"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, February 12, 2012

PAS cakap tak serupa bikin, kuman di seberang nampak!

Betulkah TGNA memakai jubah sami Gred A?


Nizar menyertai majlis nyalaan lilin memperingati kematian Teoh Beng Hock

Elok sangat Mufti Perak tegur pasal kehadiran DS Najib ke perayaan Thaipusam. Tapi Dewan Pemuda PAS Pusat jangan pula bersikap umpama "kuman di seberang nampak, gajah di depan muka tak nampak". Pasal kehadiran pemimpin-pemimpin ke rumah gereja, kuil, wat Siam dan menyertai upacara lilin dan sebagainya telah lama dimulakan oleh pemimpin pembangkang sendiri.

Jika tidak salah pada ingatan akulah, TG Nik Aziz juga pernah menyertai penganut agama buddha ke wat Siam di Kelantan. Malahan lebih teruk lagi bekas mantan MB Perak, Nizar Jamaluddin menghadiri upacara lilin bersama dengan penganut-penganut kristian yang lain bagi mengingati kematian Teoh Beng Hock. Adakah Dewan Pemuda PAS Pusat anggap upacara itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam? Kenapa Ketua Pemuda PAS berdiam diri atau membisu bila terkena kepada pemimpinnya sendiri?

Kita harap tak lama lagi DS Najib dapat memberi pandangan kenapa perlunya kehadiran beliau ke situ dan apakah kehadiran beliau sekadar memenuhi permintaan rakyat kaum Hindu yang menghormati beliau selaku PM?  Waktu sekarang mana-mana pemimpin kena lebih berhati-hati sebab ada pihak sentiasa mencari kesalahan orang lain. Malahan sanggup pula memfitnah asalkan memberi keuntungan kepada parti mereka.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.