Semalam kawan-kawan UMNO sempat mendengar cerita metos Ostad Badrul Amin yang mempunyai kontroversi di Hotel Zenith, Kuantan Pahang. Dia cerita yang kes khalwatnya tidak akan didakwa oleh pihak Majlis Agama Islam Pahang kerana pihak majlis tahu tangkapan itu suatu perancangan. Tapi Ostad Badrul tidak pula mencerita kenapa jam 3 pagi sedang orang nyenak tidur lena sunyi sepi, dia pula boleh menerima isteri orang di biliknya. Apakah hotel penginapan ostad itu tidak ada ruang lobi yang sesuai untuk berbicara pasal masalah rumah tangga? Sudah ada banyak kes khalwat di kalangan orang-orang yang mengaku Islam dan memperjuangkan Islam tapi isteri orang dikebasnya.
Ostad ini juga berbohong besar dan amat jelas fitnah yang amat jahat. Kes tanah di Kg. Binjai telah selesai atas usaha pemimpin Pakatan Rakyat katanya. Berita dari mana Ostad ini dapat? Atau Ostad ini sengaja membohongi orang Kg. Sungai Batu kerana ucapan seorang Ostad seperti dia dianggap ucapan yang benar belaka. Kes pengambilalihan tanah di Kg. Binjai sudah selesai tapi yang jelas bukan atas usaha JKKKN Kg. Binjai mahupun wakil rakyat Pakatan Rakyat. Tak perlu dinyatakan di sini cuma yang pasti Ostad Badrol Amin telah membohongi rakyat Sg. Batu secara terang-terangan.
Lagi Ostad Badrol Amin cerita kita tak boleh sokong Najib kerana DS Najib pakai rantai leher. Ostad Badrol Amin memang percaya kepada blog-blog pembangkang yang bijak guna teknik 'superimpose' yang nampak seolah-olah DS Najib memakai rantai dan DS Najib pernah satu meja dengan Altantunya. Oleh kerana teknik superimpose digunakan dan Ostad Badrol Amin pula bertindak sebagai tukang sebar fitnah. Ostad yang arif tentang hukum hakam agama pula jadi pemain paling hebat sebagai penyebar fitnah. Tapi orang-orang kampung Sg. Batu tidak mudah diperdayakan oleh golongan Ostad seperti Badrol Amin ini.
Ostad Badrol Amin bagi tahu kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO/BN takut hadapi pilihanraya ini sebab akan kalah. Mungkin Allah SWT telah membutakan mata dan hatinya dalam dunia politik. Oleh sebab itulah Ostad Badrol Amin tertangkap dengan isteri orang di Kuantan baru-baru ini kerana dia telah meletakkan dunia daripada tuntutan agama.
Tujuan entri ini ditulis adalah menjelaskan kepada pembaca terutama pengundi2 Melayu dan juga bukan Melayu, apa yang disampaikan Ostad semalam di Kg. Sungai Batu hanya pembohongan dan fitnah semata-mata. Ditukar dan dipusing dan dibelit di sana dan di sini akhirnya UMNO juga disalahkan seperti isu tapak masjid di Bayan Mutiara dan lain-lain lagi. Itu sebabnya tak sampai 200 orang pun yang datang menyaksikan ceramah Ostad Badrul Amin semalam.
aku jumpa ustad ni kat jabal rahmah...
ReplyDeletemuka dia tak da parut pun waktu kena pukul dgn 20 org...
aku baru lawan dgn 4 org saja pun dah dapat parut kat muka...
kira sama2 teruk la...
aku jumpa ustaz ni jer terus aku gelak sakan walau berada kat tanah haram sebab ustaz ni kaki kencing...
hehehe...
pejuang hamas...
aku heran mcm mana pihak majlis agama percaya khalwat Badrul tu perangkap? ada org usung ke perempuan gatal tu,lps tu sumbat dlm bilik dgn Badrul,lps tu kunci pintu supaya dia org tak dapat keluar? Lps tu pegawai majlis dtg tangkap. Pelik sungguh. Dalam bilik beb,bukan tepi sungai. Bukan tepi pantai.DALAM BILIK!!!!
ReplyDelete