggilan melalui HP. Besar kemungkinan untuk mengesahkan kehadiran saya oleh ustad berkenaan sebelum bertindak.
-  Selang 5 ~ 10 minit kemudian ust Sahul Hamid beserta sekitar 3 hingga 4 orang pengikutnya naik menuju ke meja makan saya. Ust Sahul membawa sebatang kayu yang disorokkan di dalam sehelai kain agar tidak dilihat oleh orang ramai. Beliau terus menghentak dengan kuat kayu tersebut diatas meja saya, mengamuk dan memarahi saya atas aduan saya kepada pihak JAIPP. Pengikutnya mengelilingi saya secara bulatan.
-  Saya meminta agar beliau berbincang dulu sebarang masalah atau buat aduan kepada pihak berkuasa jika tidak berpuas hati. Saya memberitahu akan membuat aduan polis terhadap tindakan kasar yang melampaui batas. Namun beliau tidak endahkan serta menghalang saya yang cuba balik. Salah seorang pengikutnya yg berada dibelakang saya, memberikan isyarat kebenaran agar memegang saya dari belakang. Menyedari hal saya akan mula diserang, saya memegang janggut ust berkenaan. Dia sempat merangkul leher saya serta memasukkan jarinya ke dalam mulut saya dan menarik. Ini menyebabkan mulut bahagian dalam saya terkoyak beberapa cm. Mulut saya berlumuran darah dan saya sempat meludahkan darah tersebut ke atas jubah putih ustad berkenaan. Kejadian ini turut disaksikan oleh sejumlah pelanggan restoran berkenaan.
-  Saya mengumumkan akan membuat laporan polis tentang kejadian ini sambil mengambil laptop saya dan mula turun anak tangga menuju tingkat bawah. Beliau dan pengikutnya mengikuti belakang saya. Selang melangkah turun beberapa anak tangga saya baru teringat bahawa beg laptop saya tertinggal di maja makan di atas. Saya memusingkan badan, meminta izin naik kembali untuk mendapatkan beg. Ketika itu ust Sahul membuat serangan susulan, memukul kepala saya dengan kayu yang dibawanya. Laptop saya terlepas dari tangan dengan tiba-tiba tanpa disedari dan terjatuh dibawah tangga (kesan hentakan kayu di kepala) dan bila saya mendongak ke atas beliau sempat menumbuk muka saya dengan tangan kirinya sehingga saya jatuh kearah belakang dan pengsan tidak sedarkan diri beberapa saat (kesan dari pukulan kayu di atas kepada). Kesempatan ruang tangga yang sempit dan tidak dapat dilihat oleh orang awam digunakan untuk membuat serangan kedua ini. Bila saya mula sedar kembali membuka mata, badan saya dipapah dan ditegakkan oleh mereka yang ada dibahagian belakang (bawah anak tangga). Jika badan saya tidak ditahan oleh mereka yg berada dibahagian bawah anak tangga, mungkin saya akan jatuh di bawah tangga, kepala saya mungkin cedera parah yang boleh menyebabkan koma atau mati.
-  Saya mengumumkan kembali akan buat aduan polis, laptop saya yang jatuh pecah dikutip dan diberikan kepada saya beserta beg yang sempat diambilkan oleh salah seorang dari mereka.
-  Saya bergegas menuju masuk ke dalam kereta, para pengikutnya mengejar mengikuti saya dari belakang dan menahan pintu kereta agar tidak ditutup. Mereka cuba rampas kunci kereta dan mengajak saya kembali berbincang dengan ustad. Saya tidak mahu dan bila pintu kereta dilepaskan, saya segera menutup serta mengunci dan terus memandu menuju ke balai polis Bayan Lepas untuk membuat aduan polis.
-  Pihak polis telah mengambil keterangan saya dan mengambil beberapa gambar kecederaan di muka sebelum saya diminta ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rujukan no. laporan polis: Bayan Baru/000194/11.
-  Mengetahi saya telah membuat laporan polis, ust Sahul datang bertemu saya di GH di ruang menunggu unit rawatan kecemasan. Beliau memohon maaf dan merayu agar saya menarik kembali laporan polis. Setelah usaha memujuk gagal, beliau cuba mengugut dengan mengatakan mereka golongan tarekat memang selalu begitu dan menasihatkan saya agar tidak lagi cuba menyiarkan apa-apa tentangnya di internet. Nampaknya pihak polis telah memberikan informasi lokasi saya kerana satu-satunya pihak yang mengetahui saya sedang berada di GH adalah Inspektor Yusuf yang mengambil keterangan dari saya. Malah Inspektor telah mengesahkan kedudukan saya melalui telefon sebelum memberikan maklumat kedudukan saya kepada penjenayah terbabit. Sepatutnya pihak polis melindungi keselamatan saya sebagai mangsa bukan membahayakan keselamatan saya dengan memberikan maklumat kedudukan saya.
-  Pada keesokan harinya Ustat Sahul menelefon HP saya dan memohon maaf serta merayu lagi minta saya menarik balik laporan polis. Bila saya enggan beliau menawarkan sebarang bayaran yang saya harapkan. Saya tetap menolak.
GH mempunyai CCTV di ruang menunggu bilik kecemasan, mungkin kehadiran Ust. berkenaan unutk bertemu saya dapat dilihat pada hari kejadian 20hb-21hb, Jan 2011 jika rakamannya masih ada. Restoran Makbul pun punyai CCTV, dan bila saya cuba mendapatkannya dari salah seorang anak tauke restoran berkenaan (En Azlan), beliau beralasan bahawa CCTV restorannya tidak berfungsi dengan baik dan tiada rakaman. Keengganan pihak restoran berkerjasama sedia maklum. Ust Sahul punyai hubungan yang baik dengan pihak restoran, mereka meletakkan tabung derma madrasah anak-anak yatim mereka di kesemua rangkaian restoran ini dan beberapa restoran lain di sekitar P. Pinang. Kesempatan hubungan ‘baik’ ini digunakan oleh ust Sahul untuk merancang serangan terhadap saya. Saya percaya besar kemungkinan beliau sudah meminta agar rakaman CCTV ditutup sebelum naik ke tingkat atas sebelum masuk menyerang saya. Jika tidak mustahil seorang yang berstatus ustat begitu berani membawa senjata (kayu) dan pengikutnya untuk menyerang dikhalayak ramai.

Kecederaan Kesan dari Serangan
Saya alami beberapa keceraaan di:-
-  Bahagian dalam mulut terloyak dan terpaksa menerima 4 hingga 5 jahitan.
-  Leher, tengkuk dan belakang telinga lebam
-  Muka dan hidung (bahagian kanan) tercedera kesan dari tumbukan semasa di anak tangga.
-  Kepala sering sakit pada waktu pagi, tengahari dan malam hampir setiap hari walaupun kejadian sudah lebih 3 minggu. Memandangkan tidak ada kecederaan bahagian luar kepala. Doktor hanya memberi ubat tahan sakit dan tidak membuat pemeriksaan lanjutan bahagian dalam kepala.
Laporan saya kepada pihak polis tentang serangan ini secara ringkas telah dimaklumkan melalui email saya kepada pihak JAIPP, lihat di; http://groups.yahoo.com/group/Islamic-ebook/message/17091. Saya dimaklumkan melalui sebuah email oleh Penolong Pengarah Pentadbiran Am & Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Tuan Rizal Bin Kamis, bahawa perkara ini sedang disiasat lanjut dan telah mendapat perhatian pihak pengurusan atasan, Y. Bhg. Roziyah Shariff, Ketua Penolong Pengarah, JAIPP.
Saya juga difahamkan ada badan-badan NGO yang telah membuat aduan kepada pihak berkuasa disebabkan kes menghasut pengguna muslim agar tidak berurusniaga dengan peniaga non-muslim - salah satu cara kotor untuk melariskan perniagaan runcit halalantoyyibah yang diusahakannya di Gelegor. Barangkali pihak berwajib dan wartawan mungkin boleh dapatkan senarai aduan yang dibuat atas nama beliau termasuk aduan yang diterima oleh JAIPP dan kes-kes lain yang mungkin dilaporkan di balai polis. Saya sendiri sejak tahun 2009 telah membuat 4 aduan berasingan kepada JAIPP yang mana kesemuanya berkaitan dengan penyalahgunaan mimbar Jumaat, dan 3 darinya adalah tentang ustad Sahul Hamid. Sila lihat;
29-Aug-09, Masjid Sg. Tiram: Mimbar Jum'at Dicemari dengan Menghina bekas PM, Dr.M dalam Bulan Ramadan.
Terbaru, 7-Jan-11, Masjid Sg. Tiram: boleh dibaca di http://groups.yahoo.com/group/Islamic-ebook/message/16977
Seingat saya, sebelum peralihan pucuk pimpinan BN (sebelum kekalahan dalam pilihanraya umum ke 12) di P. Pinang , masjid tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan-tujuan yang tidak bermaruah seperti ini, mahupun nama Islam digadai untuk meraih simpati para jemaah. Jika adapun pihak berwajib segera bertindak. Setelah beralihan kuasa, sangat dikesali macam2 hal yang terjadi yang pada akhirnya mencemarkan nama Islam dan instituisi masjid itu sendiri pada pandangan orang awam muslim dan non-muslim. Barangkali mungkin saja terdapat maksud-maksud politik yang disepakati yang tersembunyi disebalik aktiviti2 seperti ini untuk mempengaruhi orang awam.
Saya juga berharap agar projek Perkampungan Islam yang sedang diusahakan oleh Ust berkenaan dengan kutipan derma secara meluas dipantau dan diawasi agar ia bebas dari sebarang aktiviti pelampau & keganasan atas nama Islam. Sedangkan kutipan derma dengan cara spekulasi seperti ini adalah jelas haram dalam Islam. Nama Islam tidak seharusnya dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri atau sesuatu jemaah dengan cara mengaburi mata orang awam. Bayangkan, saya menjadi mangsa dan hampir mati hanya kerana membuat aduan bertulis kepada JAIPP serta mendedahkan beberapa aktiviti yang mencemarkan nama Islam dan bagaimana jika mereka berjaya membina ‘kubunya’? Mungkin lebih banyak aktiviti yang tidak sihat akan wujud pada masa-masa akan datang. Jangan sampai satu lagi kumpulan atau perkampungan pengganas wujud atas nama Islam umpama al-ma’unah dikeranakan kecuaian sesetengah pihak. Penjenayah ini masih bebas diluar sana, mengajar dan berkhutbah kesana-sini, berselindung dengan gelaran ‘ustad’ yang masih ditauliahkan oleh pajabat agama Islam Pulau Pinang.
Sehingga kini 20hb September 2011 pihak polis masih belum membuat sebarang siasatan walaupun puluhan kali saya menelefon dan bertanya tentang kes ini. Saya percaya kes ini masih tertangguh kerana pengaruh politik. Sebagai seorang rakyat, saya menuntut keadilan & hak saya.
Saya berharap agar pihak wartawan TV mendapatkan gambar kecederaan saya yang dirakam oleh pihak polis semasa membuat laporan serta disiarkan kepada umum untuk diadili. Pegawai penyiasat yang mungkin boleh dihubungi ialah Inspektor Yusuf (012-3624440).

Yang Benar,
Mohamed Yasir Bin Yacob,
No. KP: 720103-71-5013
H/P: 014-3496786
Lampiran 3:
E-mail Reply oleh JAIPP Setelah E-mail Laporan kepada PM & JAKIM



From: "roziyah@penang.gov.my"
To: Mohd Yasir
Cc: Yusuff_Ahmad/JAIPP/PSUK@penang.gov.my; Ayob_Yaacob/JAIPP/PSUK@penang.gov.my; Norzli_Mat/JAIPP/PSUK@penang.gov.my; Rizal_Kamis/JAIPP/PSUK@penang.gov.my
Sent: Wed, February 16, 2011 5:27:38 PM
Subject: Re: Laporan Jemaah (Mangsa) Diserang Oleh Ustad Kerana Membuat Aduan Ke Pejabat Agama


Saudara,

Jabatan ini amat bersimpati dengan apa yang telah berlaku kepada saudara.  Untuk makluman saudara, pihak pengurusan JHEAIPP telah pun bertemu dengan Ustaz Shahul Hamid pada petang 16 Februari 2011. Berkenaan dengan serangan ke atas saudara,  Ustaz Shahul Hamid telah dinasihatkan untuk menjaga keperibadian sebagai seorang dai’. Walau bagaimanapun, memandangkan saudara telah pun membuat laporan polis, maka perkara ini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Berkenaan dengan bacaan khutbah pula, Ustaz Shahul Hamid telah berjanji untuk melakukan perubahan terhadap cara penyampaian khutbahnya dan akan mematuhi garispanduan pembacaan khutbah bagi memastikan penyampaian khutbah yang lebih berhemah. Jabatan ini amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dalam menjaga hubungan baik sesama saudara muslim.


Sekian, terima kasih.

           t.t.
(ROZIYAH SHARIFF)
Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan)
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
Lebuh Pantai
10300 PULAU PINANG
Tel: 04-2637 200 (samb.
853)       Fax: 04-2502 810








Lampiran 4:
Salinan Laporan Polis: Bayan Baru/000194/11

Lampiran 5:
Laporan Perubatan


Lampiran 6:
Pamplet Projek Mega Perkampungan Islam

11 comments:

  1. Nama saja ustaz perangai kalah syaitan..siapa kena tau la dia mcmna...PERJUANGKAN ISLAM ATAU PERJUANGAN KAN ISTERI2..YANG DAH ADA 3...TUNGGU MASA NAK MASUK 4 JE BELUM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah perangai syaitan yg Ust tu dah kalahkan? Saudara pernah berdamping dgn syaitan ke sampai tahu perangai syaitan yg dasyat sgt tu? Tak wajar komen ttg kelebihan dia beristeri ramai, semua tu Allah bg kelebihan sb org2 tsb mampu dr zahir/batin. Kita yg tak mampu ni kena dekat diri dgn Allah selalu.. Allah maha melihat & mendengar..

      Delete
  2. pengadu atau yg buat laporan ne..sebenarnya jahil.... dh la jahil x mau menuntut ilmu plak... dok kata ustad jahat la plak.... aku dengar dan menilai aper yg ustat ne kata sebenarnya x ader salah silap pun...betul jugak aper yang dia kata masa atas mimbar tu.... kat kilang pun banyak org yg tk bersetuju ngan pandangan ang...pas tu dok wat pandai plak.... teguran dan nasihat saya..fikir2kanlah ( jangan jadikan diri kata ne lebih teruk dari binatang) ader telinga dengar dan ada mata lihat...ader yang syukur dan ader yg kufur...

    ReplyDelete
  3. walaupun aku tak setuju pukul pukul ni..takyah laaa nak repot2 polis kalau pm kena kutuk tak yah jadi pencacai tak der keja...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Inilah bukti dan tanda2 akhir zaman. Disebut dlm hadis fitnah dan penyelewengan akan muncul daripada para ulama, golongan yang alim...

    Mereka2 yg menyokong perlakuan jenayah adalah dlm komen2 sini adalah para pengikut fanatik. Suruh minum kencing pun buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. golong yg 'mengaku' ulama. Kesilapan kecil dlm menyampaikan hadith bahaya. Neraka tempat org yg meggunakan nama Nabi dgn cara salah. Istigfar..

      Delete
  6. adoi kesiannya... saya bersimpati dengan tuan & pada masa yang sama terasa kelakar yang amat pulak apa yang berlaku kat tuan ni. kahkahkah

    ReplyDelete
  7. la ni kes lama ke baru...

    ReplyDelete
  8. Tengok muka ust tu pun memang macam penjenayah dlm filem... tak ada nur Islam. Macam badut pun ada. hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi ajar bencikan sifat bukan rupa seseorang terutama kpd org Islam. Kondem rupa bermakna kondem ciptaan Allah. Ada Allah bg lawa & sebaliknya. Kena bersyukur..

      Delete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.