"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, April 12, 2012

Putar belit SU Dewan Ulamak PAS Pusat mengenai kekayaan negara!

Jika kita baca Harakah Daily (lebih dikenali sebagai Haprak Daily) hari ini,   Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, ini kerana "Malaysia merupakan negara yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil mahsul yang lain".

Jika kita baca dan fikir-fikir kata-kata di atas itu,  jelas menampakkan sikap bodoh sombong pemimpin PAS itu. Kita nak tanya Dr. Khairuddin, apakah minyak mentah tidak perlu Petronas Cari Gali? Adakah ratus ribuan ekar ladang kelapa sawit dan getah yang ada setiap negeri-negeri di Malaysia tidak perlu kepada Felda, Risda dan Felcra? Jika tidak kerana kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran kerajaan BN sejak dahulu, wahai Dr. Khairuddin tidak akan wujudlah Petronas, Risda dan Felcra hingga ke hari ini. Mungkin Shell dan Esso akan menjadi syarikat yang memonopoli usaha cari gali minyak di dasar laut Malaysia. Mungkin syarikat asing dalam perladangan yang akan membuka dan memonopoli hasil mahsul negara dari produk getah, kelapa sawit, bijih timah dan lain-lain. Wahai Dr. Khairuddin, selaku pemimpin dalam Dewan Ulamak PAS Pusat janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan ilmu Allah yang engkau milikki. 

Kekayaan negara dan hasil mahsul berbilion ringgit yang ada dalam akaun kerajaan persekutuan hari ini bukan kerana DS Najib menggosok lampu ajaib yang dipinjamkan Aladdin. Aku nak tanya Dr. Khairuddin dan Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan kenapa kerajaan negeri Kelantan terpaksa pajakkan tanah ribuan hektar kepada syarikat asing sebagai 'ladang rakyat'? Bukankah ini bermakna kerajaan negeri PAS sendiri tidak mampu mentadbir dan mengurus tanah negeri yang subur anugerah Allah SWT untuk kepentingan rakyatnya?  Salahkan pimpinan kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin PAS Pusat termasuklah Dr. Khairuddin kerana hanya pandai bercakap, pandai mengkritik, pandai menyalahkan pihak lain dan sebagainya.  

Jika kerajaan Kelantan cekap mentadbir negeri, sumber alam semula jadi anugerah Allah di Kelantan dapat dijanakan tapi kenapa tanah yang subur tidak diusahakan oleh agensi kerajaan negeri sebaliknya dipajakkan kepada syarikat asing? Kenapa tanah yang luas di Kelantan tidak dijadikan kawasan perindustrian di beberapa daerah di negeri Kelantan? Apakah pemimpin PAS masih mahu menyalahkan kerajaan persekutuan lagi disebabkan rakyat Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman mencari rezeki di merata negeri di Semenanjung Malaysia? 

Wahai Dr. Khairuddin! Jika kerajaan persekutuan mengamalkan rasuah seperti pemimpin pembangkang war-warkan seluruh pelusuk negara, aku berani kata Petronas akan rugi, Felda dan Felcra tidak mampu berikan bonus dan bantuan kepada peserta-peserta tanah rancangan tersebut. Tabung Haji dan Bank Rakyat tidak akan beri dividen yang tinggi kepada pemegang sahamnya. Sebaliknya kebanyakan GLC (Goverment Linked Company) dan syarikat2 besar di Malaysia memperolehi untung dan memberi pendapatan dalam bentuk cukai korporat kepada kerajaan persekutuan. Jika tidak kerana kecekapan urustadbir kerajaan persekutuan melalui kementerian-kementerian yang berkaitan sudah pasti kerajaan persekutuan tidak mampu memberi pendidikan percuma di SR dan SM, rawatan percuma di klinik dan hospital kerajaan, memberi elaun sara hidup secara bulanan kepada warga emas, OKU, subsidi petrol dan elaun sara hidup kepada nelayan dan lain-lain.

Memanglah betul harta kekayaan negara hari ini berbilion ringgit mampu membiayai secara percuma penuntut2 pengajian tinggi. Tapi bijakkah Dr. Khairuddin jika hanya untuk jangka pendek sekadar mengambil hati orang muda kerana pilihanraya hampir dekat? Pemimpin BN tidak seperti pemimpin PAS yang mengutamakan keuntungan politik dalam jangka pendek. Jika DS Najib berfikir seperti Dr. Khairuddin bila-bila masa DS Najib boleh mengarahkan Petronas mengagihkan keuntungan Petronas kira-kira RM60 billion dalam tahun 2011 kepada semua ketua-ketua isi rumah seluruh negara yang miskin serta melupuskan hutang PTPTN sebanyak RM43 bilion. Jika kerajaan BN mahu lakukan untuk tujuan pilihanraya, secara kasar kerajaan persekutuan boleh memberi bantuan tidak kurang daripada RM10,000.00 setiap isirumah.

Tapi apakah pendekatan itu terbaik dari sudut ekonomi makro sebuah negara dalam jangka panjang? Ini boleh dilakukan jika kampung dan negeri Dr. Khairuddin sudah lengkap dan sempurna dengan jalanraya, lampu jalan, parit, dewan orang ramai, sekolah, klinik dan sebagainya. Apakah kerajaan Pakatan Rakyat mahu meneruskan mentaliti subsidi di kalangan rakyatnya? Jika kerajaan Pakatan Rakyat nampak pendidikan secara percuma peringkat universiti boleh memberi keuntungan jangka panjang kepada kerajaan Pakatan Rakyat, sila laksanakan kepada institusi pendidikan milik kerajaan negeri sendiri. Cuba hapuskan dahulu yuran kelas Taski anjuran PAS yang begitu tinggi hingga melebihi RM100 seorang. Cuba hapuskan yuran pengajian sekolah-sekolah agama rakyat milik kerajaan negeri. Kita lihat apa akan jadi? Sebelum Dr. Khairuddin mengajar pimpinan kerajaan persekutuan berbelanja eloklah dia menasihati YB Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan  kerana banyak isu pembangunan di negeri Kelantan yang belum diselesaikan lagi sedangkan PRU13 semakin hampir. Kita takut kerajaan PAS Kelantan terkulai dalam PRU13 akan datang!

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.