Semalam 26/4/2012 jam 9.00 malam seperti biasa Dataran Teluk Kumbar dijadikan medan penceramah PAS untuk menabur fitnah terhadap kerajaan UMNO/BN. Nasib baiklah tidak ramai orang yang mahu bersubahat dengan puak-puak ini. Kira-kira 100 orang termasuklah orang UMNO yang teringin nak tahu apa pula fitnah yang mereka nak bawa pada malam itu. Ada sebahagian kecil mereka pula kumpulan atas pagar yang mahu mencari kebenaran tapi kumpulan ini tidaklah sebodoh dan sebangang seperti puak-puak PAS yang setia membasahi ponggong atas tanah yang basah semalam. Kira-kira 50 orang puak PAS ini memang tak boleh buat apa. Minggu lepas pun begitu juga anak Ustaz Azamuddin datang berceramah di dataran yang seluas 1/3 padang bola tapi yang datang dengar ceramahnya cuma 50 orang sahaja.
Tapi pada malam tadi penceramah-penceramahnya agak ramai. Antaranya YDP PAS Balik Pulau, Penyelaras DUN Bayan Lepas, Timbalan YDP PAS Bayan Baru dan anak Dato' Taib Azamuddin. Begitu punya ramai penceramah yang datang cuma 100 orang. Itu memberi petunjuk bahawa orang ramai sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam PAS dan dalam Pakatan Rakyat.
Ostad-ostad yang berjubah dan berserban merendahkan imej dan mertabat seorang guru agama di kalangan umat Islam dan bukan Islam. Walaupun pandangan Ustaz memang betul mengenai ilmu tauhid atau fekah di masjid ataupun surau tapi maaf pandangan Ostad pasal politik hari ini tidak semestinya betul. Seseorang Ustaz yang memberi kuliah maghrib mengenai jenis-jenis najis dalam Islam memang betul tapi didapati banyak yang tidak betul jika ostad bercakap pasal rasuah, demontrasi Bersih 3.0, kes liwat DS Anwar Ibrahim, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, pengundi hantu, pengundi warga asing dan sebagainya. Sebabnya golongan Ostad-ostad hanya 'dengar cakap' semata-mata.
Jika kita dengar ceramah-ceramah puak-puak ini seolah-olah dibuat oleh mereka kita seperti pendengar yang bodoh dan bahlul. Sampai pada satu tahap kita seperti tidak percaya Ostad yang sedang berceramah menyokong demontrasi Bersih 3.0 kerana hendakkan pilihanraya yang adil dan nak hapuskan PTPTN. Langsung Ostad-ostad ini tidak tahu apakah agenda sebenarnya yang tersirat disebalik demontrasi Bersih 3.0 itu. Kita terlalu yakin sangat tanyalah kepada Ustaz-Ustaz yang pro PAS dan patah lagi Ustaz bukan politik seperti Ustaz Khazim, pasti ustaz-ustaz ini tidak akan menyokong demontrasi Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Ada Ustaz yang berani menjatuhkan hukum haram jika menyokong demontrasi 3.0.
Ustaz Afazan Dato Taib Azamuddin berceramah semalam mengatakan Bersih 3.0 untuk membersihkan SPR. Kononnya hendakkan pilihanraya yang adil dan bersih. Jika tidak bersih wahai Ostad Afazan, sudah lama Kelantan diperintah oleh kerajaan BN. Jika pilihanraya umum yang lalu tidak bersih, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak akan jatuh kepada parti pembangkang. Pasal pilihanraya umum yang lalu itu bersihlah maka BN telah kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen hingga menafikan 2/3 majoriti. Hari ini SPR telah memenuhi kebanyakan tuntutan yang dikemukakan oleh pembangkang untuk PRU yang bersih. SPR tidak dapat memenuhi hanya satu tuntutan daripada pembangkang kerana tidak sesuai dengan situasi Sabah dan Sarawak. Itu pun belum PRU13 bermula, sudah ada cakap-cakap PRU13 akan datang tidak bersih, ada pengundi hantu, pengundi warga asing dan sebagainya.
Wahai Ostad2 PAS, jangan jadi diri kita sebodoh itu. Jangan menjatuhkan mertabat diri seorang Ostad. Takutilah kita kepada Allah SWT kerana Ostad diberi tanggungjawab yang amat berat, menyampaikah risalah Allah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Berlaku adillah kepada semua pihak. Jangan kita cepat membuat tuduhan dan dakwaan. Hukuman atas Ostad amat berat di sisi Allah SWT kerana Ostad menyampaikan maklumat yang boleh mengelirukan pandangan rakyat. Jangan sekali Ostad bersubahat untuk jalan yang tidak baik. Dan Ostad PAS hari ini boleh juga kita kata bagaikan 'ketam menyuruh anaknya berjalan betul'.
Oleh sebab itulah kita lihat hari ini semakin ramai orang Melayu/Islam sudah tidak berminat ke masjid/surau bukan kerana tidak mahu kepada Islam tapi kerana umat Islam tidak suka Ostad yang suka bercakap politik kepartian dalam kuliah mereka. Mereka (PAS) sahaja yang betul sebaliknya orang lain tidak betul. Mereka sahaja yang Islam, orang lain tidak Islam. Mereka sahaja yang beriman sebaliknya orang lain tidak beriman. Tapi alhamdulillah masih ramai ustaz-ustaz yang neutral, yang tidak memihak mana-mana parti. Menggunakan bahasa paling halus menegur pemerintah dan memuji dengan ikhlas dan jujur. Ustaz seperti ini tidak gemar menyalahkan orang lain sebaliknya ustaz ini menyeru supaya umat Islam bermuhasabah diri. Barulah umat Islam boleh maju diri dan bersatu antara satu sama lain.
Siapa yang hadir ceramah semalam di dataran Teluk Kumbar. Bolehlah kita rumuskan 95% daripada isu yang diketengahkan oleh penceramah semalam diputarbelitkan hingga ke tahap paling dahsyat menabur fitnah. Menyalahkan kerajaan BN yang diterajui oleh DS Najib, bangsa Melayu beragama Islam sebaliknya memuji Bersih 3.0 yang diketuai oleh Ambiga dan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melantik YB Dato' Salleh Man sebagai YDP MAIPP pun masih disokong dan dikatakan lebih baik daripada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Ya, Allah, butakah mata dan hati mereka hinggalah puak ini tidak dapat membezakan antara batu dan kayu, antara longkang dan parit, antara sungai dan tasik dan antara DAP dan UMNO?
Wahai ust sial..hg tanya bapak hg datuk tu apa yang sukma ceritakan pada dia?
ReplyDeleteMulut hg mcm biawak..
Jgn hg ingat hg ustaz hg betoi belaka..
Baikhg makan babi jilat puki ambiga lagi baik.
Hargh...ptuihhhhhhhh....punya ustaz PAS
Dari apa yg aku dengar,sejak Hasan Ali dipecat ramai ahli PAS dah sedar sekarang.
ReplyDeleteALHAMDULLILLAH.
Esok Tak ramai PAS yg turun.Hanya yg keliru dan yg bukan PAS saja yg ada.
INSYAALLAH....ALLAH HU AKBAR
org umno cm korg mmg bodo.. anjing kerajaan..
ReplyDeletekalau ust korg pangil sial. msti najib korg angap tuhan kn?? xpn rosmah. org umno..ssh nk bentuk. otak dh beku
ReplyDelete