"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, April 10, 2012

Program Tinjauan Mesra Rakyat 1 Malaysia di Balik Pulau


Kelab Penyokong 1 Malaysia dengan kerjasama PDRM, TV al-Hijrah, BTN dan NGOs tempatan telah mengadakan Program Tinjauan Mesra Rakyat 1 Malaysia di beberapa tempat dalam kawasan Parlimen Balik Pulau. Yang sanggup menjadi tuan rumah ialah Jawatankuasa Kg. Suluk dan PIBG SMK Teluk Kumbar 2 (DUN Bayan Lepas), Masjid Al-Ehsan Sg. Pinang dan Masjid Jamek Kariah Teluk Bahang (Kawasan DUN Teluk Bahang).
Walaupun perancangan tidak sampai 6 hari, syukura alhamdulillah berkat sokongan kerjasama NGO2 tempatan semua program berjalan dengan lancar. Contohnya, solat subuh berjemaah di Dataran Wawasan SMK Teluk Kumbar 2 dihadiri lebih 350 ibubapa dan pelajar. Cuma ceramah motivasi agak kurang dapat sambutan sebab pelajar sekolah SMKTK2 kira-kira 150 pemimpin-pemimpin kelab/persatuan/pasukan uniform keluar menghadiri kem di PLKN Balik Pulau. Kemudian 30 orang lagi pula ke USM pada pagi itu. Nasib baiklah ada murid-murid dan ibubapa dari SK yang berdekatan.
Tapi sebelah tengah harinya pula diadakan Jamuan Rakyat dan Sukan Rakyat. Alhamdulillah, ibubapa dan kanak-kanak hadir begitu ramai untuk menyaksikan pertandingan mewarna/melukis dan sukan rakyat. Kira-kira jam 6.30 petang acara sukaneka pun tamat.
Tapi yang menariknya pada pagi itu ialah konvoi kira-kira 30 buah motorsikal berkuasa tinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia yang diketuai oleh Dato' Wira Ayob, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang tiba awal pagi di SMK Teluk Kumbar 2 untuk bersama-sama menyertai solat subuh berjemaah dnegan penduduk, guru dan pelajar-pelajar sekolah ini. Solat subuh dan tazkirah telah disampaikan oleh Imam Muda Musim Pertama.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.