Jika kita baca Haprak Daily pada hari ini akan terbaca kita bahawa Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata pihaknya akan tetap berkampung di Dataran Merdeka selagi kerajaan tidak mengemukakan satu kaedah yang jelas berhubung tuntutan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Haprak betul la hampa ni! Mahasiswa dari IPT seluruh negara bukan 500 orang tapi melebihi 500,000 orang penuntut. Yang datang berdemontrasi hari itu cuma 200-300 orang sahaja. Ini memberi maksud bahawa yang mahasewel yang sejumlah itu, tidak boleh sama sekali mewakili mahasiswa yang seramai 500,000 orang itu.
Mahasewel: Berkhemah dalam bandaraya! |
Alhamdulillah, meskipun begitu, masih ada ratusan ribu mahasiswa yang begitu faham polisi PTPTN dan tidak menyokong kumpulan kecil mahasewel. Cuma mahasewel dengan beberapa orang sahaja yang masih meneruskan kesewelan mereka dengan terus berkhemah di atas dataran merdeka.
Makhluk Perosak kepada Mahasewel |
Cuba cari negara mana dalam dunia yang beri pendidikan percuma di peringkat universiti? Jika ada pun negara yang kaya tetapi sudah pasti cukai begitu tinggi di negara itu. Bersyukurlah, kerajaan Malaysia sudah pun beri pendidikan percuma di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh negara. Juga carilah negara mana yang memberi pendidikan percuma seperti ini. Sudahlah Yuran Sekolah telah dihapuskan, diberi pula bantuan buku teks, bantuan awal persekolahan RM100 kepada setiap anak yang bersekolah, biasiswa kecil persekutuan kepada ratusan ribu pelajar di sekolah menengah. Manakala di sekolah rendah pula diberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada setiap murid-murid yang miskin, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada setiap murid yang miskin kira-kira RM500 setahun kepada setiap murid. Rawatan pergigian pula secara percuma oleh Kementerian Kesihatan.
Ibubapa yang pendapatan kurang RM3000 pula diberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap ketua isi rumah. Yang miskin tegar pula dibantu oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan memberi elaun sara hidup setiap bulan. Rumah yang uzur bantuan baikpulih rumah pula diberikan melalui Risda dan sebagainya. Rawatan hospital kerajaan secara percuma walaupun kos ubat berpuluh ringgit dan kadang-kadang mencapai RM300. Tapi puak-puak ini tak akan sedar sebab mereka diupah untuk berlakon seperti binatang yang tinggal di atas pokok. Sebab itu mereka pasang khemah di tengah-tengah pusat bandaraya.
Ibubapa yang pendapatan kurang RM3000 pula diberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap ketua isi rumah. Yang miskin tegar pula dibantu oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan memberi elaun sara hidup setiap bulan. Rumah yang uzur bantuan baikpulih rumah pula diberikan melalui Risda dan sebagainya. Rawatan hospital kerajaan secara percuma walaupun kos ubat berpuluh ringgit dan kadang-kadang mencapai RM300. Tapi puak-puak ini tak akan sedar sebab mereka diupah untuk berlakon seperti binatang yang tinggal di atas pokok. Sebab itu mereka pasang khemah di tengah-tengah pusat bandaraya.
Pelancong-pelancong asing yang datang akan tergelak kerana geli hati melihat telatah mereka. Mereka hairan bin ajaib mengapa khemah tidak dipasang di tepi pantai, sungai atau dalam hutan. Sebabnya kerana dalam khemah itu juga ada bapa-bapa beruk yang menjadi batu api. Mereka ini juga boleh dianggap sebagai serangga perosak.
Aku mahu menasihatkan kepada lain-lain mahasiswa supaya tahu bersyukur kerana masih ada PTPTN. Jika tidak ibubapa anda terpaksalah mengeluarkan wang sendiri, pinjam bank atau menjual harta benda yang ada. Jika anda belajar bersungguh-sungguh tidak membuang masa seperti puak mahasewel itu, insyaAllah awak akan jadi mahasiwa cemerlang dan pinjaman PTPTN boleh ditukar sebagai biasiswa. Anda tidak perlu bayar sesen pun kepada PTPTN jika anda berjaya dengan cemerlang. Tapi jika pendidikan di universiti diberi percuma, aku yakin ramai pelajar akan gagal, cukai akan tinggi, negara akan bankgrap dalam tempoh yang tidak lama. Oleh itu jangan kita ikut sewel seperti beruk-beruk yang sedang berkhemah di dataran merdeka!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.