Bila aku baca entri Papa Gomo [baca sini], aku dah dapat bayangkan situasi semasa itu. Jika aku ada di situ memang aku tentu naik marah. Kucing pun tahu adabnya. Kucing nak berak tahu juga cari longgok pasir atau sampah. Sebaliknya Tian Chua, Azmin Ali, Khalid Samad dan lain-lain pemimpin pembangkang tidak tahu menghormati majlis dengan telatah yang memalukan kita.
Majlis Pertabalan DYMM Yang Di Pertuan Agong telah dijadikan tempat nak tunjuk sikap biadap dan kurang ajar mereka. Mereka nak tunjuk kepada wakil-wakil kedutaan asing bahawa rakyat Malaysia sangat biadap dan tidak tahu menghormati majlis. Tapi yang sebenarnya biadap adalah pemimpin pembangkang.
Untuk pengetahuan semua, aku pernah menghadiri majlis kerajaan negeri Pulau Pinang. Dalam majlis itu turut dihadiri oleh pemimpin BN/UMNO/Gerakan/MIC tapi tidak pula mereka berlaku biadap. Mereka tahu menghormati majlis yang dihadiri oleh TYT Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis itu berlangsung secara senyap dan penuh protokol.
Dalam PRU13 ini pengundi2 perlu bijak memilih. Memilih calon yang mewakili parti yang terbukti mampu membela nasib rakyat dan memilih parti yang dipimpin oleh pemimpin yang berhemah dan bermaruah. Parti yang memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Menghormati dan mendaulatkan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Oleh itu pengundi-pengundi mesti menolak calon-calon yang mewakil Pakatan Rakyat sama ada dari DAP, PKR mahupun PAS.
Kena tunjuk dan pamerkan pada rakyat secara 'on-camera' bagaimana gelagat monyet-monyet yang mungkin buat pertama kali dapat menjejakan kaki di balairongseri dalam majlis yang sepatutnya untuk mereka-mereka yang bertamadun sahaja. Mungkin mereka akan merasa malu pada diri sendiri - itupun kalau mereka ada maruah la!
ReplyDelete