Manusia-manusia hipokrit mula membuat tuduhan bahawa rusuhan ganas itu berlaku kerana PDRM. Seperti biasalah, Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tetap menyalahkan pihak polis. Inilah manusia hipokrit di Pulau Pinang yang mempergunakan Melayu PAS dan PKR hingga sanggup bermandi darah menggerakkan Bersih 3.0 yang diketuai oleh Ambiga Betina.
Apa kata jom kita berdemontrasi di hadapan Komtar? Kita cuba memenuhi tangga-tangga Komtar, masuk ke dalam lif hingga ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Apa dia nak kata kepada kita sebab kawasan Komtar adalah hak rakyat Pulau Pinang. Bangunan Komtar itu bukan untuk dia rakyat Melaka sebaliknya untuk kita anak jati Pulau Pinang. Orang Melayu Pulau Pinang, Cina Penang, India Penang dan mamak-mamak Penang lebih berhak menggunakan kawasan Komtar.
Kita cabar Guan Eng jika DBKL benarkan peserta-peserta Bersih 3.0 berhimpun secara aman berdekatan Dataran Merdeka, kita nak minta MPPP pula membenarkan peserta-peserta kita berada di bawah Komtar.
Ayuh! Perkasa dan NGOs Melayu/Islam jangan tunggu lagi. Tunjukkan pula kepada setiap kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, apakah dengan cara berdemontrasi merupakan suatu kaedah yang terbaik bagi sesebuah kerajaan yang memerintah?
Kita nak lihat apa tindakan Guan Eng setelah ribuan rakyat membanjiri kawasan Komtar? Aku yakin akhirnya polis juga agensi kerajaan persekutuan yang dipanggilnya. Guan Eng akan mengatakan perhimpunan itu nanti adalah perhimpunan haram yang didalangi oleh UMNO. Kenapa bila Guan Eng tersepit kuasa polis juga yang diminta? Kenapa ketika ini Guan Eng sangat percaya pula lepada anggota keselamatan?
Tapi semalam Guan Eng meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pasukan polis. Puluhan ribu peserta demontrasi adalah ahli-ahli PAS yang baik-baik dididik dengan tertib dan berdisiplin, kata Nik Aziz. Nik Aziz juga tak percaya yang memukul anggota polis itu adalah ahli Pas. Dia tak percaya yang merusuh dan melanggar sekatan polis itu adalah ahli PAS.
Nik Aziz tak turun gelanggang. Mana dia tahu. MB Kelantan itu cuma bayar duit hotel, duit tambang dan duit makan untuk ahli-ahli PAS menyokong Bersih 3.0. Ambiga Betina sangat gembira kerana Melayu bangsa bodoh! Mustahil TG Haji Hadi tak kenal Ambiga. DS Anwar Ibrahim tersangat-sangatlah tahu. TG Nik Aziz pun tahu, Mat Sabu lebih tahu. Tapi pemimpin-pemimpin PAS ini semuanya hipokrit. Berselindung disebaliknya perjuangan untuk pilihanraya yang adil dan bersih.
Nik Aziz tak turun gelanggang. Mana dia tahu. MB Kelantan itu cuma bayar duit hotel, duit tambang dan duit makan untuk ahli-ahli PAS menyokong Bersih 3.0. Ambiga Betina sangat gembira kerana Melayu bangsa bodoh! Mustahil TG Haji Hadi tak kenal Ambiga. DS Anwar Ibrahim tersangat-sangatlah tahu. TG Nik Aziz pun tahu, Mat Sabu lebih tahu. Tapi pemimpin-pemimpin PAS ini semuanya hipokrit. Berselindung disebaliknya perjuangan untuk pilihanraya yang adil dan bersih.
Ambiga merupakan pejuang pluralisme, LGBT, membela orang Melayu yang dimurtadkan, mempertikaikan pihak berkuasa melarang Gereja menggunakan perkataan Allah dan banyak lagi. Inilah Pengerusi Bersih 3.0 yang Haji Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu, Anwar Ibrahim sokong. Apakah Ambiga Betina adalah pemimpin Islam? Apakah DS Najib, pemimpin yang wajib diperangi oleh ahli-ahli PAS? Siapakah mereka yang sebenarnya akan dilaknati oleh Allah dalam isu ini? Wallahu alam.