Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.
Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.
Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.
“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.
“Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.
“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.
“Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.
Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.
Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.
“Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.
“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.
“Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya.
Salam ... hmm , bukankah hanya Allah yang layak memberi ganjaran pahala dan dosa?
ReplyDeletedisini saya bukan ingin menyokong PAS mahupun BN . cuma saya ingin anda semua berfikir.
1. Di mesir sendiri Ikhwanul Muslimin berkerjasama dengan orang non-muslim dalam JFP ... SEDANGKAN RASULULLAH SENDIRI BEKERJASAMA DENGAN NON-MUSLIM, siapa pula kita nak cakap yang kita HARAM kerjasama dengan non-muslim.
2. Kalau PAS sekarang tak sama dengan PAS dahulu, maka tidak dapat dinafikan UMNO sekarang juga tidak seperti UMO dahulu yang mementingkan keadilan. Tetapi bila media berat sebelah. Hati saya pun berat jugak na undi UMNO. Tidak mungkin KERAJAAN SENTIASA BETUL dan TIDAK MUNGKIN PAS SENTIASA SALAH
3. Apa bukti menyokong PAS itu menghancurkan umat islam sedangkan kerajaan UMNO sendiri mengHALALkan judi dan arak. Kerajaan sendiri mengundang artist2 K-POP yang bertelanjang membuat persembahan di ibukota dengan membelanjakan DUIT RAKYAT YANG BANYAK UNTUK MENGUPAH MEREKA 'MENARI BOGEL DAN LUCAH' dihadapan belia... adakah kerajaan sebegini yang akan menjunjung SYARIAT DIATAS BUMI ALLAH MALAYSIA ini?
4. Setahu saya, dengan menyokong PAS umat islam tidak berpecah dan menyebabkan kita tidak bersatu .. kerana setahu saya PAS tidak pernah menyuruh penyokongnya membenci mereka yang tidak sealiran fahaman politik dengan mereka
5.Saya tidak nampak kesatuan umat islam dibawah pemerintahan umno-BN... Malahan kesatuan itu dirobek dengan anasir-anasir dalaman yang meruntuhkan lagi nilai sahsiah dalam diri umat islam. Sesungguhnya ukhuwwah ( ikatan/kesatuan/kesefahaman) umat islam itu ialah perkara yang membawa kita lebih dekat pada Allah. kalau umat islam BERSATU/BERUKHUWWAH UNTUK TUJUAN KEMURKAAN maka itu sudah tidak selari dengan syariat. Lihatlah sahaja pergaulan bebas diantara ahli2 UMNO-BN dan juga KETIRISAN NILAI2 MUSLIMAH dalam kalangan puteri2 dan wanita UMNO...
Minta diperjelaskan ... Disini bukan untuk menyokong PAS etapi musykil dengan Pemerintah sedia ada. atas dasar ini mungkin juga ramai rakyat yang mula sedar dan menginginkan satu bentuk pemmerintahan baru tanpa 'PUTAR-BELIT' lidah kerajaan . Wallahua'lam ... Semoga Allah beri kita hidayah ke jalan yang benar . Jika UMNO yang terbaik untuk kita dan agama kita , semoga Allah perlihatkan , begitu juga jika PAS terbaik untuk kita dn agama kita , semog Allah permudahkan jalan .. amiin